Friday 30 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-56

31 Ogos 

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56.

Moga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

Pagi ini sempat ke Dataran Merdeka, menyaksikan perarakan. Seperti biasa, teruja dan bersemangat.

#iLoveMalaysia


Monday 26 August 2013

Post Marathon Blues / Tapering

Seperti biasa lepas marathon, aku akan rasa depress, kerana rasa tiba2 hilang hormon kegembiraan selepas tamat marathon.  Hehe.

Setelah 2 bulan tak buat back to back marathon sundays, minggu ini akan kembali. Hmm, seperti biasa tapering seminggu je.

Borneo International Marathon leading to River Jungle Marathon, i will cherish every  moment at every kms. 

Hehe.

#Run Gme Run.


Borneo International Marathon 2013

Borneo International Marathon (BIM)
25 Ogos 2013 
Ahad
3.00 pagi
Stadium Likas

Setelah ditangguhkan dari 5 Mei 2013, akhirnya BIM bersedia untuk dilaksanakan pada hujung minggu 24/25 Ogos.

Pre Race:

Tiba di Kota Kinabalu awal pagi Sabtu, 24 Ogos 2013. Check-in di A&J Budget Hotel, berdekatan dengan Pasar Filipina.

Ambil bib di Suria Sabah, sambil buat tempahan pengangkutan pergi-balik ke Stadium Likas. Bertemu dengan ramai usual suspects, runners dari semenanjung. Belek-belek race course map, pusing gerai gels, kasut, 2xU, dan mandatory photo call.

Petang, teman @kissfeez dan @aizatyn ambil bib mereka. Lepas tu kitaorang pergi   Carboloading kat Upperstar, restoran yang menarik dalam Suria Sabah ni. Suka ambiance kt sini.

Malam, carboloading lagi kat gerai seafood tepi pasar basah KK. Harga berpatutan dan seafood yg segar. @msaie join kitaorang malam ni.

Lepas tu, semua balik rehat di hotel masing-masing. Bersedia dan mendapatkan rehat secukupnya untuk #BIM2013 awal pagi esok.

Race Day:

Bangun sekitar 1.10 pagi, terus bersiap, walaupun mengantuk yang amat. Takut terlepas shuttle bus dan paling teruk, overslept. Haha.

Bersiap dengan running tops, thight, gels, ors, phone, spi belt segala. Terus ke bus stand di depan Warisan Square. Masa ni dah ramai runners menunggu bas. Semua muka fresh untuk BIM. Jumpa beberapa otai runners, seperti @ray dan @azmil.

Bas tiba dalam 1.55 am, terus menuju ke Stadium Likas. 

Sampai di stadium, lepak2, ambil gambar, panaskan badan. Ada sesi zumba sebelum pelepasan. Selepas berbalas ucapan kata-kata semangat bersama runners, bersedia untuk memulakan cabaran 42.195km di KK.

Race:

Full Marathon dilepaskan pada jam 3.00 am (exact time rasanya 2.55 am). Ada dalam beberapa ratus kot FM runners. Waktu pelepasan yang berbeza antara FM, HM dan 10km, membolehkan keadaan tidak sesak sangat dan lebih terurus.

Race Course

Satadium Likas - bandar KK - kompleks karamusing - masuk jalan likas - stadium likas - masuk semula ke jalan tepi teluk likas - masuk ke UMS - pusing bukit dalam UMS - keluar ke 1Borneo - u/tun di  Indah Permai R/about - masuk balik jalan yang sama dan terus ke garisan penamat di Stadium Likas.

Prestasi:

KM 0-KM 10: lepas dilepaskan, berlari dengan pace ala kadar sehingga masuk ke bandar. Melewati km10, dalam 1:15, dan masa ini sudah pasti sub-5hrs samar2.
Water station di KM5, pergh mujur bawak air, kerana rasa cepat terhidrat awal2 pagi ini.

KM11-KM20; menghampiri semula stadium likas, kelihatan ramai runners HM mula memasuki stadium. Mereka di lepaskan pada 5am. Masuk jalan teluk likas, rasa best part route ini, lurus dan flat tepi laut. Di KM18, berhenti agak lama di Shell, untuk solat subuh dan toilet break.

KM21: melepasi km 21 dalam 2:54, masa ini dah angan-angan supaya dapat tamat bawah 6:00 dh kira bonus. Ada pisang di WS kat sini. Ambil dan kunyah, baru rasa hilang sikit rasa mengantuk.

KM21 -24: laluan berbukit, loop dalam UMS, agak mental, part naik bukit semua aku berjalan je. Bila turun bukit baru gigih nak berlari.

KM25 - 29: keluar dari UMS, matahari mula menampakkan sinaran. Berlari dengan amat perlahan. Kelihatan sudah ramai runners yg berpatah balik. Hi-5 sana sini, memberi semangat. Dalam km 26, jumpa @pagekhas , ber pacing dengan dia memandangkan ini first marathon dia. Tadi jumpa dia di km12 hingga km18. So, hilang lah sikit rasa penat bila berlari ada pacee/pacer. Kitaorang keep encouraging each other sampai ke km35/36, lepas tu mula ikut pace masing2 memandangkan semua dah penat.

