Sunday, 31 March 2013

Makna Founders Run 2013

Makna Founders Run 2013
Padang Merbok, KL
12 km (11.84km GPS)
31 Mac 2013 


Keputusan dah keluar pagi ini di www.championchip.com.my
 506 427 388 A1024 MOHD AZMI ISA 1:22:52 1:22:22 0:33:01 1:00:49 7:02:43 8:25:05

Seperti biasa larian ini menjadi tune up race bagi aku sebelum big race minggu depan. Maka, dengan alasan sedemikian, aku pun berlari ala-ala enjoy dan tak kejar timing sangat (alasan kan... Sebab x perfom hahaha)

Race course kali ini adalah sama seperti larian MPIB awal januari dulu. Sekitar padang merbok, bukit tunku, tijani segala. Laluan turun bukit dan laluan LSD kenanyakan runners di KL ini.

Berlari dengan pace makan angin. Aku menamatkan larian dengan 1:22. Hmm mula2 sebelum lari target 1:15. Tp tulah berlari makan angin, jalan banyak sgt. Hahaha.

Overall, race ok. Air cukup. Pre and post race entertainment cukup. Tp rasanya baju penamat itu lagi ok kalau diberi medal penamat :(
Huhu.

Apa-apa pun, larian dapat meluangkan masa bersama kawan2.

Hehe

Jumpa di larian akan datang. Paris aku datang !!!













Sunday, 17 March 2013

Malakoff Penang 17km

Tarikh: 17 Mac 2013
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang Kota, Penang

Ni larian pertama aku di penang selepas APBIM 2012, November 2012.

Datang ke Penang hari ini dengan harapan untuk tamatkan larian dan dapat medal penamat yg agak menarik tu.

Larian dimulakan jam 7 pagi. Bermula dengan baik, dalam 1,000 lebih kot runners untuk 17km ni.

Race course dari padang kota menghala ke Tesco, masuk dalam kawasan perumahan elit di situ, kemudian ke Gurney Drive (panas sangat masa aku sampai sini di km12), seterusnya masuk semula ke Padang Kota.

Berlari dengan pace perlahan, dan banyak berjalan lepas km12, aku menamatkan larian dengan catatan berikut:

Rank: 727/943
Chip time: 2:12:05
Gun time : 2:13:04

Memang agak teruk catatan masa aku, mentelaah lagi aku banyak jalan lepas km12. Hancur harapan nak buat bawah 2:00.
Terpaksa gigihkan latihan. Kali ini, nak buat alasan apa ek? Lutut sakit (memang pun) dan motivasi nak pantas kurang kot. Haha.

Apa-apa pun, keseluruhan race adalah ok. Kawalan trafik -ok, walaupun beberapa tempat memang bunyi hon saja. Air mencukupi, walaupun terasa macam jauhnya nak sampai ke water station, panas kot.
Ada juga volunteer bagi mashmallow, manisan etc di km lepas Tesco dalam kawasan perumahan elit tu.

Lepas tamat larian urusan mudah, macam di KL haritu juga, beratur, medal, goodies bag, tembikai, nasi lemak dan sebagainya diambil secara berturutan.
Tiada hiburan lepas larian, cuma cabutan bertuah dan kuiz lepas tu penyampaian hadiah.

Semua sekali, berpuas hati dengan larian ini.
Dan akan kembali berlari di penang lagi. Sementara itu, aku kena terus berlatih dan berlari dan lari lagi.

Lupa lagi di larian akan datang.

Maklumat lanjut pasal larian malakoff ni boleh diperoleh di web: malakoffrun.com.my

#run Gme run.

















Sunday, 3 March 2013

Brooks Half Marathon 2013

Tempat: Ruang Parking Stadium Nasional Bukit Jalil
Jarak : 21km (21.68km kot gps)
Masa: 5.30 pagi

Lama tidak ber half marathon, sedari BSN Putrajaya Night Marathon 2012 yang lalu. Ini larian Brooks yang pertama aku join, dan merupakan larian half marathon pertama ku untuk tahun 2013 dan seminggu selepas SC Hong Kong Marathon 2013. Maka, aku hadir ke larian ini dengan harapan untuk menamatkan larian sahaja, tanpa mengharapkan sebaran PB. Nah, aku dapat PW lak di larian ini, hehhe...

Keputusan yang dah keluar di www.championchip.com.my
1364 A11749 MOHD AZMI ISA 2:54:18 2:50:35 1:14:30 2:21:21

Net time: 2:50:35

Kira ok lah kan. Hehehe (ayat sedapkan hati). Apa-apapun, race course kali ini agak mencabar. Dah lah, di beberapa km, laluan gelap dan tanpa lampu. Laluan bermula dari luar stadium bukit jalil, menuju ke taman perumahan di bukit jalil tu. Hingga ke km7 kot, bila laluan masuk ke lebuh raya baru rasa selesa sikit berlari.

Kali ini memang banyak aku berjalan, lutut rasa semacam kesan daripada Hong Kong minggu lepas. Tak cukup rehat kot.

Bila dah 7.30 pagi, baru rasa best berlari kerana cuaca dah cerah dan nampak persekitaran. Di 5km sebelum tamat, dah rasa kembali sesak, kerana 21km runners bergabung dengan 10km runners, maka, memang ramai walkers. Yang berlari rasanya semua 21km runners yang gigih untuk segera tamatkan larian di race course yg hazab ni. Aku mula berlari sepenuh hati mulai 3km untuk tamat hinggalah tamat. Di mana, di garisan penamat aku terlupa untuk senyum di mana-mana kamera yang ada. Lantaran terlalu penat. Hehe.

Apa-apa pun, post-race bagi larian ini agak menarik, semua lengkap, air, milo, tembikai, roti, 100+ dan sebagainya. Cuma kena beratur panjang.

Kali ini dapat mini trophy yg cute dan finisher tee untuk penamat.

Menarik. Jumpa lagi di larian akan datang.





permulaan. agak lama juga untuk melepasi timing mat. kawasan sempit. runners ramai.


cuaca mulai cerah, baru best berlari


lagi 5km, semakin ramai walkers


post race area.


kenangan dengan trofi mini


taufu fa selepas lari. best.


milo


tembikai


kenangan depan signboard


Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...