Thursday, 28 May 2015

Road To Half Season Finale



Pantas masa berlalu. Ahad ini saya akan menamatkan separuh musim 2015.
Tahun ini pemilihan acara lebih selektif.

Dan Perlis menjadi destinasi berikutnya.

XOXO

First DNS of the Year


Team Malaysia Fan Run 2015 akan berlangsung Ahad ini. TMFR merupakan larian pertama saya kira-kira 3 tahun lalu, Jun 2012.

Saya akan DNS edisi 2015. Tiada anniversary run TMFR untuk saya.

Selamat berjaya kepada semua.

Namun, saya akan berlari di Utara pada hujung minggu ini dalam meneruskan misi berlari di acara rasmi di seluruh negeri di Malaysia.

XOXO


Sunday, 24 May 2015

Great Eastern Colour My Heart Run / Live Great Run 2015

Dataran Merdeka
Kuala Lumpur 
7 pagi, 24 Mei 2015



1. Ini merupakan edisi ke-4 saya sertai Live Great Run, salah satu acara 12 km kegemaran saya. Selepas 3 tahun berlokasikan MATRADE, pada tahun 2015, lokasi dibawa ke Dataran Merdeka.


2. Tahun ini terdapat 2 kategori 5km Colour My Heart Run dan Live Great Run 12km. Bilangan peserta tahun ini amatlah ramai, dianggarkan lebih 16,000 menyertai bagi semua kategori. Oh ya, Dataran Merdeka ada sambutan Hari Unesco juga hari ini. Maka, kesesakan berganda.


3. Seperti biasa memilih untuk bertemakan riang riana. Kategori 12km dilepaskan pada 7:00 am, laluan adalah melalui bukit Tunku, di mana kebanyakan pelari sudah mengetahui selok belok laluan berbukit di situ. Bila dan di mana untuk berehat, sekiranya perlu. Terdapat 3 WS disediakan sepanjang laluan 12km.


4. Untuk kategori 5km, terdapat 5 stesen fun berwarna disediakan. Laluan 12km dan 5 bertemu di sekitar selepas km10.


5. Prestasi saya? – Menamatkan larian dengan 1:19. Selepas km 10, saya “disimbah” warna, maka, sampai ke garisan penamat saya berwarna. Seterusnya, apa lagi warna dan warna. Hahahha Meriah. Seperti tahun lepas, ada Milo, dan taufu fa, pisang, revive, mineral water. Oh ya, medal tahun ini adalah so-so saja. Tapi kira oklah kan. Selepas 3 kali dapat medal cantik GE. Haha.


6. Suasana seperti carnival memeriahkan post-race, ada kaunter print selfie, sesi kuiz, zumba dan persembahan artis. Kawasan penamat agak sesak, pabila 5km / 12km runners tiba serentak. Panjang juga barisan beratur. Rujuk gambar.


7. Aktiviti lepas lari seperti biasa, bergambar dengan rakan-rakan. Seronok dalam keribuan pelari, dapat jumpa kenalan baharu, lama dsbnya. Tahniah kepada semua.


8. Keseluruhannya, larian GE kali ini baik dan biasa-biasa sahaja pada saya, di mana 3 edisi terdahulu lebih "Great". Namun, Seronok juga berwarna –warni. Namun, tidak semua boleh terima perkara ini, pabila baju disimbah pewarna. Maka, perkara ini perlu diberi perhatian, begitu juga Q selepas tamat, trafik control dsbnya. Sesak untuk late runners. Medik juga perlu diberi perhatian. 


9. Edisi ke-5? Tengoklah macam mana tahun depan.


XOXO



Monday, 18 May 2015

T-138 Standard Chartered KL Marathon 2015

Semalam 18.5.2015, SCKLM15 dilancarkan.
Dan hari pertama pendaftaran telah mendapat ribuan pendaftaran.
35,000 pelari dijangka untuk semua kategori pada tahun ini.

Selamat berlatih untuk kategori pilihan anda.

Jumpa anda di sana. 

Tuesday, 12 May 2015

Route 68 Challenge 2015


Route 68 Challenge 2015

Gombak
6:00 am
10 Mei 2015
50km | 68km



1. Kategori 68km dilepaskan pada jam 6:00 pagi. Ketegori 50km dilepaskan pada 7:00 pagi. Untuk 50km, laluan adalah dari dewan komuniti orang asli, menuju ke Genting Sempah, seterusnya ke u-turn di Bukit Tinggi T-Junction, 25km sehala. Kemudian berpatah balik ke Dewan Komuniti Orang Asli, Gombak.



