Tuesday, 22 December 2015

2nd International Melaka River Marathon

20 December 2015
Perkarangan A Famosa
Melaka
4:00 am

1. Ini adalah edisi ke-2 MRIM selepas edisi pertama pada tahun lepas. Hujan sebelum pelepasan. Menyejukkan keadaan. Bilangan peserta kategori FM tidaklah ramai. Sebelum dilepaskan, pegawai teknikal memberikan taklimat mengenai race. Pelari perlu memastikan sentiasa peka terhadap anak panah laluan, serta marshall yang bertugas.

2. Berbeza dengan tahun lepas, kawasan mula/tamat di perkarangan A Famosa, memberikan keselesaan kepada pelari. Tiada trafik sebelum pelepasan macam tahun lepas. 

3. Laluan FM adalah melalui bandaraya Melaka, hampir sepusingan penuh dengan melintasi Jonker Street, Kampung Morten, seterusnya menuju ke Klebang, laluan tepi pantai, masuk semula ke laluan menuju ke Cheng, dan masuk ke bandar, u-turn di bulatan pulau Melaka, kembali ke A Famosa melalui jalan belakang Heritage Hotel. Laluan agak menarik secara umumnya di beberapa tempat, seperti biasa saya suka bahagian berlari di jalan raya tepi sawah. Beberapa kawasan juga agak mencabar berlari di jalan yang sedang dalam pembinaan. Seperti biasa, tiada kon. 

4. Laluan tahun ini sekitar 41.6km (under distance). Kalau tahun lepas saya extra 2km sebab sesat, tahun ini nyaris sesat juga, namun berjaya sampai ke garisan penamat dalam 6;10 hrs. Gembira dapat dapat tamat FM ke-33 saya sambil memberi/mendapat inspirasi bersama-sama FMV, walaupun tamat beyond cutoff. Cuaca panas, selepas jam 8 pagi memberikan cabaran kepada pelari-pelari kelompok akhir.

5. Dari segi trafik, MRIM kali ini agak baik sedikit (sahaja) dari tahun lepas. Di mana, pada peringkat awal, simpang-simpang utama di kawal baik. Terima kasih petugas-petugas. Namun, beberapa simpang akhir, adalah risiko sendiri kerana tiada kawalan. 

6. Anak panah haluan juga agak "tricky" kalau tidak diperhatikan dengan betul. Memerlukan kepekaan agar tidak sesat. Ini kerana bilangan pelari yang tidak ramai, di kebanyakan masa, jarak antara pelari depan dan belakang agak jauh, maka, seolah-olah berlari seorang diri (bagi kes saya lah kan).




7. Seperti tahun lepas juga, WS memberikan cabaran kepada pelari. Dengan jarak WS adalah setiap 5km, maka, persediaan awal telah dibuat dengan membawa small cash, untu kegunaan singgah membeli air sekiranya perlu. Tiada pisang dan isotonik disediakan sepanjang laluan (saya tidak pasti air recovery power bar apakah yang disediakan kali ini). Stesen sponge juga disediakan berselang seli dengan WS.

8. Selepas tamat disediakan air (saya tidak pasti ada makanan atau tidak), khemah urutan. Baju finisher dan medal tahun ini agak baik (sedikit) daripada tahun lepas. Namun, tiada yang perlu di wow kan. Ok sikitlah kerana tidak perlu beratur dan semak nama seperti tahun lepas untuk dapatkan finisher entitlements.

9. Untuk berlari di MRIM, hendaklah bersedia kerana COT agak strict, 5hrs. Memberi cabaran dan motivasi kepada pelari-pelari. Namun, itulah, mulanya 6;30hrs seperti syarat awal, kemudian 5hrs dalam poster terkini, kemudian berdasarkan komunikasi dengan penganjur ianya 6;30hrs, hinggalah awal sebelum permulaan, pegawai teknikal maklumkan 5hrs. Sudahnya, timing mat dicabut selepas 5jam (dalam 5:45hrs kot). Oh ya, tahun ini ada lori/sweeper yang ikut belakang pelari-pelari kelompok akhir. 

10. Keseluruhannya, MRIM kali ini hanyalah biasa-biasa sahaja penganjurannya. Perlu penambahbaikan di edisi akan datang. Walaupun, lebih baik sedikit dari edisi terdahulu, namun, MRIM masih perlu ditingkatkan kualiti penganjurannya. Lagi satu, pengumuman dan pendaftaran perlu dihebahkan awal dan bukannya sebulan sebelum acara, baru diumumkan. Ini kerana, kalau lagi awal, mungkin lebih ramai pelari akan datang berlari di Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Sambil berlari, sambil bercuti.

