Saturday 29 June 2013

Larian Bendang Kedah 2013

Tarikh: 29 Jun 2013
Tempat: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Jarak: 21km (20.66km GPS)
Masa: 6.30 pagi (7.50 pagi pelepasan)

Lepas SCKLM ditangguhkan, aku segera mencari larian alternatif hujung minggu ini.

Dan larian bendang kedah menjadi pilihan. Sampai di alor setar awal pagi sabtu, singgah di hotel bajet, bersiap dan terus ke stadium darulaman. Walaupun kat pamplet tulis jam 6:30 pagi, lepas jam 7.00 pagi baru dapat daftar (percuma kerana urus setia cakap baju dah habis, never mind lah kan, janji dapat berlari).

Beberapa kategori seperti 7km sekolah rendah, menengah, veteran dan 21km open dipertandingkan. Hadiah dia agak lumayan jika dibandingkan dengan skala kecil  dan bilangan pelari. Larian ini diadakan sempena karnival amal hari penyayang anjuran yayasan sultanah bahiyah, kedah. Maka, di samping larian, ada karnival di perkarangan stadium.


Seperti dijangka, race ini mendapat sambutan saat akhir, memandangkan scklm tangguh. Lepas daftar, ada sesi senamrobik. Rasanya dalam 1,000 lebih kot runners untuk semua kategori. Dan urus setia cakap sambutan tahun ini menggalakkan.
 Dilepaskan pada jam 7:50 pagi oleh MB Kedah. Pergh cuaca sudah panas.

Sasaran hari ini, adalah untuk tamat bawah 3:00. Berlari dengan pace perlahan, laluan membawa pelari dari stadium ke jalan besar dan di km7 masuk jalan kampung, dan bendang dikiri dan kanan jalan. Hingga ke km17, laluan dibendang, panas takde shade untuk berteduh. KM17 ke penamat masuk balik ke jalan besar, pergh jalan sesak dan kena berlari berhati-hati. 
Terdapat 3 water station sepanjang laluan, tapi tiada isotonik drink. Maka, di km18, aku singgah shell pergi beli Gatorade. Baru lega berlari dalam keadaan panas dan meletihkan.

Menamatkan larian dalam 2:48, memang jauh dari PB aku. Panas sepanasnya cuaca, diberikan medal dan topi cenderamata. Masa ini milo dah abis sudah. Maka, minum air mineral sahaja. Kemudian ke karnival kat luar tu, beli makanan.

Keseluruhannya, penganjuran larian yang baik, cuma urusan pendaftaran perlu dibaiki, masa pelepasan perlu disesuaikan, air isotonik perlu disediakan dan marshal serta kawalan trafik di beberapa simpang harus ditingkatkan. Mujur aku tak sesat bila laluan masuk kawasan perumahan.

Apa2 pun, aku enjoy larian bendang ini, terutamanya di kawasam bendang berhampiran lapangan terbang tu, seronok berlari tepi tali air, kemudian ada bebeberapa pesawat tudm sedang buat latihan.

Moga jumpa lagi di larian bendang akan datang.

#Run Gme Run.








Thursday 27 June 2013

SCKLM2013: POSTPONED

Maka, hari ini rasmi sudah SCKLM ditangguhkan ke 29 September 2013.

Extra 3 bulan untuk berlatih.

Hari ini pergi ambil bib number dan melawat Expo SCore di PWTC. Menarik, banyak juga barangan dengan harga berpatutan.

Oh ya, t-shirt free tajaan honda malaysia tu pun cantik.

#run gme run.









Sunday 23 June 2013

Maeps-Mardi Train Explorer Run 12km

Tarikh: 23 Jun 2013
Tempat: Maeps, Serdang
Masa: 7.00 pagi
Jarak: 12km

Teruja nak berlari di maeps-mardi ini. 
Larian trail (90%) yg pertama buat aku.

Bermula jam 7.15 pagi, larian melalui bukit dalam dusun durian, mendaki dan mendaki, kemudian menuruni bukit yg amat curam sekitar km3 kot.

Seterusnya mendaki bukit balik, lalu kawasan kelapa sawit, kemudian mendaki tangga dalam kebun jambu batu. Selepas water station ke-3, larian di puncak bukit dan nampak trail yg panjang. Kalau tidak kerana jerebu, harus cantik permandangan di sini.
 Sekitar km7-8, masuk dalam hutan pula. Wah best.Seterusnya, susur keluar di persimpangan 6km/12km. Laluan tanah merah membawa ke tasik, dan seterusnya kembali ke jalan raya. Pusing maeps tu dalam 2km, dan menuju ke garisan penamat.

