Sunday, 28 December 2014

Road to Season Finale

Pantas masa berlalu, musim 2014 saya akan berakhir pada hari Rabu ini. 
Acara ke-41 menanti. 

2014 menyaksikan segala ups and downs dalam karier (ke? hahah) larian. Seronok dapat bertemu dengan ramai rakan larian, berkongsi pengalaman dan sama-sama menikmati larian.

Sebagai imbasan, berikut adalah 40 acara terdahulu. Sila klik pada link untuk pembacaan lanjut:

23.  TM Fan Run
41. New Year Eve Fun Run

P/s: kebanyakan entri masih dalam proses kemas kini untuk masukkan gambar. Untuk makluman juga, kebanyakan entri adalah copy-and-paste daripada entri FB saya. Maklumat dimasukkan dalam blog ini untuk coretan jurnal lari saya.

Insha Allah pada 31 Disember, saya akan rangkumkan Gme's Selection 2014.


Newton Challenge 2014 - 25 km

28 Disember 2014

Giants Bandar Kinrara
5:30 am

1. Lokasi mula/tamat tahun ini adalah di Giants, selesa berbanding jalan kecil tahun lepas. Kategori 25km dilepaskan pada 5:30 am dan diikuti 15km pada 6:30 am.

2. Berlari dengan mood riang ria, sempena menghampiri penghujung musim. Seawal km3 saya dah walk break, mencari rentak. Laluan berbukit dan beralun di bandar Kinrara ini menduga, sambil menyeronokkan terutama saat turun bukit.

3. Berlari seadanya sehingga perhentian berikutnya di km10. Berhenti untuk subuh dan mencari Gatorade di Petronas. Puas berehat, sambung larian seadanya, berhenti di setiap WS, berusaha lari walaupun keadaan berbukit. 

4. Cuba mengekalkan pace 6:30-7:15 hingga ke penamat. Saat lintasi penamat, jarak tidak sampai 25km, maka sambung lari dan berjalan sehingga 25km. Hehe. 2:54 saat jam besar pabila saya tiba. PB yeay.

5. Selesai dapatkan medal, air, sesi diteruskan dengan memberi sokongan kepada rakan-rakan dan pelari yang masih berjuang ke garisan penamat. Selanjutnya, bergambar hingga puas. Salingtukar ucapan tahniah dan motivasi. Ramah mesra dan menikmati larian seadanya. Kebanyakan musim 2014 berakhir hari ini. Selamat maju jaya semua untuk musim larian 2015.

6. Seronok dapat jumpa ramai rakan hari ini. Tahniah semua. Keseluruhannya, NC tahun ini baik, dengan pemilihan lokasi yg sesuai, WS mencukupi , trafik terkawal serta post race water yg banyak.

Jumpa lagi di larian akan datang.


Gme Marathon Challenge 2014 - 12 x 12

Runs end. Running doesn't. 


Semalam (21 Disember 2014),  tamatlah Gme Marathon Challenge 2014.
Y2012 : 1 FM
Y2013 : 13 FM
Y2014 : 12 FM

12x12 2014 completed:

1. 2/03/14 : 2Xu Compression Run 41.195km
2. 12/04/14 : ABN Amro Rotterdam Marathon
3. 4/05/14 : Borneo International Marathon
4. 25-05/14: Hatyai International Marathon
5. 1/06/14 : Sundown Marathon
6. 8/06/14 : Melaka River International Marathon
7. 17/08/14: Kuching Marathon
8. 12/10/14: Standard Chartered KL Marathon
9. 16/11/14: Asics Penang Bridge International Marathon
10. 23/11/14: Fujisan Marathon
11. 7/12/14: Standard Chartered Marathon Singapore
12. 21/12/14: Cyberjaya Twincity Marathon

SB : 4:55 (Kuching) , SW : 7:27 (SCMS)

I love marathons, and I can't deny it.

2014 yang penuh meriah, segala ups and downs. Berjuta kenangan. Kegembiraan adalah menikmati larian bersama-rakan. Seronok dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan dunia larian.

Moga musim 2015 lebih meriah dan lebih ramai menikmati larian. Semoga terus memberi/mendapat inspirasi daripada/kepada anda semua.

Terima kasih semua.

Cyberjaya Putrajaya Perdana Twin City Marathon - FM Ke-26

21 December 2014

Cyberjaya

Persiaran Flora
Cyberjaya 
4:00 pagi

1. Hadir ke Cyberjaya untuk melengkapkan marathon ke-12 tahun 2014 dengan perasaan mengantuk tidak tidur selepas layan bola malam sebelumnya. Namun, itu bukan alasan untuk tidak berlari memandangkan ini yg dipilih untuk menikmati hujung minggu.

2. Selesai bersiap di tapak larian, seperti biasa aktiviti beramah mesra dan bergambar-gambar bersama rakan-rakan. Teruja saya apabila beberapa rakan akan buat marathon untuk kali pertama.

3. Sesi dimulakan dengan aktiviti warm up beramai-ramai. Marathon dilepaskan lewat dari jadual asal 4:00 pagi. Sekitar 4:08 pagi baru dilepaskan.

4. Laluan marathon secara ringkasnya adalah berlari dalam Cyberjaya (nama jalan saya kurang pasti, boleh rujuk data Garmin), menuju ke Putrajaya melalui Jalan depan PICC ke u-turn sebelum kawasan perkuburan Presint 20, kemudian patah balik ke Cyberjaya melalui jalan yg sama. Masuk semula ke Cyberjaya, pusing beberapa kawasan dalam cyber sebelum kembali ke garisan penamat di Persiaran flora.

5. Laluan keseluruhannya ada rata, ada beralun berbukit, ada tiada lampu langsung (km4 kot), ada lalu tepi kawasan pembinaan, ada lalu atas jalan utama belakang PICC, ada bahagian bosan dan kurang bosan (hehe).

6. Prestasi saya: seawal km10.5, saya berhenti mencari kedai, beli nescafe ais, kemudian sambung berlari ke WS di km12. Di sini saya berhenti lama, hilang kan mengantuk solat subuh dan rehat 

7. Dari km12 ke km21.1, kembali bersemangat berlari-lari, sambil menyanyi-nyanyi hilang kan bosan. Terima kasih buat rakan2 yg terpaksa dengan vokal x mantap saya. Haha. Oh kelakar bila dapat tau lagu Warisan dapat didengari di seberang Jalan. Haha. Lintasi km21.1 dalam 3.02.

8. Dengan cuaca yang masih kurang panas, sasaran tamat larian adalah tanpa kecederaan dan dengan prestasi di km21.1, sasaran diubah kepada 6:30, masih dalam cutoff 7jam.

9. Berlari hingga ke km32. Dihidangkan dengan roti canai. Oh saya tak jamah. Saya minum air sahaja. Usaha yg baik penganjur untuk sediakan solid food. Selepas km32 berlari - berjalan dari satu WS ke WS yang lain. Terima kasih RFF team yg menyediakan 100plus, water spray, cokelat etc. 

