Sunday 29 June 2014

Salam Ramadan 1435H

Selamat menyambut Ramadan 1435H.
Selamat berpuasa.
:)






Saturday Fun Run Walk 26KM

28 June 2014
Padang Merbok, KL

1. Objektif aktiviti saya pagi ini adalah mendapatkan sekurang-kurangnya jarak 21km, bagi menghargai running vest Educity Sundown Malaysia, yg saya DNS pada minggu lepas. Selain itu, mengisi rutin larian pagi sabtu, dan semestinya beramah mesra dengan rakan-rakan larian.

2. Bermula agak lewat dengan rakan-rakan lain. Laluan dimulakan dgn 2xU/NM route, padang merbok - bank negara -bukit tunku - mayor residence - padang merbok - loops lake garden - taman burung - tanggathon planeterium negara - muzium polis - muzium kesenian islam - tugu negara - istana selangor - sambung loops padang merbok - bank negara - bukit aman. Tamat 26km lari/jalan ala pelancong, singggah dari satu tarikan ke tarikan yg lain.

3. Cuaca agak berjerebu, di mana beberapa spot menarik amatlah tidak nampak mercu utama KL untuk bergambar. Yang pasti, perasaan seperti pelancong gitu sepanjang laluan. Tarikan-tarikan utama KL harus diterokai.

4. Tamat fasa 1, di km 12, bergambar dengan runners yg ada, saya bersama aizat meneruskan perjalanan ke Lake Garden. Siap bersarapan. Nah, bila kenyang maka malas nak berlari, terpaksa fast walk dengan banyaknya dalam loops Lake Garden. Seterusnya, perjuangan diteruskan dengan run-walk-walk-walk-run-walk seperti lokasi di perengga 2 di atas.

5. Seronok, kerana tak perlu risau pasal WS kerana sekitar Lake Garden, ada gerai-gerai untuk mencari air.

6. Kerna larian harus dinikmati bersama, saya merasakan edisi pagi ini sangat best. Gembira dapat jumpa ramai running kakis. Berjaya dapatkan 26km pagi ini. Mungkin di masa akan datang saya akan buat LSD 42KM dengan gabungan loops yang sedia ada di sekitar laluan ini.




Album fb di sini: 

Half Year Review: January - June 2014

Januari – Jun 2014


19 events disertai dalam dan luar negara, jarak 4.2km hinggalah 42.195km. Selain itu, terdapat 2DNS (Tokyo dan Sundown JB). 6 bulan pertama 2014, hampir sama dengan 6 bulan pertama 2013 (21 events).

6 FM
4 HM
9 lain-lain jarak seperti 4.2km, 10km, 12km, climbathon, towerthon dsbnya.

Berkesempatan jadi sukarelawan untuk 1 event, dan berharap dpt berpeluang lagi di masa akan datang.

Yang pasti larian syok sendiri latihan agak meningkat berbanding thn lepas. 6 bulan pertama yang seronok, bertemu dengan ramai rakan yang semuanya awesome. Berjuta kenangan, bersulam keseronokan runcation dalam dan luar negara.


Berdasarkan pengalam an peribadi, di mana setiap event ada makna dan objektif tersendiri, dan ianya subjektif kepada setiap individu lain.


Gme’s Choice untuk 6 bulan ini adalah seperti berikut:
Acara Pilihan:
King of Bukit Larut, Taiping : hospitaliti terbaik, race course yg cantik dan bukit mencabar, bilangan peserta yang tidak terlalu sesak.


Larian Amal Pilihan: Autism Run


Marathon Pilihan:


1. Rotterdam Marathon : tidak terlalu sesak seperti di Paris (sekadar perbandingan, tapi Paris berada di kelas tersendiri – perbandingan ini dibuat berdasarkan pengalaman saya di Paris 2013, IAAF Gold Label Event, support system yang mencukupi dan lengkap.


2. Hatyai; pre- and post marathon yang meriah, sesuai destinasi makanthon sebelum/selepas berlari, walaupun race course agak bosan, keperluan utama runners seperti WS semua lengkap.

3. Borneo; satu lagi destinasi makanthon yang best, race course menarik, Cuma tahun ini seperti juga tahun lepas beberapa WS tidak cukup/tiada air. Namun, Borneo menjadi pilihan kerana pertama kali saya berjaya menjadi pacer untuk rakan larian menamatkan marathon buat kali pertama.


