Sunday 26 July 2015

MARDI-MAEPS Trail Run 2015

Ahad 

26 Julai 2015

Laman 2, MAEPS, Serdang 
7:30 pagi
18km / 12km / 6km



1. Dianggarkan lebih 2,000 pelari memeriahkan larian pagi ini dalam semua kategori.Cuaca pagi ini sangat baik dan mendung. Mengambil mood selepas raya,  peluang tidak dilepaskan untuk beramah mesra dengan rakan-rakan pelari.Kategori 18km dilepaskan pada 7:30 pagi. Sedang selesa menemui rentak larian, terpaksa berpatah balik lantaran laluan adalah silap. Perjuangan perlu diteruskan.



2. Laluan adalah melalui denai-denai utama dalam MAEPS & Mardi, di mana tidak banyak berubah daripada laluan tahun-tahun lepas. Melalui laluan mendaki bukit, meredah hutan dengan ruang yang minima (terdapat 2 kali rentak agak perlahan apabila terpaksa beratur untuk melintasi hutan). Laluan ladang kelapa sawit juga ada, manakala kali ini tiada laluan bertangga (tangga tersebut kelihatan bersamun tadi), laluan kawasan berkuda juga tiada. Saya suka kombinasi laluan tahun ini. Seperti tahun-tahun sudah, laluan akan sesak di 2 tempat utama dalam hutan tu kerana denai yang sempit.



3. Terdapat beberapa stesen air disediakan sepanjang denai. Pelari perlu menggunakan bekas air sendiri untuk “refill”. Langkah baik dengan tidak menggunakan paper cup. Namun tiada air isotonic disediakan sepanjang laluan, dan begitu juga di garisan penamat.



4. Tamat 19km dalam masa 2:32. Gembira kerana berjaya baiki catatan 2:55 pada tahun 2014. Sebaik sahaja tamat diberikan pisang, medal dan roti. Hanya air minuman biasa disediakan selepas garisan penamat. Tidak seperti edisi sebelum ini, disediakan taufufa serta buah tembikai dan isotonic untuk pelari. Pagi ini, aiskrim motosikal menjadi tumpuan. Oh ya, medal dan event tee tahun ini cantik daripada tahun-tahun lepas.



5. Seperti biasa, aktiviti selepas lari adalah beramah mesra dengan rakan-rakan pelari, sama ada yang baharu mahupun kenalan lazim. Meriah, umpama reunion, maklumlah acara larian pertama bagi kebanyakan pelari pada pagi ini. Memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yg masih berlari, diselang seli dengan aktiviti bergambar. Tahniah kepada semua. Selesai penyertaan ke-3 saya dalam larian maeps-mari ini.



6. Terima kasih kepada Ultron yang memberi peluang untuk saya bersama-sama dengan #TeamUltron #MicroDry dalam penyertaan Mardi-Maeps Trail Run 2015. Ultron merupakan jenama pakaian sukan micro dry lelaki dan wanita. Flagship Store Ultron dijadual dibuka pada bulan September 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai Ultron, serta promosi dan peluang bagaimana anda boleh menjadi #TeamUltron yang berikutnya, boleh layari laman web : httpa//www.ultron.co/:::www.ultron.co , fb : https://www.facebook.com/ultron.co?ref=ts&fref=ts

Untuk lebih gambar, click di SINI. 


Untuk catatan pengalaman 2014, anda boleh click di SINI ;
Untuk catatan pengalaman 2013, anda boleh click di SINI




Monday 13 July 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua.
Maaf Zahir Batin.

Selamat bercuti juga diucapkan kepada yang tidak meraikan Hari Raya.

Jaga kesihatan, keselamatan dan semoga semua semua berjalan lancar.

Insha Allah, saya akan kembali tampil di acara larian pembukaan separuh tahun ke-2 2015, di Mardi-Maeps Trail Run.

Jumpa anda di sana.

:)

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...