Saturday 29 March 2014

Bila April

Minggu Depan April sudah...

Menu April seperti berikut.

Moga berjaya.


Source: fb Marathon Rotterdam

Source: fb Team Pacat

Climb For Green, Bukit Bendera

Tarikh: 23 Mac 2014
Tempat: Taman Botani, dan Bukit Bendera, Pulau Pinang
Masa: 7:30 pagi
Jarak: 5.3 km

1 loop taman botani dan terus mendaki ke puncak Bukit Bendera.
Laluan jalan bertar. 5.3km sehala (race) + 5.3km (unofficial turun). Dapatlah 10km++ hari ni. Oh ya, anda boleh ke puncak Bukit Bendera dengan trails juga.

Seperti biasa, datang ke Penang untuk cabaran baru. Kali ini mendaki Bukit Bendera. Sebagai persediaan untuk #KOBL kot. hehe.

Dilepaskan 7:30 am, beratus pelari memulakan larian/jalanan/dakian masing-masing dengan 1 pusingan taman botani dan seterusnya mendaki melalui jalan bertar.

Nah, dihidangkan bukit mencanak terus ke puncak, dengan hanya beberapa sahaja kawasan mendatar sepanjang pendakian. kebanyak curam lebih 30 darjah. Semput.

Sepanjang laluan ke atas, dihiasi flora dan fauna bukit bendera. 
Laluan mendaki amat sesuai untuk yang berminat dengan hills training.

Lepas lebih sejam, berjaya menghabiskan cabaran. Cuaca cerah di puncak bukit bendera.

Seperti biasa, lepak bergambar-gambar dengan rakan-rakan sepelarian. Berkongsi pengalaman dan cerita. Itulah keseronokan larian.

Sebaik tamat, diberikan medal, sijil, dan roti. No milo, no isotonik. Tapi takper,kerana di astaka bukit bendera tu, meriah, beli abc, ais kacang, segala. Tambahan cuti sekolah.

Lepak sampai lucky draw, walaupun x menang. 

Penuruan dari puncak menggunakan laluan yang sama. Alang-alang dah ke bukit bendera kan. Naik dan turun, guna kaki.

Keseluruhannya, satu acara dan weekend getaway yg menarik.

Jumpa lagi di larian akan datang.







Brooks Half Marathon 2014

Tarikh: 9 Mac 2014
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 5:30 pagi
Jarak: 21km

1. Kerisauan bertamu apabila pada hari larian, jerebu masih ada. Walau bagaimanapun, penganjur mengambil keputusan untuk larian diteruskan setelah mengambil kira langkah-langkah keselamatan.

2. Seperti tahun lalu, bilangan perserta tahun ini adalah memenuhi kapasiti. Awal pagi, sebelum memulakan larian, bergambar-gambar dengan rakan-rakan dan seterusnya memulakan larian.

3. Tahun ini, laluan diubah sedikit dengan memasuki bahagian lebuh raya kl - seremban terlebih dahulu, dan maka, kurang sikit sesak. Dari situ laluan memasuki bawah MEX, dan buat u-turn di kawasan berbukit dalam taman puncak jalil (kot), dan seterusnya, laluan sama dengan tahun lepas.

4. 1km menghampiri penamat, masuk depan sekolah sukan bukit jalil, dan seterusnya  pusing tepi stadium dalam 500 meter. Keputusannya, aku menamatkan larian dengan 2:42, baik sikit dari tahun lepas 2:56.

5. Ambil medal dengan kawasan sempit dan Q panjang. Huhu. Oklah sikit tahun ini dapat medal, berbanding trofi kecil tahun lepas. Baju finisher  pun warna kuning tahun ini.

6. Post race hospitality best, ada milo, watermelon, cendol/ais kacang, taufu fa.

7. Stay hingga lucky draw. Bergambar-gambar dengan rakan-rakan serta saling ucap tahniah.

Jumpa lagi di larian akan datang.








2XU Compression Run

Tarikh: 2 Mac 2014
Tempat: Nicoll Highway, Singapore
Masa: 4:00 pagi
Jarak: 42.195km

Ini merupakan marathon ke-15, dan yang pertama untuk tahun 2014.
Datang dengan persediaan kurang memberangsangkan, maka sasaran adalah untuk menamatkan cabaran sahaja.

Seperti biasa, datang sehari sebelum larian. Bertemu dengan kawan-kawan.
Awal pagi larian, bergambar-gambar bersama rakan-rakan dan seterusnya menikmati cabaran 42.195km.
Prestasi kali ini seperti biasa, so-so. Aku menamatkan larian dengan 6:22.
Lepas tamat, cuaca sudah panas, maka, ambil gambar mandatori dan segera ke hostel.
Secara keseluruhannya:

-Well organized race
- water stations dan pocari sweat yang sentiasa ada, gels dan pisang yang berlambak
- volunteers yang friendly
- nice route, walaupun loop ECP sangat mental
- teringat part lari atas papan, tak tak tak bunyi hentakan kaki di atas laluan itu, harus kejiranan berdekatan meriah di awal-awal pagi
- suka towel sejuk lepas tamat, terus menyegarkan lepas kepanasan dibakar mentari

dan yang paling penting

happiness is finishing a run and meeting friends.

jumpa lagi di larian akan datang.


You all are awesome. Congrats.


Maklumat mengenai 2XU Compression Run boleh di peroleh di:
www.2xucompressionrun.com.sg/

Bersama kawan-kawan utara

sebelum menempuh cabaran masing-masing (21km dan  42km)

kepanasan

Photo Credit : Running Shots

Bersama the regulars

Di REPC,  Changi Mall

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...