Saturday, 25 August 2012

Nice, Cote D'Azur, France

Kita sambung balik kisah jalan-jalan Eropah hari tu.

Setelah 2 jam terbang dengan British Airways dari Gatwick London, kami tiba di Aeroport Nice. Cantik dan sibuk juga Airport ni. Tepi laut.

Urusan imigresen mudah dan cepat. Lepas ambil bagasi, kami segera beli pass harian 4€ untuk ke sentral Nice.
Pas ini boleh digunakan untuk tran, airport bus, dan bas biasa.

Perjalanan dari Airport ke pusat bandar sungguh menarik. Disajikan dengan promenade sepanjang pantai.
Laut Meditranean membiru, cuaca panas dan terang, sesuai untuk bersantai di pantai.

Lepas letak barang di stesen keretapi Nice, kami segera pusing-pusing kota dan agenda wajib adalah bergambar dan bergambar sampai jemu.

Nice ini sangat mahal jika dibandingkan dengan kota lain di Perancis. Namun, untuk bersantai dan jalan2 di kota ini tidak mahal.

Kami berjalan ke kawasan Old Town, ke kawasan pelabuhan dan srterusnya daki bukit yg ada di Nice, menikmati permandangan mendamaikan.

gigih menapak tengah panas
depan arca memperingati pejuang perancis
saujana mata memandang
what a view.
Nice city centre
salah satu perhentian bas utama di tengah-tengah kota Nice
sekitar kawasan marina

No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...