Friday, 16 September 2016

PRG GOCARE RUN 2016

PRG GOCARE RUN 2016
TAMAN TASIK DATUK KERAMAT, OFF JALAN JELATEK, KUALA LUMPUR
16 OCTOBER 2016
7:15AM


Ini merupakan larian amal tidak kompetitif bagi mengutip dana bagi organisasi seperti tertera dalam gambar.


Dengan yuran yang berpatutan seperti berikut:
10km | MYR50
5km | MYR50
5km family of 3/4 | MYR100 ,

(1) Pelari berpeluang memenangi cabutan bertuah yang lumayan;
(2) Mendapat t-shirt larian, dan medal penamat selepas larian;
(3) Berlari di laluan yang baharu di Kuala Lumpur (berbanding di lokasi lazim untuk larian-larian lain).

Peserta juga boleh layari  (http://www.gocare.org.my/) untuk menderma. Dengan derma minimum MYR50, peserta adalah layak menyertai larian  PRG GoCare Run 2016.secara PERCUMA. 
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, vsila lawati  https://mro.myraceonline.com/prgr16/registrations .
Jom kita berlari dan menyumbang.





Thursday, 15 September 2016

SP Half Marathon


10 September 2016
Dataran Zero Jam Besar
Sungai Petani

1. Edisi kali ini lebih besar dan meriah (kali terakhir saya ke SP half pada edisi pertama 2012). Kali ke-5, lebih 700 orang utk kategori half marathon dan lebih 2,500 utk keseluruhan.

2. Cuaca baik. Pelari dilepaskan pada 6:17 am. Elok lepas Subuh. Laluan adalah sama dengan tahun lepas. Melalui jalan SP - Tikam Batu , u - turn di Giant, seterusnya masuk ke kawasan kampung di km12. Laluan menarik di beberapa tempat, dengan sawah pagi di tepi laluan serta panorama Gunung Jerai di kejauhan.

3. WS disediakan setiap 5km. Air mencukupi (seperti dialami saya sepanjang acara), cuma jarak WS agak jauh. Medik juga bersedia di WS. 

4. Trafik di persimpangan utama adalah terkawal. Namun di beberapa jalan seperti berhampiran pasar, agak membahayakan.

5. Ruang penamat yg gah tepi jam besar sungguh mengujakan. Aturan selepas tamat tersusun. Medal, goodies bag (lengkap roti, gula-gula, air mineral), baju penamat dibahagikan dengan selesa. Ruang lapang di kawasan penamat. Van Milo juga disediakan. Oh Milo dari van sentiasa tidak mengecewakan.

6. Prestasi saya? Tamat dengan riang ria 2:28. Gembira. 

7. Pasca larian diisi dengan aktiviti bergambar kenangan bersama rakan2, memberi sokongan kepada pelari-pelari lain menamatkan larian dan seterusnya menyaksikan sesi penyampaian hadiah dan lucky draw.

8. Keseluruhannya, pada hemat saya, SP Half kali ini dianjurkan dengan baik, dengan beberapa penambahbaikan lain di masa hadapan seperti luggage drop, km marker yg lebih banyak dan trafik dikawal menyeluruh.

9. Tahniah dan terima kasih kepada semua. Moga bersua di edisi SP Half yg akan datang.

Kota Kinabalu City International Marathon


Stadium Likas 
3:00 am
4 September 2016

1. Ini adalah edisi pertama KK City International Marathon (KKCIM). Bilangan penyertaan adalah tidak seramai Borneo International Marathon. Cuaca sepanjang marathon adalah baik dan tidak panas seperti biasa.

2. Dengan bilangan pelari FM beberapa ratus sahaja, suasana awal pagi di Stadium Likas agak sepi. Sesi warm up diadakan. Taklimat route diberikan.

3. Laluan KKCIM adalah mirip kepada laluan half marathon BIM. Bermula dari Stadium, menghala ke satu pusingan ke arah bandar KK, kemudian kembali ke stadium seterusnya sambung ke Jalan teluk Likas , dan U-turn sebelum sampai UMS. Buat 2 kali loops ini dan itulah route KKCIM.

4. WS di loop pertama cukup air. Kemudian ada pisang (walaupun mcm dh lebam). Sponge juga ada.
Namun air isotonik agak terhad (tapi di garisan penamat berbotol2 stock). WS di second loop terutamanya bagi yg akhir, air terhad, tiada cup. 
Terdapat independent support station memberikan sokongan kepada pelari dengan chilled coke, mineral dan sweeties.

