Friday 31 August 2012

Salam Kemerdekaan Ke 55

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos datang lagi.

Kebetulan berada di Penang kali ini diisi dengan menyaksikan perarakan hari kemerdekaan ke 55 di Padang Kota Lama.

Ini kali pertama aku menyaksikan perarakan hari kebangsaan di luar Kl.
Majlis pagi ini adalah ringkas dan meriah dengan sebanyak 107 kontinjen melibatkan lebih 5,000 peserta. Kontinjen melibatkan pasukan beruniform, budak2 sekolah, agensi2 kerajaan dan sebagainya.

Seperti biasa, aku teruja menyaksikan perarakan, terutamanya pancaragam memainkan lagu-lagu patriotik.

Semoga negara kita terus kekal aman makmur dan sejahtera. Peliharakanlah kedamaian dan kemerdekaan ini. Demi MALAYSIA!

Delta Eco Night Run 2012

Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 8 malam
Jarak: 8km (7.75km GPS)
Tempat: Taman Belia dan Taman Botani, Penang

Lepas larian hijau MPSP ahad hari tu, kini aku kembali ke Penang. Larian Delta Eco Night Run ini merupakan larian malam yang pertama buatku.

Sekadar mencuba, larian sejauh 8km bermula dari taman belia dan menuju ke taman botani dan harus buat 3 pusingan taman ini.

Sebelum larian dimulakan, ada sesi panaskan badan dengan Zumba Dance, ala2 senamrobik menari gitu. Siap ada lagu Gangnam Style yang hangat sekarang ni. Lepas Zumba dance, peserta 8km dilepaskan dahulu. Ikut pengumuman emcee, terdapat lebih 2,000 peserta malam ini.

Permulaan jam 8 di jalan yang sempit. Akibat kurang kawalan, peserta di barisan hadapan terpaksa terkebelakang kerana ratusan peserta telah potong Q dan ke depan.
Lepas ditenteramkan beberapa minit, barulah larian dilepaskan.

Seperti diagak, lepas hampir 4 minit, dan hampir 1km, baru lah selesa untuk berlari kerana peringkat awal terpaksa zig-zag sana sini untuk dapatkan ruang.

Aku tidak menyasarkan sasaran tinggi untuk larian ini, cukup untuk tamatkan larian dan menikmati suasana malam. Berlari pada kadar tempo bawah 7.00min/km, aku mula rasa penat yang amat di pusingan pertama taman botani, kerana tak sangka laluannya berbukit.
Untuk elak penat terlampau, di pusingan ke-2 dan 3, bila tiba saat mendaki bukit, aku buat speed wall, lepas tu turun bukit, aku berlari semahu-mahunya.

Sepanjang berlari dalam taman tu, dapatlah dengan bunyi kicauan buring, alunan air terjun dan juga peserta2 kelihatan seperti kelip-kelip kerana setiap orang dibekalkan LED lamp, untuk keselamatan dan petunjuk.

Akhirnya setelah gigih berlari dalam suasana seolah-olah tiada udara, aku berjaya menamatkan larian dalam masa 51 minit 20 saat. Dan yang penting, berjaya dapat medal penamat yang terhad kepada 200 terawal (rasanya kot). Tamat larian, ada lagi satu sesi zumba dance. Yeay. Meriah dengan macam-macam gelagat peserta.

Ups:

Water station yang sentiasa penuh air mineral, vico. Kawalan penamat yang tersusun, urusan medal penamat, sijil, air dan roti yang lancar. Ada red bull dan energy drinks juga.

Downs:

Kawalan pelepasan harus lebih tersusun, dan harus tegas dengan peserta yang dengan selamba potong barisan berlepas.

Keseluruhannya, aku gembira sertai larian ini, dapat ber zumba dance- hahaha, dan oh lupa, aku dapat lucky draw berupa lampu led panasonic. Oklah tu kan.

