Tuesday 14 October 2014

SCKLM 2014 - Race Day

12 Oktober 2014

Dataran Merdeka
Kuala Lumpur

1. Dilepaskan pada jam 4;30 pagi. Tahun ini bilangan pelari FM agak ramai. Meriah. Strategi awal larian saya kali ini adalah untuk ikut belon pacer 5:00hrs, dan secara sedikit demi sedikit menilai prestasi larian di atas laluan bersesuaian dengan prestasi semasa.

2. Cuaca baik dan agak dingin sangat kondusif untuk berlari. Laluan dari Dataran Merdeka ke kawasan KLCC, bukit bintang, jalan ampang hingga ke AKLEH agak rata. Saya berjaya mengekori belon 5:00hrs dengan baik sehingga ke selepas surau di km11 atas AKLEH. Kemudahan surau kali ini adalah selesa, dan ada paip di plaza tol.

3. Selepas u-turn di AKLEH, saya mula ubah sasaran kepada sub 5;30hrs. Seperti biasa, berlari sejauh mungkin sebelum matahari terbit dan mengurangkan berhenti/walk break/photo stop sehingga ke KM30. 

4. Dari AKLEH, masuk ke MRR2, dan masuk ke DUKE, masih berjaya mengekalkan rentak. Sesekali berhenti di Water Station untuk refill botol air. Dan laluan mental DUKE berjaya di-offset kan berborak-borak dengan rakan-rakan pelari. Sesekali menyapa dan disapa rakan-rakan. Seronok, saling sokong menyokong antara satu sama lain.

5. Saya mula buat photo stop selepas km30. Lepak agak lama sikit sambil jalan kaki legakan keadaan, memandangkan pada masa ini masih yakin dengan prestasi sasaran sub 5;30 hrs.

6. Kelegaan adalah apabila keluar dari DUKE dan masuk ke Jalan Kuching, di sambut GC Support Station selepas KM31. Oh, pertama kali minum air sejuk di sini, kerana 30km yg lalu tiada air sejuk. Teh lemon dan coke sangat sedap terima kasih kedai runcit GC.

7. Selepas km32, kelihatan belon 5;30 hrs di belakang. Pada masa ini kaki saya agak letih dan berusaha bertahan sebelum belon melintasi saya. Dan, hingga ke langgak Tunku, selepas km34, belon 5;30hrs melintasi saya. Saya senyum. Dan berusaha untuk kembali mengikut belon tersebut. Dan kesudahannya....saya tidak Nampak lagi belon itu hingga saya lintasi garisan penamat. Heheh.

8. Segera ubah sasaran baharu kepada sub 6:00hrs untuk baiki catatan masa tahun lepas. Berlari dan berjalan di bukit tunku. Singgah di Pacat Support Station. Minum coke dan air sejuk. Oh hilang dahaga. Terima kasih semua. Selepas itu, seperti biasa berlari riang-riang kerana laluan menuruni bukit. 

9. Berlari/berjalan hingga ke km 38, singgah di TPRC support station. Oh cokelat, kismis, candy, semua saya rasa. Coke sejuk pun menyegarkan. Terima kasih. Berjalan kaki di tepi jalan parlimen, santai bawah cool spray hingga ke km39. Kaki mula agak sakit. Dan pada masa ini, masih yakin dapat sub 5:45hrs. Lepas km39 menghala ke simpang KL Sentral, lari 100meter, jalan 900meter, hahah hingga ke WS terakhir berdekatan muzium negara. Laluan depan Bangunan KTM saya sangat suka, feeling overseas. Hehe.

10. Seterusnya 2km ke garisan penamat, lari-jalan-jalan-jalan-borak jalan hinggalah 500meter. Berlari-lari anak. Atmosfera mengujakan. Sokongan kiri dan kanan. 250 meter ke garisan penamat, sedikit drama di mana kaki tiba-tiba cramp. Singgah berhenti tepi jalan, spray salonpas. Lega. Segera betulkan sampin dan bersedia meneruskan larian sambil memvisualisasikan penamat terindah di Kuala Lumpur. Bersemangat apabila ramai rakan-rakan pelari/supporter kiri dan kanan jalan memberikan sokongan kepada semua pelari.


