Tuesday, 12 May 2015

Route 68 Challenge 2015


Route 68 Challenge 2015

Gombak
6:00 am
10 Mei 2015
50km | 68km



1. Kategori 68km dilepaskan pada jam 6:00 pagi. Ketegori 50km dilepaskan pada 7:00 pagi. Untuk 50km, laluan adalah dari dewan komuniti orang asli, menuju ke Genting Sempah, seterusnya ke u-turn di Bukit Tinggi T-Junction, 25km sehala. Kemudian berpatah balik ke Dewan Komuniti Orang Asli, Gombak.



2. Hampir lebih 700 orang pelari bagi semua kategori, suasana meriah awal pagi Ahad. Berlari dengan pace selesa. Hujan dalam perjalanan, malas berponcho, saya berpayung. Haha. Meneruskan perjalanan mendaki hingga km 16. Seterusnya, laluan menuruni bukit ke u-turn. Cantik panaroma di laluan, kelihatan lebuh raya karak, sayup di bawah sana. Hutan conifer berhampiran simpang janda baik juga menarik.



3. Berjaya mengekalkan rentak hingga ke km23, terima kasih AJ yang sudi jadi pacer/pacee. Melintasi km 25 dengan 3:25, berada dalam posisi yg sipi-sipi untuk sub-7hrs. Walau bagaimanpun, selepas u-turn laluan mendaki mula menjejaskan rentak. Lebih banyak berjalan laju dari berlari.Terima kasih Bad, Azza, Hatiku Frozen, dan rakan yang datang support di km 23, sedap air teh o ais limau. 



4. Laluan yang mempunyai u-turn membolehkan pelari ber hi-5 dengan rakan-rakan yang dah berpatah balik. Motivas gitu. Dari km30 ke 34, cuaca mulai panas. Berjalan sambil kawal diri supaya cramp tidak merencatkan perjalanan. Singgah basuh muka dan berehat di air bukit bersama zam zam, mizan dan semua. Seterusnya bergegas menghala ke CP Genting Sempah. Seronok jumpa RKs yg datang bagi sokongan di sini dan sepanjang jalan. Di CP Genting Sempah, saya rehat lama, cramp dan sampai ke perut. Puas berehat, perjuangan perlu diteruskan dengan berkaki ayam seketika, dalam 1.5km kot.



5. Laluan menurun bukit selepas km35 sedikit melegakan. Sesekali terasa sunyi kerana runner jauh di depan dan di belakang. Terima kasih kepada Essy yang sudi pace beberapa km hingga ke penamat. Seronok berkenalan dengan beberapa rakan sepanjang perjuangan. Terima kasih pada Yayha & Ayang Ati yg dari jauh jerit-jerit sokongan dalam hutan, tidak lupa Zuki dan Sobri, seronok kita melantak tembikai gitu.



6. Menghampiri 3km terakhir, cramp bagaikan tidak dapat dielak, rasanya mcam setiap 500 meter berhenti berehat. Teruja dengan motivasi pelari-pelari,dan sokongan semua, berjaya juga menamatkan cabaran 50 km dalam masa 8:18 (Cut off 9 hours). Terharu dan gembira melihat rakan-rakan member sokongan di garisan penamat. Lepas tamat, agak cranky, kerana cramp yg tak surut-surut. Namun, kegembiraan harus dikongsi berasama rakan-rakan. Seperti biasa, bergambar, makan, borak, insaf, dan macam-macam. Seterusnya, lepak di finishing area hingga ke lepas cutoff 12hrs (68km) abis. Hujan lebat. 



7. Keseluruhannya Route 68 adalah baik. WS yg cukup air, food , serta cheerful volunteers. Cabaran dengan cutoff yang strict, memberikan motivasi kepada pelari. Tahniah kepada semua, penganjur, cheerful volunteers, rakan-rakan pelari, supporters, photogs, dan semua yang terlibat langsung atau tidak dalam R68. Setiap acara, pengalaman itu adalah bermakna. Moga berjumpa lagi Malaysia Federal Route 68. 



** Jalan Persekutan 68 adalah jalan lama menghubungkan Gombak ke Bentong. Sebelum siapnya Lebuhraya KL – Karak, ia merupakan laluan utama ke Ibu Kota. Laluan sepanjang jalan ini adalah ditemani hutan, berselekoh sana-sini, berbukit. Panorama di puncak jalan ini juga mempersonakan.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...