11. Tahniah semua kepada rakan-rakan, walau apa jua jarak dan masa. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan MRIM walau apa jua outcome dan maklum balasnya. 

Monday, 21 December 2015

ERASE RUN UM 2015


19 Disember 2015
Padang UM
8:00 am
5km

1. ERASE Run adalah larian kebajikan yg dianjurkan oleh persatuan pelajar fakulti perubatan UM bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai AIDS.

2. Dilepaskan dari padang sukaneka UM sekitar 8 pagi. Sebelum itu, aktiviti dimulakan dengan sesi warm up. Laluan adalah melalui Bukit Cinta UM. Menarik laluan ini, berbukit. 

3. Saya tamat dalam 41 minit, beriang ria sahaja. Tamat diberikan medal, pisang, roti, air mineral juga. Terdapat persembahan daripada pelajar-pelajar menghiburkan pelari selepas tamat larian.

4. Gerai-gerai juga disediakan seperti pameran informasi mengenai AIDS, jualan cenderamata acara dan makanan ringan. Pop kuiz juga disediakan sebagai menghargai pelari-pelari yang mengambil bahagian. Hadiah berupa hamper disediakan.

5. Keseluruhannya, ini adalah acara yang baik dianjurkan oleh pelajar. Lokasi dalam UM menjadikan kawalan trafik terkawal dan mudah diuruskan. Water station di km2.5 juga mencukupi air, serta baju acara yang berwarna oren sungguh menarik perhatian.



Monday, 14 December 2015

Compressport 100 Ultra Trail Marathon 2016 Official Launching





12 December 2015
Xero Gravity
Menara PJX, Petaling Jaya 

Compressport Asia Pacific welcomes you to Compressport 100 Ultra Trail Marathon.
For year 2016, we will be offering two distances, 25km and 50km.

The 50km PENANG Series is amazing. Not only is the view breathtakingly beautiful, the elevation gain for this distance sums up to a shocking 2,800 meter! This is definitely a 'to-die-for route' but the beauty that comes with it makes each drop of sweat worth while.

As for the SEMENYIH KL series, what lies within this trail is also not for the weak. We challenge u to another whooping 1900 meters in elevation gain for this 50KM trail ultra.
No matter how gruesome and tough the route for both the Penang and Semenyih series maybe, we always reward you with natures best. The best view each sector can offer, coupled with the serene forest wrapped within the freshness of air. It is definitely worth every ounce of sweat and energy channeled.

Compressport will be giving out the best of package to all runners who participate in this event.
Each runner will be entitled to the following:

1. COMPRESSPORT RUNNING TEE/FINISHER TEE worth RM119 each.
2. FINISHER MEDAL will be awarded to participants who completes within the cut - off time. Each finisher medal is designed and crafted to perfection according to the "zodiac sign" of the year.
This series will continue every year with different zodiac signs crafted on the the medal. Participants will get the opportunity to experience each years series and collect all 12 specially crafted zodiac medals.
3. FINISHER PLAQUE: Participants who completes both series (Penang + Semenyih) within the cut-off time will be rewarded with an additional Finisher Plaque.
Runners who completes both 50km distances in Penang & Semenyih will be awarded with a gold plaque. Where else the 25km series finisher will be given a silver plaque.
4. Free COMPRESSPORT ON/OFF HEADBAND (Semenyih series) and LIMITED EDITION VISOR (Penang series) worth RM75 each will be given to the first 300 participants who register for any race distances.
Mark your calendar for this amazing event in year 2016!
Penang series: 20th Aug 2016
http://www.compressport100.com/main/http://www.compressport100.com/main/

Malaysian Unity Run 2015

Taman Wetland Putrajaya
8 pagi

12 Disember 2015



1. Larian yg sederhana besar dengan hadiah lucky draw yg menarik. Vespa dan saga.


2. Dilepaskan selepas jam 8. Laluan adalah di Taman Wetland, hinggalah di persimpangan pertama menghala ke Taman Botani. Kekeliruan mula berlaku di sini. Ada yg berpatah balik dan ada yg terus ke Taman Botani. 


3. Tiada kawalan marshal pada masa ini, maka ramai berlari hingga separuh Taman Botani dan kemudian berpatah balik. Kebanyakan ikut majority.