Penambahbaikan Pilihan:


NM Galaxy Road Run Series 2 ; Berjaya meningkatkan kualiti penganjuran berbanding dengan series 1


Acara Perlu Penambahbaikan (Merangkap Acara Bukan Pilihan)


1. Melaka River International Marathon; event ini sangatlah “Taiping International Marathon” 2012 – mujur dia tak bagi air POP je sebagai ganti WS xde air. Komen lain rasanya sama seperti komen-komen yang ada dif b page mereka (tu pun kalau mereka tak delete mcm lagi satu event yg juga bukan pilihan)
2. Kuantan HM – event ini mmg sangat “epic” teringat komen-komen runners yg beri cadangan di ‘delete di page tersebut. Memang race course dia menarik, namun, seawall WS pertama dah tak de air, trafik control teruk dbsnya. Komen-komen lain boleh rujuk dif b event ni, tupun kalau dia x delete abis.


Acara Trail Pilihan: Maeps Mardi Trail Running 2014, satu-satunya event trail saya 6 bulan ini.


Acara Climbathon Pilihan.


1. Gunung Datuk Challenge; pertama kali mendaki gunung datuk
2. Climb For Green, Penang Hill; pertama kali daki bukit bendera Penang.

Walau apapun, outcome daripada setiap event, keseronokan larian adalah saat kebersamaan dengan rakan-rakan. Kerana larian harus dinikmati bersama.

Menginjak ke separuh tahun ke-2, saya harap moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada rakan-rakan lain untuk terus memeriahkan dunia larian. Impian terus menyala untuk mencuba "beyond 42.195km" buat kali pertama. Moga diberikan nikmat kelapangan dan kesihatan.


XOXO


Kelihatan di situ medal KL Towerthon sangat besar dan solid.

Tuesday 24 June 2014

MAEPS-MARDI Trail Run 2014

22 Jun 2014
Laman Tiba 2, MAEPS, Serdang
18km/12km/6km

7 pagi

1. Ini adalah acara penutup tirai buat saya (dan kebanyakan pelari yang lain) sebelum Ramadan. Tampil ke garisan permulaan larian hari ini dengan harapan untuk fun run/walk di samping menikmat trail yang disediakan penganjur. Semestinya juga adalah untuk berjumpa dan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari yang ada. Cuaca pada pagi ini amatlah kondusif untuk berlari.

2. Dilepaskan agak lewat dari jadual asal, kategori 18km dilepaskan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan 12km, dan 6km. Berdasarkan pengamatan saya, bilangan peserta tahun ini lebih besar daripada tahun lepas. Maka, trail akan jadi lebih meriah, dan harus terdapatnya bottleneck di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman saya di edisi 2013, saya kembali semula ke acara ini tahun ini dengan harapan yang sama.

3. Laluan awal seperti juga tahun lepas, melalui kebun durian, kemudian bukit dan seterusnya melalui hutan. Laluan di hutan agak terhad ruang pergerakan, maka, terpaksa Q dan beri laluan untuk “fast runners” melintasi. Dari hutan, masuk ke trail lading kelapa sawit, mendaki, dan bahagian yang dinantikan adalah saat menuruni bukit. Dari ladang kelapa sawit, laluan mendaki tangga ke kebun pokok jambu batu, seterusnya menuruni bukit, ke laluan tanah merah, batu kerikil dan seterusnya ke bukit tepi ladang betik. 

4. Memang panorama sekitar trail dalam Mardi-Maeps ini mengujakan. Seterusnya, masuk ke laluan trail berumput di bawah pokok getah. Keluar dari trail, masuk ke jalan raya, dan melintas kolam MAEPS yg juga tidak kurang meriahnya kerana ada pertandingan pra-MAHA memancing. Melintasi beberapa pavilion negeri-negeri dalam MAEPS laluan membawa ke tepi ladang kuda, dan menara tinjau MAEPS, seterusnya berlari turun ke tepi laman Nenas, dan ke garisan penamat di laman tiba 2, maeps.