Tentang prestasi-wise, aku banyak lari-lari anak/jalan menikmati trail, taknak push sangat takut cedera. Tambahan pula ini larian trail pertama. Sasaran awal hendak habiskan bawah 2:00. Berjaya tamatkan larian together with my batchmate, 1:59.

Habiskan larian, dapatkan medal yg nice. Free flow breakfast. Kemudian lepak2, bergambar2, dan tunggu cabutan bertuah.
Yes, saya bertuah hari ini. Dapat voucher Brooks RM200. Boleh beli kasut baru. Yeay.

Kesimpulannya, race ini best, marshal, air, semua cukup, pastu tak crowded kerana dalam 500 lebih je kot runners nya, laluan menarik dan mencabar (menyumpah2 bila lalu kawasan berbukit, hehe). 
Harus lebih bersedia untuk masuk race ini dimasa akan datang.
Seronok lak lari kt trail.

#Run Gme Run

# Nervous and excited for my first SCKLM next weekend.







Saturday 22 June 2013

ALPHA RUN II

Tarikh: 22 Jun
Tempat: Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi
Masa: 7:30 pagi
Jarak: 12km (11.91km GPS)

Larian ini aku masuk sebab ia diadakan di Bangi, latihan untuk SCKLM minggu depan, isi masa hujung minggu dan semestinya murah, RM10 je pendaftaran. Dan dapat t-shirt serta post race goodies yg boleh dikatakan ok.

Awal pagi, ada senamrobik. Lepas senameobik, pelari bersiap sedia untuk dilepaskan. Kategori A - Mens Open rasanya dalam 100 lebih je kot. Jumlah untuk semua kategori ada dalam anggaran sekitar 400 orang.
Skala kecil. Namun meriah.

Dilepaskan jam 7.30 pagi, laluan larian adalah keluar dari Alpha, menghala ke kawasan institusi Bangi, keluar ke jalan sungai merab, kemudian buat U- turn di petronas sg merab, menghala ke Gate 1, putrajaya, masuk ke  simpang trafik lifht sekolah presint 14 putrajaya, seterusnya kembali ke Alpha ikut jalan sg merab uniten.

Prestasi aku hari ini sekadar biasa-biasa. Ntah lah, mood untuk laju rasa mcm tiada. Berlari dengan pace sendiri yg amat perlahan. Lagipun taknak stress kejar timing. Hehe. <alasan>

Oh ua, water station hanya satu di km9.5. Pergh dahaga yang amat. Tambahan pula jerebu yg nipis masih ada. 

Dengan saki baki tenaga yang ada, berjaya menamatkan larian dengan 1:33. Very slow. Hehe.

Diberikan goodies bag dan sijil, serta sarapan pagi. Seterusnya minum milo ais tanpa henti dan 100+.

Post race yg meroah dengan cabitan bertuah. Tapi aku tak bertuah lah pulak. Lepak sampai habis cabutan. Bergambar2 dan bersurai.

Keseluruhannya, race meriah, ada juga muka runners yg familiar. Semua bersedia untuk SCKLM. Di masa akan datang race boleh dipertingkatkan lagi, dengan menyediakan lebih water station, dan medal penamat (mungkin).

Hingga bertemu di larian akan datang.





Sunday 16 June 2013

Setahun Berlalu

17 Jun, setahun sudah berlari2. Teringat larian pertama TM fan run di dataran merdeka setahun yg lalu. Sekadar suka2 mengisi masa lapang dengan join larian. Tak sangka dari detik itu terus terjebak dan belarian sana-sini. Hobi yg menyeronokkan. What a journey. 

Setahun menimba pengalaman berlari di dalam dan luar negara. Seronok. Macam2 ada. Akan terus belajar dan belajar. Berlari membawa diriku ke pekan/bandar2 yang tak pernah ku sampai dan explore seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Muar, Bidor, dan tahun 2013 ini, aku mula ber #runcation, di mana bercuti sambil berlari.

39 larian : 8 full marathon, 11 half marathon, dan selebihnya pelbagai jarak. 33 medal untuk kenangan.  
Setahun juga mengumpul baju2 larian, setahun juga lebih suka membeli kasut2 lari, setahun juga lebih rajin melayari website myrace online, themarathonshop, hooha.asia serta blog2 berkenaan larian dan pengalaman lari.

Saban minggu merindukan saat kebersamaan dengan runners yg lain di sesuatu race, tidak pun, saat untuk  mengisi masa lapang dengan berlari. Seronok dapat kenal ramai kawan2 baru/lama sepanjang berlari.  