Untuk itu, jumpa lagi di Sungai Petani Half Marathon sabtu ini.

Sunday 26 August 2012

Larian Hijau MPSP 2012

Tarikh: 26 Ogos 2012
Jarak: 21km
Tempat: HQ Majlis Perbandaran Seberang Perai
Masa: 5.00 pagi

Ini kali pertama aku sampai kat Bandar Perda ini. Menginap di Bukit Mertajam. Selepas ambil REP pada 25hb, aku segera ke BM mencari penginapan. Memang pekan ini agak koboi. Hahaha.
Jarak Bandar Perda dengan BM dlm 3km je.

Larian bermula jam 5.00 pagi. Bilangan peserta dalam 700 orang (seperti disebut oleh emcee). Ini larian pertama aku selepas raya dan buat pertama kalinya juga aku masuk kategori 21km.

KM1 - KM13; aku berlari dengan pace sendiri. Maintain. Dan di KM13 aku buat first walk break. Jalan sikit pastu sambung berlari.
KM14 - KM17; masih berlari dengan tempo sendiri, beberapa kali juga aku berjalan
KM17 - KM19; aku terpaksa walk-run-walk-run. Rasa kaki macam tak sefap, dan untuk elakkan cramp, maka, terpaksa jalan untuk agak lama.
KM19 - KM21: sekali semangat naka tamatkan larian ini bawah 2jam 30minit datang. Aku cekalkan diri dan berlari non-stop, walaupun dengan pace perlahan, namun, aku tetap berlari. Dan berjaya tamatkan larian dalam masa 2 jam 21minit. Dan saat menggenggam medal penamat itu sungguh indah. Memang gembira sangat2. Ini larian 21km pertama alu. Dan yang pasti lepas ini kena terus berlatih dan berlatih.

Routes: melalui kawasan kampung pinggir pekan BM dan bandar Perda. Ada kawasan takde lampu jalan, tepi ladang kelapa sawit.
Air: disediakan pada setiap 5km. Tertunggu2 juga air isotonik, sekali air mineral sahaja. Lepas sampai baru disediakan air isotonik.
Penganjur: kira ok. Kawalan keselamatan dan kecemasan juga ok. Marshall berusaha sedaya upaya huide peserta.

Keseluruhannya aku enjoy dengan larian ini. Maklumlah larian pertama lepas raya dan juga pertama kali aku sampai ke daerah ini.
Medal penamat yang pertama untuk 21km
Suasana sebelum flag-off, jam 5.00 pagi
Mula/Tamat di lobi MPSP
Lagi 2km, pulun jangan tak pulun
hasil daripada race entry pack
laluan larian, dari bandar perda, ke pinggir pekan BM dan seterusnya melalui kawasan desa
Selepas tamat larian

Saturday 25 August 2012

IMBASAN: England / France, Summer 2012

Akhirnya siap juga cerita-cerita ringkas mengenai percutian singkat aku dan kawan-kawan ke England dan France pada 1-8 Julai hari tu.

Ringkasnya, itinerari seperti berikut:

Kuala Lumpur -> London -> Nice -> Aix-en-Provence -> Marseille -> Monte Carlo -> Paris -> London -> Kuala Lumpur

Ups:

1. dapat naik MAS A380 ke London
2. bercuti bersama kawan-kawan
3. meneroka kota-kota baru seperti Nice, Aix, Marseille, Monte Carlo
4. semua urusan berjalan lancar
5. berjaya kawal bajet keseluruhan trip

Downs:

1. cuti singkat
2. duit tak cukup nak shopping (hahaha)
3. terpaksa membuang banyak masa di sesetengah airport


Lain-lain:

1. Easyjet - OK
2. British Airways - OK, walaupun FA dah berusia
3. Airports - Heathrow, Gatwick, Orly, Nice - OK, Luton dan CDG T3, agak bosan
4. Bas - Nice-Aix-Marseille-Nice - OK
5. Train - Nice - Monaco : efisien
6. Penginapan: hostel ada yg ok dan ada yang so-so, apartment di Aix sungguh best-main masak2 gitu, lodge di london juga menarik, hotel di paris juga ok dan berpatutan.

