Sunday, 30 September 2012

Imbasan Ogos/September 2012

Sedar tak sedar sudah masuk Oktober, maka lepas ini November.
Begitu pantas masa berlalu.
Tup-tup sudah enam minggu since lepas raya.
Maka, perjalanan road-to-my-first-marathon  tinggal lagi 7 minggu. Syukur kepada Allah SWT, semua perancangan latihan/race berjalan lancar setakat ini. Dan diharapkan terus dipermudahkan hingga akhirnya.

Enam minggu berlalu, dengan aku berlarian sana-sini mengutip pengalaman, meningkatkan keupayaan diri, mencabar potensi, serta menguji ketahanan mental dan fizikal. Sepanjang tempoh itu, banyak pengalaman diperoleh, sebelum-semasa-selepas-larian.

9 races telah aku masuk sepanjang 6 minggu. Rasa macam tak percaya, saban minggu berlari, dan memaksa diri untuk berlatih di kala weekdays.
5 half marathons telah aku lalui (pj, kt, taiping, seberang perai, sungai petani)
2 10K race - ukm, penang merdeka run
2 8k/6.4k - penang - matic

Memang rasa penat, namun, rasa lega dapat hadapi semua ini.

Memasuki fasa kedua latihan aku di 7 minggu akan datang menuju ke Marathon, latihan akan ditumpukan kepada jarak dan speed. Lepas ini kena tingkatkan LSD (long slow distance) kepada lebih 21km (ie 30km, 35km, dan 42.2km), dan speed yang sesuai dengan sasaran.

Oktober ini, beberapa races yang akan aku sertai bermula dengan

7/10 - KRI Road Race, 21KM, Ipoh
20/10 - Putrajaya Night Marathon, (Ambil kategori 21km)
28/10 - Pacesetter 30KM, - kuala lumpur

In between, akan aku selitkan dengan LSD ku yang dipertingkatkan.

May the forces with me. Moga segala urusan latihan dan persiapan dan dikurniakan kesihatan yang sempurna ke arah menempuh cabaran ini.

Run Gme Run

Saturday, 29 September 2012

DNS - Salomon X-Trail Run

Ini merupakan race pertama yg aku DNS setakat ini. Sebenarnya aku amat teringin berlari di trail kt UPM yang menarik tu. Namun, hujung minggu ini, aku daftar 3 larian, iaitu PjHalf Marathon, Salomon Xtrail Run dan Larian Jambatan Sultan Mahmud.
Aku memilih utk berlari di Terengganu dan PJHalf [walaupun aku register Salomon terlebih dahulu, alasannya sebab PJ adalah 21km].
Takper, next year kalau ada lagi aku join trail run ni.


Cantik baju Salomon ni

PJ Half Marathon 2012

Tarikh: 30/09/2012
Masa: 5.30 pagi
Tempat: Stadium MBPJ Kelana Jaya


Sebelum masuk larian ni ada gak aku baca review blog-blog runners yang masuk larian ni tahun lepas. Kebanyakannya menyatakan penganjuran PjHalf ini tahun lepas tidak memuaskan.
Dengan barisan sponsor yang agak besar seperti YES, GSC dan sebagainya, PJHalf 2012 diharapkan penganjuran yang baik.

Terus kepada larian semalam, bermula jam 5:30 pagi, agak kelam-kabut, tiba-tiba bunyi das horn pelepasan, PA sistem macam tak kuat je. Masa dah berlari sekitar 200meter, aku tengok terdapat beberapa runners yang baru sampai dan terkocoh-kocoh berlari ke timing mat untuk berlepas.
Aku berlari seperti biasa, taknak push sangat kerana kaki terasa sengal semacam balik dari larian jambatan sultan mahmud. Sekitar km3, kena berlari dalam lorong motorsikal. Bayangkan beribu runners, masuk ramai-ramai dalam lorong yang sempit tu, lepas tu ada part kena masuk terowong kecil yang gelap. Agak kurang menarik dan macam terseksa rasanya.

Larian diteruskan hingga ke Jambatan Kabel dekat tepi kilang tu, buat u-turn kat situ dan masuk semula ke lorong motorsikal. Giler saiko. Berlari dalam hampir 2km, barulah masuk ke flyover yang selesa dan lapang sedikit.
Di WS2, air kena tuang sendiri kerana volunteers macam tak cukup je. Maka, pakat-pakat lah runners tuang sendiri.

