Sunday, 26 May 2013

Hatyai Marathon 2013

Hatyai Marathon 2013
26 Mei 2013
Mula/Tamat: Jinarokorn Stadium
Jam: 3.30 pagi

Pre-Race
25 Mei 2013

  • Datang ke Hatyai buat pertama kali (pertama kali juga jejak tanah Thailand). Naik bas dari Pudu Sentral ke Lee Garden Plaza di Hatyai. Berjam-jam juga untuk sampai kerana Q di border sangat lah lama. Ramai org berhujung minggu.
  • Check in di JB Hansa Hotel. Agak jauh dari pusat bandar. Tetapi agak dekat dengan Stadium.
  • Ambil bib di stadium. Meriah dengan runners yang ramai juga mahu mendaftar.
  • Sesi berkenalan dengan Malaysian runners yang lain yang selama ini just follow blog diaorang dan terjumpa di race terdahulu.
  • Lepak dan berkongsi pengalaman dengan diaorang. Meriah. Happening.
  • Oh ya, kawasan luar stadium tempat ambil bib ni sungguhlah macam pasar uptown, kerana semua pakaian terutama berkaitan dengan sukan, dijual dengan murah-murah. Kasut pun murah. Tapi faham2 lah kan, fake gred AAA. Hehe.
  • Naik tuk-tuk pergi makan dekat restoran pokok mangga. Nah, sekumpulan runners serbu kedai ini. Meriah. Makan ramai2 memang best. Mesra. Menu wajib adalah tomyam, kerabu mangga, ikan masak steam, dan ayam.
  • Penat dan kenyang makan. Sambung berjalan di sekitar pasar tepi Lee Garden Plaza. Lepas tu semua balik ke hotel dan rehat, sebelum sambung carboloading di stadium petang nanti.
  • Lepas berehat kejap di hotel, aku pergi pasar terapung Khlong Hae. Pasar di mana orang jual dalam sampan di dalam sungai.
  • Balik hotel, rehat lagi sekali. Petang tu, pergi carbo loading di stadium. Nah, macam kenduri hospitaliti Thais ni. Best. Nasi telur dadar, bubur segala.
  • Kemudian, sambung gi dinner di restoran kelantan. Lepas tu, merayau malam di kawasan lee plaza yang meriah itu.
  • Tamat, balik hotel rehat dan bersedia untuk race.
Race Day
26 Mei 2013

  • Awal-awal pagi bersiap dan terus jalan kaki ke stadium. Jumpa group semalam. Borak-borak dan warm up. Bergambar juga. 
  • Lepas itu, diiringi oleh pasukan pancaragam, pelari diarak dari stadium ke jalan besar depan stadium untuk pelepasan.
  • Bertukar2 kata-kata semangat. Dan 3.30 pagi, marathon dilepaskan.
  • Sasaran aku untuk marathon ke-7 ini adalah untuk buat PB, walau bagaimanapun, bergantung pada prestasi untuk 10km dan 21km pertama.
  • Berlari dalam bandar Hatyai, jalan kosong lagi awal pagi, marshall memainkan peranan.
  • Laluan diteruskan ke kawasan kampung, siap lalu kawasan floating market. tapi gelap dan tak nampak apa. Lampu jalan ada, tetapi tetap terasa gelap.
  • Nampaknya seawal water station yang pertama lagi aku dah berenti dan ambil nafas. Rasa macam lambat panas pulak pagi ini.
  • KM10, aku check gps, dalam masa 1:18, nampaknya kena ubah strategi dari sasaran PB dan target bawah 6 jam. Ini kerana aku berlari dengan amat slow, setiap kali nak berjalan je, terpaksa motivasikan diri untuk berlari.
  • Dari kawasan kampung, masuk ke highway yang sangat lurus, untuk buat u-turn di km24. Highway ditutup sepenuhnya 2 lorong awal pagi ini. Terdapat beberapa tempat yang kurang lampu dan agak gelap (dan gelita).
  • KM21, check gps balik, 2:45. Dan mula berlari secara mental untuk tamat sebelum 6 jam.
  • Aku melepasi km30 dalam 4;10, pergh, banyak jalan dan lari kejap dan jalan lagi. (Nah, salahkan diri sendiri kerana kurang latihan dan LSD). Bagi nak elakkan cramp, aku berlari 2 tiang lampu dan jalan 2 tiang lampu. 
  • Cuaca lepas u-turn mulai panas. Pergh amat panas. Mujur di setiap water station di sepanjang highway ada tembikai, air sirap, air ors, wet tisu segala. Yang best air sentiasa sejuk.
  • Ada beberapa tempat yang tidak berpokok di sepanjang highway. Maka, bertabahlah berlari/berjalan menahan mentari.
  • Kadang-kadang, agak bahaya pula, bila highway dibuka sepenuhnya, jalan kembali sibuk dan semua kenderaan laju. Terdapat beberapa simpang, marshall tiada. Namun, semua terkawal.
  • Lari/Jalan hingga ke last water station. Minum air sirap hijau. Sedap. Nampak tuk2 banyak. hehee. terpikir gak nak naik tuk tuk je. hahaha.
  • Berlari 2km terakhir di bandar menuju ke stadium. Tengok jam ada 15 minit sebelum 6 jam. Maka, terus gigih melawan kesakitan dan kemalasan (untuk berlari), berlari-lari anak di tengah jalan raya yang busy (mujur ada polis berkawal, agak scary juga ditengah2 jalan ni).
  • Berjaya juga melintasi garisan penamat dalam 5:58.
  • Misi sub-6hrs berjaya
  • Misi PB tertangguh ke marathon akan datang.
  • Lepas ambil baju penamat (yang ceria), medal (yang unik ada logo padi), terus minum coke yang banyak. Pergi ke runners welfare area, ada nasi beriyani, aku makan sikit je. Sedap, tapi rasa dahaga mengatasi segala-galanya, maka, minum coke, fanta oren, fanta strawberi segala.
  • Cool down. Lepas itu, pergi lepak dengan group runners malaysia. Bagi sokongan kat runners lain yang sedang menamatkan larian.
  • Kemudian, bergambar2 kenangan.
  • Lepas tu, aku berundur diri awal untuk kejar bas ke butterworth dan seterusnya sambung perjalanan ke KL.
Secara keseluruhannya, seronok berlari di Hatyai Marathon ini. Berbaloi. Bayar RM50, dapat event tee dam finisher tee yang ceria, pastu medal penamat yang unik, fee pre-race carboloading dan post race food yang banyak.
Pastinya akan kembali lagi ke sini. Pengurusan race adalah baik, hospitaliti yang best, water station yang sentiasa sejuk, bekalan tembikai yang mencukupi. Satu je yang kurang best, iaitu terdapat kawasan yang gelap, dan kawalan marshall agak kurang dibeberap persimpangan bila jalan dibuka semula.

