Sunday 23 December 2012

Off Season:It's time to fly

Lama tak bercerita pasal topik jalan2.

Minggu lepas merupakan larian terakhir aku di tahun 2012.

Lepas itu, aku berehat dalam lebih kurang 2 miggu, kerana merealisasikan impianku sekian lama, - ke US.

Aku berlepas ke US, melalui Dubai, dengan menaiki Emirates.

Lagi cerita akan menyusul. :)



Sunday 16 December 2012

Malakoff KL 12KM

Tarikh: 16/12/2012
Tempat: Bukit Kiara Equestrian and Country Resort KL
Masa: 7.00 pagi
Jarak: 12km

Ini merupakan larian terakhir aku untuk tahun 2012.
Larian ni aku hanya mahu tamatkan dalam cut off yang ditetapkan. Tiada spesifik masa disasarkan, mungkin dalam lebih kurang masa dari Great Eastern hari tu adalah sudah memadai.

Aku memang tak berlari langsung sejak lari di UiTM minggu lepas, lantaran masalah cuaca, kerja dan semestinya penyakit malas...Hehe.

Laluan larian kali ini adalah berbukit, dan semestinya aku agak saiko dengan bukit2 ni. Namun, mengambil pendekatan untuk enjoy the race, maka, itulah yang aku buat di larian ini. Lari-jalan-tengok-orang-lari balik etc etc.

Race bermula jam 7:00 pagi, aku dan member sampai ke starting pen tu agak lambat, orang dah ramai kat situ. Dah lah kawasan permulaan agak sempit, untuk pelepasan beribu runners kan. So, aku seperti biasa bermula dari belakang.

Berlari dengan pace sendiri, keluar dari Kelab itu, menghala ke Jalan depan Pusat Sains Negara, seterusnya masuk ke Bukit Damansara, Jalan Semantan, Jalan Dungun, buat 2 loops dan seterusnya masuk semula ke Kelab. Nah, bukit-bukit di situ boleh tahan juga mencabar.

Aku menamatkan larian dengan catatan tak rasmi 1:18:05, satu catatan yang aku kira ok, memandangkan aku tak berlari dalam seminggu ini. 
Menuju ke garis penamat tu, rasa macam best berlari di kawasan resort ini. 

Tamat je, terus berjalan ke kawasan goodies bag dan medal, adalah dalam 200 meter kot, dari kawasan penamat. Beratur, dan nah, dapat lah medal, dan breakfast segala.
Maka, lepas itu, lepak-lepak makan tepi ladang kuda tu, sambil tengok runners lain yang baru sampai  dan Q untuk medal segala kan.

Keseluruhannya, Malakoff KL Run ini, memang best, penganjuran yang ok, kawalan trafik bagus, post - race yang sistematik, Q system, dan oh ya, baju larian tu, nampak cool bila tgk ramai2 berlari pakai baju tu. Kontra gitu.

Jumpa lagi di Malakoff Penang pada Mac 2013 :).

ps: aku akan berehat berlari hingga ke tahun baru 2013. Maka, dalam tempoh itu, akan buat refleksi pencapaian 2012 yang agak singkat buat ku dan harapan untuk 2013.       

Run Gme Run! 















Saturday 8 December 2012

Larian Kemanusiaan Rohingya & Rakhine, UiTM 2012

Tarikh: 9 Disember 2012
Masa: 7:30 pagi
Tempat: UiTM Shah Alam

Jarak: 5km (4.89km GPS)

Larian ini adalah satu larian amal anjuran pelajar-pelajar UiTM dan Mercy. Bertujuan untuk mengumpul dana amal bagi bantuan kepada rakyat Rohingnya dan Rakhine di Myanmar.

Sebelum larian, adalah persembahan lakonan mengenai penderitaan rakyat Rohingnya, serta penampilan Beto Khusairy, pelakon tu. Kemudian, ada senamrobik. Bilangan peserta larian adalah dalam lebih 300 orang kot, dengan kebanyakannya pelajar UiTM.

Lepas senamrobik dan sesi pemanasan badan, larian di lepaskan di hadapan Menara 1,  Bangunan ST UiTM tu. Nah, berlepas je terus mendaki bukit. Laluan seterusnya, menuruni dan mendaki bukit-bukit di UiTM ini, dan melengkapkan 1 pusingan UiTM kot.
(Rasanya bukit2 di UiTM ni lagi mencabar dari UM)

Tamat larian, disediakan roti, milo, vico, dan air mineral. Pengurusan larian secara umum nya memuaskan, maklumlah diadakan dalam kampus, maka, tiada masalah trafik...Kecuali masalah diriku yg kepenatan berlari bukit...Hahaha...

Keseluruhannya, larian ini kira oklah juga sebagai aktiviti riadah di pagi Ahad.

:)










Sunday 2 December 2012

Engineer for Makna Run, Uniten 2012

Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Tempat: Uniten
Jarak : 5.5km (GPS)
Masa: 8.00 pagi
Larian ini adalah anjuran persatuan pelajar kejuruteraan Uniten. Ini adalah larian amal bagi menyokong usaha-usaha murni Makna, Majlis Kanser Nasional.
Larian yang sepatutny bermula jam 7:30 pagi bermula lewat, kerana menantikan kira-kira 40% peserta yang lambat sampai. Oh ya, pendaftaran larian adalah sampai ke pagi sabtu tu.
Larian ini pada skala kecil. Hampir 200 runners je kot yang masuk. Aku masuk larian ini sekadar mengisi jadual larian. Tambahan lepas APBIM, agak malas dan kurang bermotivasi untuk aku berlari. (hehe).
Sebelum larian, ada senamrobik sebagai pemanas badan. Seterusnya larian dilepaskan didepan library uniten.
Berlari pusing kampus uniten, laluan mendatar. Seperti biasa, jarak dekat dan laluan landai sedikit sebanyak memberi tekanan supaya berlari dengan pantas seawal dilepaskan. Rasanya dari awal aku terpaksa berlari dengan pace agak laju, kerana semua lari laju.
Sepanjang race course, ada 2 water station, dan pelari diberikan 4 riben sebagai tanda melepasi checkpoint.
Aku habiskan 5.5km dalam sekitar 35minit. Agak perlahan, namun kira oklah utk latihan ringan2 buat aku.
Habis lari, ambil medal penamat yang disediakan untuk top 150. Aku dapat nombor 47.
Keseluruhannya, larian ini ok. Cuma, masa berlepas agak lewat dan medal ada sticker (hehe). T-shirt dan goody bag tidak mengecewakan.
#runGmeRun













Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...