5. Trafik di beberapa tempat adalah tidak memuaskan. Dengan kuasa tangan anda melintas lah dengan berhati-hati. Laluan Teluk Likas ditutup sepenuhnya beberapa km, kebetulan ada acara berbasikal juga.

6. Atmosfera pada pusingan pertama amatlah sepi. Keadaan sedikit meriah bila ramai telah u-turn pusingan kedua dan bergabung dengan pelari kategori half marathon .

7. Pacers disediakan. Walaupun beberapa ketika pacers berlari keseorangan. KM marker dia tidak consistent , kejap 10km, 17km , 800meter. Tu yang saya perasan.

Prestasi saya?

8. Bermula dengan ikut belon 5 jam sehingga km16. Kemudian ikut belon 5jam30min sehingga km32. Selepas itu saya hanya berjalan kaki memandangkan mood tiada (alasan). Belon 6jam meninggalkan saya di km36. Apalah dayaku nak kejar. Haha. Bermain mathematics, saya hanya walk walk walk hingga pintu masuk stadium . Mengetahui akan over distance , maka, terus lah saya catwalk seadanya.Kemudian barulah berlari di atas trek merah. Seperti BIM, penamat dalam stadium mengujakan.

9. Tamat dengan unofficial time 6:25. Segera bersua dengan rakan2 yg menunggu di garisan penamat. Tahniah dan terima kasih semua.

Lepas FL

10. Ambil kelayakan penamat, medal dan baju. Ada pisang, air teh tin oishin. Wah, 100plus berbotol2 stock kt situ. Tapi Kat WS punya lah susah nak jumpa.

11. Menikmati Milo van selepas lari adalah suatu nikmat. Mungkin tidak ramai yg perasan van Milo itu tersorok kedudukan di luar stadium.

Penutup

12. Penganjuran KKCIM tidaklah terlalu teruk. Mungkin kena lebih promosi dan tidak syok sendiri. Dengan yuran penyertaan yang agak tinggi ( I paid MYR120 for this), KKCIM seharusnya lebih berkualiti. Tiada wow factor. Tetapi penganjuran haruslah bersifat " International".

13. Penganjuran ini boleh diperbaiki di masa akan datang ( kalau ada lagi lah, dan penganjur bersedia ambil kritikan dan pandangan membina). Sijil sepatutnya ecert sudah. Backdrop poster sepatutnya tidak menggunakan Adidas KOTR (kot), seharusnya guna identity sendiri. Lepas itu ada logo IAAF. Hmm

14. Drama REPC harus KKCIM ambil teladan. Untuk pertama kali dalam sejarah penyertaan marathon saya REPC ala-ala kaunter klinik. Kelakar pun ada. Tapi itulah pengalaman kan. Senyum.

15. Maka, episode marathon saya yg ke-40 selesai di KKCIM. Pantas masa berlalu, 40 marathon dalam kurang 4 tahun. Lain marathon Lain pengalamannya. Lain orang lain motivasinya. Kerana larian harus dinikmati.

16. Penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada semua rakan sepanjang saya berada di KK. Jumpa di lain masa.

Monday, 29 August 2016

PJ Half Marathon 2016


21 Ogos 2016
5 am
Laman MBPJ 

1. Dianggarkan lebih 5,100 peserta untuk semua kategori bagi edisi PJHalf kali ini. Meriah dan sesak. 

2. Ini kali ke-2 saya menyertai PJHalf, dan kali pertama di lokasi baharu, berbanding di Stadium Kelana Jaya. 

3. Laluan PJHalf menyeronokkan dan memberi cabaran kepada pelari termasuklah laluan jalan raya beralun, bukit-bukit landai, dan persimpangan-persimpangan utama di pelusuk Petaling Jaya. 

4. Trafik keseluruhannya baik, dan terkawal. Cuma seperti biasa di beberapa persimpangan, terdengar bunyi hon kenderaan. 

6. Air di water station adalah mencukupi. Ada yang bertanya saya kenapa lari bawa 1.5L air hari ini. Senyum dan bersahaja, sekadar persediaan ikhtibar dari insiden minggu lepas.

7. Sponge station disediakan. Surau disediakan dengan kemudian lori air untuk berwuduk. Selesa, lengkap bersejadah.

8. KM marker juga jelas. Cuma titik perpisahan 21km/10km mungkin ada yang terlepas pandang, kerana ada pelari 10km yg termasuk dalam laluan 21km dan terpaksa berpatah balik.