Hingga bertemu di larian akan datang.

#Run Gme Run.
Results dr championchip thailand seperti berikut:

347 30M 56 MOHD AZMI BIN ISA MAS M 30-34 27 05:08:21 03:15:56 05:59:54 05:58:50









Thursday, 23 May 2013

Bukit Broga


Rasanya kali terakhir ke Broga ini adalah tahun 2010.
Lama sudah.
Hari ini, 24 Mei, kebetulan cuti umum sebab hari Wesak. Aku berkesempatan ke sini.
Seperti biasa kawasan parking di ladang kelapa sawit tu dah meriah awal-awal pagi ini.
Dan semestinya ramai sudah datang awal-awal tengok sunrise bagai.

Pagi ini aku ke puncak no.2 dan 3 sahaja. Malas nk teruskan ke puncak atas. Penat dan ramai orang.
Lagi satu, spertibiasa aku akan gayat untuk melepasan puncak no. 1.

Sekarang di puncak no.1 ada tali dan laluan macam bertangga sudah. Senang sikit orang nak daki. Dulu tak ada semua ini dan laluan dia kemas je dulu. Tapi agak mencabar juga (pada aku) untuk daki puncak pertama ini kerana agak licin dan kering trek nya. Terpaksalah buang segala kegayatan dan berjaya sampai.

Begitu juga lepas turun pun sama, agak mencabar untuk turun dari puncak no.2 ini.

Sekarang bukit broga makin popular. Ramai orang. Dan trek pun agak ok sekarang, cuma masih ada yang suka buang botol air merata-rata. Huhu.

Lepas turun. Aku lepak minum air kelapa kat kawasan parking kat bawh tu.


Selasai sudah mendaki broga kali ini. Di lain masa akan cuba untuk sampai ke puncak terakhir sekali. Dengan harapan orang tak ramai dan Q x panjang.

:)






Sunday, 19 May 2013

Milo Malaysia Breakfast Day 7km Run

Tarikh: 19 Mei 2013
Tempat: Padang Kawad UPM
Masa: 7.00 pagi
Jarak: 7km

Lebih 5,000 runners mula berkumpul di UPM seawal pagi. Memang ramai. Dan oleh kerana larian ini tajaan Milo sempena Hari Sarapan Malaysia, maka, memang ekspektasi tinggi.

Ada dua kategori 7km dan 3km. Seperti biasa ia adalah fun run dan memang sesuai untuk semua golongan termasuklah yang baru berjinak2 dengan larian.

