Friday 23 November 2012

Larian Gegar! Kitar Semula UM

Tarikh: 24 November 2012 (Sabtu)
Tempat: Kolej Kediaman Ketiga UM
Jarak: 10km (9.2km GPS)
Masa: 7.00 pagi

Larian ini adalah satu larian berskala kecil, anjuran pelajar2 UM.
Aku masuk larian ini sebagai recovery run selepas APBIM haritu.

Aku masuk larian ni bersama-sama beberapa kawan. Kitaorang sampai di kolej ke3 UM dalam jam 6.30 pagi.
Hujan lebat. Maka, lepak-lepak dahulu.

Dalam jam 7.20 pagi, kategori 10Km open dilepaskan.
Nah, keluar je terus daki bukit pertama di UM ni, larian membawa ke pusat sukan UM seterusnya ke persimpangan ke PJ, patah balik, lalu semula depan fakulti kejuruteraan dan semula ke tempat bermula tadi.
Kiranya pusing UM lah juga kan.
Water station cukup air, route berbukit dan mencabar.
Medal dan baju cantik.
Berbaloi masuk larian skala kecil dan suka2 ini, hahaha.
Dan kaki ku rasa lega lepas APBIM.

Keseluruhannya, race ini menarik, simple, dapat memupuk pelajar dalam event management.

Peserta keseluruhan dalam 100 orang je kot, semua finisher dapat medal.

Lepas tamat tu, adalah gerai2 dan breakfast bihun goreng disediakan.

- rasa tak teratur lak race report aku ni.

Oh ya untuk rekod latihan, catatan aki hari ni, 1:01. Oklah kan, dengan lari dlm hujan bagai.


#RunGmeRun
Not bad medal dia
bersama teman-teman seperlarian

Wednesday 21 November 2012

APBIM2012: Official Results

Akhirnya keputusan rasmi APBIM2012 haritu dah keluar.

Syukur, Alhamdulillah. Dapat 700 teratas, sungguh bermakna utk first timer sepertiku.

Maka, 5:39 akan menjadi catatan yang akan aku berusaha untuk perbaharui di Marathon akan datang.

Keep training, and hope for a quality running in future.

#RunGmeRun

Sunday 18 November 2012

APBIM 2012: My First Marathon

Tempat: Queensbay Mall, Penang -> Jambatan Pulau Pinang
Tarikh: 18/11/2012
Masa: 2 pagi
Jarak: 42.195km

Inilah harinya. APBIM 2012 | 18/11/2012 | My first marathon : Akhirnya selepas 5 bulan daripada larian pertama, 16/6 – TM Fan Run 2012, Impian untuk menamatkan marathon 42.195km tercapai. It’s all about the courage to start. Sedari  larian pertama, aku “memaksa” diri untuk berlari saban minggu, yup pada awalnya memang sukar membiasakan diri dengan berlari setiap hujung minggu dan beberapa hari di hari biasa. Nah, selepas 5 bulan, Berjaya juga melintasi garisan penamat itu. Saat itu, sungguh luar biasa, dan beremosi, terharu dan sebagainya.

APBIM |~ baru ku tahu bagaimana rasanya berlari melintasi setaip km sepanjang jambatan itu, dari hujung ke hujung, lurus dan seolah-olah tiada penghujung. ~ Memasuki Jelutong Expressway, dugaan terus datang, dengan kaki terasa lemah, mental yang bila-bila masa suruh DNF, namun, perasaan itu, segera hilang pabila melihat kesungguhan pelari-pelari lain, dan itu adalah “support system” yang utama semasa berlari. ~ KM33 ke Garisan Penamat – rasanya inilah saat paling sukar sepanjang larianku, terasa semakin jauh berlari, semakin jauh pula garisan penamatnya. Menahan diri daripada “hit the wall”, berlari/berjalan dengan pace sendiri, menuju ke KM akhir marathon adalah sungguh beremosi.