11. Tamat dengan 5:43 (Gun Time) , 5:41 – nett, saya gembira walaupun bukan PB kerana catatan ini berjaya baiki catata tahun 2013 (6;13). Saat melintasi garisan penamat, terdengan emcee sebut “runner with fancy tengkolok”, saya senyum dan melambai keriangan kepada semua yang ada.

12 Terus bertemu dengan rakan di garisan penamat, beratur ambil finisher pack. Regangkan semula kaki. Satu yang saya suka, kali ini tiada dramatic aksi seperti tahun lepas, di mana lepas lintasi garisan penamat, saya ke medical tent. Dengan hormon kegembiraan masih tinggi, bergambar dan saling tukar ucapan tahniah dengan rakan-rakan pelari.

13. Selesai di Padang Dataran Merdeka, saya mula bergerak ke depan Muzium Textile, untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang masih berjuang untuk menamatkan cabaran masing-masing. Ya, menyaksikan marathon memberikan pengalaman bermakna. Setiap emosi dan ekspresi terpancar dari wajah-wajah pelari melambangkan keazaman semangat jitu masing-masing. Sempat merakamkan gambar-gambar mereka menghala ke garisan penamat. 

14. Seperti biasa, di setiap marathon/acara yang saya sertai kegembiraan adalah memberi/mendapat inspirasi daripada/kepada rakan-rakan pelari. Kerana setiap larian harus dinikmati bersama. Seronok dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan. Terima kasih tak terhingga kepada yang memberikan sokongan. Terharu pada bila rakan-rakan menyapa dan meberikan sokongan apabila saya ala-ala “give up” jalan santai mak jemah atas laluan 42.195km tersebut. 

Tahniah kepada semua pelari, penyokong dan semua yang terlibat dalam SCKLM 2014. Anda semua adalah pemenang.
Edisi SCKLM 2014 suatu yang bermakna dan Gme Marahton Challenge edisi ke 22 melabuhkan tirai. Jumpa di #23 di Penang.
XOXO

Lebih gambar di:



Cancer Awareness Fun Run

11 October 2014
HUKM, Cheras


1. Dianjurkan oleh Jabatan Surgeri HUKM sempena kesedaran kanser. 

2. Dengan bilangan peserta yg tidak ramai, suasana tidak sesak. Sesi dimulakan dengan senamrobik. Dilepaskan pada 7:12 am.

3. Laluan membawa pelari berlari sekitar jalan raya tepi taman tasik permaisuri, menghala bandar tun razak Dan kembali ke HUKM.

4. Oh saya suka laluan Larian, mengimbau kenangan zaman sekolah.

5. Berlari sambil borak2 dengan pelari yg ada. Seperti biasa, keseronokan adalah bertemu rakan2.

6. Keseluruhannya, penganjuran adalah baik, stesen air mencukupi, kawalan trafik juga baik.


Lebih gambar di:

Friday 10 October 2014

SCKLM 2014 - Race Entry Pack Collection

9 Oct 2014 -11 Oct 2014
Dataran Underground

Pertama kali dalam tempoh bertahun-tahun sampai ke bawah Dataran Merdeka ni.

Sesi ambil race kit mudah, cepat dan teratur. Cuma datang masa lunch break memang agak ramai sikit pelari2.

Yang menarik dapat jumpa ramai rakan2, dan bergambar2.

Gerai-gerai pempamer kiranya OK, walaupun tidak semeriah di luar negara. Barang keperluan untuk larian dijual dgn harga yg berpatutan bagi sesetengahnya.

Moga jerebu hilang Dan semua dapat menikmati SCKLM hujung minggu ini.

Selamat berjuang runners SCKLM Dan BSNPNM.

**Saya hadir ke REPC untuk ketiga-tiga hari 9/10/11 Oktober 2014 dan melayang lah juga $$$.

:)

Lebih gambar di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152498290118822.1073741898.530093821&type=3

dan di sini

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152503728473822.1073741900.530093821&type=3


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...