Sunday 29 September 2013

SCKLM 2013 - My First Our Own City Marathon

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM)
Tarikh : 29 September 2013
Masa : 4:30 am

Setelah ditangguhkan dari bulan Jun, akibat jerebu, akhirnya marathon premier di Kuala Lumpur datang. Segala persiapan latihan akan dilaksanakan pada hari ini. Pada aku, ini merupakan SCKLM pertama buat aku dan semestinya mengujakan (dan mendebarkan).

Pre-Race

Mengambil kira aura SCKLM dan kemeriahannya, aku dan geng menginap di Prescot Inn, Medan Tunku, 1.2km dari Dataran Merdeka. Oh ya, hotel-hotel sekitar Jalan TAR, Jalan Masjid India, dan mungkin Jln Petaling, dipenuhi runners pada weekend ini. 
Hasilnya, sana sini kelihatan runners di kawasan sekitar.

Pergi melihat kawasan Dataran Merdeka pada petang Sabtu untuk mengambil feel dan memvisualisasi kan keadaan pada race day. Pada petang ini, dah ramai runners juga datang bergambar2 dan melihat kawasan sekitar. Adalah penting untuk tahu di mana kawasan drop bag, toilet, surau dan sebagainya, supaya tidak kelam kabut di awal pagi Ahad.

Mempersiapkan diri dengan bekalan carbs, petang itu membeli makanan di pasar malam Jln TAR yang sentiasa penuh. Dah lama tak ke pasar malam ini. Tapaukan nasi kerabu. Seterusnya singgah di pizza hut, tapaukan pizza pula untuk bekalan makanan.

Lepas Isyak, terus tidur dan bersedia untuk bangun awal pagi Ahad.

Race Day

Jam 2.00 pagi dah bangun, rasa macam sekejap sahaja tidur. Mempersiapkan diri dan dalam 2:30 pagi berjalan kaki dari hotel ke Dataran Merdeka (DM)

Tiba di DM, kelihatan sudah ramai runners. Ada yang bergambar2, warm up, makan2, borak2, lepak2 dan sebagainya. Atmosfera di DM sungguh lively dan mengujakan.

Bertemu dengan beberapa runners dikenali, bertukar-tukar motivasi dan pengalaman. Seterusnya bergambar2. Lepas drop bag di kawasan baggage, aku dan geng terus masuk ke starting pen sekitar 4:10 pagi. Pergh, ramai juga runners FM. Penuh kawasan depan bangunan Sultan Abdul Samad ini.
Lepas masuk starting pen, adalah sesi warm up dari trainer bootcamp. Muzik bergema dan semua teruja, berdebar dan macam2 perasaan untuk SCKLM ini. 

Nah, tepat jam 4:30 pagi. Marathon bermula.

Strategi aku pada race kali ini adalah untuk bermula perlahan, mengikut pacer 5:30, tak pun akan cuba memastikan pacer 6:00 tidak melintasi, supaya dapat capai target time bawah 6:00 (paling max).

Laluan membawa runners meredah awal pagi di KL, dari DM terus ke KLSentral, dan masuk ke Brickfields, kemudian lalu Little India ke susur Federal Highway. Keadaan agak sesak di awal-awal race ini, semua runners mencari pace masing-masing. Lepas Water Station (WS)1 di KM4, baru aku dapat rasa selesa berlari dengan pace sendiri. Aku skip WS1, memandangkan aku lari bawak botol air. Kerana WS1 agak crowded.

Seterusnya berlari hingga ke susur depan Mid Valley, masuk jalan nak ke Cheras, dan aku berenti seketika di WS2 di KM6, masih dalam target time. Laluan seterusnya masuk ke susur jalan tepi airport lama. Berlari dan berlari hingga masuk susur ke jalan istana, kemudian masuk ke jalan DBP. Masa ini di KM12, tengok jam dah 1:33 aku berlari. Berhenti minum air, dan solat subuh di KM12 ini. Ada air mineral disediakan, guna air tu untuk berwuduk. Kelihatan juga kain pelekat untuk yang ingin mengunnakan. Lepas solat, agak lama aku berehat di situ. Kembali dapatkan mood untuk teruskan perjalanan. 
Nampak last pacer 5:30 meninggalkan aku ke hadapan.