KM 29 - 40 : berlari/berjalan/jogging/power walk segala dirangkumkan. Beberapa kali cari spray, memandangkan kaki rasa nak cramp. Di km40 jumpa medic, berjaya spray kaki. Baru rasa lega.

Km 41 buat toilet break lagi. Tgk jam, dalam 5:54 masa ini dah pasti tak dapat buat sub 6:00.

Km 41 - tamat: semangat berlari datang, berlari sambil makan powerbar yg diberikan pada km29, makan sambil minum air. Memasuki stadium, cuaca panas, suasana meriah, dan berlari dengan gembiranya. Melintasi garisan penamat dalam 6:02 (tak tau official time berapa). Kira oklah, memandangkan banyak breaks, berjaya tamatkan marathon ke-9 ini within c/off time (6:30).

Lepas dikalungkan medal penamat, diberikan baju penamat. Cari air. Jalan2 kejap, cooling down. Kemudian mencari muka2 dikenali. Lepak2 sambil rehat dan menunggu kawan-kawan yang lain.

Post Race:

Bergambar dengan kawan2. Kemudian, berkongsi pengalaman masing2. Ucapan tahniah bertukar ganti atas kejayaan masing-masing, walau apa jua jarak. Yang penting keazaman untuk menamatkan cabaran.

Dalam 10 am, naik shuttle bus ke hotel. Kemudian rehat, tidur, dan carboloading semula sebelum balik ke kl jam 7 malam (flight delayed, 12 am baru touchdown KL).

Itulah kisahnya BIM2013 yang pertama buat ku. Marathon weekend yg sangat best kali ini.

Keputusan rasmi dah keluar: 
6:02:22 (net) 6:02:45 (finish time)
21km: 3:02:07
29km: 4:08:44
Overall: 276/353
Mens Open: 138/180

Ringkasnya, BIM ini seperti berikut:

Pro:
- medal sangat cantik, color some. 
- finisher tee pun sangat menarik. Ran it. finished it. 
- race course yang menarik terutamanya area teluk likas, feeling2 lari overseas gitu
- volunteers yang sporting walaupun bertugas awal2 pagi.
- ada 11 spots untuk bergambar. Harap gambar aku berjaya di snap oleh official photographer.
- cuaca kali ini tak panas sangat. Best.
- shuttle bus yang memuaskan
-post race kfc promo yg menarik walaupun aku tak beli, kerana tak larat nak makan lepas lari
- urusan kawalan trafik yang baik

Cons:
- km marker yang kurang. Terpaksa congak2 sambil tgk gps
- tiada energy gels, tp pisang dan powerbar pun dah ok.
- apa lagi ek?

Keseluruhannya, aku enjoy BIM dan pastinya akan kembali tahun depan (dengan better timing).

#run gme run

#river jungle marathon next!






Friday 16 August 2013

16 Ogos - Birthday Run Putrajaya

Sebagai mengenang tarikh kelahiran ku ke dunia ini 32 tahun lalu, malam ni, ala2 buang tebiat, pergi berlari 32km di Putrajaya.

Memang dari awal, sasaran hanya untuk menamatkan cabaran 32km tersebut, waima terpaksa berjalan all the way.

Berlari dengan pace amat perlahan hingga ke km-21, lepas tu terus ups and down. Lari kejap, jalan kejap.
Badan terasa amat berat lepas raya ni.
Hubu.

Akhirnya setelah hampir 5 jam, 4:53, berjaya gak menamatkan cabaran ini. Walaupun agak penat melampau. Mujur badan dapat adapt jarak > 30km, maklumlah lama tak berlari jauh-jauh.

Sempena hari jadi ini, ku mohon pada Allah SWT agar sentiasa dirahmati, diberi segala nikmat untuk ku terus menabur bakti pada agama bangsa dan negara.

Run Gme Run.


Jumpa di Borneo Marathon minggu depan (nervous nya).


Saturday 10 August 2013

Adidas KOTR Singapore - Cancelled

Pagi ahad yang amat basah.
Hujan lebat dan petir, seawal subuh, dan berlarutan hingga lepas jam 7.00 pagi.

Penganjur akhirnya mengumumkan bahawa kotr SG dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan ekoran dari hujan yang masih berterusan.

Sebelum itu, di fb, runners 16.8km dijemput untuk masuk 10km punya race, sekiranya keadaan sudah baik.
Namun masih hujan.

Maka, semuanya cancelled.

Ironinya, malam tadi, penganjur hantar emel kata medal 16.8km tidak akan diberikan selepas larian dan akan dihabtar kemudian. Lala...

Apa2 pun, lepas hujan berhenti, aku sempat lari2 anak dalam 5km sekitar CBD tu untuk keluarkan peluh.

Hingga ke temu di larian akan datang.









Friday 9 August 2013

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...