10. Melepasi km35, saya melepak di perhentian bas, hilang kan penat bersama hafifi dan suhirman. Cuaca makin panas, untuk sampai ke u-turn terakhir di kawasan berdekatan perumahan baru membangun dan tanah lapang itu, rasanya seperti selamanya.

11. Selepas u-turn, strategi adalah fast walk hingga ke km41.5, supaya 700m terakhir dapat berlari dengan girang gembira ke garisan penamat. Saya sampai ketika jam besar 6:29 rasanya. Terima kasih rakan-rakan yg sedia menanti di garisan penamat walau dalam keadaan panas cuaca.

12. Tahniah kepada semua. Tahniah khas kepada rakan-rakan FMV semalam. Terharu dapat jumpa kalian, dan bergelar marathoner. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang saling motovasi antara satu sama lain saat ups and downs sepanjang 42.195km. Tahniah Suhirman, Hisyam, kita berjaya baiki pencapaian SCMS2014. Tahniah kepada Hafifi kerana tidak give up. Tahniah kepada rakan-rakan lain yg telah tamat awal, mahupun terkemudian. Tahniah kepada rakan-rakan-rakan di lain-lain kategori, 5km, 12km, dan 21km. Kita semua adalah pemenang.

13. Aktiviti selepas larian seperti biasa, bergambar-gambar kenangan. Saling ucap tahniah antara satu sama lain, bergossip dan sebagainya. Haha. Ada lucky draw, tapi tak mengena. Seronok juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu semalam.

14. Secara keseluruhannya, penganjuran Cyberjaya M adalah baik untuk pertama kali. Cyberjaya merupakan bandar berpotensi untuk destinasi larian. Beberapa penambahbaikan perlu adalah seperti memastikan blinker di kawasan gelap tidak berlampu, kon di jalan utama, petunjuk yang lebih jelas, km marker di letakkan di km yang betul, apa yang di hebahkan hendaklah sama atau lebih, tercari-cari saya di manakah 'salt water" itu, krim panas, spray etc hendaklah mencukupi, tiap kali tanya kt WS, cakap dah habis. Mujur ada rakan yang bawa yg sendirian berhad. Hiburan band disediakan, kira oklah hilangkan mengantuk awal-awal pagi. Lain-lain apa lagi komen ek? Semalam saya dah suarakan komen saya kepada yang berkenaan.

15. Maka, Gme Marathon Challenge 2014 berakhir semalam dengan medal yang cantik untuk kenangan. 12 marathon dalam tahun 2014. Perjalanan yang indah. 26 marathon sepanjang 25 bulan lalu, berjuta kenangan, bertambah kenalan. Moga bertemu di musim 2015.

Lebih gambar di
:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152647153688822.1073741932.530093821&type=3

Great Eastern JB 10KM - Acara Ke-100

13 December 2014
Dataran Bandaraya JB
7.00 pagi

1. Berlepas ke JB dari TBS 12:00 am Jumaat. Tiba di Larkin sekitar 4:00 am. Rehat, dan segera ke Dataran Bandaraya dalam 5:20am. Ambil bib, mudah dan cepat. Terima kasih penganjur benarkan saya ambil pada hari larian.

2. Selesai urusan wajib, bersiap sedia di Dataran. Bertemu dengan rakan-rakan larian. Dilepaskan pada 7:00 am. Seperti biasa, larian riang ini saya bermula dari kelompok belakang. Bergambar-gambar segala.

3. Laluan larian adalah ringkas, berlari dari Dataran ke u-turn depan hospital, seterusnya hingga ke km6.5, u-turn semula dan seterusnya ke Dataran. Laluan adalah rata, dan kelihatan pesisir selat tebrau di sepanjang laluan.

4. Cuaca adalah baik sepanjang larian. Terdapat mobile toilet di beberapa tempat. Stesen air disediakan air dan 100plus. Terdapat sponge di km9, sesuai untuk tampil segar di garisan penamat.

5. Dengan penyertaan dalam 1,000 lebih, laluan tidak sesak dan sangat selesa berlari. Kawalan trafik adalah baik. Prestasi saya adalah menggembirakan, melintasi garisan penamat ketika jam besar menunjukkan 1:00:51, prestasi terbaik 10km saya musim ini, dengan bersarong. Dapat medal pertama saya di kota Johor Bahru.

6. Pasca larian disediakan hospitaliti yg baik, air, pisang, tembikai dan roti. Terdapat booth Instagram, di mana pelari boleh mencetak gambar kenangan, saya suka. Di samping itu, booth GE menyediakan botol air kenangan utk pelari.

7.Keseronokan lepas larian adalah sesi ramah mesra dengan rakan-rakan larian. Ber gambar juga adalah semestinya. Terima jumpa ramai kawan harini walaupun tidak sempat bergambar dengan semua orang.

8. Selesai, dan puas saksikan penyampaian hadiah serta lucky draw, beredar dari kawasan. Terima kasih kawan-kawan JB yang memberikan hospitaliti utk saya selepas larian.

9. Keseluruhannya, GE JB10K merupakan suatu acara yang baik dari semua aspek-aspek utama penganjuran. Laluan adalah potensi untuk semua orang PB, rata. Maka, hari terindah saya dalam dunia larian adalah harini di JB. Selesai acara ke-100, Jun 2012-December 2014. Pantas masa berlalu. Moga terus memeriahkan dan menikmati larian seadanya.


Tahniah sekali lagi pada semua.

Standard Chartered Marathon Singapore 2014

7 December 2014
Orchard Road (Start)/ Padang (Finish)
5:00 am

1. Bertolak dari hostel jam 4:00 am, menaiki MRT. Meriah MRT awal-awal pagi dengan pelari-pelari.

2. Sampai di Orchard Road, bergambar dengan rakan-rakan dan saling ucap selamat kepada semua.

3. Dilepaskan mengikut wave, saya melepasi timing mat selepas 10minit dari gun time. Berlari dengan pace santai sehingga km6. Berhenti toilet break dan subuh di bangunan F1 Pit.

4. Cuaca pada awal pagi adalah baik. Saya berlari seadanya sehinggalah buat walk break pertama di sekitar km19. Bertemu dengan Azim dan Mizan di sini. Strategi berikutnya adalah berlari/berjalan sehingga bertemu dengan Coke. Ya, kami bercadang untuk berhenti mencari coke selepas u-turn di km21.5.

5. Selepas u-turn, bertemu dan menyapa rakan-rakan Khidir, Suhirman, Edward, Hisyam, Bha dan lain-lain. Bergambar-gambar seketika. km25, berhenti beli Coke di gerai yg ada di East Coast Park (ECP). Selepas itu, masing-masing kembali berlari/berjalan hingga ke km30, luar ECP. Cuaca makin panas, saya mengalami cramp di km31.5, meneruskan perjuangan dengan berjalan sahaja. Strategi diubah kepada tamat dengan senyuman, timing ditolak ke tepi.

