Saturday, 24 March 2012

London

Akhirnya selepas lebih 13 jam dalam pesawat MAS, aku tiba di kota London. Urusan passport control dan kastam sangat mudah dan tiasa masalah.

Selama 13 jam dalam penerbangan, masaku diisi dengan makan, layan IFE dan makan lagi. Hahah.

Dari London Heathrow Airport, aku naik Heathrow Express ke London Paddington. Tambang 19£. Sebenarnya kalau nak lagi jimat, boleh naik tube tu, cuba kena tukar2 stesen. Aku buat keputusan untuk ambil Heathrow Express kerana aku perlu jimatkan masa untuk sampai le Victoria Coach Station. Hari ini Jumaat, maka, tube mesti penuh dengan orang, tambahan selepas waktu kerja.

Lepas selesaikan urusan bagasi di Victoria Coach Station, aku segera menggunakan masa yang tinggal beberapa jam sebelum aku ke Paris menaiki bas pada sebelah malammya.

Walaupun telah beberapa kali ke London sebelum ini, aku tidak jemu untuk menelusuri sungai Thames dengan berjalan kaki untuk melihat dan mengamati binaan akkitetur yang menjadi ikon London.

Bermula dari Westminster Abbey, alu melangkah ke Big Ben, kemudian ke London Eyes, London Bridge, Milenium Bridge, St Paul Cathedral, dan semestinya Tower Bridge. Wah, pertama kali dapat menuaksikan jambatan itu diangkat untuk beri laluan kepada kapal besar merentasi sungai Thames.

Lepas berjalan dan bergambar2 di sekitar Tower of London, aku segera mengambil tune ke London Victoria.

Sungguh ringkas dan pantas aku menghabiskan masa di petang dan malam hari Jumaat, 23 Mac. Hahah.

Kalau berkesempatan, nanti pada Ahad dan Isnin, akan meronda lagi di sekitar London selepas pulang dari Portugal nanti.

Till then, wassalam.

Thursday, 22 March 2012

Menuju ke Kota London

Kali terakhir aku ke London adalah pada tahun 2009, menaiki Emirates.

Hari ini akan ke London menaiki Malaysia Airlines. Yeah. Lama tak naik MAS ke London (macam banyak kali kan ke London. Hahaha).
Harapnya perjalanan lebih 13 jam nanti tidak membosankan.

Berdebar dan terujua pun ada gak untuk solo backpacking ke Eropah kali ini.

Oklah, dah nak boarding dah.

Till then, wassalam.

Tuesday, 20 March 2012

Lonely Planet

Korang mesti ada pernah baca/memiliki buku/majalah berkaitan pelancongan atau travel kan. Dulu aku selalu beli Majalah Libur, ambil majalah dalam pesawat seperti Going Places oleh MAS tu.

Baru-baru ni, masa MattaFair, aku beli koleksi lama tahun 2011 bagi majalah Lonely Planet Asia. 8 naskhah untuk RM30 termasuk edisi terbaru Mac/April 2012. Murah kan. Harga satu edisi adalah RM15.

Aku suka majalah ini kerana banyak panduan-panduan melancong secara bajet dan destinasi yang dipaperkan juga menarik. Lagi satu majalah ini selalu didatangkan dengan panduan ringkas/mini guides to keep bagi selected cities. Menarik. Dan panduan tu sungguh handy dan mudah dikoyakkan untuk dibawa ke mana-mana.

Teringat kenangan pertama aku beli produk Lonely Planet adalah buku tebal Europe on Shoestring. Buku ini aku beli masa nk ke Eropah pada tahun 2007 dulu. Kira memang rujukan utamalah kalau nak ke Eropah. Hehe. Tapi sekarang semua maklumat dah ada di internet. Senang bukan.

Sunday, 18 March 2012

MATTA Fair 2012

Bagi pengembara tegar, tidak tegar, pelancong, atau mana-mana kaki jalan, traveler dan sebagainya, Matta Fair sentiasa ditunggu-tunggu.

Semalam aku sempat singgah ke Matta Fair di PWTC KL tu. Seperti edisi-edisi sebelum ini, pengunjung sentiasa ramai dan keadaan mula sesak sejak awal pagi.

Untuk Matta Fair kali ini, aku tidak beli apa-apa pakej mahupun tiket ke mana-mana pun, walaupun beberapa destinasi mengujakan aku. Aku sempat beli Annual Pass untuk Legoland Malaysia je. Hanya RM195 selepas potongan daripada harga sebenar RM275. Kira ok lah kan. Jimat. Lepas ini bolehlah sentiasa ke Legoland tu sehingga Disember 2013. Oh ya Legoland tu hanya akan mula berpperasi hujung tahun ini.

Selain daripada tu, aku lebih banyak habiskan masa di Hall yang menempatkan pakej-pakej ke luar negara dan booth yang menjual tiket-tiket ke destinasi Eropah. Agak mengujakan juga tawaran untuk Matta kali ini, di mana harga tiket ke New York lebih murah daripada harga MAS ke London. Hehe.

Destinasi-destinasi lain di Asia juga mengujakan dengan tawaran pakej Muslim ke Indonesia, China, Hong Kong, Korea. Destinasi Australia dan New Zealand juga mendapat tumpuan.