4. Dengan cuaca panas, pelari terutamanya yg off track terpaksalah berhempas pulas masuk semula ke route. Tatkala masuk lepas jambatan, barulah kelihatan ada yg kawal, masa tu kebanyakan pelari sudah lebih 8km, tatapi marker tunjuk 3km.


5. Memasuki semula Taman Wetland, laluan tepi tasik memberi ketenangan kepada pelari. WS pertama ditemui sekitar km10/9, dengan marker tunjuk km5. Bagi yg pertama kali berlari agak tekanan di situ. Ya, saya bersama beberapa pelari yg tersesat dan mereka agak kecewa. Seperti biasa, motivasi adalah penting utk mereka terus bergerak.


6. Laluan dalam taman ini menarik dengan gabungan tarmac, berbatu dan jalan. Kehijauan taman sedikit sebanyak menceriakan pelari.


7. Saya tamat dengan 15.3km. Difahamkan ramai yg lebih 10km. Tiada yang wow selepas digarisan penamat melainkan 100plus, air, Milo kotak. Sesi lucky draw diadakan selepas itu.


8. Kehadiran atlet kebangsaan seperti Malek Noor serta Azlan Iskandar dll memeriahkan suasana.


9. Keseluruhannya penganjuran yg tidaklah buruk sangat dan tidak baik sangat. Terdapat beberapa perkara seperti direction serta marshalling memerlukan perhatian. WS yg kurang juga mendatangkan masalah. Route dalam taman wetland mmg cantik dan menarik. Saya sempat singgah makan buah jambu dipetik terus dari pokok.


10. Tahniah diucapkan kepada semua walau apa jua pengalaman anda.


Xoxo


#mur2015













Ice Skating @ ICESCAPE, IOI City Mall

ICESCAPE Ice Rink, IOI City Mall
8 Disember 2015

1. Pelawaan  menikmati aktiviti luncur ais di  "Biggest Ice Rink in Malaysia" tidak dilepaskan. Sejak ice rink ini dibuka, saya belum berpeluang untuk merasa pengalaman meluncur ais di sini.  Peluang yang diberikan oleh IOI City Mall dengan menjemput bloggers untuk merasai pengalaman meluncur ais serta mempelajari teknik luncur ais tidak dilepaskan.

2. Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh Mr. Phua Hong Yee, Ice Rink Manager, Icescape Ice Rink.  Beliau berpengalaman lebih 16 tahun dalam luncur ais, dan merupakan rakyat Malaysia pertama (dan hanya 1) yang telah berpeluang muncul dalam persembahan "Disney on Ice". Beliau juga telah mengadakan persembahan di lebih 40 buah kota di seluruh dunia. 


Bersama Mr. Phua 

3. Teruja dengan taklimat pengenalan mengenai Icescape Ice Rink, seterusnya kami dibawa melihat kemudahan yang terdapat di sini. Selepas itu, masa yang dinantikan, sesi pembelajaran luncur ais. Ada di antara kami memang tidak pernah meluncur ais sebelum ini. Saya pula kali terakhir adalah pada zaman belajar kira-kira 15 tahun lalu.

4. Teknik luncur serta aturan keselamatan juga diterangkan. Pada mulanya agak kekok untuk berdiri di atas ais, dengan kasut luncur yang jarang dipakai. Seronok  dan mudah untuk diikuti latihan yang diajar oleh jurulatih berpengalaman. Selepas sesi pembelajaran, kami meluangkan masa untuk terus meluncur dan menikmati Icescape seadanya. Merasa hampir 2 jam di atas ais.

Kami belajar skating dalam ruangan ber kon


5. Sambil meluncur, seronok juga melihat gelagat pengunjung lain yang meluncur, ada yang jatuh, ada yang pro, ada yang amatur. Meriah.


Saya menikmati keriangan luncur ais 


6. Sesi diakhiri dengan bergambar berkumpulan. Seterusnya kami menikmati juadah tengah hari di Tino's Piza Cafe, Dal.komm Coffee, dan Eggette Lab. Terima kasih diucapkan kepada IOI City Mall, dan Icescape atas jemputan dan layanan hospitaliti.


