Sunday 29 September 2013

SCKLM 2013 - My First Our Own City Marathon

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM)
Tarikh : 29 September 2013
Masa : 4:30 am

Setelah ditangguhkan dari bulan Jun, akibat jerebu, akhirnya marathon premier di Kuala Lumpur datang. Segala persiapan latihan akan dilaksanakan pada hari ini. Pada aku, ini merupakan SCKLM pertama buat aku dan semestinya mengujakan (dan mendebarkan).

Pre-Race

Mengambil kira aura SCKLM dan kemeriahannya, aku dan geng menginap di Prescot Inn, Medan Tunku, 1.2km dari Dataran Merdeka. Oh ya, hotel-hotel sekitar Jalan TAR, Jalan Masjid India, dan mungkin Jln Petaling, dipenuhi runners pada weekend ini. 
Hasilnya, sana sini kelihatan runners di kawasan sekitar.

Pergi melihat kawasan Dataran Merdeka pada petang Sabtu untuk mengambil feel dan memvisualisasi kan keadaan pada race day. Pada petang ini, dah ramai runners juga datang bergambar2 dan melihat kawasan sekitar. Adalah penting untuk tahu di mana kawasan drop bag, toilet, surau dan sebagainya, supaya tidak kelam kabut di awal pagi Ahad.

Mempersiapkan diri dengan bekalan carbs, petang itu membeli makanan di pasar malam Jln TAR yang sentiasa penuh. Dah lama tak ke pasar malam ini. Tapaukan nasi kerabu. Seterusnya singgah di pizza hut, tapaukan pizza pula untuk bekalan makanan.

Lepas Isyak, terus tidur dan bersedia untuk bangun awal pagi Ahad.

Race Day

Jam 2.00 pagi dah bangun, rasa macam sekejap sahaja tidur. Mempersiapkan diri dan dalam 2:30 pagi berjalan kaki dari hotel ke Dataran Merdeka (DM)

Tiba di DM, kelihatan sudah ramai runners. Ada yang bergambar2, warm up, makan2, borak2, lepak2 dan sebagainya. Atmosfera di DM sungguh lively dan mengujakan.

Bertemu dengan beberapa runners dikenali, bertukar-tukar motivasi dan pengalaman. Seterusnya bergambar2. Lepas drop bag di kawasan baggage, aku dan geng terus masuk ke starting pen sekitar 4:10 pagi. Pergh, ramai juga runners FM. Penuh kawasan depan bangunan Sultan Abdul Samad ini.
Lepas masuk starting pen, adalah sesi warm up dari trainer bootcamp. Muzik bergema dan semua teruja, berdebar dan macam2 perasaan untuk SCKLM ini. 

Nah, tepat jam 4:30 pagi. Marathon bermula.

Strategi aku pada race kali ini adalah untuk bermula perlahan, mengikut pacer 5:30, tak pun akan cuba memastikan pacer 6:00 tidak melintasi, supaya dapat capai target time bawah 6:00 (paling max).

Laluan membawa runners meredah awal pagi di KL, dari DM terus ke KLSentral, dan masuk ke Brickfields, kemudian lalu Little India ke susur Federal Highway. Keadaan agak sesak di awal-awal race ini, semua runners mencari pace masing-masing. Lepas Water Station (WS)1 di KM4, baru aku dapat rasa selesa berlari dengan pace sendiri. Aku skip WS1, memandangkan aku lari bawak botol air. Kerana WS1 agak crowded.

Seterusnya berlari hingga ke susur depan Mid Valley, masuk jalan nak ke Cheras, dan aku berenti seketika di WS2 di KM6, masih dalam target time. Laluan seterusnya masuk ke susur jalan tepi airport lama. Berlari dan berlari hingga masuk susur ke jalan istana, kemudian masuk ke jalan DBP. Masa ini di KM12, tengok jam dah 1:33 aku berlari. Berhenti minum air, dan solat subuh di KM12 ini. Ada air mineral disediakan, guna air tu untuk berwuduk. Kelihatan juga kain pelekat untuk yang ingin mengunnakan. Lepas solat, agak lama aku berehat di situ. Kembali dapatkan mood untuk teruskan perjalanan. 
Nampak last pacer 5:30 meninggalkan aku ke hadapan.

Sambung berlari, kini belon pacer 6:00 lak aku ikut. 
Dari dbp, masuk ke susur jalan Loke Yew, pergh pagi2 ahad pun sudah banyak kenderaan. Laluan loke Yew ini agak bosan, lurus sahaja. Aku berlari, dan beberapa kali berjalan, kerana agak penat. Seterusnya sampai kat persimpangan voledrom cheras itu, laluan masuk ke jalan nak menghala ke pudu. Berhenti di setiap WS yang ada. Pada masa ini beberapa belon 6:00 dah jauh ke depan. Dan aku lihat ada satu je lagi belon 6:00 di belakang. Target aku adalah untuk follow pacer 6:00 yang terakhir ini, bagi memastikan capai hasrat bawah 6:00.