6. KM34, saya berhenti agak lama, panas dan rasa tidak sedap. Saya bergambar dan menginsafi diri yang mungkin saya belum fully recover daripada Fujisan seminggu yg lalu. Keadaan kembali ceria apabila kelibat Khidir, Baha, Suhirman, Edward dan Hisyam muncul. Maka, kami membuat keputusan untuk terus enjoy, bergambar-gambar, lari, jalan dan beramah mesra dengan pelari lain sehingga garisan penamat. Membuat keputusan untuk tamat secara bersama-sama, kerana larian harus dinikmati bersama. Seronok dapat berlambai-lambai dan saling memberi sokongan antara pelari sepanjang jalan.

7. Dari KM34 hingga ke penamat, kami berlari-lari anak, senyum kepada kamera, berjalan santai bila perlu. Melintasi garisan penamat bersama-sama rakan-rakan adalah momen yang terindah. Saat tiba di garisan penamat, emcee mengumumkan dari Malaysia, laungan Malaysia Boleh, dan lagu rasa sayang dimainkan. Terharu. Terus saling mengucapkan ucapan tahniah pada rakan-rakan. We had joy and fun. We had ups and down along the way. Sekalung tahniah buat semua, termasuk rakan-rakan yang lebih awal menamatkan larian. Catatan masa saya adalah 7:27, PW, namun tetap marathon paling menggembirakan kerana pertama kali dapat tamat dengan rakan-rakan dan turut sama mengibarkan Jalur Gemilang di garisan penamat. 

8. Tamat, terus ambil baju penamat, medal dan hospitaliti. Segera bergambar-gambar kenangan dan seterusnya bersurai kerana cuaca makin panas dan semua berkejaran penerbangan, bas check out hostel/hotel dan sebagainya.

9. Keseluruhannya, SMCS adalah ok, cuma tidak seperti tahun lepas ada pisang. Tahun ini, tiada pisang. Gel pun di km35. Saya suka support station yang menyediakan coke dan buah oren etc. Tiada air di KM37, menyebabkan late runners terpaksa bertahan hingga ke km40 untuk air berikutnya. Saya suka barricades di jalan-jalan utama dan runners rasa selamat. 500 meter ke garisan penamat tahun ini tidak sesesak tahun lepas.

10. Maka, selesai sudah Gme Marathon Challenge - Episod ke-25. 3 FM dalam tempoh 4 minggu, banyak kenangan sepanjang jalan. Moga bertemu di episod akan datang. Masa untuk rehat, refleksi diri dan bersedia membuat kemunculan apabila tiba masanya.

Fujisan Marathon 2014 - Marathon Ke-24

30 November 2014
Lake Kawaguchi
9:00 am

1. Datang awal pagi ke tapak larian. Bertemu dengan Team Malaysia, seterusnya bergambar-gambar dan saling motivasi diri. Cuaca agak sejuk. Dilepaskan dari corral A. Sebelum berlepas bekas olimpian jepun memberikan kata-kata semangat. Begitu juga pengarah larian dan datuk Bandar (kot). Atmosfera mengujakan sebelum berlepas.

2. Laluan adalah sekitar Lake Kawaguchi, dan Lake Saiko, yang merupakan antara 5 tasik di persekitaran Gunung Fuji.

3. Terdapat beberapa u-turn, memberi peluang untuk pelari memotivasikan antara satu sama lain. Seawal km4, Gunung Fuji di depan mata.

4. Seterusnya, laluan membawa pelari mengelilingi Lake Kawaguchi. KM0-hingga KM21 adalah rata, laluan mendaki di KM22 hingga KM23.

5. Beberapa terowong perlu ditempuhi pelari. Dari Lake Kawaguchi, pelari mengelilingi Lake Saiko, sebelum kembali ke KM34 dan masuk laluan kampung, Dan seterusnya kembali ke Bandar dan tamat di Lake Kawaguchi.

6. Permandangan musim luruh sepanjang laluan adalah amat sukar untuk dielakkan daripada berhenti bergambar (bagi pelari riang ria seperti saya). Cuma, Gunung Fuji hilang DI balik awan untuk 3/4 tempoh larian.

7. Terdapat beberapa cutoff di checkpoint, di mana pelari perlu sampai sebelum jalan ditutup. Ye, harini saya lihat hampir 2 bas sweet dipenuhi runners. Tidak sanggup menatap wajah mereka. Harap mereka positif.

8. Beberapa tempat sepanjang laluan, dihiburkan dengan orkestra, gendang jepun. Selain itu, orang ramai keluar dari rumah masing-masing Dan hadir ke Jalan memberi sokongan pada pelari. Keadaan ini sungguh mengujakan terutama di kawasan kampung dan tengah bandar.

9. Anda tidak bosan sepanjang laluan kerana 15,000 pelari bersama anda. Meriah, ramai pelari berkostum dan semestinya amat pantas. Terharu dapat lihat Doraemon berlari dan semestinya berdesup potong saya. Watak-watak lain juga ada. Tidak dilupa pelari berkimono.

10. Setiap stesen air dan stesen sokongan yg meriah dengan air sejuk, cokelat mount Fuji, garam, pil gula. Keropok, sake, kerepek pisang, udon juga ada.

11. Yang paling menarik perhatian saya adalah miso sup, serta nasi pulut di KM22, 28 dan 35. Tatkala cuaca sejuk, miso sup panas sungguh menyegarkan. Dan saya berhenti di ketiga-tiga perhentian menikmati juadah disediakan.

12. Medik juga menyediakan selimut, jika sejuk boleh singgah ber selimut. Bagi memudahkan urusan tandas, Fujisan menggunakan tandas di resort-resort tepi tasik sebagai toilet stop. Selesa.

13. Kawalan trafik memang cemerlang. Sukarelawan juga ceria dalam melaksanakan tugas. Urusan lepas larian juga mudah dan ringkas. Siap ada gerai khas untuk pelari luar negara.

14. Keseluruhannya, dari segi penganjuran Fujisan M ini adalah cemerlang dari semua segi. Adalah disyorkan marathon untuk rakan-rakan yang berminat. Tarikh tentatif edisi 2015 adalah pada Ahad Terakhir bulan November.

15. Oh ya, saya gembira dengan prestasi saya. PB atau tidak, itu belakang kira, kerana ini marathon pertama saya di Jepun, dan had masa bagi setiap CP adalah kritikal. Berlari dengan baik hingga km21 (split:2:15), dan lepas mendaki km22, rasa tidak sedap lutut, maka, strategi kejar had masa bagi setiap CP dilaksanakan. Semestinya saya berhenti di beberapa tempat utk bergambar. Tidak dilupakan purata 8-10minit makan miso sup di 3 tempat. hehe.

16. Lantaran cuaca makin sejuk dan kaki mulai malas, saya jalan-lari-jalan untuk separuh ke-2 dan jadilah masa jam besar tatkala Saya melintasi garisan penamat 5:27. Terharu menamatkan marathon ke-24 dengan pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan dari Malaysia. Ya, pengacara tu memang petah, semua pelari diberi penghargaan sewajarnya.

17. Maka, setiap garisan penamat adalah permulaan cabaran baharu. GME24 berjaya dilaksanakan. Terima kasih atas sokongan daripada semua. GME25 menanti, kerana setiap larian harus lah dinikmati bersama.

xoxo

Desa Park City Run

23 November 2014
Desa Park City
6:40 am

1. Saya mendaftarkan diri untuk DPC run ini kerana ini merupakan acara 10km yang baik penganjurannya, laluan yang terkawal, terdapat bukit dan semestinya ada kid dash run yang menarik untuk disokong.