Larian diteruskan hingga ke lapangan terbang subang, memang rasanya berzaman nak sampai ke u-turn kt sini, lurus je laluan, bosan. Lepas u-turn, terus berlari hingga ke simpang masuk semula ke stadium kelana jaya. Sekitar km17, aku rasa kaki aku semacam, cramp sikit dan terpaksa aku jalan slow slow, lari sikit terasa menyucuk, ni kali pertama aku terasa macam ni sepanjang beberapa larian sebelum ni. Untuk elakkan injured lagi teruk, aku berjalan hampir 1.5km, sekitar km19 baru aku boleh berlari perlahan-lahan hinggalah masuk stadium, lari sepusingan dan tamat.
Masa kali ini 2j31m. Tak taulah masa chip berapa. Rasanya lebih kurang kot.

Lepas tamat, tercari-cari juga air, sekali air semua kt ruang luar stadium. oh tidak. Lepas bergambar2 dengan teman selarian, hossen dan syahir, terus kami mencari air kt luar stadium.
kat luar tu adalah air milo, 100+, roti, pop corn, cereal dan sebagainya.

Pros
- makanan lepas larian banyak, air pun sama
- air sepanjang larian sentiasa ada walaupun kena tuang sendiri
- sponge station
- kawalan trafik yang baik
- gerai-gerai penaja yang banyak ala-ala karnival gitu

Cons
- kena berlari di lorong motorsikal
- km marker yang tak tepat
- PA sistem kurang jelas

Sebelum - Selepas

antara gambar yang sempat aku snap

Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012

Tarikh: 29/9/2012
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dataran Bangau, Pantai Batu Burok, Terengganu

Aku semangat nak berlari di larian ni sebab dia buat di Terengganu dan ia kembali setelah bertahun-tahun tak dianjurkan. Ikut memori aku, aku pernah ikuti larian ni masa darjah 5/6 dahulu. Wow, selepas 20tahun, aku kembali.

Urusan ambil bib number dan t-shirt serta goodies bag berjalan lancar di Dataran Bangau pada hari Jumaat tu. Memang agak sempoi kawasan ambil tu, banners dan khemah2 tersedia.
Wah aku dapat no.bib 43, antar yang terawal. Bila tgk senarai nama runners yang ditampal di luar khemah tu, ada dalam 5,000 nama kot utk semua kategori. Giler gigih, print semua nama. Dan utk kategori 21km aku rasa tak ramai mana pun, dalam beberapa ratus je kot.

Sabtu, pagi tu larian terbesar di Terengganu dilepaskan oleh MB.
Nah, semua kategori dilepaskan serentak, 7km, 10km, 21km, lelaki dan wanita. Memang agak crowded, dan rasanya lepas hampir 45s  kot, baru aku dapat cecah timing mat.

Laluan larian pada peringkat awal adalah sama utk semua kategori, dari pantai batu buruk, menuju ke pusat bandar KT, kemudian menghala ke jalan berbukit dkt simpang taman panorama tu, di awal jambatan, kategori2 berpecah. Pelari 21km terus berlari di sepanjang jambatan, susur keluar di Pulau Duyong, berlari di kawasan kampung kat situ, masuk semula ke jalan besar, menuju ke bulatan Batu Enam, patah balik, u-turn, terus ke jambatan, dan lari sepanjang jambatan, ke simpang bukit besar dan terus menuju ke pantai batu buruk.

Seperti biasa, aku berlari dengan pace sendiri. Cuma masa atas jambatan terasa beberapa kali agak saiko, seolah-olah berlari sendiri dengan pelari di depan agak jauh, begitu juga di belakang, kerana peserta 21km tak ramai.
Aku menamatkan larian dgn catatan biasa-biasa, 2j 19m (2:18:56 - Catatan masa chip) Dan pelari-pelari kenyan mendominasi Mens Open dan Womens Open. Daripada 79 orang kategori Mens Open, rasanya dalam 30 orang adalah orang Kenyans - Ethipia. Ku akui, tak ramai org Malaysia yang masuk kategori Mens Open. Lagi satu, rasanya ramai yang masuk Closed 10km untuk rakyat Terengganu. Memang ramai hari tu.

