Thursday, 12 May 2016

KENYATAAN AKHBAR: GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES

GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES
PUTRAJAYA, 12 Mei 2016 – Sejak tahun 2013, program myBuddies anjuran MYNIC telah berkembang mengikut trend masa kini dan pada tahun ini tumpuan lebih kepada pengamalan gaya hidup sihat. Matlamat utama adalah untung meningkatkan kesihatan dan kecergasan masyarakat umum di seluruh negara di samping menggalakkan aktiviti dalam talian di kalangan rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2016, 2 acara dilancarkan dibawah program ini iaitu myBuddies Strikers dan myBuddies Run.
myBuddies Strikers 2016
1. myBuddies Strikers akan membawakan 2 pertanding boling bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya pada 29 Mei 2016 dan 14 Ogos 2016. Membawakan elemen semangat berpasukan serta mensasarkan lebih 200 peserta terutamanya generasi muda.
2. “myBuddies Strikers mensasakan pencarian pemain remaja yang berbakat besar di Malaysia dan pada masa yang sama ia turut membuka peluang mengasah bakat para pemain melalui pendedahan kemahiran teknikal dan pengalaman permainan. Para peserta juga berpeluang membangunkan kemahiran luar bidang seperti bidang ICT, untuk membolehkan mereka memperlihatkan potensi untuk mebentuk tahap kepimpinan dalam segala bidang yang dipilih”, kata Husnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, MYNIC.
3. Boling adalah salah satu sukan yang menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan belia Malaysia selain sukan seperti futsal, badminton dan larian. Melalui populariti yang semakin meningkat, myBuddies Strikers diramal dapat menghubung dan membina satu komuniti di kalangan para peminat sukan boling.
4. myBuddies Strikers ini turut disokong oleh beberapa rakan strategik termasuklah Wangsa Bowl, Ten Senses (M) Sdn. Bhd. Dan Howei Sdn. Bhd. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM240 bagi satu kumpulan, pemain berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6,000. Setakat ini sebanyak lebih 32 kumpulan telah membuat pendaftaran dalam talian untuk menyertai program ini.
myBuddies Run 2016
5. Melalui kejayaan Larian Sehati Sejiwa dan myBuddies Run 2015, telah menjadikan program myBuddies Run 2016 sebagai salah satu acara larian yang paling dinantikan oleh masyarakat Malaysia. myBuddies Run telah menarik perhatian golongan pelari tempatan untuk mencabar diri menerokai laluan baharu yang merangkumi mercu tanda indah dan bersejarah di sekitar pinggir Cyberjaya dan Putrajaya.
6. Husnul berkata, “Acara larian ini adalah gabungan aktiviti kecergasan yang turut diterapkan elemen kemeriahan. Kami percaya myBuddies Run telah menjadi satu program gaya hidup sihat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Program kali ini bukan sahaja akan menambah bilangan peserta dan pengalaman peserta tetatpi turut mengalami evolusi penambahbaikan yang lebih inovatif terhadap penagnjuran pertandingan.”
7. Membawakan konsep larian bertopeng, ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km, dan 10km yang akan menyaksikan sejumlah 7,000 peserta akan mengambil bahagian dalm acara ini. Hadiah menarik berupa wang tunai bernilai lebih daripada RM12,000 turut ditawarkan ekpada pemenang kategori 10km.
8. myBuddies Run dianjurkan bersempenan Hari Kebangsaan 2016 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari yang penuh bersejarah di samping menyemarakkan semangat perpaduan negara. Program ini akan diadakan pada 21 Ogos 2016 dan disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
9. Semua peserta program-program myBuddies layan untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM65,000 termasuk sebuah Proton Iriz, basikal berjenama dan hadiah-hadiah lain. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang www.mybuddies.my .
10. Sebagai sebahagian daripada objektif MYNIC untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif, semua peserta program myBuddies akan menerima nama domain .MY atau antivirus. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat internet dan perniagaan dalam talian.
11. “Ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih menonjol dalam pemasaran perniagaan mereka secara dalam talian. Nama domain .MY amat bergunan untuk penjenamaan mereka dan akan membuat ia lebih mudah bagi mereka untuk memulakan aktiviti dalam talian mereka,” kata Husnul.
12. MYNIC adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastrukur ICT di Malaysia.
Gambar: ehsan MYNIC

Ehsan:MYNIC

Ehsan :MYNIC

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...