2. Selepas menamatkan P100-78km sekitar 3 pagi 23/11, saya segera muncul di DPC pada 5 pagi dan bersiap untuk larian ini.

3. Edisi recovery run selepas P100-78km. Laluan adalah sama macam tahun lepas, sekitar DPC.
4. Seperti biasa, keseronokan bertemu rakan-rakan. Bahagian menarik, larian kanak-kanak.
Keseluruhan, penganjuran acara yg baik, WS mencukupi, post race hospitaliti juga mencukupi.

Putrajaya 100 Miles - 78km

22-23 November 2014
Taman Seri Empangan
Putrajaya
7:00 am

1. Mendaftarkan diri untuk mencari pengalaman bagi jarak melebihi 42.195km buat kali pertama. Daftar 52km, namun masa ambil bib, didorong saranan dan keyakinan para sahabat, saya memberanikan diri ke kategori 78km. Terima kasih penganjur, Team Pacat atas peluang. Maka, Jumaat malam mula lah berdebar-debar.

2. Sabtu pagi, keadaan mula teruja bila melihat pelari-pelari dalam kategori masing-masing. Dilepaskan dalam cuaca cerah awal pagi sabtu.

3. Laluan adalah dari check point (CP) ke CP. 78km meliputi CP1/2 di core island, CP 3 taman cabaran, CP4 taman rimba alam. Laluan paling mental adalah CP3- ke CP4, tepi highway berdekatan desa pinggiran putra,dan mendaki 2km (kot) menghala ke taman rimba alam. Cuaca panas menghangatkan lagi cabaran.

4. Menamatkan cabaran selepas lebih 20jam. Terima kasih kepada teman-teman seperjuangan yg sama-sama menghadapi segala ups and downs, memotivasikan antara satu sama lain, cabaran cuaca, mental dan sebagainya hingga ke garisan penamat. Tahniah kepada semua, dalam kategori masing-masing waima apa jua outcome nya.

5. P100 memberi pengalaman baharu kepada saya. Banyak tips dikongsikan oleh rakan-rakan yg lebih berpengalaman. Keseluruhannya, Saya enjoy (dan insaf di beberapa tempat dlm cabaran ini) dengan acara ini. Adalah diakui saya masih banyak kena belajar untuk cabaran mendatang.

6. Keseronokan P100 adalah dapat berhenti di CP sambil beramah mesra, makan-makan, rehat bersama rakan-rakan. Tahniah pada volunteers yg super sporting dan ceria setiap masa.

7. Tahniah kpd semua yg menjayakan P100, penganjur, pelari, volunteers, supporters, pasukan keselamatan dan sebagainya.

**Secara peribadi, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam/luar fb yg keep track perkembangan saya (dan semua) sepanjang cabaran ini. Sokongan dan dorongan kalian semua amatlah bermakna.

xoxo

Asics Penang Bridge International Marathon

16 November 2014
Ahad
Jambatan Penang Ke-2
2:00am

1. FM dilepaskan berperingkat. Laluan 2 lorong agak sempit di awal2 kerana ramai pelari.

2. Laluan adalah atas Jambatan. U-turn di KM21. Suka laluan berpatah balik, dapat memberi/melihat inspirasi/sokongan pelari-pelari lain.

3. Cuaca baik untuk berlari di atas jambatan saujana mata memandang. Berjaya ikut belon 5hrs hingga KM26. Lepas itu, lari-jalan-jalan-lari. Menamatkan larian dengan 5:44, gun time. Berjaya baiki catatan 6:15 thn lepas.

Pro.
- Jumpa ramai rakan-rakan pelari
- Ramai rakan2 PB, FMV no more
- Photothon
- cuaca kondusif untuk berlari

Kon.
- no km marker
- kawasan penamat kelam kabut
- sempit
- shuttle yg tak terkawal selepas 10 am
- sesak bila laluan bergabung
- ada FM/10km runners tak dapat medal
- toilet sikit atas Jambatan

- PBIM 2013 yang juga teruk lebih baik daripada 2014. :(
Etc

Apa-apa pun, saya tetap gembira di PBIM2014, meraikan marathon ke-23, ulang tahun ke-2 bergelar pelari marathon. Keseronokan adalah dapat bertemu rakan-rakan pelari sama ada instant, mahupun tidak.

Tahhniah semua walau apa jua jarak anda.


# Anda semua boleh baca komen-komen lanjut mengenai PBIM ini di dalam FB PBIM.

Tuesday, 9 December 2014

UPDATES

Hello December

Lama tak menjengah blog ini.
Insha Allah akan kemaskini sewajaranya dengan beberapa catatan pengalaman larian tertangguh.

- PBIM2014
- P100-78km
-  DPC Run
- Fujisan Marathon
- SC Marathon Singapore

xoxo

Monday, 10 November 2014

Road To PBIM 2014

Tinggal kurang 5 hari untuk PBIM 2014.
Saya akan meraikan ulang tahun ke-2 selaku marathoner di PBIM.
Kerana di PBIM lah segalanya bermula.
Marathon ke-23 menanti di Jambatan baharu.
Gme Marathon Challenge 2014 akan kembali bersiaran di Penang pada hujung minggu ini.
Jumpa di sana semua.
*Pic credit: Victor & Elaine dan Leon You

Live Great Run 2014

9 November 2014
Bangunan Matrade
KL
7:00 am
12km | 3km fun run


1. Live Great Run (LGR) anjuran Great Eastern ini merupakan acara 12km kegemaran saya. Edisi 2014 merupakan penyertaan ke-3 berturut buat saya.

2. Tiba di Matrade 6:15 pagi, bersiap sebelum dilepaskan. Bertemu rakan-rakan dan pre-race photo session.

3. Bilangan pelari tahun ini agak ramai. Saya bermula dari corral pelepasan belakang. Ambil masa 3 minit lebih untuk melintasi timing mat. Tema pagi ini,  adalah larian riang bersarong batik.

4. Laluan LGR kali ini adalah sama dengan tahun lepas. Ber bukit. Bermula dari Matrade, menghala ke Bukit Tunku, keluar di Mahameru, masuk Jln Kuching, masuk susur ke Matrade semula.

5. Berlari dengan pace sendiri, kadang-kadang terikut pace kawan-kawan. Meriah pacer bertemakan superheroes. Saya menamatkan cabaran dengan 1:18, berjaya baiki catatan tahun lepas, 1:24.

6. Tamat larian, segera mendapatkan medal yang sangat cantik, hospitaliti pisang, air mineral, goodies bag, 100 plus dan menu taufufa yg sedap.

7. Seperti biasa, keseronokan larian adalah dapat beramah mesra dengan rakan-rakan. Sesi bergambar sampai penat.  Haha

8. Keseluruhannya, LGR amat baik penganjurannya. Water station, trafik,  hiburan, hospitaliti terjaga.

Maka, hat trick pertama larian saya adalah di LGR (2012-2014).
**Lebih gambar di album Facebook saya.