Sepanjang larian, water station ok, sponge station ok, air mencukupi.
Cuma di kawasan penamat amatlah tidak sesuai dengan ruang kecil utk penamat, dengan budak-budak sekolah berkumpul betul-betul lepas garisan penamat. agak crowded. Oh ya, masa lepas tamat, aku ke water station, sekali semua air dh habis. Terpaksalah minum bekas2 air yang ada, lantaran dahaga yang amat. Tak taulah mcm mana nasib pelari selepas aku kan.
Ringkasnya, penganjuran larian memuaskan dan perlu dipertingkatkan. Aku bersedia untuk kembali berlari di Terengganu lagi.

Pros:
- larian terbesar Terengganu kembali dianjurkan
- air, sponge semasa larian mencukupi
- trafik ok
- penduduk terengganu yang supportif, memberi semangat, semasa di kawasan kampung, mahupun atas jambatan
Cons
- yuran mahal, setakat ini, race ni paling mahal aku bayar untuk jarak 21km, MYR105.
- kawalan kawasan penamat yang agak tidak kemas, sempit dan crowded
- bekalan air selepas larian tidak mencukupi
- pelepasan yang tidak staged

perhatikan gerbang redbull tu. situlah tempat penamat. dan lihatlah betapa ramainya budak2 sekolah bersantai depan kawasan penamat tu.

pertama kali dapat bib number bawah 100

ni je kot kawasan berbukit dalam keseluruhan race ni

kelihatan pelari-pelari kenya di situ

Sunday, 23 September 2012

Be A Runner Be A Giver Charity Run 2012



Tempat: Matic Jalan Ampang
Masa: 7.30 pagi
Jarak: 6.4km
Ini adalah larian amal yang dianjurkan oleh Belia 4B Malaysia dan disokong oleh ArsenalFCMalaysia. Larian ini tak ramai mana yang masuk, dalam 800 lebih je kot. Tapi tetap meriah. Ada kategori antarabangsa (yg didominasi oleh Kenyan), kategori media dan selebriti juga ada.
Flag off dalam 7.45pagi oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Larian membawa pelari ke jln sultan ismail, terus ke persimpangan hotel istana, lalu tepi Pavilion, masuk jalan tun razak, depan bangunan tabung haji, lalu bawah terowong tu, keluar di persimpangam jln yap kwan seng, ke kanan depan klcc, patah balik ke matic di jalan ampang.
Bekalan air mencukupi, rasanya ada 2 WS, kawalan trafik juga baik di kawasan jalan utama ini kan. Mujur kenderaan tak berapa banyak lagi di pagi ahad ini.
Seperti biasa, larian bawah 10km, aku rasa adalah fast race. Terkocoh2 aku berlari ala2 nak pacing semua orang. Berjaya tamatkan 6.7km dalam masa 40minit. Agak laju untuk aku. Sampaikan aku rasa penat semacam.
Tamat je larian, dapat medal penamat dan sijil. Kemudian, terus Q kutip breakfast dan minum air sepuas-puasnya.
Larian ini kira oklah penganjurannya. Tengok sekretariat dan sukarelawan ramai belia2 yang ambil bahagian, dari jaga kaunter, jadi marshal, dan sebagainya.
Seperti biasa, sebelum balik, bergambar2 buat kenangan dan borak-borak dengan kenalan2 baru selepas larian.
Moga berjumpa di larian akan datang.
#harap aku dapat jayakan misi back to back HM next weekend.



Saturday, 22 September 2012

UKM Victory Run 2012

Tempat: Stadium UKM,Bangi
Masa: 7.30 pagi
Jarak: 10km (8.53 GPS)

Aku terlupa yang aku ada register larian ni, sehingga penganjur hantar sms suruh bayar yuran RM10 semalam.

Dah lama tak berlari-larian di alma mater aku ni, UKM. Dah banyak bangunan baru di UKM ni.

Larian ini berskala kecil, adalah dalam 300 orang kot. Namun, tetap meriah.

Laluan bermula dari stadium UKM, memasuki jalan utama kampus, terus melintasi Pusanika, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Fakulti Sains dan Teknologi, dan laluan mula mendaki bukit di kolej Pendeta Zaba, terus ke simpang Fakulti Sains Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, kemudian lalu bulatan depan Masjid UKM, pinggir Dectar, terus lurus tepi padang-padang, masuk balik jalan utama, menghala ke Puri Pujangga, terus ke kolej keris Mas, berbukit lagi dan menghala ke stadium, pusing balapan sekali dan tamat.