Bersama rakan-rakan bloggers 


7. Maklumat utama Icescape Ice Rink :
   - Satu-satunya Ice Skating Rink yang bersaiz Olimpik  di Malaysia, telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai "Biggest Ice Rink in Malaysia"
    - 30m x 60m permukaan ais
    - menawarkan pembelajaran pengenalan luncur ais untuk beginners hinggalah ke pro
   - sesuai untuk  leisure skating, speed skating, Ice hockey, pertandingan dan pertunjukan utama


Suasana di Icescape Ice Rink 


8.  Bagi makluman pembaca juga, berikut adalah info yang penting untuk panduan jika ingin menikmati luncur ais di sini:

    Lokasi : Icescape Ice Rink 
                   AT-07, Level 1, IOI City Mall
                   Lebuh IRC, IOI Resort City
                   62502 Putrajaya
    
   Telefon : +603-8323 8880

    Yuran Masuk : RM25 (weekdays)
                               RM30 (weekends, school holidays, public holidays)
                              (per entry)

   Waktu operasi : 10 am - 10 pm , Isnin ke Ahad
   Tambahan : Gloves (RM10) , Socks (RM6), Lockers (RM2)
         * Untuk penjimatan, pengunjung digalakkan membawa gloves dan socks sendiri. Peluncur diwajibkan memakai socks dan gloves semasa meluncur ais.

   Kemudahan lain : Surau, Tandas, Bilik Merokok, Vending Machines, Kedai Peralatan Skating, Kedai Cenderamata, Kedai Gambar, Khidmat Akademi/Jurulatih, Penguin Skating Aid. 

  Kapasiti : 800 pax





9. Selamat mencuba meluncur ais di sini, dan anda semua akan menikmati pengalaman menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai IOI City Mall  dan Icescape Ice Rink, anda boleh click di sini : 





Monday, 7 December 2015

AMNIG I Am Warrior Run

6 Disember 2015
One City, USJ 25
7:30 am
10km | 5km



1. Penganjuran yang baik, dengan bilangan pelari yang tidak terlalu ramai, tidak sesak. Suasana selesa dan kondusif untuk berlari. Pemilihan lokasi yg tepat, kawasan yang baharu. Pertama kali saya sampai One City ini, ada shopping mall, hotel, premis niaga dan perumahan dalam kawasan ini. 

2. Dilepaskan pada jam 7;30 am, Laluan sekitar One City menarik, ala-ala dalam Desa Park City. Kawalan trafik baik, jalan diletakkan kon sewajarnya. Water station disediakan air dan isotonik, Lucozade, sedap air tu.

3. Tamat, diberikan pisang, roti, air, dan lucozade. Medal berlogokan Amnig disediakan kepada pelari yang menamatkan cabaran. Logo itu adalah kepala kuda. 

4. Terdapat gerai menjual produk Amnig disediakan, begitu juga aktiviti-aktiviti kecergasan oleh dicuba oleh pelari. Ada pertunjukan fesyen pakaian amnig juga diadakan. Lucky draw juga ada. 

5. Prestasi saya? Tamat dalam sekitar 1;07, riang ria, bermula dari belakang sekali, ambil gambar, santai dan sebagainya.


6. Tahniah kepada AMNIG atas penganjuran yang baik, bermula dari pendaftaran, promosi dan maklumat lengkap melalui media sosial, urusan pengambilan bib yg lancar, boleh tukar baju on the spot, dan semestinya hari acara yang baik dari semua segi. Moga tahun ada depan ada lagi larian di sini.

7. SPenyertaan saya dalam larian ini adalah complimentary slot melalui blog  contest (http://linasbackyard.blogspot.my/) . Sekalung perhargaan dan ribuan terima kasih diucapkan. 









ICE Watch Light Up The Night Run (IWLUTNR)

5 Disember 2015
Plaza Shah Alam
8 Malam
10km | 5km


1. Dengan bilangan peserta yang melebihi 2 ribu, perkarangan Plaza Shah Alam agak kurang selesa untuk larian malam sebegini. Sesak dan sempit. 


2. Walau bagaimanapun, laluan larian menarik, ada rata, mendaki juga. Kawalan trafik di beberapa tempat agak longgar. Berlari di sisi kenderaan yang bergerak. Melintas di bulatan juga agak bahaya di beberapa tempat.

3. Pelari boleh memilih belon pacer yang selesa untuk diikuti. Malam di Shah Alam sungguh Oren malam tadi (baju event yang sangat nice). 

4. Water station disediakan air dalam botol. Hmmm, kelihatan juga beberapa botol tidak diminum sepenuhnya tp dibuang ditepi jalan. 

5. Menghampiri ke garisan penamat, juga agak kritikal, berlari dengan kenderaan yang bergerak. Waspada dan berhati-hati itu penting.

6. Tamat diberikan pisang, medal, air, redbull (Q sangat panjang). Jam ICE juga diberikan kepada yang terpilih (Q agak panjang juga, namun, ianya bergerak).

