Sunday, 28 September 2014

T-12 SCKLM 2014

Kurang 2 minggu untuk acara larian utama Kuala Lumpur iaitu Standard Chartered KL Marathon 2014.

Semoga semua persediaan dan latihan berjalan lancar.

Harapan saya untuk tahun ini adalah memperbaiki catatan masa tahun lepas, tanpa hilang keseronokan larian.

XOXO


Menuju garisan penamat SCKLM 2013

Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014

27 September 2014
Dataran Batu Burok
Kuala Terengganu 


1. Ini merupakan acara ke-2 saya sertai untuk bulan September 2014. Rasa macam sudah lama tidak join event. Hehe.

Pre-Race

2. Bertolak ke Kuala Terengganu pada petang Jumaat. Trip ke LJSM tahun ini merangkap "balik kampung".

3. Bertemu Maggie dan beberapa runners dalam penerbangan sama. Di sambut Pali dan Nadia di Airport. Segera ke REPC di Dataran Batu Burok. Urusan ambil bib mudah, dan cepat memandangkan pada petang agak kurang orang. Bertemu lebih ramai pelari di situ.

4. Seterusnya edisi JJCM ke Teluk Ketapang, makan makanan laut celup tepung, dan singgah juga di Jus Air Buah Gelas Besar. Malam, rehat seadanya di hotel.

5. Awal pagi sabtu, segera menapak bersama Ridwan ke garisan permulaan. 

Race 

6. 21KM dilepaskan pada 6;45 pagi. Panas sudah. Laluan seperti biasa membawa pelari merentasi KT dan menuju ke Jambatan Sultan Mahmud hingga ke bulatan batu 6, dan berpatah semla.

7. Prestasi saya: berlari hingga km15, seterusnya berjalan-berlari2 anak selepas itu memandangkan laluan mulai sesak selepas bergabung dengan kategori 10km. Tamat dengan 2:14, agak baik dari 2012 (2:18).

8. Pro: (I) yuran murah untuk anak Terengganu dan pemastautin, (ii) ramai runners dari KL turun - seronok dapat jumpa rakan-rakan (iii) baju dan medal agak ok (iv) ramai runners menambahkan kemeriahan LJSM

9. Kon: (i) tiada water station atas jambatan, dan hanyalah stesen sponge di km 4 (kot) agak suspen sgt tiba2 ada sponge seawal km itu (ii) jarak masuk dalam lingkungan 20.4km, sama macam 2012 (dan thn lepas juga) (iii) sesak di garisan penamat (iv) trafik yg agak scary, tiada kon (5) apa lagi ek?

10. Keseluruhannya, saya menikmati larian riang 21km saya di terengganu hari ini.

Post Race 

11. Makan, dan makan lagi di Batu Rakit, Kuala Terengganu, dan bersiar-siar di Kampung Cina.

12. Terima kasih atas hospitaliti, terutamanya Nadia, Pali, Zarul etc. Seronok bersama rakan-rakan hari ini.

13. What's next? - balik kampung ke Kuala Berang. Yeay

gambar2 di:

Tuesday, 9 September 2014

Keep On Running

Pantas masa berlalu.
Moga terus dapat/beri inspirasi untuk berlari.
:)
85 and counting .. *pic credit: Ayang Ati 

Sunday, 7 September 2014

River Jungle Marathon : The Supporter Edition

Ahad

7 September 2014

Hulu Langat


Selepas TM Fan Run di Dataran Merdeka, saya hadir ke River Jungle Marathon, memberikan sokongan kepada rakan-rakan FM/FMV di samping bersua, bercerita dengan yang lama sudah tidak berjumpa.

Seronok melihat kegigihan, kecekalan rakan-rakan menamatkan 42.195km, terutamanya bagi yang kali pertama. Marathon sememangnya memberi inspirasi.

Tahniah buat jutaan kalinya buat semua di RJM semalam.

p/s: peringatan buat diri sendiri- pastikan kamera penuh bateri hadir ke acara marathon kerana setiap detik adalah bermakna. Credit kepada Ayang Ati dan rakan-rakan atas photo-photo berkaitan. Kerna larian harus dinikmati bersama.

XOXO



Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda 

Riang ria bergambar lepas berlari katanya. Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda 


Team Malaysia Fan Run 2014

7 September 2014 | Dataran Merdeka
15km | 10km | 5km
( turut diadakan serentak adalah larian Fit Malaysia) 

1. Saya memilih untuk berlari pada jarak 5km di TM Fan Run kali ini. Larian riang ria tanpa tekanan, dan semestinya keseronokan sepanjang jalan.

2. Kategori 15km dilepaskan pada jam 7 pagi. 10 km pada 7:15 pagi dan 5km dilepas pada jam 7:30 pagi. YB Menteri Belia dan Sukan melepaskan larian.

3. Laluan 5 km membawa pelari ke jalan tanglin, bukit aman, masuk persekitaran luar taman burung, taman orkid, melintasi tepi taman botani perdana, masuk ke jalan parlimen, lalu tepi padang merbok dan seterusnya ke dataran merdeka.

4. Beberapa tempat diserikan persembahan muzik dan sokongan cheer leaders. Di depan taman orkid disediakan prop team Malaysia untuk pelari berselfie/bergambar seadanya.

5. Larian saya diselang seli dengan berselfie, bergambar2 serta borak-borak dengan kenalan baru/lama sepanjang laluan. Seronok melihat pelari menikmati larian seadanya.