5. Keseluruhannya, laluan trail larian adalah best, water station yang mencukupi. Penganjuran yg amat baik oleh penganjur. Saya tamat sebelum 3 jam. Sepanjang 18km diisi dengan berlari, berjalan, bertemu rakan-rakan, selfie, berkongsi cerita, member motivasi kepada rakan-rakan lain dan sebagainya. Sempat saya bergambar dengan kuda di ladang kuda. Haha.

6. Post race secara umumnya baik, taufu fa sangat sedap, pisang, tembikai, air, dan roti/pastri yang enak. Cuma, laluan lepas arca garisan penamat agak berserabut, di mana pelari yang tamat terpaksa menempuh laluan barisan untuk mendapatkan makanan. Di samping itu, typo pada medal juga agak menjanggalkan namun medal tersebut cantik, suka bentuk daun itu. Harap penganjuran larian ini tahun 2015 lebih meriah, dan semestinya saya akan kembali.

7. Edisi lepas larian seperti biasa, mengucapkan balasan ucapan tahniah bersama rakan-rakan pelari yang lain. Kerna larian harus dinakmati bersama, post race diisi dengan bertukar-tukar cerita, berkenalan dengan rakan-rakan baru. Keseronokan larian adalah saat kebersamaan dengan rakan-rakan.

8. Tahniah kepada rakan-rakan walau apa jua timing, kategori anda dan sebagainya. Kesempatan ini juga disertakan ucapan tahniah kepada rakan-rakan yg menamatkan cabaran di Sundown JB malam tadi, serta trail marathon di Singapura pada hari ini.

9. Moga bertemu di larian akan datang. Gme Marathon Challenge akan kembali selepas Aidilfitri nanti.




Lebih gambar di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152267453093822.1073741880.530093821&type=3


Untuk laporan 2013, di sini:
http://coretangme.blogspot.com/2013/06/maeps-mardi-train-explorer-run-12km.html



Sunday 15 June 2014

Blood Donors Fun Run 2014 - The Supporter Edition

14 Jun 2014
Sabtu
Stadium Nasional Bukit Jalil
7:00 pagi
5.5km

Larian ini dianjurkan oleh Sedarah Malaysia sempena sambutan hari derma darah peringkat kebangsaan.

Kira-kira 1,000 lebih orang pelari menyertai larian ini. Dilepaskan pada jam 7:00 pagi. Namun, terdapat kekeliruan di mana sepatutnya peserta dilepaskan mengkut peringkat dan ia dilepaskan sekali harung semua.

Saya datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menyertai larian ini.
Peserta diberikan sijil, medal, dan normal hospitaliti selepas larian seperti 100 plus, susu dan roti. Hadiah-hadiah cabutan bertuah juga menarik, seperti basikal dan voucher-voucher.

Seterusnya, sesi bergambar bersama rakan-rakan. Kemudian saya akhiri sesi dengan menderma darah. Seronok tgk ramai runners menderma darah selepas larian.
Photo by: Zarina Jamil

Photo by : Nor Mah

Lebih gambar di:


https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152249492898822.1073741879.530093821&type=3

Sunday 8 June 2014

Gme Marathon Challenge 2014

Gme Marathon Challenge 2014
May - June Episodes : DONE
3 marathons in 3 weekends

# 18 -Hatyai : 25 May
# 19-Sundown : 31 May/1 June
# 20 -Melaka : 8 June.
Thailand - Singapore - Malaysia.
What a journey and experience. Meeting many amazing friends along the way.
Thanks every 1.
Till we meet again in the next episodes.
20 marathons, 2 years of running and counting.

XOXO
Gme

Melaka River International Marathon 2014

Melaka River International Marathon 2014 (MRIM)
8 Jun 2014
Dataran Pahlawan, Melaka
4:20 am

[1] Datang ke Melaka pada hari Sabtu dengan menaiki bas dari TBS bersama Maggie. Tiba petang di Melaka selepas 4jam perjalanan. Jalan sesak. Cuti sekolah dan kelepasan am juga.

[2] Segera ambil bib di Dataran Pahlawan Megamall, bertemu dengan rakan-rakan runners yang lain. Sebelah petang dan malam diisi dengan makan-makan dan jalan-jalan sekitar Jonker Street.

Race Day

[3] Bergerak dari hostel sekitar jam 3:15 am. Seperti biasa, sebelum race, bergambar-gambar dengan rakan-rakan runners. Bertukar-tukar ucapan dan sebagainya.