Pacesetters 3030 Run 2014

2 November 2014
Padang Merbok KL
5:30 am
30km | 20km | 10km

MAKNA Founder's Night Run 2014

1 November 2014
Kompleks Sukan Air Presint 6
Putrajaya
8:00 Malam
15km | 10km | 5km

Ringkasan:

1. Laluan adalah seperti mana larian-larian lain di Putrajaya. Melalui jalan-jalan Putrajaya yg beralun-alun.

2. Cuaca panas dan humidity tinggi memberi cabaran kepada pelari.

3. Water Station terdapat air sejuk (I like), dan mencukupi.

4. 5km Terakhir bergabung dengan 10km runners, agak meriah dan sesak lorong larian.

5. Terdapat beberapa kawasan agak gelap. Barisan untuk minuman Milo selepas penamat adalah sempat dan gelap.

6. Post race hospitality adalah Baik, dengan goodies bag yang meriah dengan biskut, air, karipap etc. 

7. Pencapaian saya adalah 1:42. Berjaya capai sasaran sub 1:45.

8. Seronok dapat jumpa ramai rakan2 malam ini.

9. Penganjuran larian dan karnival oleh Makna ini satu usaha yg murni utk kesedaran kanser.



ALPHA Run 2014

1 November 2014
Akademi JPAM Bangi
7:00 am

Ringkasan:

1. Dimulakan dengan senamrobik.

2. Laluan masih sama dengan tahun lepas. Dari JPAM menghala ke u-turn Petronas Sg Merab, masuk Putrajaya Gate 1 menghala ke u-turn selepas Sekolah Presint 15 dan berpatah balik ke JPAM.

3. Yuran meningkat (50RM utk 2014, 10RM utk 2013) mungkin sebab untuk sediakan medal kepada semua pelari.

4. Namun, peningkatan yuran tidak selari dengan kualiti baju, bib dan paling penting water station hanya ada 2 sahaja seperti tahun lepas. Sesuatu yg perlu penganjur titik berat kerana WS adalah penting.

5. Kawalan trafik baik. Peserta agak ramai berbanding tahun lepas.

6. Post race disediakan 100plus, air, roti dan tiada Milo seperti tahun lepas. Medal OK,  cuma tiada jarak, difahamkan ada pelari tidak mendapat medal.  Sesi lucky draw pun biasa-biasa sahaja dan kebanyakan orang JPAM yg bertuah. Hmmm.

7. Keseronokan lepas lari adalah sesi bergambar bersama teman-teman larian.

8. Untuk sesi akan datang, penganjur perlu lebih adil sejajar dengan peningkatan yuran, baju sekiranya drifit hendaklah drifit semua dan bukan separuh drifit separuh dapat cotton. Bilangan water station seharusnya Ada sekurang-kurangnya 3.

Oh ya prestasi saya.

1:18 utk 12km

Rock To Rock Run 2014

26 Oktober 2014
Hard Rock Hotel Penang
10KM

Pre-Run

1. Aktiviti hari pertama di Penang pada 25 Oktober 2014 diisi dengan makanthon di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Georgetown. Bersama rakan-rakan pelari dari KL, kami menikmati menu mee udang, laksa janggus, pasembur, sup dan sebagainya.

2. Bertemu dengan lebih ramai rakan pelari di persekitaran HRC/HRH. Bergambar dan beramah mesra adalah wajib. hehe. Semua teruja untuk fun run pada 26 Oktober 2014. Selain itu, semua tidak melepaskan peluang memeriahkan ekonomi di HRC.

3. Aktiviti malam diisi dengan berkunjung ke Pasar Malam Batu Feringghi dan sesi makan serta borak-borak di Padang Brown.

Run Day

4. Larian dilepaskan pada 7:00 pagi. Memilih tema wau bulan di larian riang ria ini. 10km diisi dengan berlari, berborak, menyanyi dan semestinya bergambar2. Memeriahkan suasana dengan berhenti di Setiap km. Laluan membawa pelari dari HRH ke Teluk Bahang, Butterfly Park dan u-turn sebelum jalan ke Empangan. Water station adalah di KM5.

5. Laluan u-turn memberi peluang kepada pelari untuk memberi sokongan antara satu sama lain. Seronok.

6. Setelah hampir 1:55, saya dan kumpulan berjaya menamatkan larian riang dengan penuh keseronokan. Ambil medal, sijil, air dan roti. Sesi diteruskan dengan bergambar dengan lebih ramai rakan-rakan pelari.

7. Menyaksikan penyampaian hadiah kepada semua pemenang, best dressed dan lucky draw. Persembahan band juga memeriahkan acara. Tahniah semua.

8. Menutup sesi dengan lebih banyak gambar, bertukar-tukar ucapan Tahniah dan sesi sayonara bersama rakan-rakan. Kerana larian harus dinikmati bersama.

9. Keseluruhannya, Rock To Run adalah LARIAN bertema yang menggembirakan. Kawasan trafik, support station dan medik yg baik. Cuma, laluan larian yg sempit (dan cantik tepi pantai) memerlukan pelari berhati-hati terutamanya pabila jalan mula dipenuhi kenderaan.

CAPAM International Run 2014

19 Oktober 2014
Dataran POJ Putrajaya
7:00 am
22 km | 10km

Ringkasan

1. Cuaca sangat kondusif untuk berlari.

2. Bilangan pelari tidak ramai, terutamanya kategori 22km, maka tidak sesak.

3. Water Station yang mencukupi dan disediakan air sejuk. Volunteers yg sporting.

4. Laluan larian adalah seperti BSNPNM, Reebok dan kebanyakan larian-larian lain di Putrajaya.

5. Kawalan trafik adalah baik.

6. Prestasi saya: Sasarkan tamat di bawah 3j. Berlari dan berjalan di Setiap WS, serta selfie dan bergambar bersama rakan-rakan.

7. Tamat diberikan medal, roti dan baju penamat (kejutan). Kemudian diikuti sesi bergambar bersama rakan-rakan sambil memberikan sokongan kepada pelari-pelari.

8. Keseluruhannya, suatu acara yang baik. Cuma, promosi perlu digiatkan seperti memaklumkan Ada baju penamat lebih awal, untuk menarik perhatian bagi kategori 22km. Apa-apa pun, saya seronok dapat bertemu rakan-rakan dan menikmati larian seadanya.

xoxo


** Lebih gambar, boleh dirujuk di laman Facebook saya

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

18 Oktober 2014
Lanai, MATIC
Jalan Ampang

1. Ini adalah food hunt pertama yg saya sertai. Tetap berlari di beberapa check point walaupun ini bukan acara larian. (Hehe).

2. Terdapat 10 CP. Setiap anggota kumpulan hendaklah makan di 2 CP.

3. Pengangkutan: Setiap pasukan boleh menggunakan teksi, LRT, bas, mahupun monorel. Kumpulan saya diberi nama Cukup Makan, terdiri daripada Ayang Ati, Romzy Razon, Saya dan Azim.

4. Di setiap CP, hanya seorang ahli akan makan dengan kehadiran semua anggota pasukan. Passport pengesahan perlu dicop di setiap lokasi.

