Tuesday 16 February 2016

Pink Ultra 50 2016 - As a supporter !

Pink 50 - Girls on Pink

Taman Saujana Hijau 

7 am - 4 pm



1. Seperti tahun lalu, saya hadir memberi sokongan kepada rakan2. Tahun ini ada kategori duo 100km juga.

2. Pelari perlu menamatkan sekurang-kurangnya 17 pusingan Taman Saujana Hijau, sekitar 3km sepusingan, dalam masa 9 jam.

3. Cabaran utama adalah cuaca panas serta laluan berbukit di beberapa bahagian Taman. Saya sempat bersiar-siar sebanyak 3 pusingan. 
Permandangan di Taman ini sangat cantik.

4. Terdapat satu WS di tengah laluan, di samping stesen sokongan utama di garisan permulaan/tamat. Bekalan makanan, air, dan sebagainya disediakan. Meriah stesen dengan peserta dan penyokong serta crew.

5. Tahniah kepada semua peserta, penganjur, crew, penyokong dan yg terlibat dalam Pink 50 tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penganjur atas hospitaliti yg disediakan.

Lebih gambar di facebook saya.



Putrajaya LSD 43KM

13 Februari 2016
POJ Putrajaya
7:45 am 


  • 1. Lama sudah saya tidak ber LSD di Putrajaya. Sesi pagi ini disertai oleh Hisham, Liza, Ayie, dan Nas. Teruja mengetahui ini larian pertama Nas di Putrajaya serta Ayie akan membuat jarak maraton pertama beliau hari ini.

    2. Seperti dijangka cuaca adalah panas. Larian dimulakan menuju ke arah PICC, seterusnya tepi tasik menghala ke astaka marina Putrajaya. WS pertama di sini, kerana ada water dispenser. Seterusnya menghala ke pusingan MOHE, dan melalui terowong kegemaran saya. Seperti biasa, lagu Di Pintu Syurga menjadi selingan vokal saya dalam terowong itu.

    3. Menuju ke Taman Cabaran dan u-turn di bulatan ke jalan dengkil. Berpatah balik terus ke Tanah Perkuburan, dan flyover menuju PICC. Mendaki bukit PICC, kemudian turun ke Taman Empangan. Dari situ kembali ke Core Island, separuh pulau hingga ke Taman4. bawah Wisma Putra, menuju ke Taman Wawasan.

    4. Dari MOF terus menuju ke Masjid Putra. Rehat, dan WS berikutnya. 21km selesai. Nas terpaksa beredar kerana urusan lain. Kami meneruskan laluan ke Jejak Sisir Tasik menuju ke belakang Alamanda, menaiki bukit ke Dataran Pahlawan. Lari dan jalan sekitar bulatan besar Presint 1, hingga ke laman singgah dan seterusnya CP Taman Botani. Dari Taman Botani menuju ke Taman Wetland, singgah makan tengah hari dan WS di kafe. Sedap makanan situ (boleh gitu kan). 5. Lepas lama rehat, meneruskan perjuangan di bawah terik mentari ke Laluan MUR 2015, laluan batu kerikil, melintasi bawah jambatan, silap pilih jalan pintas, berjaya tambah jarak. Laluan menuju ke jalan mati betul-betul tepi highway berdekatan IOI Resort. Trail cantik, berumput, pokok2 buluh banyak. Berjaya keluar dari "hutan" melalui bekas jalan lama (seperti dalam gambar), melintasi jalan ke Putrajaya, masuk semula ke Wetland. Terus berjalan dan kadang-kadang berlari pusing laluan tersedia hingga ke belakang Janakuasa Elektrik. Merasa hampir 7km laluan berbatu/denai rumput.

    6. Masuk ke Presint 10, mencari WS berikutnya di Lanai. Dari situ, guna laluan Presint 8,9, depan tasik berdekatan kelab tasik. Menuju ke km40 di Jambatan Seri Wawasan. Atas Jambatan, gembira sudah kerana nampak FL di POJ.

  • 7. Tiba di POJ dengan jarak 43km selepas 8:16hrs. Gembira tamat cabaran dengan berhenti sana-sini, bergambar, makan, toilet , live updates (kebanyakan tempat hentian ada free WiFi LOL). 8. Tahniah kepada rakan-rakan yg sama merentung, menikmati jarak yg dirancang. Sekurang-kurangnya berjaya sampai beberapa tempat menarik di Putrajaya untuk pertama kali.
Lebih gambar di facebook dan IG saya.





Warrior Trail Malaysia

Warrior Trail Malaysia
Semenyih Eco Ventures Resort  
30-31 January 2016 




1. I survived Warrior Trail 2016, my very first obstacles challenge after 10 years. Almost 10km trails + 25 obstacles.



2. I have love - hate relationship with some of the obstacles. I am afraid of height and made "drama" on top of the container platform.

3. Personally, I love the trails part of the challenge. Hilly rubber estate gave a shades under the hot sun. There was a beautiful river stream inside the estate. River crossing were awesome too. Some obstacles required you to dive in mud. What a fun challenge. 

4. My team and I finished the challenge after more than 4hours. We had stopped here and there. We had fun all the way and supported each other.Teamwork plays a big role for us today.

5. Overall, I had a great experience with WT. Yesterday (30 January), I came as supporters, volunteers, and today I did experience the challenge. WT was fairly organized with some room for improvement. Congrats to all: organiser, crews, participants, volunteers, and supporters.

For more information about Warrior Trail Malaysia, you can visit http://warriortrail.my/ .

For more pictures and my personal experiences, you can visit my facebook and instagram.





Twincity Marathon 2016

24 January 2016
Persiaran Flora
Cyberjaya 
4:00 am 

1. Edisi Twincity Marathon (TCM) kali ini lebih meriah dengan bilangan pelari kategori FM yang melebihi 1,100 pelari. Seperti biasa sebelum dilepaskan, ada sesi pemanasan badan pada awal pagi Ahad.

2. Laluan TCM tahun ini hampir sama dengan edisi 2014, cuma kali ini lebih banyak terowong motosikal, di samping laluan motosikal sekitar jalan raya Cyberjaya menuju ke Putrajaya. U-turn adalah di Presint 20, Putrajaya.  Sebenarnya laluan adalah beralun dan rata di beberapa tempat.

3. WS kali ini lengkap dengan air, dan di KM31 disediakan makanan roti canai, dan teh tarik juga. Kawalan trafik agak baik, serta disediakan surau di beberapa lokasi di sepanjang laluan.

4. Saya tamat dengan 5;55 setelah mengatasi cramp dan kepanasan Cyberjaya. Tetap gembira dengan tamat bawah COT. Post race disediakan makanan seperti bihun goreng, pisang, roti, 100 plus, air, dan Milo (saya sampai sudah habis Milo nya). 

5. Keseluruhannya, TCM kali ini lebih baik daripada edisi terdahulu . Moga edisi akan datang terus baik dan meriah. Tahniah semua pelari, penganjur, crew dan semua yang terlibat.







Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...