Sambung berlari, kini belon pacer 6:00 lak aku ikut. 
Dari dbp, masuk ke susur jalan Loke Yew, pergh pagi2 ahad pun sudah banyak kenderaan. Laluan loke Yew ini agak bosan, lurus sahaja. Aku berlari, dan beberapa kali berjalan, kerana agak penat. Seterusnya sampai kat persimpangan voledrom cheras itu, laluan masuk ke jalan nak menghala ke pudu. Berhenti di setiap WS yang ada. Pada masa ini beberapa belon 6:00 dah jauh ke depan. Dan aku lihat ada satu je lagi belon 6:00 di belakang. Target aku adalah untuk follow pacer 6:00 yang terakhir ini, bagi memastikan capai hasrat bawah 6:00.

Dari jalan pudu, lalu masuk ke susur kampung pandan, ke jalan tun razak. Masuk jalan itu, seterusnya, masuk ke susur jalan ke Pavilion. Aku berlari memastikan supaya aku berada di hadapan pacer 6:00 ketika ini. Depan pavilion, km21, aku lintasi dalam 2:55, masih dalam target time.
Bergambar depan pavilion, dan terus berlari hingga ke susur jalan sultan ismail, kemudian masuk susur nak ke Menara KL, nampaklah menara itu kat depan. Ada cooling arch utk runners di laluan. Sejuk sikit badan bila lalu bawah ini.

Seterusnya masuk ke jalan sultan ismail balik, menghala ke KLCC. Berlari-berjalan sahaja strategi aku. Dari klcc, masuk ke jalan tun razak, masa ini cuaca makin panas, jalan makin sesak. Kadang-kadang tu terdengar hon sana-sini. Ah, malaysian drivers. Berlari menghala ke pekeliling, kemudian masuk ke jalan ipoh seterusnya ke sentul. Pegh, dalam km31, cramp pertama menyerang peha aku. Rasa sakit yang amat, minum ors, kemudian agak lega. Berlari-berjalan, berselang-seli dipotong oleh pacer 6:00. Memang mental sangat masa ini.

Bila laluan masuk ke jalan kuching, pergh rasa nak pitam sahaja panasnya. Kaki makin penat, aku dapatkan Salonpas dari medic, kerana bekalan ors dah habis, cepat hilang elektrolit dari badan, dan berselang-selang cramp menyerang. Dari jalan kuching, masuk susur ke hentian duta, seterusnya bukit tunku. Dalam km36 ada water spray station. Lega dapat cooling down. Mengetahui bahawa bukit tunku ini amat mencabar, setelah kaki penat, memang aku banyak jalan, dan serupa zombie dah. Masa ini, pacer 6:00 dah jauh ke depan meninggalkan aku. Dan, aku pun pasrah, hanya fikir untuk segera tamatkan segala kesakitan ini.

Dari bukit tunku menghala ke jalan hishamuddin, dekat JKR. Oh ya, aku sempat singgah di FMV corner, le sabuns corner, minum coke, makan buah anggur, untuk kembali refresh. 3km terkahir, aku banyak jalan daripada lari. Tak sanggup rasanya melawan kepanasan dan kesakitan. Aku jalan sahaja hingga persimpangan Sogo. Dari Sogo, kelihatan sudah ramai runners dan orang ramai tepi jalan memberi sokongan. Moral meningkat. Dengan terhincut-hincut, sekali-sekala spray kaki, aku teruskan larian dengan perlahan sekali menghampiri 300m ke garisan penamat.