5. Dilepaskan sekitar jam 10:00 pagi, pasukan kami memilih untuk membuat aturan cabaran seperti berikut:

- Mie Gurd Sg Penchala - Char Kueh Tiaw : Azmi
- Laksa Family Corner Bandar Run Razak: Azim
- Mee Sup Meletup Bandar Seri Permaisuri: Azmi
- Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju: Ayang Ati
- Asam Pedas Setiawangsa: Romzy Razon
- Mee Bandung Muor Assam Pedas Danau Kota: Azim
- Nasi Dagang MZ Darul Naim Chow Kit: Ayang Ati
- Nasi Telur Itik Masak Lemak Pedas: Romzy Razon
- Nasi Ikan Patin Tempoyak Komp Kraftangan: Azmi

6. Meriah pasukan berbaju Oren dari satu CP ke CP lain. Teksi kami naiki merasa kesesakan lalu lintas di MRR2. Menuju garisan penamat di Kompleks Kraf Jln Conlay, pasukan Cukup Makan berjaya mendapat kedudukan ke-24 dari 135 pasukan. Kami berjaya menjadi top-30. Seronok berlarian sana sini. Tahniah kepada semua pasukan, berjaya eksplorasi tempat-tempat makan menarik sekitar KL.

7. Keseluruhannya, satu acara menarik untuk mempromosikan tempat makan di KL. Di samping itu, berpeluang beramah mesra dengan rakan-rakan pelari (yg turut ramai masuk Hunt ini) serta pasukan lain.

8. Terima kasih kepada semua termasuklah rakan-rakan di media sosial, WhatsApp dan  telefon yang berkongsi lokasi dan pandu Arab.

Jumpa lagi di Food Hunt akan datang.

Tuesday, 14 October 2014

SCKLM 2014 - Race Day

12 Oktober 2014

Dataran Merdeka
Kuala Lumpur

1. Dilepaskan pada jam 4;30 pagi. Tahun ini bilangan pelari FM agak ramai. Meriah. Strategi awal larian saya kali ini adalah untuk ikut belon pacer 5:00hrs, dan secara sedikit demi sedikit menilai prestasi larian di atas laluan bersesuaian dengan prestasi semasa.

2. Cuaca baik dan agak dingin sangat kondusif untuk berlari. Laluan dari Dataran Merdeka ke kawasan KLCC, bukit bintang, jalan ampang hingga ke AKLEH agak rata. Saya berjaya mengekori belon 5:00hrs dengan baik sehingga ke selepas surau di km11 atas AKLEH. Kemudahan surau kali ini adalah selesa, dan ada paip di plaza tol.

3. Selepas u-turn di AKLEH, saya mula ubah sasaran kepada sub 5;30hrs. Seperti biasa, berlari sejauh mungkin sebelum matahari terbit dan mengurangkan berhenti/walk break/photo stop sehingga ke KM30. 

4. Dari AKLEH, masuk ke MRR2, dan masuk ke DUKE, masih berjaya mengekalkan rentak. Sesekali berhenti di Water Station untuk refill botol air. Dan laluan mental DUKE berjaya di-offset kan berborak-borak dengan rakan-rakan pelari. Sesekali menyapa dan disapa rakan-rakan. Seronok, saling sokong menyokong antara satu sama lain.

5. Saya mula buat photo stop selepas km30. Lepak agak lama sikit sambil jalan kaki legakan keadaan, memandangkan pada masa ini masih yakin dengan prestasi sasaran sub 5;30 hrs.

6. Kelegaan adalah apabila keluar dari DUKE dan masuk ke Jalan Kuching, di sambut GC Support Station selepas KM31. Oh, pertama kali minum air sejuk di sini, kerana 30km yg lalu tiada air sejuk. Teh lemon dan coke sangat sedap terima kasih kedai runcit GC.

7. Selepas km32, kelihatan belon 5;30 hrs di belakang. Pada masa ini kaki saya agak letih dan berusaha bertahan sebelum belon melintasi saya. Dan, hingga ke langgak Tunku, selepas km34, belon 5;30hrs melintasi saya. Saya senyum. Dan berusaha untuk kembali mengikut belon tersebut. Dan kesudahannya....saya tidak Nampak lagi belon itu hingga saya lintasi garisan penamat. Heheh.

8. Segera ubah sasaran baharu kepada sub 6:00hrs untuk baiki catatan masa tahun lepas. Berlari dan berjalan di bukit tunku. Singgah di Pacat Support Station. Minum coke dan air sejuk. Oh hilang dahaga. Terima kasih semua. Selepas itu, seperti biasa berlari riang-riang kerana laluan menuruni bukit. 

9. Berlari/berjalan hingga ke km 38, singgah di TPRC support station. Oh cokelat, kismis, candy, semua saya rasa. Coke sejuk pun menyegarkan. Terima kasih. Berjalan kaki di tepi jalan parlimen, santai bawah cool spray hingga ke km39. Kaki mula agak sakit. Dan pada masa ini, masih yakin dapat sub 5:45hrs. Lepas km39 menghala ke simpang KL Sentral, lari 100meter, jalan 900meter, hahah hingga ke WS terakhir berdekatan muzium negara. Laluan depan Bangunan KTM saya sangat suka, feeling overseas. Hehe.

10. Seterusnya 2km ke garisan penamat, lari-jalan-jalan-jalan-borak jalan hinggalah 500meter. Berlari-lari anak. Atmosfera mengujakan. Sokongan kiri dan kanan. 250 meter ke garisan penamat, sedikit drama di mana kaki tiba-tiba cramp. Singgah berhenti tepi jalan, spray salonpas. Lega. Segera betulkan sampin dan bersedia meneruskan larian sambil memvisualisasikan penamat terindah di Kuala Lumpur. Bersemangat apabila ramai rakan-rakan pelari/supporter kiri dan kanan jalan memberikan sokongan kepada semua pelari.


11. Tamat dengan 5:43 (Gun Time) , 5:41 – nett, saya gembira walaupun bukan PB kerana catatan ini berjaya baiki catata tahun 2013 (6;13). Saat melintasi garisan penamat, terdengan emcee sebut “runner with fancy tengkolok”, saya senyum dan melambai keriangan kepada semua yang ada.

12 Terus bertemu dengan rakan di garisan penamat, beratur ambil finisher pack. Regangkan semula kaki. Satu yang saya suka, kali ini tiada dramatic aksi seperti tahun lepas, di mana lepas lintasi garisan penamat, saya ke medical tent. Dengan hormon kegembiraan masih tinggi, bergambar dan saling tukar ucapan tahniah dengan rakan-rakan pelari.

13. Selesai di Padang Dataran Merdeka, saya mula bergerak ke depan Muzium Textile, untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang masih berjuang untuk menamatkan cabaran masing-masing. Ya, menyaksikan marathon memberikan pengalaman bermakna. Setiap emosi dan ekspresi terpancar dari wajah-wajah pelari melambangkan keazaman semangat jitu masing-masing. Sempat merakamkan gambar-gambar mereka menghala ke garisan penamat. 