7. Oh ya, Q untuk pengambilan race kit pada sebelah petangnya agak panjang. meriah jadinya plaza masalam.

8. Keseluruhannya, penganjuran yg tidaklah mengecewakan sangat, dan boleh ditingkatkan di masa akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua, penganjur, sukarelawan, pasukan keselamatan, pelari dan semua yang terlibat. Larian malam di shah alam yg pertama buat saya. Tamat dalam 1:16, tetap gembira, riang ria sepanjang jalan.





Lions Charity Balloon Run 2015

29 November 2015 
Taman Tasik Permaisuri 
Kuala Lumpur
7:00 am
12km | 4km

1. Hujan sebelum perlepasan menjadikan cuaca amat baik dan kondusif untuk berlari.  Sebelum itu, diadakan sesi pemanasan badan aerobik. Bilangan peserta yang melebihi 3 ribu menjadikan suasana pagi itu meriah di Taman Tasik Permaisuri.

2. Permulaan/Penamat adalah di tengah jalan raya di hadapan Sek. Menengah Sains Selangor (sekolah lama saya).  Jalan ditutup sepenuhnya semasa pelepasan sekitar 7:30 pagi. Laluan 12km adalah mengelilingi taman tasik permaisuri menghala ke bandar tun razak, melintasi depan HUKM, seterusnya jalan yaakob latif, hingga ke cheras dan masuk semula melalui Bandar Sri Permaisuri.

3. Water station bagi acara ini sangat baik, di mana, jelas signage menunjukkan WS di hadapan, air dan isotonik disediakan. Banyak.  Begitu juga, penunjuk jarak bagi setiap KM juga jelas, terang dan besar.  Kawalan trafik bagi persimpangan-persimpangan utama amatlah baik. 

4. Tamat diberikan medal, isotonik, milo, orange, roti, air mineral. Selain itu, pelari boleh membeli makanan-makanan lain yang dijual digerai-gerai yang mengambil bahagian. Urusan di ruangan penamat juga berjalan baik.  Pelari dihiburkan dengan persembahan nyanyian, demonstrasi oleh PDRM, taklimat oleh AKPK dan sebagainya. Lucky draw juga disediakan. Gerai-gerai pameran juga ada, di mana, pelari boleh mendapatkan maklumat mengenai AKPK, PIDM, ujian kesihatan, serta ruangan belon untuk kanak-kanak bergembira.

5. Saya tamat 12km dalam 1:16 dengan berhenti di sana sini, ambil gambar serta beramah mesra dengan pelari.  Keseluruhannya, penganjuran acara ini amatlah baik dan menjangkau ekspektasi saya untuk larian pertama kali yg dianjurkan melalui kawasan yang agak sibuk di cheras.  Medal dan baju yang cantik juga melengkapkan motivasi tambahan, selain berpeluang berkenalan lebih ramai pelari.

6. Penyertaan saya dalam acara ini adalam di bawah #TeamUltron #MicroDry. Terima kasih kepada Ultron kerana memberi peluang untuk saya memeriahkan acara ini. Butik Ultron telah dibuka di Nu Sentral, di mana di situ orang ramai boleh mendapatkan pakaian sukan jenama Ultron dengan harga yang berpatutan. 








Tuesday, 24 November 2015

EVENT ALERT: NEW DATE FOR MIZUNO WAVE RUN 2015

MIZUNO WAVE RUN OFFICIAL ANNOUNCEMENT

Dear runners,

We are pleased to share that Mizuno Wave Run 2015 will be held on 13th December 2015 at Pusat Rekreasi Air, Persint 6 Putrajaya (behind Pullman Putrajaya Hotel). All event details remain the same (i.e. flag off time at 6.30am for 21KM and 6.45am for 10KM). A gentle reminder, please bring along your official race bib to be eligible for the run. Only runners who completed the race will be entitled for the finisher medal.

We would like to thank you again for your continuous support and patience. Should there be any issues, please drop us a PM so that we can advise you accordingly. See you there!

Monday, 23 November 2015

EVENT ALERT : Melaka River International Marathon 2015

MELAKA RIVER INTERNATIONAL MARATHON 2015
20 December 2015
Perkarangan Kota A Formosa
Bandar Hilir
Melaka
4:00 am

42km | MYR90 | Cut off : 6h30m
21km | MYR70 | Cut off :3h30m
10km | MYR60 | Cut off :1h45m
5km | MYR40 |  Cut off : 1h

Closing date : 19 December 2015
REPC : 19 December 2015 9 am to 5 pm
MBMB Lobby
20 December 2015 3 am to 7 am
Race site, A Formosa



Runner's Entitlement:
A) Running bib
B) Timing chip
C) Running tee
D) Finisher Medal
E) E-certificate


Finisher Goodies:

Finisher Medal for all finishers.
Finisher Tee for 42KM only within the qualifying time.