Maka, rasanya itu sahaja coretan mengenai summer hols di Eropah pada kali ini.

Insha Allah akan ke Eropah lagi di suatu masa.

London: Hari Terakhir

Hari terakhir di kota London, kami berpindah ke Lodge Heathrow - untuk memudahkan urusan nak balik esok hari.

Agenda hari ini adalah bebas. Kami menghabiskan masa dengan pusing-pusing Oxford St, Bond Street, keluar masuk kompleks membeli-belah, HM, etc etc.
Tengah hari sempat juga kami menjamu selera dengan kawan yang bertugas di London. Ucapan ribuan terima kasih pada beliau atas segala hospitaliti.
Lewat petang, kami habiskan masa untuk mencari cenderamata untuk di bawa pulang kepada saudara mara di Malaysia.
arca pondok telefon
makan-makan dekat Meat n Wine Co. berdekatan Westfield Sherperd Bush
Pemandangan setiap 2 minit di London Heathrow Lodge
Heathrow T4
Westfield
typically British

London Luton Airport

OMG.
Tiba dari Paris malam ini, London Luton terus menjadi airport bukan kegemaranku di London.
Pemeriksaan imigresennya terlalu-lalu lama. Hinggakan semua warga EU/UK dah selesai, pemegang pasport asing belum juga selesai.
Ye, kita faham, atas sebab keselamatan. Namun, servisnya terlalu lambat.
Dahlah Luton ini terlalu jauh ke Central London.
Mujur tak kenal tinggal dengan bas Easybus sejurus lepas selesai urusan passport control dan bagasi.
Malam itu sampai di hostel, semua tidur nyenyak, lantaran keletihan.
Dan esok merupakan hari terakhir untuk kami menerokai kota London sebelum pulang ke Malaysia sehari selepas itu.
Luton Airport, tengah malam, sejuk juga cuaca kat luar ni
Menanti bas di luar airport
Easybus yang membawa kami ke Central London

Paris oh Paris

Tiba di Paris Orly ketika hari sudah hampir tengah malam.
Kami ambil teksi terus ke hotel.

Awal pagi esoknya, memulakan misi meneroka Paris dalam masa kurang dari 12 jam. Memandangkan semia antara kami telah ke Paris sebelum ini maka, tiada spesifik itinerari pada kali ini.

Langkah pertama adalah ke Versailles, kompleks istana lama zaman Napolean dan juga salah satu tapak warisan UNESCO. Ingatkan nak masuk ke dalam. Tetapi orang tersangatlah tamai dan kami tidak mahu membazirkan masa. Lalu, kami bergambar dan bergambar lagi di sekitar kawasan luar Versailles tu. Mungkin di masa akan datang, harus ke sini lagi.

Seterusnya, kami ke destinasi wajib untuk bergambar adalah menara Rigfel. Lepas je bergambar, hujan pula.
Kami meneruskan perjalanan ke Champ De Elsyees. Masuk keluar masuk butik, berangan dan tak beli apa2. Haha. Hujan makin lebat.

Lewat petang, kami segera ke CDG Paris Airport untuk ke London Luton.
for album: photo call at Eiffel Tower
people Q to enter Versaille
lovely atmosphere
signage at CDG T3
in front of the majestic Versaille

Au Revoir Cote D'Azur

Selepas beberapa hari di Wilayah French Rieviera ni, kami bertolak ke Paris dengan menaiki Easyjet.

Secara keseluruhannya, Nice Airport ini kira oklah. Imigresen dan urusan bagasi pun cepat. Kedai duty free dia pun agak ok. Banyak perfumes/product memang keluaran En Provence sahaja, menarik. Rugi tak beli. (tak cukup Euro sebenarnya). Hahaha.