Aura garisan penamat memang mengharukan, dikelilingi runners kiri-kanan, dengan melawan kesakitan, aku hi-5 runners yang tidak putus-putus memberi semangat, berlari dengan positifnya, cuba tersenyum untuk melintasi garisan penamat SCKLM. Akhirnya berjaya menamatkan my first SCKLM dengan masa 6:13. Terlepas sasaran, namun, tetap berasa gembira dan mengecapi kemanisan menamatkan larian di our capital, Kuala Lumpur.

Lepas tamat, segera dapatkan medal, goodies bag, buah-buahan, dan seterusnya ke buffet station Standard Chartered untuk segera makan. Cooling down, makan sikit-skit, kemudian bergambar kenangan dengan kawan-kawan yang masih setia menanti aku di garisan penamat, walaupun aku tiba agak lewat dan cuaca panas berbahang. Seterusnya puas bergambar, kembali berjalan ke hotel, dan turut memberi sokongan kepada runners yang masih berjuang menamatkan marathon ini.

Keseluruhannya, aku berasa amat puas (walaupun memang bukan timing yang baik) dengan pencapaian aku di SCKLM ini. Yang penting, berjaya melawan diri sendiri untuk menamatkan cabaran. SCKLM merupakan suatu marathon yang well-organised dari semua segi. Dan semestinya mengekalkan statusnya sebagai premier marathon di KL, walaupun ditangguhkan selama 3 bulan.

Untuk aku, selepas dikalungkan medal marathon ke-11 (dan ke-10 tahun ini), rasanya lebih banyak perkara perlu aku baiki untuk perbaiki masa, walaupun memang kadang-kadang menamatkan marathon untuk kegembiraan dan fun sahaja. Teringin untuk dapat PB di masa akan datang.

Hingga bertemu di SCKLM akan datang. Insha Allah, i will come back stronger next year.

till next race, bye.

#Run GFme Run.

#Photo credit to respective photogs Kelvin Tan, Honda Malaysia, Vivian Tay, Marlina, Tan Kien Boon dan beberapa yg lain.












Friday 27 September 2013

MCS Fun Run 2013

28 September 2013
Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya
Masa: 7:30 am
Jarak: 5km (5.64 GPS)





Tuesday 24 September 2013

Saturday 21 September 2013

NPC - Milo Media Fun Run 2013

Tempat: NPC House, Belakang Bank Rakyat HQ
Masa: 8.00 am
Jarak: 5km (4.85km GPS)

Tak ramai runners larian ini. Tapi tetap meriah dengan dalam 250oramg runners untuk semua kategori.

Dilepaskan dalam 8.00am, laluan membawa runners ke jalan parlimen - jalan mahameru - masuk ke jalan hishamuddin - jkr - masuk balik ke npc house dekat belakang bank rakyat.

Aku berlari dengan pace santai hari ini. Budak2 sekolah semua berdesup ke depan. Tiada water station sepanjang 5km.
Maka, bertabahlah berlari.

Menamatkan larian dengan nombor 14, masa 32minit. Agak perlahan.
Tapi tetap gembira. Lepas larian ada milo, nasi lemak, sandwich.
Kemudian ada sesi lucky draw.

T-7 SCKLM. Run Gme Run.








IMU Chariofare Run 2013

Tempat: IMU, Bukit Jalil
Masa: 6.15 am
Jarak: 10km

Pertama kali aku masuk dalam kampus IMU ini. Tiba sekitar 5.45 am, solat subuh, dan bersiap sedia untuk larian.

Kelihatan ramai runners untuk larian ini. Semua bersiap untuk SCKLM kot. Tak pun, bersiap untuk Reebok esok.

Kategori C (mens open 10km) agak ramai. Tiba2 dah terbayangkan larian amat kompetitif di laluan berbukit. Dilepaskan pada jam 6:15am, laluan larian adalah sama dengan Brooks Half haritu. Laluan masuk ke taman bukit jalil- masuk ke highway tepi msn- masuk ke kl - seremban highway - masuk simpang ke Irt sri petaling dan masuk ke IMU. Beberapa kawasan adalah berbukit.