Registration page:https://liv3ly.com/registration/event/mrim2015

LIV3LY's event listing's page: https://liv3ly.com/event/details/2nd+International+Melaka+River+Marathon+of+Melaka+Historic+City+2015 




Jom lari di Melaka, Bandaraya Bersejarah. 
Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.






Penang Bridge International Marathon 2015

PBIM 2015 

22 November 2015 
1:30 am
Queensbay Mall 

1. PBIM 2015 merupakan penyertaan saya kali ke-4 PBIM. Edisi tahun ini kembali diadakan di Jambatan Pulau Pinang. Bilangan penyertaan tahun ini berkurangan berbanding edisi sesak sana-sini tahun lepas di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

2. Memulakan langkah hari perlumbaan dengan menaiki bas perantara yang disediakan dari Komtar. Tahun ini, tiada barisan panjang, cuma tahun ini bayaran MYR1 disediakan.

3. Tiba di tapak perlumbaan selepas tengah malam. Cuaca agak sejuk selepas hujan, dan kawasan tapak adalah basah. Sesuaikan diri, panaskan badan, seterusnya berada di kandang pelepasan selepas 1 pagi. Bilangan pelari FM tahun ini tidak seramai tahun lepas. 

4. Pertunjukan bunga api disediakan. Pelari dilepaskan oleh CM pada 1:30 pagi. Diserikan paluan dram. Laluan PBIM tahun ini adalah dari Queensbay Mall ke pusingan-U di Seagate, seterusnya berlari lurus hingga ke pusingan –U berikutnya selepas bank rakyat tepi lebuh raya jelutong, kemudian berpatah ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang, menuju ke susur selepas tol, iaitu pusingan-U terakhir, melintasi sepenuhnya Jambatan buat kali ke-2, terus sahaja ke penamat di Queensbay.

5. Secara umumnya laluan adalah rata, mendaki di beberapa tempat iaitu ketika menaiki susur masuk Jambatan Pulau Pinang, pertengahan jambatan, kemudian di suruh selepas tol. Susur itu terasa sungguh mencabar mental berpusing sepenuhnya.

6. Pemerhatian serta ekspektasi saya adalah betul bagi PBIM, pabila saat WS (water station) pertama mereka menyediakan air dalam botol. Banyak pembaziran air di situ. Sudahnya, jarak antara WS agak jauh. Tiada penambahbaikan dari edisi sebelumnya. Penunjuk jarak juga kurang. Pisang disediakan awal di WS3, tahun ini saya berkesempatan sampai sebelum pisang habis. Alunan gendang di atas jambatan dapatlah memecahkan kesunyian atas jambatan itu. 

7. Terdapat banyak ais tahun ini. Selain air 100+ yang sejuk. Spray salonpas juga banyak kelihatan. Gel disediakan di WS10. Saya meluangkan masa seadanya berhenti di sana dan sini atas jambatan, bergambar kenangan serta rehatkan diri.

8. Saat pelari FM bergabung dengan HM tidak sesesak mana seperti tahun-tahun sudah. Begitu juga pabila pelari 10km memasuki laluan. Selaku pelari riang riana yg mensasarkan bawah 6jam di PBIM kali ini, saya selesa pabila 5km terakhir, tidak seperti tahun lepas. Sesak teruk.

9. Laluan menuju ke garisan penamat melalui 2 bulatan, di mana tidak seperti sebelum ini (2013), permulaan/penamat di jejantas Queensbay. Permulaan/Penamat kali ini selepas bulatan kedua, secara umumnya saya suka. Kerana ia betul-betul berdekatan tepi laut.

10. Tidak seperti kelaziman, PBIM kali ini tiada sarapan pagi disediakan untuk pelari FM selepas tamat cabaran. Milo, Sunquick dan cereal sedikit menceriakan. Kawasan tapak seperti biasa penuh dengan pelari. Selesai urusan ambil kelayakan seorang penamat, saya tidak meluangkan masa lama di padang tapak itu. Agak panas. Seterusnya bersantai, sambil tunggu rakan-rakan lain tamat di jalan tepi laut berdekatan penamat.

