Tuesday 23 July 2013

BSN PNM + Adidas KOTR

Telah daftar BSN Putrajaya Night Marathon pada 19 Oktober dan Adidas King of The Road pada 20 Oktober.

Nampaknya kena harus berlatih dengan gigih dan cepat recover nanti. Kerana bila tamat bsn pnm pada sekitar 2 pagi, ada rehat 4-5 jam sebelum KOTR.

Pergh :)


Sunday 21 July 2013

Sabtu 20 Julai Yang Meriah

Hujung minggu ini aku join beberapa aktiviti bersama runners.

1. Boling Santai di Alamanda

Jam 3.00 petang.
Wah lama tak bermain boling. Sekali main, nah, beberapa kali masuk longkang.
Seronok dapat berkenalan dengan runners. Ada 12 team, maka, lebih 50orang runners yg hadir petang itu.
Team aku dapat no.2. Not bad.
Penganjur ada sediakan cabutan bertuah juga, santapan berbuka nasi ayam dan kuih muih. 
Tp sayang aku x dpt join diaorang berbuka kerana bergegas ke KL lepas tu.


2. Le Sabuns Malaysia Ultra LSD Training 
Masa : 10.00 malam
Tempat: POJ, Putrajaya

Sevelah malamnya, aku buat pertama kali join Le Sabun LSD ni.
Seronok. Ramai gak runners dan otai2 runners yg ada.
Dapatlah berkongsi pengalaman, tips borak2, dan makan2.
Teeima kasih kepada penganjur dan penaja2 juadah sahur dan support masa larian.

Yg pasti aku semput berlari. Sekadar buat half marathon distance dengan timing ke laut.

Moga dapat join lagi di masa akan datang.







Saturday 13 July 2013

Hujung Minggu Pertama Ramadhan

Hari sabtu selalunya aku berada di mana2.
Sama ada berlari, berada di luar lembah klang untuk larian hari ahad, mahupun ada tugasan rasmi pejabat.

Tapi pagi ini, rasa lain kerana tiada aktiviti. Nampaknya berehat sahaja di rumah sambil kemas2 rumah. Lagi pun rasanya aku perlu juga "berehat" seketika dari larian memandangkan saban minggu berlari di sana sini. Hehe.

Sambil kemas rumah, tengok2 balik baju larian/vest/baju penamat yg dikumpul sepanjang setahun berlari. Macam2 warna. Tapi suka warna yg terang2 tu. Daripada banyak2 tu, rasanya sebahagian je dipakai semula untuk berlari, atau berjalan2. Selebihnya buat baju tidur, ataupun simpan sahaja.

Seterusnya menengok semula koleksi bahan2 dari goodies bag yang tak habis lagi digunakan. Hmm mcm2 ada, selalu sampel2 produk kesihatan dan kecergasan, tp lupa lak saya klorox dan tom yam paste tu untuk larian mana. Hehe. Uniknya goodies bag di Malaysia.

Dari goodies bag, menengok kepada koleksi baggage bag, wah mcm2 ada. Hehe. Tapi suka baggage plastic utk luar negara, besar2 dan banyak barang boleh disumbat dalam plastik tu. hahaha


Nanti nak cerita pasal bib lak.

XOXO

#gme



Sunday 7 July 2013

Penang Run 2013-2014 - Series 2

Tarikh : 7 Julai 2013
Tempat: SMK Teluk Kumbar (Mula)
              SK Sungai Pinang (Tamat)
Jarak:  21km
Mula : 5.30 pagi

Untuk siri 2, aku stay di Georgetown, dan dalam jam 4.00 pagi naik cab ke Teluk Kumbar.

Seperti biasa, sekitar 4.30 pagi, perkarangan SMK Teluk Kumbar, meriah dengan kehadiran runners. Bas-bas yang bawa runners dari Sg Pinang juga telah mula tiba. Siri 2 hari ini ada dalam 900 orang runners.

Tema siri 2 adalah Mental. Ye, laluan hari ini agak mental, naik bukit, turun bukit. Dilepaskan pada 5.30 pagi, laluan membawa ke jalan utama teluk kumbar menuju ke balik pulau, melalui kawasan berbukit sekitar bukit genting, dan jambatan yang tinggi sama dengam pokok durian tu, dalam 4km juga kawasan berbukit ni. Memang mental. 
Berlari dengan pace perlahan hingga kan aku berjalan beberapa ketika kerana mengah. Di km5, azan subuh berkumandang. Lalu aku solat tepi jalan tu. Selesai tanggungjawab. 

Kemudian meneruskan larian ke pekan genting, laluan ini turun bukit pula. Dari persimpangan pekan genting, masuk jalan kampung terus ke kampung betong kemudian pusing jalan kampung perlis. Kat sini dah km11-12 kot, nampaklah gerai Laksa Janggus yang femes tu. tp tak bukak lagi. Aku melepas km12 dalam 1:33, pada masa ini aku bayangkan sudah, yang aku tak akan buat PB, maka, sasaran sekarang hanya bawah 3:00.

Laluan dari kampung pulau betong, kampung perlis hingga ke kampung sungai burung ini amatlah landai, dan kelihatan ada bendang. Tapi baru nak masuk 7.00 am, maka tidak nampak sangat bendang2 tu. Keadaan mendamaikan pagi-pagi berlari di kawasan kampung.

Seterusnya masuk ke jalan kampung sungai rusa, dan seterusnya ke Sungai Pinang. Pace aku lak seperti biasa, lari jalan lari jalan.
Menghampiri garisan penamat, jalan agak sempit dan sibuk. Maka, berlarian perlahan menuju ke padang SK Sungai Pinang. Berjaya menamatkan larian dalam 2:52 (tp catatan gun time 2:54 seperti di skrin masa tu).

Kawasan penamat kali ini lapang, dan selesa. Di padang sekolah temanya. 
Lepas tamat ambil medal, ada tembikai, air jus, 100+, nasi lemak dan semestinya milo. Semuanya cukup.

Lepas itu, seperti biasa bergambar kenangan di sekitar kawasan penamat. Jumpa beberapa muka dikenali, ucap selamat dan borak2 kejap, lepas tu aku segera bersiap untuk ke butterworth memandangkan bas nak balik KL jam 12.00.

Keseluruhannya, race kali ini best, laluan yang mental dan menarik, marshall, volunteer dan hospitaliti seperti biasa adalah baik dan memuaskan. Hingga bertemu di siri ke-3.

Catatan masa hari ini lebih kurang dengan siri 1.

Siri 2: Teluk Kumbar - Sungai Pinang
651549339A1020MOHD AZMI BIN ISA2:54:462:52:291:17:015:30:078:22:35
Siri 1: Esplanade - Teluk Kumbar

661546335A1020MOHD AZMI BIN ISA2:52:542:51:271:02:475:31:138:22:40









Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...