Aku beberapa kali terpaksa buat walk break di WS1 kerana mengah, terikut dengan pace semua budak2 IMU dan runners lain yang semua cergas dan pantas. Hehe.

Menamatkan larian dalam 1:06. Berjaya baiki catatan masa 1:15 dibuat di Klang pasa Isnin haritu. Walaupun gagal dapat medal (limited 100), tetap gembira kerana dapat baiki masa dan mempersiapkan diri utk SCKLM.

Lepas tamat, ambil goody bag, sijil, tebus kupon untuk breakfast. Banyak gerai2 di Chariofare IMU ini, bagi mengumpul dana untuk kebajikan.

Tamat untuk harini.

Run Gme Run






Tuesday 17 September 2013

Larian Bandar Diraja Oren Sport 5A Run 2013

Tarikh: 16 September 2013 (hari Malaysia)
Masa: 6:30 pagi
Trmpat: Kompleks Sukan Pandamaran Klang
Jarak: 10km

Bagi mengisi cuti umum sempena Hari Malaysia 2013, aku dan rakan-rakan menyertai Larian Oren 5A ini. Bertempat di Klang. Teruja juga kerana baru pertama kali berlari di Klang.

Tiba di kompleks sukan Pandamaran dalam jam 6.00 am, join sesi pemanasan badan bersama ribuan runners yg sedia sampai lagi awal.

Tepat 6.30 di lepaskan, laluan membawa runners dari kompleks sukan ke bandar pandamaran (betul ke? Hehe), kemudian masuk kawasan perumahan, masuk ke jalan utama tepi taman bayu dan masuk semula ke kompleks sukan.

Ikut GPS, jarak lebih 10km (dalam 10.5km), aku tamat dalam 1:15. Memang santai habis. Seawal km2 aku dah kejap-kejap jalan, kerana kaki mcm sakit.

Laluan larian agak terkawal, walaupun ada ketika agak bahaya, kerana jalan di klang ini agak sesak juga. Water station agak jauh, rasanya dalam km5 baru ada kot. Mujur bawa air sendiri.

Seperti biasa lepas larian, jumpa kawan2, bergambar2, makan freebies, minum milo san tunggu lucky draw. Pergh hadiah2 lucky draw sungguh menarik sumbangan Samsung. Ada yg dpt lcd 40' dan Samsung nOte, S3. S4 juga.

Keseluruhannya, Larian ini best, flat route,  dan boleh datang berlari lagi di sini untuk santai2.

#run Gme run









Monday 16 September 2013

Live Great Run 2013

15 September 2013
Live Great Run 
Tempat: Matrade KL
Masa: 7:00 pagi
Jarak: 12km

Seperti tahun lepas, edisi ke-2 Live Great Run 2013 kembali mendapat sambutan.
Tiba awal pagi di Publika. Tahun ini ada shuttle bus ke Matrade.

Awal-awal pagi perkarangan Matrade sudah meriah. Suasana agak dingin, hujan malam tadi.  Lepas bersiap, bergambar dan masuk ke starting pen, race dilepaskan tepat jam 7.00 pagi. Laluan kali ini lebih berbukit, keluar dari Matrade menuju ke persimpangan hentian duta, masuk ke bukit tunku, seterusnya keluar di jalan hishamudin (betul ke? - route ini lebih kurang jalan LSD biasa bagi kebanyakan runners) - terus ke jalan kuching - masuk balik simpang hartamas dan pusing bangunan matrade. Adalah dalam 12km ++.

Seperti biasa aku berlari dengan pace santai. Berlari hingga ke water station pertama. Lepas itu, mula jalan sikit-sikit, mengah naik bukit. Di km5.5 ada obstacles, kat sini ada u-turn, maka boleh lah tengok runners di depan dan belakang kita. Tahun ini, runners ramai seperti biasa.