14. Seperti biasa, di setiap marathon/acara yang saya sertai kegembiraan adalah memberi/mendapat inspirasi daripada/kepada rakan-rakan pelari. Kerana setiap larian harus dinikmati bersama. Seronok dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan. Terima kasih tak terhingga kepada yang memberikan sokongan. Terharu pada bila rakan-rakan menyapa dan meberikan sokongan apabila saya ala-ala “give up” jalan santai mak jemah atas laluan 42.195km tersebut. 

Tahniah kepada semua pelari, penyokong dan semua yang terlibat dalam SCKLM 2014. Anda semua adalah pemenang.
Edisi SCKLM 2014 suatu yang bermakna dan Gme Marahton Challenge edisi ke 22 melabuhkan tirai. Jumpa di #23 di Penang.
XOXO

Lebih gambar di:



Cancer Awareness Fun Run

11 October 2014
HUKM, Cheras


1. Dianjurkan oleh Jabatan Surgeri HUKM sempena kesedaran kanser. 

2. Dengan bilangan peserta yg tidak ramai, suasana tidak sesak. Sesi dimulakan dengan senamrobik. Dilepaskan pada 7:12 am.

3. Laluan membawa pelari berlari sekitar jalan raya tepi taman tasik permaisuri, menghala bandar tun razak Dan kembali ke HUKM.

4. Oh saya suka laluan Larian, mengimbau kenangan zaman sekolah.

5. Berlari sambil borak2 dengan pelari yg ada. Seperti biasa, keseronokan adalah bertemu rakan2.

6. Keseluruhannya, penganjuran adalah baik, stesen air mencukupi, kawalan trafik juga baik.


Lebih gambar di:

Friday, 10 October 2014

SCKLM 2014 - Race Entry Pack Collection

9 Oct 2014 -11 Oct 2014
Dataran Underground

Pertama kali dalam tempoh bertahun-tahun sampai ke bawah Dataran Merdeka ni.

Sesi ambil race kit mudah, cepat dan teratur. Cuma datang masa lunch break memang agak ramai sikit pelari2.

Yang menarik dapat jumpa ramai rakan2, dan bergambar2.

Gerai-gerai pempamer kiranya OK, walaupun tidak semeriah di luar negara. Barang keperluan untuk larian dijual dgn harga yg berpatutan bagi sesetengahnya.

Moga jerebu hilang Dan semua dapat menikmati SCKLM hujung minggu ini.

Selamat berjuang runners SCKLM Dan BSNPNM.

**Saya hadir ke REPC untuk ketiga-tiga hari 9/10/11 Oktober 2014 dan melayang lah juga $$$.

:)

Lebih gambar di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152498290118822.1073741898.530093821&type=3

dan di sini

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152503728473822.1073741900.530093821&type=3


Sunday, 28 September 2014

T-12 SCKLM 2014

Kurang 2 minggu untuk acara larian utama Kuala Lumpur iaitu Standard Chartered KL Marathon 2014.

Semoga semua persediaan dan latihan berjalan lancar.

Harapan saya untuk tahun ini adalah memperbaiki catatan masa tahun lepas, tanpa hilang keseronokan larian.

XOXO


Menuju garisan penamat SCKLM 2013

Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014

27 September 2014
Dataran Batu Burok
Kuala Terengganu 


1. Ini merupakan acara ke-2 saya sertai untuk bulan September 2014. Rasa macam sudah lama tidak join event. Hehe.

Pre-Race

2. Bertolak ke Kuala Terengganu pada petang Jumaat. Trip ke LJSM tahun ini merangkap "balik kampung".

3. Bertemu Maggie dan beberapa runners dalam penerbangan sama. Di sambut Pali dan Nadia di Airport. Segera ke REPC di Dataran Batu Burok. Urusan ambil bib mudah, dan cepat memandangkan pada petang agak kurang orang. Bertemu lebih ramai pelari di situ.

4. Seterusnya edisi JJCM ke Teluk Ketapang, makan makanan laut celup tepung, dan singgah juga di Jus Air Buah Gelas Besar. Malam, rehat seadanya di hotel.

5. Awal pagi sabtu, segera menapak bersama Ridwan ke garisan permulaan. 

Race 

6. 21KM dilepaskan pada 6;45 pagi. Panas sudah. Laluan seperti biasa membawa pelari merentasi KT dan menuju ke Jambatan Sultan Mahmud hingga ke bulatan batu 6, dan berpatah semla.

7. Prestasi saya: berlari hingga km15, seterusnya berjalan-berlari2 anak selepas itu memandangkan laluan mulai sesak selepas bergabung dengan kategori 10km. Tamat dengan 2:14, agak baik dari 2012 (2:18).

8. Pro: (I) yuran murah untuk anak Terengganu dan pemastautin, (ii) ramai runners dari KL turun - seronok dapat jumpa rakan-rakan (iii) baju dan medal agak ok (iv) ramai runners menambahkan kemeriahan LJSM

9. Kon: (i) tiada water station atas jambatan, dan hanyalah stesen sponge di km 4 (kot) agak suspen sgt tiba2 ada sponge seawal km itu (ii) jarak masuk dalam lingkungan 20.4km, sama macam 2012 (dan thn lepas juga) (iii) sesak di garisan penamat (iv) trafik yg agak scary, tiada kon (5) apa lagi ek?

10. Keseluruhannya, saya menikmati larian riang 21km saya di terengganu hari ini.

Post Race 

11. Makan, dan makan lagi di Batu Rakit, Kuala Terengganu, dan bersiar-siar di Kampung Cina.

12. Terima kasih atas hospitaliti, terutamanya Nadia, Pali, Zarul etc. Seronok bersama rakan-rakan hari ini.

13. What's next? - balik kampung ke Kuala Berang. Yeay

gambar2 di:

Tuesday, 9 September 2014

Keep On Running

Pantas masa berlalu.
Moga terus dapat/beri inspirasi untuk berlari.
:)
85 and counting .. *pic credit: Ayang Ati 

Sunday, 7 September 2014

River Jungle Marathon : The Supporter Edition

Ahad

7 September 2014

Hulu Langat


Selepas TM Fan Run di Dataran Merdeka, saya hadir ke River Jungle Marathon, memberikan sokongan kepada rakan-rakan FM/FMV di samping bersua, bercerita dengan yang lama sudah tidak berjumpa.

Seronok melihat kegigihan, kecekalan rakan-rakan menamatkan 42.195km, terutamanya bagi yang kali pertama. Marathon sememangnya memberi inspirasi.

Tahniah buat jutaan kalinya buat semua di RJM semalam.

p/s: peringatan buat diri sendiri- pastikan kamera penuh bateri hadir ke acara marathon kerana setiap detik adalah bermakna. Credit kepada Ayang Ati dan rakan-rakan atas photo-photo berkaitan. Kerna larian harus dinikmati bersama.

XOXO



Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda 

Riang ria bergambar lepas berlari katanya. Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda 


Team Malaysia Fan Run 2014

7 September 2014 | Dataran Merdeka
15km | 10km | 5km
( turut diadakan serentak adalah larian Fit Malaysia) 

1. Saya memilih untuk berlari pada jarak 5km di TM Fan Run kali ini. Larian riang ria tanpa tekanan, dan semestinya keseronokan sepanjang jalan.

