Monday 16 May 2016

Nilai Half Marathon 2016

Dataran Nilai 
15 Mei 2016
7:00 pagi

1. Larian dimulakan di Jalan BBN 1/3 (bersebelahan Masjid BBN) dan tamat Dataran Nilai. Dilepaskan tepat pada jam 7:00 pagi. Sebelum itu, ada sesi pemanasan badan. Pisang juga disediakan untuk pelari. 

2. Ini merupakan edisi pertama Nilai Half Marathon yang hanya menyediakan jarak 21km untuk pilihan pelari. Larian 21km melalui Persiaran Perbandaran menuju ke bulatan, seterysnya ke Persiaran ilmu, Persiaran Utama BBN, menuju ke jalan pasar besar, jalan utama Batang Benar, menuju ke Kawasan Perindustrian Nlai, dan ke Dataran Nilai melalui persimpangan lampu isyarat Tol Nilai. Laluan adalah beralun dan berbukit dibeberapa tempat. (Rujuk Gambar utk laluan Penuh)

3. Sebanyak 7 WS disediakan dengan 100 plus serta air minuman disediakan. Terdapat wet towel disediakan, bergitu juga pisang. Walau bagaimanapun tiada mobile toilet disediakan. 

4. Kawalan trafik adalah baik terutamanya di persimpangan strategik dan bulatan-bulatan utama di Nilai. Medik juga adalah baik.

5. Cuaca panas dan laluan beralun memberikan cabaran kepada pelari. Untuk ke garisan penamat, pelari perlu pusing padang dataran Nilai, dan tamat di situ. 

6. Prestasi saya: Tamat dengan jam besar menunjukan 2:44. Medal dikalungkan kepada semua penamat. Air dan 100 plus disediakan. Terdapat jamuan tengah hari disediakan selepas sesi penyampaian hadiah dan lucky draw. Sebanyak 50 cabutan bertuah disediakan.

7. Keseluruhannya, penganjuran yang baik bagi edisi pertama Nilai Half Marathon. Yuran yang berpatutan untuk HM, goodies yang tidak mengecewakan, serta pengalaman berlari di tempat baharu yang menarik. Majlis Perbandaran Nilai bersedia untuk edisi yang lebih meriah, besar dan berkualiti pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan kepada peserta, penganjur, pasukan keselamatan, penyokong dan semua yang terlibat dalam edisi pertama Nilai HM ini.

Saturday 14 May 2016

Muar International Twin Bridge Half Marathon 2016

Muar International Twin Bridge Half Marathon 2016
Dataran Tanjung Emas
Muar 
14 Mei 2016
6:00 pagi

1. Sebelum dilepaskan, pelari diberikan taklimat oleh pegawai petandingan. Beratur mengikut kategori sebelum ke gantri pelepasan. Bagi kategori 21km, terdapat hamir 400 pelari. Dilepaskan mengikut kategori. Saya mula melepasi garisan permulaan pada 6:41 pagi.

2. Laluan larian adalah seperti di gambar. Pelari bermula di Dataran Tanjung Emas terus ke kawasan bandar dan melintasi Jambatan Sultan Ismail seterusnya ke Jamabatan Kedua, melalui jalan Muar Bypass, masuk semula ke bandar , dan melalui 3 bulatan utama di bandar Muar, sebelum tamat di Dataran Tanjung Emas.

3. Cuaca pada awal perlumbaan adalah baik dan nyaman. Sedikit panas pabila melepasi jam 8;30 pagi.

4. Hanya 4 water station disediakan, dan 3sponge station. WS semua mempunyai air dan 2 daripanya menyediakan air sirap. Jarak antara satu sama lain dalam 5km adalah agak jauh. 

5. Kawalan trafik keseluruhannya adalah baik. Beberapa jalan utama ditutup separuh untuk memberi laluan kepada pelari. Polis, Rela, dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar berjaya mengawal lalu lintas. Tiada sebarang hon dibunyikan sepanjang tempoh menunggu oleh pengguna trafik semasa pelari melintas. 

6. Masyarakat setempat turut memberikan sokongan kepada pelari-pelari. Laluan yang menarik melintasi kawasan utama memberikan suasana meriah kepada pelari.

7. Marshal dan medik dari semasa ke semasa meronda mengawai pelari. Sweeper van disediakan untuk mengangkut pelari yang terkebelakang, dan melepasi COT di jalan kritikal. 