Aku bermula agak laju, terpengaruh dengan students yang serba pantas, haha. Tapi, bila masuk kawasan berbukit, pacing aku terus jatuh dan amat perlahan. Rasanya, jarak 10km dan ke bawah, semua pelari dengan pantasnya. Aku seperti biasa, lambat panas, pacing lak dalam 6.00-7.00min/km. Kena terus berlatih lagi ni.

Aku tamatkan larian dalam masa 53minit utk 8.53km. Not bad.
Lepas tamat,dapatlah sijil, wafel, voucher diskaun. Tiada medal penamat utk lepas no.20.
Tak kisahlah, janji dapat tamatkan larian kan.

Ups:

° laluan menarik, kawalan trafik lancar, marshal ok, air sentiasa ada
° walaupun dianjurkan oleh pusat sukan ukm dan kelab olahraga ukm, penglibatan ramai pelajar-pelajar dalam menjadi sukarelawan atau jawatankuasa merupakan nilai tambah dan pengalamam pada diaorang

Down;

° laluan underdistanced yg ketara, 8.53km utk kategori 10km. Bagi kategori 8km, aku tak tahulah berapa jarak gps mereka. Tp mmg jauh bebenor larinya. Kalau dalam 9km ke atas kira ok lagi kot.







Sunday, 16 September 2012

Half Marathon @ Taiping International Marathon 2012

Tarikh: 16.9.2012
Masa: 6.00 pagi
Jarak: 21km (21.75km GPS)

Kali ini aku ber HM di Taiping pula. Urusan pengambilan REP pada 15.9.2012, di Padang Esplanade, Taiping.
Urusan agak kelam kabut. Kelihatan petugas, ala2 bergaduh mulut sesama sendiri, lalu menyebabkan runners menunggu agak lama. Ada juga runners yang dah registered lama, tp organiser tak dapat trace nama. lorrr.

Race Day

Kalau ikut website, HM mula jam 4.00pagi, masa ambil REP diberitahu bahawa race mula 5.30pagi. Tup-tup, masa race day, diberitahu race HM akan mula jam 6.00pagi. Maka, ramailah runners yang tak puas hati, termasuklah aku. Yelah, terpaksa menapak awal2 jam 4.15pagi dari hotel ke Padang Esplanade tu.

Dummmm larian dilepaskan sekitar jam 5.55 pagi. Tapi aku mula agak lambat, baik tunaikan tanggungjawab dulu, solat kan. Senang, nanti masa race tak perlu tercari2 surau segala bagai.

Seperti biasa, aku bermula agak perlahan, dengan pace sendiri. Tiada sasaran spesifik, melainkan cuba untuk menamatkan larian tanpa cramp, dan cuba kekalkan pacing antara 6.00-7.00min/km.

Larian membawa pelari dari padang esplanade, menuju ke muzium perak, penjara, seterusnya, lalu depan kem tentera, menuju ke kamunting, masuk ke kawasan perindustrian di kamunting (kilang je kiri kanan- sungguh bosan), kemudian, terus masuk semula ke bandar taiping di persimpangan belakang hospital, menuju ke taman tasik taiping dan akhirnya tamat di kawasan padang esplanade tu.

2km terakhir memang menarik, berlari di taman tasik taiping, di bawah pohon2 angsana yang unik itu.

Keseluruhanya, ni kali pertama alu habiskan larian tanpa walk breaks, dan berjaya juga berlari-lari anak, walaupun penat yang amat, ke arah bagi menjayakan "keep moving".
Pacing aku sekitar 6.20-6.45minit/km. oklah tu kan. Kerana utk sub-2hrs, aku kena tingkatkan lagi latihan, supaya dapat maintain pace sekitar 5.00-5.45min/km.

Lari dengan nyaman rasanya, cuma di km10-11, hujan turun, terganggu seketika rentak larian.
Water station mencukupi hingga WS1 je kot. siap ada air Pop lagi (karbonat ??? instead of isotonic??), selain air mineral, sponge pun ada juga di beberapa station, kerana rasanya lepas WS2 dan ke-3, aku tgk air tu tinggal nyawa-nyawa ikan, dan tak mencukupi untuk runners lain belakang aku.

Akhirnya berjaya juga menamatkan larian pada masa 2jam 18minit (kiraan endomondon). Tertunggu juga catatan rasmi championchip tu kuar. Tapi rasanya gun time dan net time aku jauh gak lari, kerana lambat bermula.