2. Kategori 15km dilepaskan pada jam 7 pagi. 10 km pada 7:15 pagi dan 5km dilepas pada jam 7:30 pagi. YB Menteri Belia dan Sukan melepaskan larian.

3. Laluan 5 km membawa pelari ke jalan tanglin, bukit aman, masuk persekitaran luar taman burung, taman orkid, melintasi tepi taman botani perdana, masuk ke jalan parlimen, lalu tepi padang merbok dan seterusnya ke dataran merdeka.

4. Beberapa tempat diserikan persembahan muzik dan sokongan cheer leaders. Di depan taman orkid disediakan prop team Malaysia untuk pelari berselfie/bergambar seadanya.

5. Larian saya diselang seli dengan berselfie, bergambar2 serta borak-borak dengan kenalan baru/lama sepanjang laluan. Seronok melihat pelari menikmati larian seadanya.

6. Tamat cabaran di dataran merdeka, pelari berjalan agak jauh ke belakang pentas utama untuk mendapatkan snack dan medal. 

7. Di padang dataran merdeka terdapat banyak khemah aktiviti sempena program Fit Malaysia yg dilancarkan pada hari ini.aktiviti Zumba, Body Combat dan sebagainya disediakan untuk pelari/umum menikmati aktiviti sihat di pagi ahad.

8. Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini adalah baik dan meriah. Medal berbeza dengan 2 tahun yg lalu (namun masih tiada jarak dicatatkan), jersey Team Malaysia juga cantik.

9. Seperti biasa aktivit diakhiri dengan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari dan semestinya bergambar2.

10. Sebagai rekod, TM Fan Run 2012 merupakan larian pertama saya ketika mula-mula kembali ke bidang larian. Hujan pada masa itu. Dan tetap seronok. Hari ini, di acara yang sama, di tempat yang sama, saya berjaya menamatkan acara ke-85 sepanjang menyertai larian. Pantas masa berlalu. Moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada lebih ramai rakan2 untuk menikmati larian/aktiviti sihat seumpamanya.

XOXO








Gambar2 di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152429661653822.1073741894.530093821&type=3

SCKLM 2014 : Pre-Race dan Media Tour

Saturday, 6 September 2014

1. Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa penganjur SCKLM telah mengumumkan laluan baharu untuk SCKLM 2014 yang akan bermula/tamat di Dataran Merdeka dan akan melalui Duta-Ulu Klang Highway (DUKE) dan Ampang Elevated Highway (AKLEH). Justeru, hari ini menganjur telah menjemput media untuk merasai laluan 42.195km, dan di samping itu “trial run” juga diadakan. Seramai 8 orang pelari berjaya menamatkan jarak marathon tesebut pada hari ini. Tahniah pada mereka.

2. Sesi pagi ini dimulakan dengan pre-race, dan seterusnya sarapan pagi bersama media, penganjur, dan pelari-pelari. Seterusnya sesi temuramah pengalaman pelari-pelari yang menamatkan larian.

3. Media tour bermula di Dataran Merdeka, menaiki bas KL-hop-on-hop-off (saya pertama kali naik bas ini, hehe) dan diringi oleh pasukan PDRM.

4. Laluan 9km pertama adalah di pusat Bandar, meliputi Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang sehingga ke Jalan Jelatek. Sepanjang laluan ini, pelari akan melintasi mercu-mercu utama kotaraya KL seperti KLCC.

5. Seterusnya, dari susur tepi Balai Bomba Jelatek, pelari akan sedikit mendaki untuk mula masuk ke AKLEH. Sepanjang km 10 hingga km13, dan u-turn menempuh km 14 hingga ke 16, permandangan adalah amat menarik, di mana KL Skyline dapat dilihat. Amat sesuai untuk berhenti seketika bagi mengambil gambar mahupun selfie (mungkin agak gelap suasana pada masa itu).Laluan menuju ke km19, masuk ke MRR2, dan hingga ke km21, mulai memasuki DUKE. Seperti di awal AKLEH tadi, laluan susur masuk ke DUKE ini juga agak mendaki sedikit.

6. KM21 hingga ke 31 atas DUKE, agak mendatar dan beberapa tempat beralun. Dari km 31 ke 33, Jalan Kuching, ini adalah laluan bagi edisi terdahulu SCKLM. KM33 ke km38 meliputi langgak tunku, jalan tun ismail, bank Negara, padang merbok, dan masuk ke jalan parlimen merupakan laluan kebiasaan bagi lain-lain acara larian di sekitar KL. Laluan berbukit ini, pastinya member cabaran kepada pelari, mentaalah lagi kaki mungkin mulai penat selepas km33.

7. KM39 di jalan damansara menghala ke KL sentral mendatar. Dari situ melintasi muzium Negara ke km41, melalui bangunan KTM dan seterusnya membayangkan sorakan padu serta sokongan semua ke Daya Bumi/ Pejabat Pos Besar, dan menuju ke garisan penamat di Dataran Merdeka.

8. Tinggal 35 hari lagi, festival larian premier di Kuala Lumpur akan berlangsung. Lebih 35,000 pelari akan membanjiri KL bagi kategori masing-masing. Dan untuk kategori FM dianggarkan lebih 5,000 pelari. Wow, meriah. Bagi memastikan kelancaran, serta keselamatan penganjuran SCKLM, penganjur telah
- membuat engagaement 400 polis trafik dan penguatkuasa DBKL dalam mengawal lalulintas dsbnya
- 350 toilets, kemudahan surau, 28 water station
- 450 medik
- 350 pegawai perlumbaan
- Dan kemudahan awam seawal 3 pagi.

9. Untuk gambaran spot di beberapa km terpilih, ianya seperti di –caption dalam album ini. Untuk rajah penuh bagi kategori2, serta maklumat mengenai SCKLM anda boleh melayari lama fb SCKLM mahupun laman sesawang mereka.

10. Terima kasih penganjur, rakan-rakan pelari dan semua, dalam memberi peluang untuk saya menikmati 42.195km media tour hari ini. Dalam tempoh berbaki sekitar 35hari, sama-sama lah semua untuk berlatih dengan smart, dan seterusnya dapat menikmati SCKLM seadanya.
Kerana larian harus dinikmati bersama.

XOXO.

Gambar2 di:

Sunday, 24 August 2014

DNS

Did Not Start

Pagi ini saya DNS Mizuno Wave Run di Putrajaya.

Ambil secara positif, sentiasa akan ada larian lain di masa akan datang. 

Sebagai ganti, saya berlarian di Bangi sahaja.

Hujung minggu depan ada Summernats Fun Run 11km di Litar Sepang, 31 Ogos 2014.

Sangat berharap dapat sertainya, walaupun keberangkalian untuk DNS lagi sekali amat tinggi.

Race or no race, I will be running because it's a lifestyle.

Tahniah kepada rakan-rakan yang menamatkan cabaran masing-masing di hujung minggu ini.

*Saya like semua gambar dan post berkaitan di fb.

Haha.

XOXO

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...