8. Tamat diberikan topi (first come first served,for both 10km and 21km finishers). Medal hanya disediakan untuk top-10. Snack pack disediakan. Milo, air minuman, air soya dan taufufa disediakan. Dengan yuran MYR30, ia adalah berpatutan untuk jarak 21km. Mungkin dilain masa boleh dipertimbangkan untuk menyediakan medal penamat (hari ini, ada yang bertanya pasal medal. Seperti di awal pendaftaran, tiada medal disediakan untuk bukan placing ).

9. Prestasi saya? Tamat dengan 2:58. Riang ria. Terima kasih kepada rakan-rakan yang push untuk sampai bawah 3 jam. Tahniah kepada semua rakan pada hari ini.

10. Keseluruhannya, acara ini berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang signifikan kepada Muar. Dengan laluan yang rata, melalui jambatan-jambatan ikonik, serta bandar Muar, pelari mempunyai peluang menikmati Muar seadanya. Muar juga sesuai untuk destinasi runcation, bercuti sambil makanthon, dan berlari.

11. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur, peserta, penyokong dan semua atas acara ini. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan di masa hadapan bagi memastikan acara ini menarik dan bermakna.

Thursday 12 May 2016

KENYATAAN AKHBAR: GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES

GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES
PUTRAJAYA, 12 Mei 2016 – Sejak tahun 2013, program myBuddies anjuran MYNIC telah berkembang mengikut trend masa kini dan pada tahun ini tumpuan lebih kepada pengamalan gaya hidup sihat. Matlamat utama adalah untung meningkatkan kesihatan dan kecergasan masyarakat umum di seluruh negara di samping menggalakkan aktiviti dalam talian di kalangan rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2016, 2 acara dilancarkan dibawah program ini iaitu myBuddies Strikers dan myBuddies Run.
myBuddies Strikers 2016
1. myBuddies Strikers akan membawakan 2 pertanding boling bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya pada 29 Mei 2016 dan 14 Ogos 2016. Membawakan elemen semangat berpasukan serta mensasarkan lebih 200 peserta terutamanya generasi muda.
2. “myBuddies Strikers mensasakan pencarian pemain remaja yang berbakat besar di Malaysia dan pada masa yang sama ia turut membuka peluang mengasah bakat para pemain melalui pendedahan kemahiran teknikal dan pengalaman permainan. Para peserta juga berpeluang membangunkan kemahiran luar bidang seperti bidang ICT, untuk membolehkan mereka memperlihatkan potensi untuk mebentuk tahap kepimpinan dalam segala bidang yang dipilih”, kata Husnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, MYNIC.
3. Boling adalah salah satu sukan yang menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan belia Malaysia selain sukan seperti futsal, badminton dan larian. Melalui populariti yang semakin meningkat, myBuddies Strikers diramal dapat menghubung dan membina satu komuniti di kalangan para peminat sukan boling.
4. myBuddies Strikers ini turut disokong oleh beberapa rakan strategik termasuklah Wangsa Bowl, Ten Senses (M) Sdn. Bhd. Dan Howei Sdn. Bhd. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM240 bagi satu kumpulan, pemain berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6,000. Setakat ini sebanyak lebih 32 kumpulan telah membuat pendaftaran dalam talian untuk menyertai program ini.
myBuddies Run 2016
5. Melalui kejayaan Larian Sehati Sejiwa dan myBuddies Run 2015, telah menjadikan program myBuddies Run 2016 sebagai salah satu acara larian yang paling dinantikan oleh masyarakat Malaysia. myBuddies Run telah menarik perhatian golongan pelari tempatan untuk mencabar diri menerokai laluan baharu yang merangkumi mercu tanda indah dan bersejarah di sekitar pinggir Cyberjaya dan Putrajaya.
6. Husnul berkata, “Acara larian ini adalah gabungan aktiviti kecergasan yang turut diterapkan elemen kemeriahan. Kami percaya myBuddies Run telah menjadi satu program gaya hidup sihat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Program kali ini bukan sahaja akan menambah bilangan peserta dan pengalaman peserta tetatpi turut mengalami evolusi penambahbaikan yang lebih inovatif terhadap penagnjuran pertandingan.”
7. Membawakan konsep larian bertopeng, ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km, dan 10km yang akan menyaksikan sejumlah 7,000 peserta akan mengambil bahagian dalm acara ini. Hadiah menarik berupa wang tunai bernilai lebih daripada RM12,000 turut ditawarkan ekpada pemenang kategori 10km.
8. myBuddies Run dianjurkan bersempenan Hari Kebangsaan 2016 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari yang penuh bersejarah di samping menyemarakkan semangat perpaduan negara. Program ini akan diadakan pada 21 Ogos 2016 dan disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
9. Semua peserta program-program myBuddies layan untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM65,000 termasuk sebuah Proton Iriz, basikal berjenama dan hadiah-hadiah lain. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang www.mybuddies.my .
10. Sebagai sebahagian daripada objektif MYNIC untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif, semua peserta program myBuddies akan menerima nama domain .MY atau antivirus. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat internet dan perniagaan dalam talian.
11. “Ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih menonjol dalam pemasaran perniagaan mereka secara dalam talian. Nama domain .MY amat bergunan untuk penjenamaan mereka dan akan membuat ia lebih mudah bagi mereka untuk memulakan aktiviti dalam talian mereka,” kata Husnul.
12. MYNIC adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastrukur ICT di Malaysia.
Gambar: ehsan MYNIC