Dan seterusnya, kami ke Paris Orly...
Departure hall - Nice T2
View of the T2
visitor lounge

Monte Carlo, Monaco

Keesokan paginya, kami bergegas ke Nice dengan bas. Sampai sahaja di Nice Airport, kami simpan bagasi di Airport. Kemudian, kami ke Nice SNCF Station. Ambil keretapi untuk short trip ke Monaco.

Dengan tambang yang agak berpatutan, keretapi bergerak dalam masa 35 minit dan terus sampai di Monte Carlo.

Cuaca sangat panas dan sesuai untuk membuat eksplorasi di Monte Carlo.

Tarikan pertama adalah litar F1 yang terkenal dengan litar jalanan paling perlahan dlm F1, kemudian berjalan menuju ke kawasan marina, melalui terowong dan seterusnya ke kawasan Royal Casino yang menjadi daya tarikan golongan mewah ke Monter Carlo.

Kiranya separuh daripada litar F1 tu kami pusing. Berpeluh juga. Tapi dapat tengok kepadatan Monaco yang merupakan negara ke-2 terkecil di dunia, selepas Vatican.

Kami hanya pandang dari jauh je kawasan Istana pemerintah di Monaco ni. Panas dan tak cukup masa nak daki bukit tu. haha.
Oh ya. Monaco sangat mahal.
Menuju ke tunnel yang glamor tu
taman depan royal casino
Casino Monte Carlo
lihatlah betapa padatnya Monaco
kat bawah  tu adalah Fairmont Hairpin, the slowest corner in F1
The other side of Monaco
litar F1

Sepetang di Marseille, France

Sekembali dari Valensole untuk berpesta lavender, kami meneruskan perjalanan ke Marseille, iaitu kira-kira 30km dari Aix.

Menaiki bas dengan tambang 4€, perjalanan 35 minit memang sekejap sahaja.

Marseille merupakan sebuah kota yang agak besar dan kos di sini jauh lebih murah daripada Aix.

Makanan halal amatlah mudah didapati di sini.

Cuaca amat panas semasa kami sampai. Seperti biasa, kami menelusuri jalan-jalan utama di pusat kota Marseille. Sebagai kota tepi laut, marseille mempunyai pelabuhan yang besar dan semestinya waterfront tang agak menarik.

Kota ini pun juga mesra pejalan kaki dan pengangkutan awam seperti tram sungguh efisien.

Puas bergambar dan makan, kami kembali semula ke Aix pada petang itu juga.
Dekat waterfront Marseille
ni kt tengah city center
cantik terminal bas, keretapi, teksi dia
mercu tanda Arc de Triumph
deretan butik2 di jalanan kota Marseille
kawasan marina

Sepagi di Ladang Lavender, Valensole

Pada mulanya kami bercadang untuk mengambil tour package ke ladang lavender. Namun, semua pakej pada hari itu telah penuh.

Maka, kami membuat perubahan dengan menyewa teksi untuk ke ladang lavender terdekat, di Valensole. (harga lebih kurang sama dengan harga pakej). Kira-kira 60km dari Aix. Sebenarnya banyak pilihan untuk ke ladang dan kawasan yang mana satu di Provence ini. Memang mengujakan.

Selepas sejam, maka, nah, kami tiba di ladang lavender ini. Memang saujana mata memandang. Ungu se ungu2 nya.
Nyaman. Wangi gitu.

Seperti biasa, aktiviti bergambar2 untuk kenangan.

Dalam perjalanan pulang semula ke Aix, kami singgah di L'ocittane Musee. Iaitu muzium dan butik L'ocittane, En Provence. Harga barangan kat sini agak berpatutan.
saujana mata memandang
the real L'occitane, En Provence
salah satu ladang yang ada
wangi
Memang tidak menjemukan
for album

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...