11. Saya tamat dengan 5:57, berjaya memastikan diri sampai sebelum belon pacer 6 jam sampai. Gembira dapat kembali tamat FM pertama dalam tempoh 3 bulan (selepas SCKLM & BSNPNM batal). PBIM2015 adalah ulang tahun ke-3 saya bergelar marathoner. Edisi kali ini sebenarnya saya tidak semengah mana untuk bergambar. Namun, rasanya PBIM kali ini saya banyak ber-selfie/wefie dengan rakan-rakan pelari. Yalah, aktiviti larian besar adalah umpama reunion untuk bersua bersama rakan –rakan pelari. Gembira dapat menyaksikan keceriaan rakan-rakan tamat FM (HM dan 10KM juga), terutamanya yg baru pertama kali ber FM, mahupun larian pertama masing-masing.

12. Tahniah semua. PB atau tidak, yang penting kita semua tamat dengan gembira. Mana yang tidak mencapai sasaran (DNF, beyond COT etc), jangan berputus asa, harus kita sama-sama kembali untuk cabaran akan datang. 

13. Keseluruhannya, PBIM2015 tetap tiada “wow factor”, kualiti penganjuran yang tiada peningkatan membanggakan, terdapat isu baju penamat yg kehabisan saiz walaupun tamat dalam COT. Begitu juga diberitakan tiada pemberian kelayakan penamat bagi yg tamat melebihi 8 jam. Apa-apapun  PBIM tetap menarik perhatian pelari untuk berlari di atas jambatan ikonik berkenaan. Aktiviti jalan-jalan cari makan sebelum/selepas marathon adalah suatu kemestian. 


Penafian: Pengalaman saya mungkin berbeza dengan pengalaman anda.





Monday, 16 November 2015

MY FAV WEBSITE

Pesanan Khidmat Masyarakat :
Bagi yang mencari/berminat dengan larian/acara yang berpontensi untuk disertai, anda boleh melayari laman-laman kebiasaan seperti:
(13) laman-laman web/fb acara yg berkaitan yg selalunya berdedikasi khas kepada acara berkenaan.
Selain itu, ada bolehlah google sahaja. Selamat meneroka. Jika mahukan maklumat yang lengkap mengenai acara, silalah berhubung terus dengan penganjur seperti mana tertera dalam laman-laman berkenaan. Segala kesulitan yg dihadapi dalam perhubungan berkenaan adalah tanggungjawab sendiri.
Sekian, terima kasih.
XOXO

Sukan SEA 2017

Marilah kita sama-sama menjadi Sukarelawan SUKAN SEA 2017, KUALA LUMPUR.

Untuk maklumat lanjut, layari : www.seagames2017.com.my 


RunBoree & MTB Jamboree at Paya Indah Wetlands 2016


RunBoree & MTB Jamboree at Paya Indah Wetlands 2016





Date: 17 January 2016
Venue : Paya Indah Wetlands Park
Time : 7.00am (Cycling)
7.30am (Running)


Running : 10km | MYR60 (early bird until 1 December) | MYR70 (from 2 December 2015 onwards)

Prizes: 

#1 - #3 : - Finisher Medal- Jakroo Dry Fit
- Trophy
- "I AM TOP 100" Dry Fit

#4 - #100
- Finisher Medal
- "I AM TOP 100" Dry Fit

#101 - #200
- Finisher Medal
- "I AM TOP 200" Dry Fit

>#201
- Finisher Medal


Cycling : 46km | MYR110 (early bird) MYR120 (jersey) | MYR60 (early bird) MYR70 (drifit)

The Straco XC #Runboree and MTB #Jamboree is a Charity Run or Ride to raise funds for the National Autism Society of Malaysia (NASOM ) as part of StracoXC's Corporate Social Responsibility initiatives. StracoXC is committed to continuously improving the welfare of our community through our Corporate Social Responsibility events. We look forward to your support and participation to the Charity Runboree in aid of Nasom.


For more information & registration, please visit these links:










Nice medal :)








Fit Malaysia Selangor 2015

Fit Malaysia Selangor
Padang Dataran MBPJ
15 November 2015 
7:30 am

1. Fit Malaysia Selangor merupakan siri terakhir Fit Malaysia sesi 2015. Yuran adalah Percuma. Sambutan pelari dan riders sungguh menggalakkan.Larian 10km dilepaskan hampir 7:50 am selepas kategori basikal 30km & 10km dilepaskan. Cuaca baik & mentari meninggi.