Dari jalan pudu, lalu masuk ke susur kampung pandan, ke jalan tun razak. Masuk jalan itu, seterusnya, masuk ke susur jalan ke Pavilion. Aku berlari memastikan supaya aku berada di hadapan pacer 6:00 ketika ini. Depan pavilion, km21, aku lintasi dalam 2:55, masih dalam target time.
Bergambar depan pavilion, dan terus berlari hingga ke susur jalan sultan ismail, kemudian masuk susur nak ke Menara KL, nampaklah menara itu kat depan. Ada cooling arch utk runners di laluan. Sejuk sikit badan bila lalu bawah ini.

Seterusnya masuk ke jalan sultan ismail balik, menghala ke KLCC. Berlari-berjalan sahaja strategi aku. Dari klcc, masuk ke jalan tun razak, masa ini cuaca makin panas, jalan makin sesak. Kadang-kadang tu terdengar hon sana-sini. Ah, malaysian drivers. Berlari menghala ke pekeliling, kemudian masuk ke jalan ipoh seterusnya ke sentul. Pegh, dalam km31, cramp pertama menyerang peha aku. Rasa sakit yang amat, minum ors, kemudian agak lega. Berlari-berjalan, berselang-seli dipotong oleh pacer 6:00. Memang mental sangat masa ini.

Bila laluan masuk ke jalan kuching, pergh rasa nak pitam sahaja panasnya. Kaki makin penat, aku dapatkan Salonpas dari medic, kerana bekalan ors dah habis, cepat hilang elektrolit dari badan, dan berselang-selang cramp menyerang. Dari jalan kuching, masuk susur ke hentian duta, seterusnya bukit tunku. Dalam km36 ada water spray station. Lega dapat cooling down. Mengetahui bahawa bukit tunku ini amat mencabar, setelah kaki penat, memang aku banyak jalan, dan serupa zombie dah. Masa ini, pacer 6:00 dah jauh ke depan meninggalkan aku. Dan, aku pun pasrah, hanya fikir untuk segera tamatkan segala kesakitan ini.

Dari bukit tunku menghala ke jalan hishamuddin, dekat JKR. Oh ya, aku sempat singgah di FMV corner, le sabuns corner, minum coke, makan buah anggur, untuk kembali refresh. 3km terkahir, aku banyak jalan daripada lari. Tak sanggup rasanya melawan kepanasan dan kesakitan. Aku jalan sahaja hingga persimpangan Sogo. Dari Sogo, kelihatan sudah ramai runners dan orang ramai tepi jalan memberi sokongan. Moral meningkat. Dengan terhincut-hincut, sekali-sekala spray kaki, aku teruskan larian dengan perlahan sekali menghampiri 300m ke garisan penamat.

Aura garisan penamat memang mengharukan, dikelilingi runners kiri-kanan, dengan melawan kesakitan, aku hi-5 runners yang tidak putus-putus memberi semangat, berlari dengan positifnya, cuba tersenyum untuk melintasi garisan penamat SCKLM. Akhirnya berjaya menamatkan my first SCKLM dengan masa 6:13. Terlepas sasaran, namun, tetap berasa gembira dan mengecapi kemanisan menamatkan larian di our capital, Kuala Lumpur.

Lepas tamat, segera dapatkan medal, goodies bag, buah-buahan, dan seterusnya ke buffet station Standard Chartered untuk segera makan. Cooling down, makan sikit-skit, kemudian bergambar kenangan dengan kawan-kawan yang masih setia menanti aku di garisan penamat, walaupun aku tiba agak lewat dan cuaca panas berbahang. Seterusnya puas bergambar, kembali berjalan ke hotel, dan turut memberi sokongan kepada runners yang masih berjuang menamatkan marathon ini.

Keseluruhannya, aku berasa amat puas (walaupun memang bukan timing yang baik) dengan pencapaian aku di SCKLM ini. Yang penting, berjaya melawan diri sendiri untuk menamatkan cabaran. SCKLM merupakan suatu marathon yang well-organised dari semua segi. Dan semestinya mengekalkan statusnya sebagai premier marathon di KL, walaupun ditangguhkan selama 3 bulan.

Untuk aku, selepas dikalungkan medal marathon ke-11 (dan ke-10 tahun ini), rasanya lebih banyak perkara perlu aku baiki untuk perbaiki masa, walaupun memang kadang-kadang menamatkan marathon untuk kegembiraan dan fun sahaja. Teringin untuk dapat PB di masa akan datang.

Hingga bertemu di SCKLM akan datang. Insha Allah, i will come back stronger next year.

till next race, bye.

#Run GFme Run.

#Photo credit to respective photogs Kelvin Tan, Honda Malaysia, Vivian Tay, Marlina, Tan Kien Boon dan beberapa yg lain.












No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...