Aku seperti biasa, suka kumpul risalah dan katalog harga pakej dan tempat-tempat menarik serta goodies yang percuma di setiap booth. :)
Pertunjukan Tarian dari Indonesia
Promo Firefly
Booth MAS 

Pesta Belon Panas Putrajaya 2012

Hujung minggu hari tu sempat singgah di pesta belon panas Putrajaya 2012.

Kebanyakan belon panas yang ada terdiri daripada belon-belon yang pernah dilihat di 3 kali sebelum ini.

Tapi ini kali pertama aku datang tengok belon-belon ini pada waktu malam. Menarik juga belon-belon ini pada waktu malam dengan pertunjukan belon serentak dengan muzik ini. Nampak lebih menarik, di mana belon dinyalakan mengikut rentak muzik.

Keadaan malam minggu tu sungguh meriah. Ramai orang datang, tambahan pula masih cuti sekolah. Beberapa gambar yang sempat aku snap guna phone.

Thursday, 15 March 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam

Lama tidak ke Vietnam. Kalau ke Ho Chi Minh City lagi, maka boleh lah pergi Hard Rock Cafe HCMC tu.



Dulu, semasa di HCMC, berkesempatan pergi ChuChi Tunnel, kesan tinggalan perang Vietnam dulu. Aku suka merangkak dalam terowong tu. Hahah. Selain itu, War Remnants Museum tu pun menarik untuk dikunjungi. Terdapat penceritaan mengenai kesan perang Vietnam di situ.


Kalau di HCMC, semestinya Ben Tanh Market adalah tempat tumpuan untuk membeli belah.


Oh teringin ke HCMC lagi.


:)









Intramuros, the Philippines

Kalau ke Manila, tidak lengkap rasanya kalau tidak singgah ke Intramuros.


Intramuros merupakan salah satu kawasan bersejarah di Manila.


Dipetik daripada wikitravel:


Intramuros is the oldest district and historic core of Manila, the capital of the Philippines.Nicknamed the Walled City, the fortified Intramuros was the seat of government during the Spanish Colonial Period. Its name in Latin, intramuros literally means "within the walls".


The city was located then along Manila Bay and south of the Pasiq River entrance before 20th-century reclaimations obscured the city from the bay. Guarding the city is Fort Santiago, a citadel located at the mouth of the river. Construction of its thick defensive wall were started by the Spaniards in the late 16th century to protect the seat of the Spanish government from foreign invasions (most notably British and Dutch) and raiding sea pirates. 


Kat dalam kota ni, adalah gereja, monumen-monumen yang sudah restored dan semestinya gerai cenderamata. Harga boleh tahan murah. 



Copenhagen, Denmark

Aku sampai ke Copenhagen, Denmark pada tahun 2008, melalui bas dari Oslo, Norway.


Bila sebut pasal Copenhagen, aku terbayangkan patung mermaid di tepi laut tu dan syarikat kapal MAESRSK tu.


Dulu masa di sana, harga barang di Copenhagen tersangatlah mahal.


Copenhagen city center, mudah diterokai dengan berjalan kaki. 


Antara tarikan utama di sini adalah Amelianborg Palace - kediaman diraja Denmark, Tivoli Garden - taman tema dan kubu tebi laut.


Di sini, terdapatnya Storget - jalan pejalan kaki antara yang terpanjang di Eropah. Sepanjang jalan ini, terdapatnya muzium, pusat membeli-belah, restoran dan sebagainya.  Manakala Nyhavn - kawasan pinggir laut yang menarik. 






















Amsterdam, The Netherlands

Bila musim bunga sahaja, aku teringat kan Amsterdam di The Netherlands a.k.a. Belanda.
Kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2009.


Selain daripada tulip, sekiranya berkunjung ke Belanda, ikon yang menjadi tarikan adalah Windmills.


Manakala, di Amsterdam sendiri terdapatnya banyak tarikan seperti canals bersimpang siur, basikal, Red Lights District, dan muzium-muzium yang gah seperti Van Gogh Museum.


Untuk tengok kincir angin, bolehlah ambil pakej yang banyak di sekitar Damrak, tengah-tengah pusat bandar Amsterdam tu. Boleh ambil pakej ke Marken - Volendam  half day tour yang tidak mahal harganya.


Dalam tour ini, tourist dibawa ke tempat buat keju, clog (kasut kayu tu), dan semestinya windmills. Seterusnya, tour akan membawa peserta ke kampung nelayan di pinggir laut iaitu di sekitar Marken dan Volendam. Siap ada ferry cruising lagi.



Wednesday, 14 March 2012

Swan Valley, Australia

Swan Valley yang tidak berapa jauh dari Perth ini amat terkenal dengan pusat pengeluaran wine. Permandangan di sini juga menarik sekali.

Aku berkesempatan pergi ke Houghton, Swan Valley. Saje datang ke sini nak tgk ladang anggur kan. 


Tapi masa pergi tu anggur tak berbuah ranum lagi. Maka, aku sekadar pusing-pusing sambil menikmati udara segar dan permandangan yang mendamaikan di sana. 







Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...