Lepas tamat, penganjur agak kelam kabut, katanya limited medals dah abis. Lepas beberapa minit, nah, sekotak medal yg ada. Sebelum tu ramai runners kecewa kerana dimaklumkan medals untuk 100 terawal, walhal dalam website terang-terang kata medal penamat untuk sesiapa yg tamat di bawah 3jam, dan tidak tertakluk pada 100 terawal. Apa-apa pun, aku berjaya dapat medal penamat itu selepas tiba-tiba organizer bawak sekotak medals, dan dalam sekelip mata, pastu abis. Aku rasa ramai runners selepas aku tak dapat medals.

Kemudian, nah, kelam kabut nak ambil goodies bag, boleh orang kaunter tu cakap dah abis, walhal kat belakang tu ala2 berlambak lagi goodies bag. Seterusnya, nah, panjang Q untuk dapatkan milo (aku skip je Q minum milo ni dan terus dapatkan nasi lemak yang disediakan untuk runners).

Kemudian, pergi gerai isotonik yang ada bertentangan dengan Q air milo. So baik minum air ini lagi cepat.

Oh ya, kawasan menghala ke penamat agak crowded dan kelam kabut, kerana barisan yang beratur untuk dapatkaj milo, telah menghalang ramai runners lain untuk menamatkan larian. Selekoh terakhir daripada depan McD taman tasik berkenaan, pun agak kelam kabut, dengan kenderaan bebas keluar masuk, risau aku tgk kerana, ramai runners tengah berlari semahu-mahunya menghala ke garisan penamat. Yelah takut jadi apa-apa kan.

Keseluruhnya aku enjoy race ini (dari segi route yg langsung tiada KM marker yang jelassssss). Dapat tingkatkan potensi diri (walaupun sedikit peningkatan daripada SPHalf hari tu kan). Namun, ia tetap memberikan motivasi untuk aku terus gigih berlari dan berlari lagi. Ini penganjuran kali ke-2 Taiping Marathon ini oleh Kelab Rotary Taiping, mungkin mereka telah belajar daripada tahun lepas. Tapi, aku rasa TIDAK, penganjuran race ini amat lah TERUK

Hingga jumpa lagi di race akan datang.

#kali ni tak sempat nk snap pictures semasa lari, terutamanya di taman tasik- Konon nk fokus kepada larian. Hahaha :)
# dan takde mood nak bergambar sakan, bila kenangkan penganjuran race ni.
# mungkin kali terakhir join Taiping ni kot, melainkan kalau organiser baru tahun depan. Kerana Taiping ni berpotensi menjadi lokasi larian yang menarik.
# kesian aku tgk runners full marathon yang hilang arah di bandar taiping, lantaran takde petunjuk / marshall , semasa aku jalan kaki balik ke hotel.

Pros:

- bandar taiping yang permandangan yang mendamaikan
- ni je kot? coz rasanya yg lain semua Cons.

Cons:

-  air, air dan air yang tak mencukupi
-  tiada medal penamat untuk semua finisher, walaupun dalam website JELAS kata semua finisher yg tamat dalam masa spesifik akan dapat medal. Yup, pada org lain, mungkin ini hanya sekadar "metal", tapi tidak pada runners, kerana MEDAL PENAMAT adalah sesuatu yang bermakna.
- kawalan trafik di sesetengah tempat macam tiada (ke aku rasa mmg takde, even jalan pun x tutup)
- dan macam-macam lagi............(kadang2 kekecewaan x mampu ditulis lagi....)

 



pelepasan kategori FM
Taman Tasik Taiping, sentiasa mendamaikan
gambar wajib lepas race
sesi senaman lepas larian
kawasan penamat
orang beratur untuk dapatkan Milo, dan secara tidak langsung menghalang laluan ke penamat

Sunday, 9 September 2012

Penang Street Arts

Lepas berlari pagi tadi, aku berkesempatan jalan2 celah-celah lorong di sekitar Armenian Street. Wah, terdapat lukisan2 mural yang menarik, ada yang ala2 3D. Lukisan2 ini haritu keluar di dada dada akhbar, ada juga kisah vandalisme terhadap mural2 ini. Beberapa mural yang sempat ditangkap:

Larian Merdeka 2012

9/9/2012
Bangunan Tunku Syed Putra
Georgetown
7.30 pagi
10km

Ni kali ke-3 aku ke Penang dalam masa 3 minggu. Tak sempat daftar Adidas KOTR, maka, bagi mengisi kalendar larianku, aku masuk Larian Merdeka ni.