2. Laluan ada rata, berbukit, laluan kawasan perumahan dan kawasan utama.
WS utk 10km bergabung meletups dgn WS 5km di km5.5. Meriah sesak. Ramai runners layan diri di WS. Hanya 2 WS utk 10km, dengan jarak berjauhan.

3. Beberapa simpang agak meresahkan.
Bila semua bergabung basikal, larian di sekitar km9, pergh meriah dan terkawal, walaupun risau kenderaan lalulalang di tepi.
Saya tamat 10km dengan 1:05, berhenti sana sini, jalan kaki banyak giler terutama bila bergabung zig zag.

4. Seperti biasa tamat larian, sijil,medal, roti, revive, gatorade, mineral water dan biskut serta pisang disediakan.

5.Rehat, dan bergambar dengan rakan2. 
Pusing khemah2 yg ada. Macam2 aktiviti fitness boleh dilakukan, body combat, parkour, ujian kesihatan, sampel makanan2 sihat, tadom madness, muay thai dsbnya.

6. Seperti kelaziman Fit Malaysia, YB KJ datang merasmikan. Dalam ucapan beliau, seramai 20,000 sukarelawan diperlukan utk Sukan SEA 2017, dan beliau menyeru mana2 yg berminat untuk menjadi sukarelawan dlm menjayakan Sea games nanti segera mendaftarkan minat di laman sesawang berkaitan (www.seagames2017.com.my) . Oh ya harini KJ berbasikal.

7.Saya juga sempat berzumba, lagu dangdut Bang Jali tu i suka. Haha. Penat dan berpeluh, maka, ulang alik ke khemah pisang, air, roti. Merasa unlimited gitu.

8. Keseluruhannya, acara yg dianjurkan dengan baik. Suka saya beramah mesra dengan rakan2 terutamanya pertama kali join acara larian. Saya bertemu dengan beberapa mereka harini. Keep it up the positive momentum. Tak kisah sampai lambat, cepat, yg penting berjaya melawan the person inside u.

Itulah pagi ahad saya.

Xoxo


**lebih gambar dalam fb saya 

Energy Efficiency Run (EE RUN 2015)


EE Run 2015
7:30 am
14 November 2015
Bangunan Suruhanjaya Tenaga, Presint 2, Putrajaya


1. Dilepaskan pada jam 7:30 pagi, cuaca di Putrajaya sangat cerah dengan mentari sudah meninggi. Pelari bersedia menempuh larian dalam cuaca panas pagi yang menyeronokkan. Cabaran panas, serta laluan beralun Putrajaya, harus tidak dapat dielakkan.

2. Laluan 10km adalah bermula dari bangunan diamond, menuju ke presint 3, presint 4, masuk ke susur laluan tepi taman ekuestrian, menuju ke u-turn lebuh wadi ehsan, kemudian masuk semula ke presint 2, dan tamat di bangunan diamond.

3. Lama tidak masuk acara rasmi, saya berasa sangat seronok pagi ini. Bersua, beramah mesra, berlarian dengan rakan-rakan . Banyak juga saya berhenti sana-sini hari ni sebab membetulkan kain batik yg dipakai (alasan kan). Namun tetap gembira berjaya melintasi penamat 10.3km dengan 64 minit. Tema riang riana.

4. Seperti biasa lepas penamat diberi kelayakan penamat. Terdapat juga gerai informasi yang disediakan untuk menyampaikan maklumat mengenai penganjur, Suruhanjaya Tenaga dan beberapa agensi lain. Terdapat kuiz juga diselangselikan sementara penyampaian hadiah.

5. Kemeriahan tetap terasa, walaupun larian ini tidak sebesar larian lazim yang lain. Ramai nama-nama besar dalam dunia larian berada di Putrajaya pagi ini.

6. Aktiviti utama selepas larian adalah bergambar, bercerita dan bergambar lagi hingga penat. Hehe. Tahniah semua, walau apa jua jarak anda (ada kategori 6km juga), dan catatan anda kerana lain orang, lain motivasinya. 

7. Secara keseluruhannya, dengan yuran serendah MYR20 (MYR25 online), EE Run 2015 merupakan acara yang dianjurkan dengan baik. WS mencukupi air, tamat diberikan dengan pisang, roti, air mineral dan 100 plus. Medal dan event tee juga tidak mengecewakan. Kawalan trafik juga secara amnya terkawal, walau terdapat kekeliruan di simpang dekat jambatan. KM markers juga mencukupi memberi maklumat kepada pelari.


Jumpa lagi di edisi akan datang pada tahun 2017.

 ** Lebih gambar ada di dalam fb saya 

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...