Wednesday 30 May 2012

Malaysia Airlines A380

30 Mei 2012, tarikh bersejarah bagi MAS, kerana setelah beberapa tahun tertangguh, pesawat penumpang terbesar dunia akhirnya mendarat di KLIA.

Aku berkesempatan singgah di KLIA semalam untuk menyaksikan detik bersejarah pesawat ini mendarat.

Nampaknya "livery" baharu bagi A380 ini masih belum siap sepenuhnya. Namun pesawat ini tetap gah dan mengujakan.

A380 MAS ini dijadualkan akan membuat joy ride pada 5 Jun dan seterusnya kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir sebelum penerbangan komersial sulung pada 1 Julai 2012, Kuala Lumpur ke London.

Tidak sabar rasanya untuk menaiki pesawat ini. Diharapkan MAS kembali di landasan tepat ke arah menjadi penerbangan premium terunggul.


**sebahagian gambar di bawah dikreditkan kpd member aku.
A380 MAS dan A380 Emirates
Mike November Alpha 
What a beauty bird
Engine R&R yang besar

Saturday 19 May 2012

Hadeeja Kek Lapis Segar

Hujung minggu datang lagi.
Pagi ini, aku memulakan aktiviti dengan mencari kedai Deja Moss - Hadeeja Kek Lapis Segar di Ukay Perdana.
Mula-mula sesat gak nak sampai sini, akhirnya jumpa juga di deretan kedai belakang apartment di jalan ukay perdana 1/2.

Apa yang menarik di sini? Semesti menu masakan sarawak. Yeay. Dah lama aku tak makan makanan sarawak.

Lagi best Deja Moss turut join makan dan borak2 bersama kami, sambil bercerita pasal menu2. Aku order kek lapis, laksa sarawak, mee kolok, umai dan daging masak hitam. Semua sedap, rasa resepi sarawak sebenar.

Restoran ini simple je, hiasan dalam dan ruang makan dia selesa. Staf2 deja moss semua sarawak.

Harga makanan di sini, berpatutan. Aku abis 70MYR untuk semua makanan tersebut bagi 2 orang.

Bersama Deja Moss
Rasa sayang nak makan kek ni, warna yang menarik...
Umai yang menyelerakan
Ruang makan yang ringkas
Tu dia koleksi makanan sarawak yang dibedal, Mee Kolok, Daging Masak Hitam, Kek Lapis, Laksa Sarawak
Kek lapis yang dijual pada harga yang berpatutan

Istana Negara (Lama)

Selama ini bila lalu atau melintasi Jalan Istana, selalu terpikir, bilalah agaknya dapat masuk ke Istana Negara ini.

Semalam, berkesempatan singgah ke Istana Negara (Lama) ini untuk tengok pameran Raja Kita, sempena Sultan Kedah ditabalkan sebagai DYMM SPBYDA.

Istana ini sekarang telah jadi muzium (harapnya sebagai muzium kekal), kerana Istana Negara yang baharu ditempatkan di Jalan Duta.

Pameran Raja Kita ini diadakan di Balairong Seri. Tak besar mana balairong ini, kalau dalam tv, nampak besar. Namun, prestij tetap ada.

Untuk masuk, ianya percuma. Dan hanya bayar MYR3 utk kamera.
Dalam ruang pameran itu, dipamerkan alat2 kebesaran Sultan Kedah, penerangan mengenai institusi beraka di Malaysia dan sebagainya.

Oh ya, tidak semua ruang dlm Istana ini dibuka, hanyalah Balairong Seri sahaja yg dibuka. Dewan Santapan diraja dan lain2 tidak dibuka.

Keseluruhannya, pameran Raja Kita ini memang sesuai dikunjungi.
Dalam Balairong Seri
Ruang luar Istana

Muzium TUDM

Sebenar dah lama aku teringin singgah ke Muzium TUDM di Pangkalan TUDM di Sungai Besi ini. Selalu nampak dari tepi jalan menghala ke KL je kan.

Weekend hari tu berjaya singgah ke sini.

Masuk adalah percuma. Kawasan muzium tidaklah besar mana dan di dalamnya dipamerkan pesawat-pesawat lama yang banyak menyumbang jasa kepada TUDM dan negara amnya.

Pesawat yang dipamerkan sungguh nostalgik.

Keadaan sekitar muzium agak terbiar, namun masih kemas. Mungkin kurang dikomersialkan mengenai muzium ini.

