Gme dan Destinasi Lari
•Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit•
25 Ogos 2018
Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Masjid Padang Rengas
Idea
1. Impian berlari di tinggalan ladasan keretapi lama ini muncul pada tahun 2016 apabila ternampak iklan larian di sini (acara berkenaan dibatalkan). Seterusnya, nampak acara MTB pernah dibuat dengan ada laluan merentasi terowong ini.
2. Datang 2018, impian berkenaan kembali hadir. Berbekalkan bekalan air dan keperluan lain, selepas selidik laluan potentsi, MA, Cikgu Badrul dan Ares Tahir sama-sama merealisasikan hasrat meneroka terowong-terowong ini.
Kenapa Terowong ?
3. Laluan keretapi ini sungguh menggamit memori kepada yg pernah menaiki keretapi. Terowong-terowong ini dibina selepas 1890 dan dibuka 1905.
4. Sebelum landasan keretapi berkembar siap diguna, terdapat 4 terowong (dipanggil Lubang Gelap) di laluan keretapi dari Taiping ke Kuala Kangsar.
5. Terowong 1 terletak di Air Kuning, kira kira 15 minit dari stesen Taiping.
6. Terowong 2 terletak selepas Stesen Bukit Berapit, begitu juga Terowong 3 dan 4.
7. Apa menarik ialah dari selepas terowong 1 hingga ke stesen Bukit Berapit dah Stesen Padang Rengas, tren akan melalui tepi tepi sungai serta lereng lereng bukit.
8. Stesen Bukit Berapit diguna untuk tren berhenti sebentar untuk menunggu Loko dari Kuala Kangsar (jika menuju ke utara) untuk membantu tren mendaki kawasan berbukit dari Stesen Bukit Berapit hingga ke Stesen Taiping. Keadaan Stesen Bukit Berapit sekarang terbiar dan tidak terjaga.
9. Sejak lepas Perang Dunia Ke 2 hingga ke tahun 90an, semua 4 terowong ini adalah 'sasaran penting'.
10. Terdapat satu detachment tentera ditugaskan menjaga terowong terowong tersebut. Mereka ditempatkan di Stesen Bukit Berapit serta di antara Terowong 3 dan 4. Terowong 1 adalah tanggungjawap kepada pasukan tentera di Taiping.
Laluan
11. Selepas bermula dari SK Changkat Larut, 1.8km selepas itu, kami mula memasuki trek lama. Binaan masih kukuh.
12. Berlari dari situ hingga berjumpa terowong 1. Terowong ini boleh berlari di dalamnya. Keluar dari terowong 1, laluan adalah denai batu kesan tinggalan landasan. Kelihatan kebun dan hutan kiri dan kanan.
13. Jarak terowong 1 ke Stesen Bukit Berapit adalah beberapa kilometer. Terdapat tinggalan tangga hentian Bukit Gantang. Permandangan lereng Bukit, laluan yg mendamaikan. Ada satu jambatan Tinggi merentasi air terjun. Saya pilih turun ke air terjun memandangkan terasa gayat atas jambatan.
14. Selepas jambatan, laluan adalah trek bekas landasan yg bersebelahan dengan hutan. Tiba-tiba ada napuh (mcm kancil) melintas. Berlari dan berjalan hingga ke Stesen Bukit Berapit. Sedih tengok stesen yg dibiarkan sepi.
15. Dari situ, laluan boleh berlari ke Terowong 2, ini lebih panjang dari terowong 1. Muka hadapan agak berlumpur, seterusnya tinggalan rel masih ada. Ini merupakan terowong yg paling panjang. Muka keluar hujung terowong pula bertakung air jernih.
16. Dari Terowong 2 ke terowong 3, Ada kawasan berair, dan tinggalan landasan masih kelihatan, Kami ikuti landasan lama ini yg selari dengan Highway, hingga bertemu Terowong 3.
17. Terowong 3 agak pendek dengan sebahagian nya telah dimasukki Lumpur kesan tanah runtuh berdekatan. Untuk keluar dari Terowong 3, kena lalu bahagian berlumpur setinggi lutut.
18. Dari Terowong 3, laluan agak bersemak, namun tinggalan rel jelas kelihatan. Bertemu dengan jambatan ke-2 yang lebih panjang dan tinggi di kampung Garpis. Gayat, Saya pilih ikut denai di bawah jambatan sebelum naik semula.
19. Sampai ke Terowong 4, yg agak pendek, dan terowong 4 paling kemas dan bersih. Dari terowong 4, kami berlarian/berjalan keluar dari landasan lama menuju ke jalan keluar, dengan permandangan Gunung Pondok dan Kilang Simen.
20. Memasuki jalan raya di KM15- Kami teruskan penggembaraan di bawah cahaya mentari untuk tamat di KM17 di Masjid Padang Rengas.
Penutup
21. Kami berasa sangat gembira menamatkan cabaran denai landasan keretapi yang pernah menjadi nadi hubungan, dan laluan bersejarah ini. Ketiga-tiga kami baru pertama kali berlari di sini. Tahniah dan Terima kasih semua.
22. MA berpandangan bahawa laluan ini berpotensi untuk acara larian, Kalau tidak sepenuhnya; mungkin sebahagian laluan.
23. Terowong-terowong ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan haruslah dipelihara. Semoga pihak-pihak terlibat dapat mengambil inisiatif untuk mengekalkan Warisan ini.
Kerana larian harus dinikmati,
Gme
Padang Rengas.
Pautan berkaitan:
1. https://
2. http://m-niaga.com.my/
Lebih gambar : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156085663173822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA
Skrg blh masuk lg ke bossku
ReplyDeleteboleh
DeleteBerminat nak ikut serta sebab minat sangat dgn keretapi dan banyak kenangan naik keretapi..kampung saya kat bhpetrol jelutong..masa sek keb jelutong..tengah2 malam kerap dengar sayup2 bunyi enjin lokomotif ..tapi tak pernah naik atas tu geng satu minat tak ada...apa2 boleh email nakcarikawan3@gmail.com(sham)
ReplyDelete20 mac 2021 (sabtu) ada grup nk masuk. klu nk join, kontek sy 0124826654
DeleteDari terowong satu ke terowong 2 hanya ikut jalan batu(straight) shj?
ReplyDelete