Mengimpikan untuk menamatkan cabaran ultramarathon 50km/100 di suatu masa. Moga terus dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan untuk terus berlari dan berlari. Amin.

Larian #1: TM Fan Run 7km. Hujan masa ini, gigih lari-jalan-jalan-jalan-lari ke garisan penamat

My collection after One Year. Love it.

Larian #39 : Muar Cross Country 21km, 16 June 2013

Muar Cross Country 21KM

Tarikh: 16 Jun 2013
Tempat: Chung Hwa School Muar (Mula/Tamat)
Pelepasan: 6:30 pagi
Jarak: 21km

Pertama kali aku sampai ke Muar.
Teruja juga untuk berlari di sini, tambahan pula race course ada meliputi trails.

Ambil bib pada Sabtu, kemudian bersiar-siar di bandar Muar. Makan2. Rehat.

Fast forward ke race day, seawal subuh aku dah berada di Masjid Sultan Ibrahim. Cantik masjid ini. Selesai tunaikan kewajipan, terus ke sekolah Chung Hwa.

Runners dah ramai, semua teruja dan bersiap sedia. Emcee maklumkan ada dalam 500++ runners, termasuk 100++ dari Singapore (dengan Mohan menjadi inspirasi ramai juga hadir di muar).

Jam 6.30 pagi, larian dilepaskan. No timing chip, no worries, this race is for fun. Berlari memasuki jalan raya yang tidak sibuk di awal pagi. Laluan jalan merentasi desa2 ini sungguh mendamaikan. 
KM9, di water station telah disajikan denhan air cola. Pergh, segar rasanya.

Memasuki km9.5, laluan di tepi sungai (ada bot2 nelayan tersadai krn air surut). Trails bermula di sini. Laluan di jalan tanaj merah, sambil menyaksikan tali air, pokok kelapa, bakau dan sebagainya.
Kemudian melalui kawasan kandang lembu. Wah menarik.

Laluan diteruskan ke jalan desa, km13-15, lalu di celah2 rumah desa. Kelihatan pokok2 buah2an di sekitar. Kalau musim buah ini harus best.
Km15.5 masuk dalam trail dusun, cross rumput2 segar di situ. Jumpa kandang kambing pula.

KM16 - 17, melalui kawasan tanah liat. Wah makin menarik laluan race ini. Ada satu kawasan tu, kelihatan kanak2 ceria lepak di atas jambatan. Serta bot-bot di sungai itu. Oh ya sungai tu terus mengalir ke laut. Nampak di satu kawasan, laut terbentang.

Km17-18, laluan jalan kecil desa. KM18- penamat, kembali ke jalan besar dan menghala ke sekolah, garisan penamat. Sekitar km20, disajikan milo ais oleh volunteer. Segar. Dan terus bersemangat untuk tamatkan larian.

Selepas 2:54, berjaya juga aku menamatkan larian. Dikalungkan medal penamat bernombor 304. placing kira ok lah kan. hehe.
Dari segi masa, memang agak slow, namun, puas dapat enjoy setiap km di Muar ini. Dah namanya race for fun seekers kan. Haha.

Hospitaliti diteruskan dengan air kelapa, otak2, kuih muih, tembikai, nasi beriyani. Wah memang terbaik penganjuran race ini. Puas dapat makan macam2 lepas lari.

Seperti biasa, lepas itu, bergambar2 kenangan dan bersiap untuk tinggalkan tapak larian dengan kenangan ini.

Keseluruhannya, Muar CC 21km ini terbaik dari semua segi, marshal, race course, water stations, medic, post race hospitality semua terjaga.

Pastinya akan kembali lagi untuk berlari di Muar.

Hingga bertemu di larian akan datang.

#Run Gme Run









Sunday 9 June 2013

Mizuno Wave Run 2013

9 Jun 2013
Dataran Putrajaya, Depan POJ
6:30 pagi
16km (15.83 GPS)

Awal pagi, bersolat subuh di masjid besi.
Ini merupakan larian pertama aku di putrajaya, selepas BSN PNM tahun lepas.

Jam 6:30 pagi, dilepaskan. Berlari dengan pace slow. Target nak tamatkan larian dalam 1:40, berdasarkan sasaran pace marathon 4:30.

Laluan membawa runners ke persimpangan WP, masuk ke P18, lalu jalan belakang AGC, meneruskan ke PICC, menuju ke highway P5/6, masuk balik di P5, pusing jalan bangunan MoHE dan MoTOur, lalu tepi Pullman, terus ke persimpangan PICC, masuk balik jambatan, terus ke persimpangan jalan tepi masjid besi sebelum belok ke kanan tepi menara usahawan dan tamat di depan POJ.