6. Tamat cabaran di dataran merdeka, pelari berjalan agak jauh ke belakang pentas utama untuk mendapatkan snack dan medal. 

7. Di padang dataran merdeka terdapat banyak khemah aktiviti sempena program Fit Malaysia yg dilancarkan pada hari ini.aktiviti Zumba, Body Combat dan sebagainya disediakan untuk pelari/umum menikmati aktiviti sihat di pagi ahad.

8. Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini adalah baik dan meriah. Medal berbeza dengan 2 tahun yg lalu (namun masih tiada jarak dicatatkan), jersey Team Malaysia juga cantik.

9. Seperti biasa aktivit diakhiri dengan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari dan semestinya bergambar2.

10. Sebagai rekod, TM Fan Run 2012 merupakan larian pertama saya ketika mula-mula kembali ke bidang larian. Hujan pada masa itu. Dan tetap seronok. Hari ini, di acara yang sama, di tempat yang sama, saya berjaya menamatkan acara ke-85 sepanjang menyertai larian. Pantas masa berlalu. Moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada lebih ramai rakan2 untuk menikmati larian/aktiviti sihat seumpamanya.

XOXO








Gambar2 di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152429661653822.1073741894.530093821&type=3

SCKLM 2014 : Pre-Race dan Media Tour

Saturday, 6 September 2014

1. Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa penganjur SCKLM telah mengumumkan laluan baharu untuk SCKLM 2014 yang akan bermula/tamat di Dataran Merdeka dan akan melalui Duta-Ulu Klang Highway (DUKE) dan Ampang Elevated Highway (AKLEH). Justeru, hari ini menganjur telah menjemput media untuk merasai laluan 42.195km, dan di samping itu “trial run” juga diadakan. Seramai 8 orang pelari berjaya menamatkan jarak marathon tesebut pada hari ini. Tahniah pada mereka.

2. Sesi pagi ini dimulakan dengan pre-race, dan seterusnya sarapan pagi bersama media, penganjur, dan pelari-pelari. Seterusnya sesi temuramah pengalaman pelari-pelari yang menamatkan larian.

3. Media tour bermula di Dataran Merdeka, menaiki bas KL-hop-on-hop-off (saya pertama kali naik bas ini, hehe) dan diringi oleh pasukan PDRM.

4. Laluan 9km pertama adalah di pusat Bandar, meliputi Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang sehingga ke Jalan Jelatek. Sepanjang laluan ini, pelari akan melintasi mercu-mercu utama kotaraya KL seperti KLCC.

5. Seterusnya, dari susur tepi Balai Bomba Jelatek, pelari akan sedikit mendaki untuk mula masuk ke AKLEH. Sepanjang km 10 hingga km13, dan u-turn menempuh km 14 hingga ke 16, permandangan adalah amat menarik, di mana KL Skyline dapat dilihat. Amat sesuai untuk berhenti seketika bagi mengambil gambar mahupun selfie (mungkin agak gelap suasana pada masa itu).Laluan menuju ke km19, masuk ke MRR2, dan hingga ke km21, mulai memasuki DUKE. Seperti di awal AKLEH tadi, laluan susur masuk ke DUKE ini juga agak mendaki sedikit.

6. KM21 hingga ke 31 atas DUKE, agak mendatar dan beberapa tempat beralun. Dari km 31 ke 33, Jalan Kuching, ini adalah laluan bagi edisi terdahulu SCKLM. KM33 ke km38 meliputi langgak tunku, jalan tun ismail, bank Negara, padang merbok, dan masuk ke jalan parlimen merupakan laluan kebiasaan bagi lain-lain acara larian di sekitar KL. Laluan berbukit ini, pastinya member cabaran kepada pelari, mentaalah lagi kaki mungkin mulai penat selepas km33.

7. KM39 di jalan damansara menghala ke KL sentral mendatar. Dari situ melintasi muzium Negara ke km41, melalui bangunan KTM dan seterusnya membayangkan sorakan padu serta sokongan semua ke Daya Bumi/ Pejabat Pos Besar, dan menuju ke garisan penamat di Dataran Merdeka.

8. Tinggal 35 hari lagi, festival larian premier di Kuala Lumpur akan berlangsung. Lebih 35,000 pelari akan membanjiri KL bagi kategori masing-masing. Dan untuk kategori FM dianggarkan lebih 5,000 pelari. Wow, meriah. Bagi memastikan kelancaran, serta keselamatan penganjuran SCKLM, penganjur telah
- membuat engagaement 400 polis trafik dan penguatkuasa DBKL dalam mengawal lalulintas dsbnya
- 350 toilets, kemudahan surau, 28 water station
- 450 medik
- 350 pegawai perlumbaan
- Dan kemudahan awam seawal 3 pagi.

9. Untuk gambaran spot di beberapa km terpilih, ianya seperti di –caption dalam album ini. Untuk rajah penuh bagi kategori2, serta maklumat mengenai SCKLM anda boleh melayari lama fb SCKLM mahupun laman sesawang mereka.

10. Terima kasih penganjur, rakan-rakan pelari dan semua, dalam memberi peluang untuk saya menikmati 42.195km media tour hari ini. Dalam tempoh berbaki sekitar 35hari, sama-sama lah semua untuk berlatih dengan smart, dan seterusnya dapat menikmati SCKLM seadanya.
Kerana larian harus dinikmati bersama.

XOXO.

Gambar2 di:

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...