Bermula jam 7 pagi, laluan 7km membawa dari hadapan fakulti ekologi manusia, masuk persiaran mardi-upm, lalu depan kolej 13, lepas tu buat u-turn di server farm, masuk lebuh silikon dan seterusnya persiaran universiti ke padang kawad. Laluan menarik, ada yang berbukit. Cuma part u-turn tu agak sempit dan oleh kerana runners ramai, maka, memang sesak.

Water station seawal km2, siap ada tandas lagi.

Aku hari berlari ala2 enjoy, dan tak tertekan, lepas km4, berkali2 aku jalan. Hehe. Menamatkan larian dalam 49minit utk 7.56 km (gps).

Lepas tamat, dapat medal, pisang, seterusnya ambil goodies bag. Dalam goodies bag ada voucher. Tebus voucher dengan breakfast di gerai2. Van milo banyak. Memang puas minum milo. Gerai pun banyak pilihan. Kemudian bergambar2, lepak depan stage tgk show yg dihoskan oleh Faizal Hot FM. Depan stage tu banyak meja untuk runners bersarapan.

Memang happening tema breakfast day ni.


Keseluruhannya larian dan event yang menarik dari semua segi, walaupun beberapa tempat kawalan trafik agak so-so, kereta terperangkap menyebabkan runners berlari di celahan sempit.

Suatu acara terbaik anjuran Milo.
Tak sabar nak join lagi di masa akan datang.


Keputusan:
459 A1543 MOHD AZMI BIN ISA Net Time:00:49:35.82  Gun Time: 00:50:39.49
Total Finisher Men: 2548
  #Run Gme Run.


Nice medal.


Minum milo anda jadi sihat dan kuat


Ruang sarapan pagi depan stage




KM2, aku dh berenti kejap. hehe.


Kebaikan sarapan pagi


Dengan Milo, semua orang adalah juara sarapan

Wednesday, 15 May 2013

Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya

Hari ini nak cerita pasal Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya.

Haritu pertama kali aku berlari kat taman itu. Cantik, pokok2 kat situ pun macam iklan salem cool planet. Landskaping di taman ini mmg menarik dan terjaga.

Ada 3 bukit di taman itu. Satu loop boleh dapat 2.4km rasanya (berdasarkan gps aki haritu). Trek pun menarik, berbukit some more.

Harus kena datang lagi berlari kt sini. Selalu berlari kat taman tasik empangan ke kan.


Run Gme Run.













Sunday, 12 May 2013

Borneo International Marathon : New Date

Dapat emel daripada Sekretariat BIM 2013.

Tarikh baru adalah 25 Ogos 2013.

Harap dapat pergi ke BIM2013.

Kena semak jadual, pelan perjalanan segala. Harap tidak bertindih dengan pelan lain.

Run Gme Run!

Penang Run 2013/2014 - Series 1

Tarikh: 12 Mei 2013
Mula/Akhir: Esplanade Padang Kota Lama/SMK Teluk Kumbar
Jarak: 21km
Masa: 5:30 am
Ambil bib: Penang Town Hall (11 Mei 2013)

Ini adalah siri pertama, Penang Run 2013/2014 yang terdiri daripada 4 Siri. Maklumat lanjut mengenai larian ini (race course, entry fee, dan sebagainya boleh diperoleh di sini www.penangrun.com

Untuk larian pagi ini aku tidak mengharapkan apa-apa, memandangkan rasanya sepanjang minggu lepas kurang latihan (alasan: hujan lah, malas lah, ke hulu ke hilir lah dan macam2).

Bermula di Padang Kota, hampir 1,000 pelari (rasanya dalam 940 orang kot), berkumpul dan bersedia untuk dilepaskan pada jam 5;30 pagi. Selepas dilepaskan, pelari berlari memasuki Georgetown (wow, best berlari di kelilingi bangunan2 lama, dan jalan kosong), seterusnya masuk Jelutong Highway (bahagian ini sangatlah lurus, dan mengingatkan kepada Penang Bridge Marathon tahun lepas), seterusnya ke batu uban, lalu depan USM (lepas ni rasa ada macam berbukit sikit), terus lagi ke bayan lepas, lalu jalan sungai nibong, kawasan perindustrian tu, lepas tu lintas depan airport, kemudian memasuki pekan bayan lepas (betul ke?), lalu jalan berbukit menuju ke SMK Teluk Kumbar.