9. Post race arrangement juga kemas dengan pelari dialirkan ke laman MBPJ. Medal, dan post race snack di uruskan secara teratur. Medal itu comel, wajah chickaboo. Baju acara dan baju penamat 21km tidak mengecewakan.

10. Saya suka sesi zumba selepas lari tersebut. Berjaya sertai sesi zumba untuk beberapa minit, berpeluh sakan. Walaubagaimanapun, ianya agak penuh di ruang penamat depan pentas utama. Kelihatan pelari-pelari akhir agak terkesan.

11. Prestasi saya? Bermula dari barisan belakang (ya, bilangan peserta HM agak ramai) dengan lari-lari anak. Dan tidak sampai 500 meter saya sudah mula berjalan. Ambil mood, berlari dan beramah mesra dengan rakan-rakan dikenali sepanjang laluan.

12. Menggunakan strategi berlari-berjalan-berlari, tamat dengan 2;42 nett (unofficial). Gembira dengan larian, sebagai latihan dan birthday run saya. Berkesempatan bantu pelari di km 17 yang mengalami kekejangan. Harap beliau tamat dengan jayanya. 

13.Secara peribadi saya suka laluan 500m ke penamat, pelari berlari umpama di astaka utama dengan sambutan meriah di garisan penamat,.

14. Keseluruhannya, PJHalf kali ini tidak mengecewakan saya. Dianjurkan secara baik, saya memberi rekomendasi kepada rakan-rakan untuk mencuba acara ini di masa akan datang.

15. Tahniah dan terima kasih kepada semua, walaupun apa jua peranan dan pencapaian anda semua. Kerana larian harus dinikmati. Seronok ber photothon dengan rakan-rakan hari ini.

16. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada #TeamUltron #UltronKL #MicroDry atas tajaan penyertaan saya ke dalam PJHalf kali ini. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan baharu dan lama di dalam Team Ultron. 



Kuching Marathon 2016

Standard Chartered KL Marathon 2016



Sunday, 7 August 2016

Penang Run 2016 - Seberang Perai Series


24 Julai 2016
Kompleks MPSP
Bandar Perda 

Pengenalan

1. Ini kali ketiga saya kembali ke Bandar Perda. Di sini saya menamatkan HM saya yang pertama pada tahun 2012. Hari ini hadir menamatkan half marathon saya yang ke-34.

Acara

2. Dilepaskan pada jam 5:30 pagi. Laluan adalah menuju jalan utama ke Bukit Mertajam, seterusnya laluan kampung melintasi kawasan sawah padi, UiTM, dan politeknik. Rata. Cuaca pula adalah baik.

3. Jarak pada tahun ini adalah kurang sedikit dari tahun lepas dengan sekitar 21.3km (tahun lepas dalam 22km).

4. Penganjuran adalah keseluruhannya baik dan menepati ekspetasi saya. Penggunaan cawan kertas di WS adalah bagus berbanding dengan air minuman dalam botol plastik kecil tahun lepas.

5. KM Marker adalah jelas dan disertakan dengan kata-kata motivasi.

6. Trafik adalah baik, walaupun beberapa ketika ada pelari terpaksa berhenti kerana kawalan trafik membenarkan kenderaan melintasi terlebih dahulu.

7. Post race , seperti edisi terdahulu, disediakan nasi lemak, taufu fa, air soya, ais isotonok. Free flow.

8. Lucky draw tahun ini hadiah utama peti sejuk, dan basikal serta 2XU tight. tahun lepas ada motosikal.

9. Tahun ini ada pacers, suatu yang memberikan motivasi. Pelari boleh ikuti belon pacer berdasarkan sasaran masa dna keperluan masing-masing.

Prestasi saya

10. Berlari ikut belon 2:30hr sehingga km6, berhenti solat subuh, selesaikan yang wajib. Kemudian, lari-jalan-lari sehingga sekita km 16. Mood berlari main berkurang, sekadar pastikan belon pacer 2:45 tidak potong.

11. Lari semula sehingga km19, dan nampak belok 2:30hr, namun membayangkan u-turn selepas km20 menuju ke garisan penamat, terus misi 2:30hr saya bertukar kepada tamat dengan senyuman sahaya.

12. Berjalan seadanya sehingga 300 meter ke garisan penamat, baru kembali berlari. Tamat dengan jam besar di FL 2:32 (Gun Time).

Penutup

13. Sesi diakhiri dengan bergambar sampai bosan. 

14. Tahniah kepada semua pelari, rakan-rakan, organiser dan semua.

15. Moga bersua di edisi berikutnya, Esplanade Padang Kota pada Oktober nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...