[4] MRIM merupakan marathon ke-20 saya dan ke-3 dalam tempoh 3 hujung minggu berturutan. Sasaran kali ini adalah tamat dalam cut-off. Dilepaskan agak lewat dari jadual asal 4:00 am, laluan membawa runners ke sekitar kawasan tepi sungai Melaka, kampung Morten, Jonker Street, dapatlah merasa menikmati kawasan bersejarah Melaka di awal pagi. 

[5] Seterusnya, menyusul ke Pantai Eyes of Malaysia, terus menghala ke Jalan ke pantai Klebang, masuk ke jalan Alor Gajah, dan seterusnya ke Bandar Hilir untuk menamatkan cabaran di Dataran Pahlawan.

[6] Seperti biasa, saya menjadi kelompok yg ngam-ngam kejar cut off. Terdapat beberapa water station tiada air. Namun, saya sudah bersedia awal. Singgah di kedai beli Coke sejuk. WS di MRIM ini memberikan air dalam botol kepada runners, hmm agak membazir kerana banyak air yg tak habis dalam botol.

[7] Laluan MRIM banyak melintasi simpang-simpang utama, dan kebanyakan dikawal baik trafik oleh Polis. Selain cuaca panas, dugaan cabaran MRIM ini adalah anda perlu peka memerhatikan anak panah berwarna merah. 5km terakhir saya bersama beberapa runners lain ala-ala masuk treasure hunt, kerana tiada marshal kawal laluan trafik di jalanan menghala ke dataran pahlawan. Beberapa kali di hon kenderaan yang lalu-lalang. Jenuh menghabiskan 2km terakhir yang ‘sesat’. 

[8] Saya menamatkan cabaran sekitar 6:15, dan segera dapatkan runners entitlement. Panas. Bergambar dengan beberapa rakan yang masih ada di khemah atlet, bertukar ucapan tahniah dan bergambar-gambar. Keseluruhannya, MRIM boleh ditambahbaik di masa akan datang.

[9] Tahniah kepada semua rakan runners, waima apa jua jarak anda. Ucapan tahniah berganda juga kepada beberapa rakan yang FMV di MRIM yang menduga ini. Dan, keseronokan utama join event larian adalah dapat berjumpa rakan-rakan larian dan berkongsi pengalaman masing-masing.

[10] Buat saya, ulang tahun ke-2 berlari diraikan dengan menyempurnakan Marathon ke-20 di Melaka. Seronok. Gembira. What a journey from my very first marathon at PBIM 2012. Moga terus dapat ber FM di masa akan datang. Kerana larian harus dinikmati bersama. Moga terus mendapat inspirasi dan memberi inspirasi untuk terus memeriahkan dunia larian di Malaysia.

XOXO
Gme

Lebih gambar di:


Monday 2 June 2014

Sundown Marathon Singapore

31 Mei 2014
FM : 11:30 pm
HM : 12:30 am (1/6)
10km : 10:30 pm

(1) Berlepas dari KLIA2 awal pagi Sabtu. Bertemu dengan group di Zam-Zam Restaurant, pada petang Sabtu. Seperti biasa, sesi berkenalan dan ramah mesra dengan rakan-rakan runners, terutamanya yang hanya bertemu di fb sebelum ini. Sesi diteruskan dengan makan-makan. Kemudian, semua ke hostel penginapan masing-masing. Rehat (dan facebooking, coz ada wifi) hingga 6 petang.

(2) Jam 6:15 pm, ambil bib. Kemudian, bersiar-siar sekitar Race Village di F1 Pit Building SG. Aktiviti wajib adalah bergambar sampai penat. Hehe. Cuaca agak panas. Puas bergambar dan beramah mesra dengan mana-mana runners yang familiar, semua balik semula ke hostel untuk rehat lagi beberapa jam dan mempersiapkan diri untuk cabaran masing-masing lewat malam nanti.

(3) Sekitar 10:15 malam, kembali ke F1 Pit Building, untuk memulakan cabaran masing-masing. Bertemu dengan runners Malaysia yang lain. Bergambar-gambar dan ucapan selamat berjaya kepada masing-masing.