Masa bermula jam 7.30, agak panas, laluan menuju ke esplanade padang kota, menghala ke komtar, seterusnya ke persimpangan berdekatan persiaran gurney dan seterusnya menghala semula ke padang kota dan tamat di jalan depan jabatan imigresen penang itu.

Seronok juga berlari-lari di jalan teli laut.
Timing larian hari ini biasa-biasa je. 62minit, kira oklah, memandangkan cuaca agak panas dan aku ini lambat pecut, hahaah. Mungkin di lain masa akan pecahkan PB ku utk 10km.

Lepas larian dapatlah roti, medal penamat, dan paling best Vico dan 100+ yang free flow.

Keseluruhannya larian ini boleh dianggap fun, dan yang penting tak crowded sangat (dalam 700 orang je je kot pesertanya). Kawalan keselamatan, air, dan sebagainya semua mencukupi.
Tambahan pula rasanya ada event berbasikal di Padang Kota pagi yg sama, maka, beberapa jalan ditutup.

Friday, 7 September 2012

Matta Fair September 2012

Harini, 7 September 2012, kebetulan ada program di Kuala Lumpur.
Maka, masa senggang seketika diluangkan ke Matta Fair September 2012 di PWTC.

Nampaknya kali ni, yuran masuk dah jadi MYR4. Hmmm. Dulu MYR2 je.

Apa yang menarik? Aku rasa biasa2 je. Sekadar tgk-tgk harga. Tak beli apa-apa pun. Seperti biasa pakej/tiket ke destinasi Eropah, Indonesia, China, Australia, Hong Kong, Korea, Jepun dan Taiwan menjadi pilihan.

Beberapa booth juga menarik perhatian seperti Filipina, Ecuador etc.

Diperhatikan harga2 tiket berpatutan dan tertakluk kpd terma dan syarat.

Saturday, 1 September 2012

Sungai Petani Half Marathon 2012

Tarikh: 1 September 2012
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dataran Zero Km (Jam Besar) Sungai Petani
Jarak: 21km (20.85 GPS)

Ini merupakan HM kedua untuk aku. Tiada sasaran masa spesifik, malahan aku masuk larian ini untuk mencari lebih banyak pengalaman berlari HM.

Ramai juga pelari pada pagi ini.
Kategori HM dilepaskan sekitar jam 7.00 pagi. Laluan larian membawa ke kawasan kampung di Sg Petani. Best sebab berlari tepi sawah.

Aku memulakan larian dengan tempo sendiri. 2 km pertama berjaya buat bawah 6.00min/km. Lepas tu, km3 hingga 10km, maintain bawah 7.00min/km.
Cuaca makin panas. Lepas water station ke-2, tiada air, dan ramailah pelari 21km kekeringan. Aku dan beberapa runner yang ada, mencari kedai runcit. Mujur ada kedai runcit buka dan berjaya dapatkan 100+.

Rasanya aku banyak rugi masa bila terlalu lama brisk walking, kerana mencari air. Haahah. Sampaikan tempo jd 8.00min/km.

Lepas dapat air, berlari dan berlari untuk kira-kira 6km. Sampai di WS ke 3, juga tiada air. Tapi mmg dh bersedia dengan air di tangan. Seterusnya hinggalah 2km nak tamat baru ada air isotonik dihidangkan.

Aku berjaya tamatkan larian dalam masa 2j 21m 21s (catatan endomondo). Seperti biasa, saat mendapat medal penamat adalah saat yang indah selepas penat berlari.
Keseluruhannya, aku mula membiasakan diri dengan jarak 21km ini, dan meminimakan cramp serta yang penting dapat enjoy sepanjang larian.

Ups:

Laluan menarik. Penganjur berusaha memberikan air secara mobile menggunakan motorsikal, lantaran WS dah abis.

Downs:

Air tak cukup. Tempat perlepasan gelap, tak sedar tup tup bunyi dilepaskan.
Kawalan penamat yang agak berserabut selepas garisan penama. Kalau elok buat lorong khas ikut kategori.

Mungkin lepas ini penganjur akan buat post mortem, maklumlah ini kali pertama SP Half ni. Harapnya tahun depan lebih kemas dan tersusun.

Moga berjumpa di larian akan datang.
Suasana selepas larian
laluan larian di tepi sawah padi. saya suka.
bersama medal penamat
dataran zero km. - jam besar
2nd HM
Keadaan di garisan permulaan

Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...