Dan ia berbaloi juga untuk dikunjungi kepada peminat aviation kerana model2 pesawat yang dipamerkan kebanyakan sudah tidak digunakan pada masa ini.

Suatu Senja Di KL

Ingatkan semalam nak tengok sunset di Ampang Look Out Point tu, sekali dah tutup rupanya menara tinjau tu.

Maka, lepas hujan lebat petang semalam, aku singgah kt persimpangan bukit ampang ke ampang saujana tu. Dari situ, nampak keindahan senja di Bandaraya KL. Memang memukau. Mendamaikan permandangan dari sini.

Citrawarna Malaysia 2012

19 Mei 2012. Dataran Merdeka.
Rasanya dah lama tidak ke Dataran Merdeka, dan menyaksikan Citrawarna 1Malaysia Colours of Malaysia.

Kali ini, aku berkesempatan singgah di Citrawarna.

Seperti biasa, persembahan berwarna warni. Persembahan mengenengahkan kebudayaan Malaysia kepada dunia. Persembahan menarik, di adakam fi hadapan bangunan Abdul Samad tu.
Cuma kali ini tidak ada perarakan besar-besaran sampai ke Jalan TAR, seperti beberapa tahun lalu.

Thursday 17 May 2012

Konsert Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah

Dah lama aku tidak ke konsert.
Hari tu, 15 Mei 2012, aku sempat ke Dewan Filhamornik Petronas (DFP), KLCC utk menyaksikan konsert one-night charity concert Anuar Zain- Dayang, anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas.

Gandingan AZ dan Dayang tidak mengecewakan. Kedua2 artis ini membawakan lagu hits masing-masing seperti Perpisahan, Hakikat Cinta, Bila Resah, Mencintaimu, Dayang Sayang Kamu, Seandainya Masih Ada Cinta dan pastinya Sedetik Lebih versi duet.

Vokal kedua-duanya memang best.
Kiranya terhibur. Lepas konsert, aku berpeluang menghadiri cocktail party di tingkat 42, menara berkembar Petronas itu. Wah, pertama kali ke Malaysian Petroleum Club ni.
Makan2, dan beramah mesra dengan artis-artis yg ada. Dan semestinya peluang dptkan autograph dan bergambar dengan Anuar Zain dan Dayang.
Pandangan dari  Zapin Suite. Anuar dan Dayang sedang bawakan Sedetik Lebih
Bergambar kenangan bersama Anuar dan Dayang
Ruang dalam DFP, KLCC
Suasana dalam DFP, KLCC
Anuar dan Dayang bersedia untuk beramah mesra dengan peminat
MPC, level 42, tower 2, Petronas Twin Towers
Ruang yang serba indah
Zapin Suite

Monday 7 May 2012

Pulau Bidong

Baru-baru ini berkesempatan ke Pulau Bidong, Terengganu, dari 27 April - 30 April 2012. Aku ke sana atas program teambuilding dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Untuk ke Pulau Bidong, hendaklah menaiki bot dari Jeti Merang. Pada masa ini, untuk ke Pulau Bidong hendaklah melalui UMT.

Pulau Bidong ini terkenal dengan penempatan pelarian Vietnam pada masa 1980-an dulu. Banyak tinggalan penempatan mereka dapat dilihat di pulau ini.

Tiada resort atau chalet di pulau ini. Aku menginap di asrama Stesen Penyelidikan UMT.

Pantai dan karang di Bidong boleh dikatakan juga menarik dan tidak terusik. Cuma banyak karangan yang berdekatan dengan pantai telah mati, mungkin disebabkan monsun yang berlaku setiap tahun.

Di sini, seseorang boleh jungle trekking, melihat kawasan tinggalan pelarian Vietnam, dan semestinya mandi-manda serta snorkeling.

Aku sempat buat discover scuba diving, berpeluang melihat karangan di dasar laut yang mengasyikkan. Selain itu, aktiviti snorkeling di Pulau Karah juga menarik dan dapat melihat nemo berenang-renangan.

Aktiviti lain yang menarik adalah mencandat sotong.
Inilah kali pertama aku mencandat sotong. Di tengah-tengah malam, luar pesisir pulau bidong. Dapatlah juga hasil. Seronok tgk gelagat kawan-kawan dalam bot yang beroleng-oleng semasa mencandat sotong.

Oh ya, Pulau Bidong ni dekat je dengan Pulau Redang, dan nampak dari kejauhan Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian. Semua boleh dialses menggunakan bot.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...