Akhirnya, lepas lebih 5 jam setengah, aku berjaya melintasi Garisan Keramat itu, untuk pertama kali, dan semestinya akan dikenang. || Setiap orang mampu dan berkebolehan untuk menamatkan 42.195km itu, walau apa cara sekalipun. Percaya pada diri. Listen to your body, respect the distance. || Every finish line is the beginning of new race || What’s next? | Keep running, and I have a time to beat now|| Dreaming of running at World Marathon Majors |
Keseluruhannya, aku enjoy berlari pertama kali di jambatan Pulau Pinang ini, my first marathon lak tu. Jumpa lagi di APBIM2013,  yg katanya akan dibuat di Jambatan Kedua Pulau Pinang (dijadualkan siap pada thn depan).

UNOFFICIAL TIME: 5:39:06
Pro: 
- water station cukup dengan air sepanjang route
- pisang mencukupi
- surau disediakan sewajarnya 
- kata-kata semangat yg diletakkan dibeberapa KM
- medic yang mencukupi, dapat hilangkan sikit kesakitan
- kemudahan shuttle bus dari/ke Jetty/Tapak Larian
Cons :
- km marker kurang. Pastu rasanya yg diletakkan tu jauh dr catatan GPS
- urusan lepas tamat larian yang slow, bayangkan lepas tamat full marathon, terpaksa Q panjang untuk collect medal, breakfast, goodies bag segala
- baggages collection pun lambat 









Sunday 11 November 2012

Road to APBIM 2012

Seminggu lagi untuk ke APBIM 2012.
Aku dalam tapering mode. Kat KL ada 2-3 larian. Aku tak sertai mana2 larian hujung minggu ni.

Rasa janggal bila kurang berlari.
Harap dapat tampil optimum pada 18/11/2012 nanti.

Hujung minggu ini, kebetulan berada di Penang untuk sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah, aku pergi ambil REP awal di Queensbay.

Oh my first marathon.

:)

Sunday 4 November 2012

Great Eastern Live Great Run 12K

Tempat: Bangunan Matrade
Masa : 7.00 pagi
Jarak: 12km

Race aku kali ini boleh dianggap persediaan untuk APBIM dalam masa 2 minggu lagi. Hari ini sekadar nak menghabiskan larian. Kesan sakit otot dari minggu lepas masih terasa.

Hari ini berlari sambil memberi semangat kepada 2 orang kawan di larian pertama mereka  (glad that they finished the run within cut off time).

Laluan larian membawa keluar dari perkarangan bangunan matrade, masuk ke jalan duta, masuk ke jalan kuching, masuk susur ke hartamas, lalu tepi publika, masuk simpang ke taylor's college (ada halangan kat situ) kemudian buat u-turn, patah balik ke simpang publika, masuk semula ke bangunan matrade. Berbukit2.

Secara keseluruhannya, ulasan mengenai race ini seperti berikut:

~ pengurusan larian yang baik, kawalan trafik, bekalan air, toilet bergerak, post race yang mudah
~ tau fu fa, pastri, milo , pisang dan air mineral yang mencukupi selepas race
~ laluan berbukit sekitar hartamas memang mencabar kaki
~ medal yang cantik (aku, personally sangat suka medal yang solid ini)
~ cuma masa berlepas je agak lewat 5 minit, selebihnya semuanya ok.

Catatan masa aku? : 1;17:14 (UNOFFICIAL)

***Ok, keputusan rasmi dh keluar pagi ni (6/11/2012)

Category Overall Rank Category Rank Bib No Name Split 1 Split 2 Gun Time Net Time
12km Men's Open 655 406 A0210 MOHD AZMI ISA 00:25:04.37 00:47:55.52 01:17:30.64 01:17:13.25

Kira oklah, mengambil kira aku berenti beberapa kali untuk dapatkan krim panas daripada medik. pastu di km7 aku berenti agak lama, Q untuk tandas. heheh.






 

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...