2. Hampir lebih 700 orang pelari bagi semua kategori, suasana meriah awal pagi Ahad. Berlari dengan pace selesa. Hujan dalam perjalanan, malas berponcho, saya berpayung. Haha. Meneruskan perjalanan mendaki hingga km 16. Seterusnya, laluan menuruni bukit ke u-turn. Cantik panaroma di laluan, kelihatan lebuh raya karak, sayup di bawah sana. Hutan conifer berhampiran simpang janda baik juga menarik.



3. Berjaya mengekalkan rentak hingga ke km23, terima kasih AJ yang sudi jadi pacer/pacee. Melintasi km 25 dengan 3:25, berada dalam posisi yg sipi-sipi untuk sub-7hrs. Walau bagaimanpun, selepas u-turn laluan mendaki mula menjejaskan rentak. Lebih banyak berjalan laju dari berlari.Terima kasih Bad, Azza, Hatiku Frozen, dan rakan yang datang support di km 23, sedap air teh o ais limau. 



4. Laluan yang mempunyai u-turn membolehkan pelari ber hi-5 dengan rakan-rakan yang dah berpatah balik. Motivas gitu. Dari km30 ke 34, cuaca mulai panas. Berjalan sambil kawal diri supaya cramp tidak merencatkan perjalanan. Singgah basuh muka dan berehat di air bukit bersama zam zam, mizan dan semua. Seterusnya bergegas menghala ke CP Genting Sempah. Seronok jumpa RKs yg datang bagi sokongan di sini dan sepanjang jalan. Di CP Genting Sempah, saya rehat lama, cramp dan sampai ke perut. Puas berehat, perjuangan perlu diteruskan dengan berkaki ayam seketika, dalam 1.5km kot.



5. Laluan menurun bukit selepas km35 sedikit melegakan. Sesekali terasa sunyi kerana runner jauh di depan dan di belakang. Terima kasih kepada Essy yang sudi pace beberapa km hingga ke penamat. Seronok berkenalan dengan beberapa rakan sepanjang perjuangan. Terima kasih pada Yayha & Ayang Ati yg dari jauh jerit-jerit sokongan dalam hutan, tidak lupa Zuki dan Sobri, seronok kita melantak tembikai gitu.



6. Menghampiri 3km terakhir, cramp bagaikan tidak dapat dielak, rasanya mcam setiap 500 meter berhenti berehat. Teruja dengan motivasi pelari-pelari,dan sokongan semua, berjaya juga menamatkan cabaran 50 km dalam masa 8:18 (Cut off 9 hours). Terharu dan gembira melihat rakan-rakan member sokongan di garisan penamat. Lepas tamat, agak cranky, kerana cramp yg tak surut-surut. Namun, kegembiraan harus dikongsi berasama rakan-rakan. Seperti biasa, bergambar, makan, borak, insaf, dan macam-macam. Seterusnya, lepak di finishing area hingga ke lepas cutoff 12hrs (68km) abis. Hujan lebat. 



7. Keseluruhannya Route 68 adalah baik. WS yg cukup air, food , serta cheerful volunteers. Cabaran dengan cutoff yang strict, memberikan motivasi kepada pelari. Tahniah kepada semua, penganjur, cheerful volunteers, rakan-rakan pelari, supporters, photogs, dan semua yang terlibat langsung atau tidak dalam R68. Setiap acara, pengalaman itu adalah bermakna. Moga berjumpa lagi Malaysia Federal Route 68. 



** Jalan Persekutan 68 adalah jalan lama menghubungkan Gombak ke Bentong. Sebelum siapnya Lebuhraya KL – Karak, ia merupakan laluan utama ke Ibu Kota. Laluan sepanjang jalan ini adalah ditemani hutan, berselekoh sana-sini, berbukit. Panorama di puncak jalan ini juga mempersonakan.

9 To 5 Run

9 May 2015

Sabtu
Dataran MOF
Putrajaya 

1. Dilepaskan oleh YAB PM, dalam suasana hujan jam 7:30 am. Ribuan pelari dilepaskan serentak.

2. Laluan 10km dan 5km dipisahkan. Seperti biasa, bila ramai2, brace yourself, people start walking right after crossing timing mat/garisan permulaan.

3. Meriah sepanjang jalan dengan baju biru. WS mencukupi air. Laluan terkawal, cuma Seperti biasa ramai2, ada yg Tak ikut lorong ditetapkan.

4. Tamat diberikan medal, air. Seronok pagi ini jumpa ramai rakan baharu, lama, familiar Dan sebagainya. Bergambar dengan rakan2 sambil tunggu lucky draw, Tak dapat.