Sepanjang route, beberapa points dihiburkan dengan tarian ala zumba, dan tarian banghra juga. Sponge disediakan dalam km 10 kot.

Aku menamatkan larian dalam 1:24, memang perlahan. Ranked 599/2161. Not bad at all. Kena lebih banyak latihan untuk jarak 10-12km kerana aku terbawa-bawa pace marathon. Pastu race ini makin kompetitif dan runners makin laju. Hahah.

Lepas ambil medal, post race meals, dan sebagainya, aktiviti utama adalah bergambar2 bersama teman-teman.

Keseluruhannya, Live Great Run ini merupakan rece yang well organized by Great Eastern. Post race welfare dan hiburan juga best, siap ada sports massage.







Saturday 14 September 2013

Larian Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM 2013

14 September 2013 (Sabtu)
Tempat: Depan Istana Kehakiman (POJ), Putrajaya
Masa: 7:30 am
Jarak: 10km 

Sebagai mengisi masa di pagi Sabtu, aku join larian ini. Bermula di POJ, menghala ke PICC, masuk highway belakang presint 5, masuk balik susur ke presint 5, menghala ke presint 4, dan seterusnya ke presint 2 dan tamat di POJ. Route dia lebih kurang sama dengan route BSN PNM.

Kategori Mens Open adalah dalam 30 orang kot (dalam 50 orang untuk kesemua kategori Open). Berlari dengan pace santai, aku menamatkan 10km (GPS says it overdistance by 0.5km), dalam 1:11. Slow pace. Dapatlah medal yang limited kepada top 30 (aku dapat #20). 

Keseluruhannya, larian ini baik. Dianjurkan oleh UiTM, bagi menggalakkan pelajar-pelajarnya bersukan. Ada ramai mereka dari luar Klang Valley yang datang. Lepas larian, ada persembahan dari brassband UiTM untuk hiburkan runners.




Pancaragam UiTM membuat persembahan

Sunday 8 September 2013

Pacesetters Back 2 Basics 30KM Run

Pacesetter Back2Basics 30KM Run
8 September 2013 (Ahad)
Masa: 5.30 am - 11 am
Tempat: Mardi/Maeps Gate 2, Serdang
Jarak: Minimum 10km - 30km (atau lebih, tertakluk kepada 11.00 am)

Larian ini terbuka untuk runners sebagai persediaan SCKLM hujung bulan ini. Kiranya sebagai LSD, yang dibuat secara beramai-ramai. Tiada hadiah disediakan. Tapi bagi menghargai runners, medal penamat dan sarapan pagi (yang meriah dengan nasi lemak, tembikai, longan, taufufa disediakan.

Runner boleh pilih nak berlepas ikut masa masing2, dan paling awal adalah 5.30 am. Jarak 1 loop adalah 7km (terpaksa dipendekkan sebab keselamatan, terutmanya di sebahagian route yang terlibat dengan hujan lebat pada sehari sebelum). Apa-apa pun, runners tetap berlari, dan enjoy the route. 

Maeps ini mempunyai laluan berbukit yang cantik dan menyamankan. Kemudian, ada part yang lurus. Mixed combination. Memang sesuai untuk diadakan pelbagai race di dalam kawasan maeps ini.

Aku lepas 1 loop, berhenti untuk solat subuh. Kemudian sambung semula untuk loop kedua, ketiga dan keempat. Loop 3 dan 4, aku banyak berjalan santai sambil menikmati permandangan, sambil bergambar-gambar.

Oh ya, di aid station (km0/7), ada brassband yang menghiburkan runners. Wah, sungguh menarik.

In term of race organisation, Pacessetters did a very good job. Enough water at water stations, ambulance provided, and very supportive marshals. Post run hospitality is superb.

After 28km, i finished the run, collecting my finisher tee and a very nice medal. While waiting other runners to finish their run, i pampered myself with delicious nasi lemak, sweet watermelon, and camwhore session. Haha.