(4) Memasuki corral permulaan. Jam 11:30 malam, first wave dilepaskan. Sekitar 10 minit kemudian second wave dilepaskan. Saya di second wave. Untuk FM, kelihatan memang ramai beribu-ribu runners.

(5) Berlari dengan pace santai untuk 5km pertama. Jumpa Azim di km-3. Kemudian di km 7, saya lihat ramai runners short cut corner, hehe. Laluan sempit.

(6) Bertemu dengan Mohan di km8, seperti biasa beliau sentiasa memberi semangat kepada runners yg lain. Selfie. Ucapan selamat dan saya meneruskan cabaran.

(7) KM 7-8 hingga ke Marina Bay garden, seperti tahun lepas, keadaan agak gelap. Laluan ditandakan dengan lighting sticks, dan bebola lampu. Namun, saya merasakan ia masih gelap. Dari situ, lalu kawasan pembinaan dan seterusnya tepi padang golf menghala ke ECP (East Coast Park). Mula memasuki ECP di KM12, sudah kelihatan ramai runners bergerak perlahan di laluan sempit.

(8) Mood berlari saya agak pudar di ECP ini, tambahan pula mata rasa mengantuk. Berlari hingga ke km-18, dan saya berhenti di atas kerusi tepi laut bertemankan angin sepoi-sepoi. Saya tidur. Ye, saya set alarm 15 minit. Dan juga kelihatan beberapa runners lain pun berehat atau pun tidur. Hehe you're not alone. Temanya.

(9) Hujan yang turun, menyejukkan badan. Sesedar dari tidur saya rasa segar dan mood berlari untuk tamatkan larian kembali datang. Hingga ke km 22 sebelum u-turn, saya bertemu dengan Meek Soon. Dan kami ber selfie, dan meneruskan cabaran hingga ke u-turn. Kelihatan Ruud, Suhirman dan Safwan semua sudah u-turn.

(10) Lepas u-turn, meneruskan sebagian lagi cabaran di ECP. Saya berhenti hilangkan lelah di setiap WS lepas itu. Laluan di ECP keluar sekitar km 33, nah, ini bermakna hampir 21km lebih marathon ini adalah dalam ECP. Dan route nya adalah lebih kurang 2XU, mahupun StandChart SG.

(11) Berlari dan kadang-kadang fast walk hingga ke 5km terakhir. Hantar SMS kepada Ruud n geng, maklumkan yg saya masih ada lagi 5km. Bersiap untuk berlari sepenuh hati dan finish strong.

(12) Seperti tahun lepas 3 km terakhir adalah sekitar Marina Bay Sands, laluan tepi shopping complex. Meriah. Berlari hingga ke garisan penamat, dan seperti biasa memberikan senyuman kepada setiap kamera yang ada.

(13) Tiba di garisan penamat sekitar 6:54 gun time. Sangat gembira kerana berjaya tamatkan dengan decent timing. Tambahan pula rasanya 21km pertama adalah sekita 3:45 (hehe termasuk tidur time), dan 21km kedua dalam 3:00. Yang penting tamat dan berjaya menikmati larian.

(14) Segera ambil 42km runners' entitlements. Seterusnya, berjumpa dengan Ruud, Suhirman dan Juju yang sedia menanti di garisan penamat. Terima kasih kepada semua. Tahniah juga pada dorm mates Safwan yg dah tamat awal. Tahniah kepada Cruz, Tnee, Lisa, dan Hafeez. Dan tahniah kepada semua yang menamatkan cabaran masing-masing walau apa juga jarak dan masa sekalipun.

(15) Post race dimulakan dengan cooling down, minum segala macam air yg disediakan. Makan pisang. Bergambar-gambar. Ucapan tahniah saling bertukar. Kemudian, segera pulang ke hostel. Persiapkan diri. Check out. Dan brunch di Zam-zam sebelum semua berlepas pulang ke Malaysia. Seronok berkongsi pengalaman larian masing-masing kerana larian harus dinikmati bersama.

(16) Tamat marathon saya ke-19, ke-2 dalam cabaran Gme Marathon Challenge 3 in 3. Keseluruhannya, Sundown Marathon SG makin besar every year, dan bersedia untuk berlari di beberapa ruangan sempit untuk ribuan runners, WS yang mencukupi, cuma beberapa laluan agak gelap.

XOXO


Lebih gambar di:

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...