5. Keseluruhannya, acara yg OK pada hemat Saya dengan yuran murah, keselamatan terkawal dan yg penting dapat berlari bersama rakan2.

Monday, 4 May 2015

GME 30

Gme30

********
29 bulan, 30 marathon. Ketika mula-mula tamat marathon pertama dahulu (November 2012), tidak terlintas ianya akan terus menyeronokkan.
Bulan depan saya akan meraikan ulang tahun ketiga bergiat menyertai acara larian.
Pantas masa berlalu. Setiap acara suatu pengalaman dan pembelajaran yang baharu. Setiap medal mengingatkan saya kepada proses, pengalaman, persahabatan dan motivasi. 
Moga terus dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan untuk terus berlari dan memberi/mendapat inspirasi daripada/kepada rakan2 lain. Kerana larian harus dinikmati.

Borneo International Marathon 2015 : My Special Number 30


Stadium Likas

3:00 am
3 Mei 2015

REPC

1. Hadir ke KK pada 1 Mei 2015. Sempat ber fun run di Taman Perdana, Tg. Aru. Best juga berlari di Taman ini pada malam hari.

2. REPC berjalan lancar dan cepat di Suria Sabah pada 2 Mei 2015. Seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan pelari. Terdapat beberapa booth menjual barangan keperluan larian, dan sebagainya. 

Race Day


3. Ini merupakan pernyertaan ketiga saya dalam BIM. BIM2015 lebih manis kerana ia adalah marathon ke-30. Mengetahui cutoff tahun ini dinaikkan ke 7hrs, maka saya boleh beriang riana seadanya sepanjang 42.195km (hasilnya 43.34km Garmin).

4. Seperti biasa, tiba di stadium beramah mesra dengan rakan pelari dan bergambar. Thn ini lebih ramai pelari utk kategori FM (begitu juga keseluruhan peserta bagi semua kategori).

5. Dilepaskan jam 3:00 am, laluan Seperti biasa membawa ke Bandar KK, seterusnya patah balik ke stadium Likas dan keluar ke Jalan Teluk Likas menghala ke UMS, pusing UMS dan keluar ke Jalan depan One Borneo sebelum u-turn di km30 di Kali ini di Jalan University Apartment, lebIH awal daripada laluan tahun lepas kerana jarak tambahan pusing fakulti perubatan UMS.

6. Terdapat 10WS. Tahun ini WS lebih baik, banyak ice, dan air mencukupi (walaupun Terdapat maklum balas bahawa WS bagi km2 terakhir dh kurang air bagi late runners). Spray juga ada, Dan Marshall berbasikal sesekali sekala mempelawa khidmat spray.

7. Cuaca tahun ini adalah panas, tapi Saya berpendapat tahun lepas lagi panas. Pengurusan trafik agak ok utk jalan Teluk Likas ke garisan penamat. Dua-Dua belah Jalan digunakan, takperlu melintas semula untuk ke simpang ke stadium dari Jalan sebelah.

8. Pengurusan garisan penamat lebih kemas, dengan barricade antara trek dan padang Dan ruangan supporters. Cuma timing pada arca penamat tiada. Pancuran air di 2 spot dapat melegakan kepanasan. Muzik di 2 bulatan ada awal2 pagi memberikan mood kepada pelari, terdapat juga cheerleaders serta drummers menyokong pelari.

9. Prestasi saya adalah 6:31. Lari Dan Jalan sepanjang Jalan. singgah Selfie bergambar, minum air kelapa, borak2, hi 5 pelari2 lain. 200meter terakhir dalam stadium amat mengujakan. Sorakan dan sokongan rakan2 di stadium memberi tenaga bagi menamatkan dengan FM30 dengan jayanya. Usai lintasi garisan penamat, dapatkan medal, air, pek finisher. Tahun ini tiada makanan (Seperti bihun) Seperti tahun lepas.

10. Lepak di stadium hingga selepas 8hrs race. Bergambar, saling tukar ucapan Tahniah Dan menikmati kegembiraan garisan penamat bersama rakan-rakan pelari. Seronok BIM kali dpt bertemu rakan2 baharu, lama serta mengetahui ada yg pertama kali dalam jarak masing2. Terima kasih semua.

11. Keseluruhannya BIM2015, pada hemat Saya adalah baik.Selesai episod 30. Jumpa di episod akan datang. Kerana marathon (dan larian) itu meriangkan. Tarikh untuk BIM 2016 adalah 1 Mei.

**Lebih gambar dlm album di fb


Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...