Cuaca amatlah baik, redup dan tidak panas. Berlari dengan pace perlahan. KM7 aku mula berjalan. Penat.
Melintatasi KM10 pada 1:11, maka, harapan untuk 1:40 makin sukar.
Ubah target kepada bawah 2:00.

Berhenti disetiap water station. Refill air.
Tp sampai ke last water station takde isotonik.

KM11-KM16, banyak slow jog dan jalan kehinggi beberapa ratus meter untuk penat baru berlari dengan yakinnya.

Melintasi garisan penamat 1:55 (endomondo).
Kira oklah catatan masa ini buat ku.

Lepas tamat, crowded depan arch tu untuk beratur dapatkan air, goodies bag dan medal.

Sesudah itu, segera mendapatkan milo, tembikai dan taufu fa.

Lepak2 sejukkan badan. Kemudian bergambar dengan rakan2 sepelarian.

Lepas tu bersurai. Tamat sudah larian kali ini.

Hingga ke larian berikutnya.

#run gme run

Keputusan :

768 / 1438 A0062 MOHD AZMI ISA Nett: 1:54:35 Gun: 1:56:11

Ps: katanya ada runners tak dapat air di WS tertentu. Dan katanya penganjuran kali ini kurang baik seperti tahun lepas di UPM. Apa2 pun, satu acara larian yang meriah di putrajaya kali ini.












Monday 3 June 2013

Sundown Marathon 2013

1 Jun 2013
11.30 malam
Bangunan Pit F1, Singapore

Ini merupakan midnight marathon aku yang pertama.
Sampai di Singapore awal pagi Sabtu.
Rehat. Makan. Tidur.

Seawal jam 8 malam, pergi ke Bangunan Pit F1, ambil bib number. Meriah kawasan race village tu. Nak masuk, ada pemeriksaan beg segala Lepas ambil bin, melawat kawasan sekitar tu, ada beberapa booth penaja dan ada juga aktiviti zumba.

Lepas puas pusing-pusing dan bergambar kenangan. Bertolak balik ke hostel di kawasan Masjid Sultan, untuk berehat sebelum kembali semula ke kawasan F1 Pit Building ini dalam jam 10.30 malam.

Untuk race ini, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi, memandangkan kepenatan Hat Yai Marathon belum habis. Lagipun, rasa macam tidak cukup latihan sahaja.

Kira-kira 10,000 pelari dilepaskan sekitar jam 11.32 malam.
Laluan larian membawa pelari ke kawasan CBD singapore, kemudian masuk ke marina bay, lalu kawasan tepi padang gilf tepi tu, dan setrusnya East Coast Park, yang amatlah panjang dan buat U-turn di sekitar km24 kot, patah balik lalu jalan yang sama ke Garden by the Bay, Marina Bay Sands, finiacial strict  Singapore, lalu tepi Esplanade, dan tamat di F1 Pit Building tu.

Apa yang boleh aku nyatakan bahawa laluan race ini amatlah sempit, dengan terlalu ramai runners bergerak perlahan dibeberapa tempat. Rasanya bottleneck yang teruk di dalam kawasan gelap di km12, bila runners bersedia untuk masuk ke jalan yang lapang sedikit dari laluan sempit. Beberapa  tempat juga kawasan nya gelap.

Laluan dalam ECP, amatlah membosankan, lalu jalan dalam taman. 

Laluan agak selesa (walaupun tidak beberapa cerah) apabila memasuki Garden By The Bay, KM36-40, lalu tepi Marina Bay Sands, lari tepi shopping kompleks bagai

Cuaca keseluruhan larian, panas dan too humid. Water station mencukupi, pisang dan energy gel tidak mengecewakan.

Prestasi larian aku agak mengecewakan, namun, berpuas hati kerana berjaya juga menamatkan larian ini walaupun lebih 6 jam (unofficial time: 6:41).

Lepas tamat, ambil tshirt, medal, dan pisang serta air. Rehat sambil bergambar2 pandang Singapore Flter. Kemudian hujan kejap. malas nak berlama-lama di situ, bergambar dan terus nalik hostel.

Itulah pengalaman pertama aku berlari di Singapore. Lepas ini kalau berlari di sini, kena bersedia dengan laluan sempit dan crowded. Hehe.

Hingga ke larian berikutnya.

#keputusan dah keluar. Net time: 6:40. Rank: 3999














Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...