Sunday 12 January 2014

Penang Run 2013/2014: Series 4; The Finale

12 Januari 2014
5:30 pagi
Teluk Bahang - Esplanade Padang Kota
22.2 km

1. Kumpul di padang kota jam 4 pagi. Naik shuttle bus ke empangan teluk bahang. Kali ini agak ramai runners. Aura finale penang run kot.

2. Patut dilepaskan 5:30, tapi 5:45 baru dilepas kan selepas beberapa minit bas terakhir tiba. Percikan bunga api mengiringi pelepasan.

3. Seperti biasa aku bermula dari belakang. Sasaran adalah akan buat solat stop di masjid terdekat, batu feringgi. Barlari dengan pace 7:00, kali terasa berat untuk lebih pantas. Di km5.8, berhenti solat subuh dan toilet break.

4. Sambung semula larian, agak kurang sudah runners di belakang. Berlari dengan pace sendiri. Berhenti disetiap water station.

5. Laluan dari teluk bahang - batu feringgi - teluk bungah agak menarik, walaupun sempit. Sambil dibuai bayu dingin pagi. 

7. Menghampiri simpang ke Gurney Drive, cuaca mula panas sikit. Kat sini, dah mula jalan/lari/jalan. Dari gurney drive, masuk ke laluan menghala ke padang kota.

8. Menamatkan larian dengan 2:52. Oklah kot kan. Rasa penat nak push. Mungkin kesan dari hiking di taman negara semalam dan kurang tidor (alasan). Hehe. 

9. Lepas tamat seperti biasa, segera dapatkan medal, post race foods dan cooling down. Nasi lemak membuka selera. 

10. Kemudian, bergambar2 dengan rakan-rakan runners. Berkongsi kegembiraan dengan show off finisher tee serta medal2.

11. Lepak di esplanade tu hingga lucky draw. Seperti biasa, tidak bertuah. haha.

12. Keseluruhannya, penang run adalah best. 84km pusing pulau dgn 4 half marathon. Penganjuran yang baik.

Hingga berjumpa di larian akan datang.

Run Gme Run











Thursday 9 January 2014

Hiking to Kem Pacat, Gunung Nuang, Selangor

4 Januari.


Ni aktiviti adhoc. Dapat sms dari aizat ajak hiking nuang trail.


Terus on pada pagi sabtu.


Pertama kali sampai ke kawasan Pangsun, dan kaki gunung nuang.


Tujuan pagi ini adalah untuk hiking sampai ke kem lolo. Sekali terlajak sampai ke kem pacat. 


Sangat suka hutan buluh pinggir trail di nuang ini. Pokok2 unik pun banyak.


Di km 6, agak terkejut bila terjumpa seekor kura-kura yang enak menjamu selera cendawan.


Beberapa kali tersadung, laluan agak licin kerana lepas hujan.


Sampai di kem pacat, hilang penat, menikmati pokok2 yang unik di kawasan lapang di situ.


Mengelakkan terperangkap dalam gelap, segera turun dari kem pacat selepas berehat seketika.


Deruan air terjun di beberapa lokasi pinggir trail sungguh mendamaikan. Membasahkan muka dan bermain air terjun di situ sungguh menenangkan.


Kira-kira 3km sebelum tamat sampai di pintu masuk. Hujan agak lebat. Bertabahlah kami berlari sambil mengelak kelicinan trail. 


Lepas 5 jam dan 16 km, selamat tiba di pintu masuk.

Suatu pengalaman menarik di nuang trail pagi ini.


Mungkin di masa akan datang saya harus sampai ke puncak nuang itu. 


Itu sahaja pengalaman ke kaki nuang pada hari ini.


Malaysia mempersona.


Selamat tahun melawat Malaysia 2014!









Sunday 5 January 2014

MPIB Run 2014 - My First Run

5 Januari 2014
Padang Merbok
Jam 7.00 pagi
12km

Race pertama untuk tahun 2014.

Agak ramai runners tahun ini.

Laluan seperti biasa, berbukit "double hills" di bukit tunku.

Menamatkan cabaran dgn 1:28. Lagi teruk daripada timing tahun lepas (1:14).

Seperti biasa lepas tamat, beratur agak panjang tahun ini untuk ambil medal dan post race hospitaliti.

Bergambar-gambar dengan rakan-rakan sepelarian. Bertukar-tukar ucapan tahniah.

Itu aje report untuk race pertama tahun ini.

Run Gme Run.


Thursday 2 January 2014

Tahun Baru 2014

Tema 2014 adalah selektif.
Di mana akan cuba selektif dalam join event/race.


2014 dimulakan dengan hiking bukit broga bersama rakan2 baik.

Dah lama tak ke sini. Mengah dan semput. hehe.

Meriah pagi tahun baru di Bukit Broga.






Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...