Ehsan:MYNIC

Ehsan :MYNIC

Tuesday 10 May 2016

Deuter International Trail Run 2016

8 May 2016

Padang MPS, Pekan Batu Arang, Selangor 
7:30 pagi

1. Sesi dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Nyanyian lagu Negaraku, dan doa sebelum pelepasan.Pelari diberikan salonpas serta cereal bar sebelum memulakan cabaran.

2. Meriah dan "sesak" pekan dengan kehadiran ratusan pelari ke sini. Saya pun baru pertama kali ke pekan bersejarah perlombongan arang batu ini.

3. Laluan keseluruhannya adalah sekitar 13km, dengan bahagian awal dan akhir adalah jalan bertar, selebihnya adalah trail. Beberapa bukit di laluan memberikan cabaran kepada pelari.

4. Dengan cuaca yang baik, berkabus, pelari menikmati laluan seadanya. Beberapa tempat di laluan adalah cantik, dengan berlatar belakangkan padang rumput, berbukit, menghijau, beralun. Hujan pada hari sebelumnya menjadikan laluan di ladang kelapa sawit adalah licin, dan dan seterusnya berair di beberapa tempat. Bberapa tempat juga diserikan dengan "najis" lembu (heheh).

5. Keseluruhannya laluan adalah selesa dan menarik, cuma "sesak"di beberapa tempat, menunggu giliran untuk berlari. Beberapa water station disediakan, dan aiskrim disediakan di km9.5, sebelum mendaki bukit.

6. Cut off jam 10:00am ditetapkan di CP KM9.5 bagi memastikan semua pelari sampai sebelum 10:30am digarisan penamat. Laluan menuju ke penamat, memasuki kawasan pekan disambut dengan pancuran air oleh Bomba.

7. Tamat, pelari diberikan medal, air botol (dibuka dengan medal bertindak sebagai pembuka botol), tuala kecil, biskut tiger juga. Oh ya, saya tamat dengan 2:45hrs untuk jarak hampir 13km, menggunakan sepenuhnya COT yang disediakan. Bergambar di sana-sini, menikmati permandangan, bersorak dan sebagainya Suatu acara yang baik, dan menyeronokkan buat saya.

8. Tahniah kepada semua rakan pelari, penganjur, penyokong dan semua yang menjayakan Deuter International Trail Run 2016. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada Max7 ( http://max7official.com/ ) , atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai acara ini.

LARIAN BERSAMA BOMBA 2016


7 Mei 2016
Dataran Merdeka 
7:30 pagi

1. Ini adalah edisi ke-14 Larian Bomba, salah satu larian 10km paling kompetitif di Kuala Lumpur. Medal yang ditawarkan adalah terhad, dan penyertaan adalah membanggakan saban tahun. Meriah beribu pelari.

2. Dilepaskan oleh YB Menteri KPKT, laluan pelari adalah menghala ke Bukit Tunku, seterusnya ke Jln depan Istana, Jalan parlimen dan tamat di Dataran Merdeka. Laluan adalah berbukit di beberapa tempat.

3. Water Station adalah cukup, kawalan trafik adalah baik. Tamat diberikan medal (kepada yang layak), sijil dan air. 100 plus juga disediakan. Gerai pameran juga disediakan. Di samping itu, lori bomba dibuka untuk pendedahan umum. Maka, apa lagi sesi bergambar berterusan.

4. Keseluruhannya, suatu acara yang baik, sangat kompetitif dan meriah. Mana yang tidak dapat medal, boleh cuba lagi tahun depan.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...