Seperti biasa aku bermula dari kelompok belakang. Berlari dengan strategi untuk berhenti solat subuh sekitar jam 6:00 pagi. Berlari hingga km3, jumpa surau tepi jalan nak ke Jelutong. Lepas solat, terasa fresh dan sambung lari. Kemudian, timbul pula masalah baru  sedang enak berlari, rasa tidak sedap perut. Huhu. Terpaksalah berlari/berjalan dengan pantasnya hingga jumpa Shell (rasanya tepi highway tu kot). 

Kemudian, berlari lagi, melintasi KM10, tgk jam dan 1:21, nampaknya aku mulai tahu yang aku berlari dengan sangat perlahan. Pandang belakang, nampak belon pacer 3jam ada. Pertama kali aku berlari hal marathon dalam keadaan agak "stress" supaya tidak kena potong dengan pacer 3jam. Terasa macam pertama kali lari HM lak. Haha.

Memasuki km11 - 15, aku letakkan target untuk tamatkan larian sebelum 3 jam. Memandangkan semua strategi tidak menjadi dan kaki agak berat untuk berlari. Hampir semua water station aku berhenti agak lama, minum air dan sambung nafas. He he.

Jalan lurus menghala ke Airport Penang tu kadang-kadang membosankan, kerana terlalu lurus, dan masa tu kenderaan mula banyak. Risau juga. Tapi kawalan trafik masih baik.

KM18, aku berenti bergambar depan airport. Hilangkan penat dan bosan. Seterusnya melihat catatan masa sekitar 2:23, maka, aku yakin aku boleh habiskan lagi 3km sebelum 3 jam.

Laluan dari airport menuju ke teluk kumbar tidak lurus seperti dari bandar Georgetown ke Airport, memasuki jalan pekan kecil ini, menyeronokkan. Ada kawasan berbukit, lari sikit, sambung semula dengan jalan. Kemudian, terus turun bukit berlari dan berlari menuju ke garisan penamat di dalam sekolah menengah telok kumbar. Pergh, penat, melintasi garis penamat dalam 2:51:48 (ikut jam aku). Lega dapat habiskan salah satu half marathon yang sukar buat aku (kurang latihan kot, alasan lagi kan...hahaha).

Lepas tamat, ambil medal, minum milo, tengok penyampaian hadiah, pusing-pusing kejap, bergambar dan terus tunggu bas balik semula ke Georgetown. Pertama kali aku sampai di Telok Kumbar ni. Selalu lintas je pekan ni. 

Keputusan larian pun dah keluar semalam di website penangrun.com dan championchip.com Hmmm, berjaya mengelakkan diri daripada PW, hehe....       
Memang tidak cantik masa aku, janji tamat sebelum 3 jam. Hehe.


Overall: 661 /940 Rank Mix
 

546   Rank Category : 335 A1020  MOHD AZMI BIN ISA GunTime/Official: 2:52:54  Nett Time: 2:51:27 





Keseluruhannya aku enjoy race ini, walaupun prestasi tidak membanggakan. Harus kena berlatih lagi untuk 3 siri lagi. Pengurusan larian aku kira OK, walaupun ada beberapa tempat kawalan trafik agak longgar, dan seperti biasa terdapatnya pemandu yang kurang sabar dan hon2. Huhu. 

Bersedia untuk cabaran berikutnya.

Run Gme Run.

  
Medal yang akan dicantumkan dengan 3 lagi siri


post wajib lepas lari


ni juga post wajib di depan finish line


seronok tengok runners berusaha menamatkan larian


km18, aku berenti bergambar depan simpang airport ni.


agak berbukit. ni lepas usm kot.


belon pacer 3jam untuk rujukan


bersedia di awal pagi


pelepasan di esplanade, bayu laut sebenarnya agak panas pagi itu.

Saturday, 11 May 2013

1000KM

Akhirnya hari ini berjaya melepasi 1,000km berlari (termasuk latihan dan race).

Moga terus dapat berlari.

#run gme run


Wednesday, 1 May 2013

BIM 2013: POSTPONED

Maka, hari ini sudah sah BIM 2013 ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Atas nasihat Polis, BIM ditangguhkan demi keselamatan.

Diberitakan 700 explosive items hilang di kuari di Menggatal. Takutnya.
(http://www.theborneopost.com/2013/05/01/700-detonators-explosive-items-stolen/ )
Harap semuanya selamat.


Keputusan penganjur diterima dengan hati terbuka.

Apa-apapun, weekend ini aku akan ke KK sekadar untuk bercuti. Memandangkan tiket dan penginapan semua dah bayar.
Lagipun aku memang suka KK, terutamanya waterfront dia.

Mengenai BIM, bila tarikh baru keluar nanti, kena tengok semula jadual dan $€¥
yg berkelapangan. Harap dapat berlari di BIM nanti.



Keep training.
Keep running.

Run Gme Run.





Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...