Dalam 10.30 am, beredar dari maeps. Menyedari cabaran 40km dalam tempoh 12jam, daku memerlukan rehat yang cukup untuk kembali fresh ketika bekerja pada hari Isnin. hehe.

what a great weekend.

#Run Gme Run.
Ps: photo credit to respective photog








Mens Health & Shape Night Run 2013


7 September 2013 (Sabtu)
8.00 malam
Istana Kehakiman (POJ), Putrajaya
Jarak: 12km

Seperti biasa larian ini mendapat liputan media dan publisiti meluas. Berdasarkan review daripada tahun lepas, race ini sold out bagaikan pisang panas. Diberitakan lebih 7,000 orang runners untuk semua kategori malam itu.

Kitaorang sampai di Putrajaya dalam 7.00 malam. Bertolak dari Bangi, lepas hujan lebat. Putrajaya pun baru lepas hujan.
Bersiap, dan solat magrib, kemudian bersedia ke starting pen. wah sudah penuh orang. Terpaksa zigzag mencari ruang dihadapan agaka dapat berlepas dengan baik. Jumpa muka familiar, ucap selamat antara satu sama lain.

Jam 8.00 malam, race dilepaskan. Nah, semua orang berlari speeding mode. Sesak. Terpaksa mencelah untuk mendapatkan ruang dan berlari dengan pace selesa. Hingga ke WS pertama, km3, aku berasakan aku berlari terlalu pantas untuk pace aku. Hasilnya sudah mengah lepas itu.

Dari PICC, menyusul keluar ke jalan highway yang super boring n panjang sebelum masuk semula ke persimpangan taman warisan -  jalan ke presint 2.

Cuaca sepanjang route adalah baik, dan kurang panas sangat. Maklumlah dah hujan sebelum itu, tapi masih rintik2 di beberapa ketika. Aku berlari dan berhenti di setiap WS, sambil2 itu, dengar macam2 celoteh runners yang lain, bergegas mengejar medal yang terhad kepada 1000. Memang aku merasakan race ini sangat kompetetif dan tersangatlah pantas. Aku selalu berlari pace santai, pace marathon dalam race 12km, tapi tidak malam ini. Kerana harus pantas untuk mengejar limited medal itu.

Memasuki persimpangan ke Wisma Putra, kelihatan KM marker menunjukkan ada 3km lagi. Maka, terpaksa berlari juga walaupun penat. Beberapa ketika terpaksa berjalan. 

Dan menuju ke persimpangan NRE - Presint 2 - garisan penamat, aku merasakan makin ramai runners yang berdekatan dan semua all-out. Maka, aku pun gigihlah berlari dan berlari. Melintasi garisan penamat dalam 1:18, dan diberikan kad #600. Terharu masih top 1000.

Lepas itu, beratur ambil medal, makan pisang, minum air, yogurt segala. Kemudian ambil goodies bag. 

Hujan mulai turun lepas itu. Maka, terpaksa cari tempat berteduh sementara menunggu runners yang lain sampai. Sambil2 tu, pusing gerai yang ada seperti Skechers, Persinkdol, Nandos dan sebagainya.

Lepas semua runners sampai, seperti biasa bergambar2 untuk kenangan serta sambung cerita pengalaman masing2. Walaupun ada rakan2 yang tidak top1000, tetap diucapkan tahniah kepada mereka kerana menghabiskan larian.
* keputusan: 598 / 2097
  1:17:42 , 1:16:28

Jumpa lagi di larian akan datang.

PS: Lepas ini kena lebih pantas dan banyak latihan untuk larian kompetetif bawah 15km seperti ini.


Medal untuk mens open, terhad kepada 1000 terawal

muka ceria lepas dapatkan limited medals

Beribu2 sudah di hadapan starting pen

Posing lepas lari

Posing wajib lepas lari

Hasil dalam goodies bag . Macam2, siap ada kondom meh!

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...