Laman Tiba 2, MAEPS, Serdang
18km/12km/6km
7 pagi
1. Ini adalah acara penutup tirai buat saya (dan kebanyakan pelari yang lain) sebelum Ramadan. Tampil ke garisan permulaan larian hari ini dengan harapan untuk fun run/walk di samping menikmat trail yang disediakan penganjur. Semestinya juga adalah untuk berjumpa dan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari yang ada. Cuaca pada pagi ini amatlah kondusif untuk berlari.
2. Dilepaskan agak lewat dari jadual asal, kategori 18km dilepaskan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan 12km, dan 6km. Berdasarkan pengamatan saya, bilangan peserta tahun ini lebih besar daripada tahun lepas. Maka, trail akan jadi lebih meriah, dan harus terdapatnya bottleneck di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman saya di edisi 2013, saya kembali semula ke acara ini tahun ini dengan harapan yang sama.
3. Laluan awal seperti juga tahun lepas, melalui kebun durian, kemudian bukit dan seterusnya melalui hutan. Laluan di hutan agak terhad ruang pergerakan, maka, terpaksa Q dan beri laluan untuk “fast runners” melintasi. Dari hutan, masuk ke trail lading kelapa sawit, mendaki, dan bahagian yang dinantikan adalah saat menuruni bukit. Dari ladang kelapa sawit, laluan mendaki tangga ke kebun pokok jambu batu, seterusnya menuruni bukit, ke laluan tanah merah, batu kerikil dan seterusnya ke bukit tepi ladang betik.
4. Memang panorama sekitar trail dalam Mardi-Maeps ini mengujakan. Seterusnya, masuk ke laluan trail berumput di bawah pokok getah. Keluar dari trail, masuk ke jalan raya, dan melintas kolam MAEPS yg juga tidak kurang meriahnya kerana ada pertandingan pra-MAHA memancing. Melintasi beberapa pavilion negeri-negeri dalam MAEPS laluan membawa ke tepi ladang kuda, dan menara tinjau MAEPS, seterusnya berlari turun ke tepi laman Nenas, dan ke garisan penamat di laman tiba 2, maeps.
5. Keseluruhannya, laluan trail larian adalah best, water station yang mencukupi. Penganjuran yg amat baik oleh penganjur. Saya tamat sebelum 3 jam. Sepanjang 18km diisi dengan berlari, berjalan, bertemu rakan-rakan, selfie, berkongsi cerita, member motivasi kepada rakan-rakan lain dan sebagainya. Sempat saya bergambar dengan kuda di ladang kuda. Haha.
6. Post race secara umumnya baik, taufu fa sangat sedap, pisang, tembikai, air, dan roti/pastri yang enak. Cuma, laluan lepas arca garisan penamat agak berserabut, di mana pelari yang tamat terpaksa menempuh laluan barisan untuk mendapatkan makanan. Di samping itu, typo pada medal juga agak menjanggalkan namun medal tersebut cantik, suka bentuk daun itu. Harap penganjuran larian ini tahun 2015 lebih meriah, dan semestinya saya akan kembali.
7. Edisi lepas larian seperti biasa, mengucapkan balasan ucapan tahniah bersama rakan-rakan pelari yang lain. Kerna larian harus dinakmati bersama, post race diisi dengan bertukar-tukar cerita, berkenalan dengan rakan-rakan baru. Keseronokan larian adalah saat kebersamaan dengan rakan-rakan.
8. Tahniah kepada rakan-rakan walau apa jua timing, kategori anda dan sebagainya. Kesempatan ini juga disertakan ucapan tahniah kepada rakan-rakan yg menamatkan cabaran di Sundown JB malam tadi, serta trail marathon di Singapura pada hari ini.
9. Moga bertemu di larian akan datang. Gme Marathon Challenge akan kembali selepas Aidilfitri nanti.
Lebih gambar di:
https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152267453093822.1073741880.530093821&type=3
Untuk laporan 2013, di sini:
http://coretangme.blogspot.com/2013/06/maeps-mardi-train-explorer-run-12km.html
Jumpa lepas Raya Gme! ;)
ReplyDeleteInsha Allah. harap puasa ni ada LSD le sabuns.
Delete