Tuesday 24 November 2015

EVENT ALERT: NEW DATE FOR MIZUNO WAVE RUN 2015

MIZUNO WAVE RUN OFFICIAL ANNOUNCEMENT

Dear runners,

We are pleased to share that Mizuno Wave Run 2015 will be held on 13th December 2015 at Pusat Rekreasi Air, Persint 6 Putrajaya (behind Pullman Putrajaya Hotel). All event details remain the same (i.e. flag off time at 6.30am for 21KM and 6.45am for 10KM). A gentle reminder, please bring along your official race bib to be eligible for the run. Only runners who completed the race will be entitled for the finisher medal.

We would like to thank you again for your continuous support and patience. Should there be any issues, please drop us a PM so that we can advise you accordingly. See you there!

Monday 23 November 2015

EVENT ALERT : Melaka River International Marathon 2015

MELAKA RIVER INTERNATIONAL MARATHON 2015
20 December 2015
Perkarangan Kota A Formosa
Bandar Hilir
Melaka
4:00 am

42km | MYR90 | Cut off : 6h30m
21km | MYR70 | Cut off :3h30m
10km | MYR60 | Cut off :1h45m
5km | MYR40 |  Cut off : 1h

Closing date : 19 December 2015
REPC : 19 December 2015 9 am to 5 pm
MBMB Lobby
20 December 2015 3 am to 7 am
Race site, A Formosa



Runner's Entitlement:
A) Running bib
B) Timing chip
C) Running tee
D) Finisher Medal
E) E-certificate


Finisher Goodies:

Finisher Medal for all finishers.
Finisher Tee for 42KM only within the qualifying time.

Registration page:https://liv3ly.com/registration/event/mrim2015

LIV3LY's event listing's page: https://liv3ly.com/event/details/2nd+International+Melaka+River+Marathon+of+Melaka+Historic+City+2015 




Jom lari di Melaka, Bandaraya Bersejarah. 
Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.






Penang Bridge International Marathon 2015

PBIM 2015 

22 November 2015 
1:30 am
Queensbay Mall 

1. PBIM 2015 merupakan penyertaan saya kali ke-4 PBIM. Edisi tahun ini kembali diadakan di Jambatan Pulau Pinang. Bilangan penyertaan tahun ini berkurangan berbanding edisi sesak sana-sini tahun lepas di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

2. Memulakan langkah hari perlumbaan dengan menaiki bas perantara yang disediakan dari Komtar. Tahun ini, tiada barisan panjang, cuma tahun ini bayaran MYR1 disediakan.

3. Tiba di tapak perlumbaan selepas tengah malam. Cuaca agak sejuk selepas hujan, dan kawasan tapak adalah basah. Sesuaikan diri, panaskan badan, seterusnya berada di kandang pelepasan selepas 1 pagi. Bilangan pelari FM tahun ini tidak seramai tahun lepas. 

4. Pertunjukan bunga api disediakan. Pelari dilepaskan oleh CM pada 1:30 pagi. Diserikan paluan dram. Laluan PBIM tahun ini adalah dari Queensbay Mall ke pusingan-U di Seagate, seterusnya berlari lurus hingga ke pusingan –U berikutnya selepas bank rakyat tepi lebuh raya jelutong, kemudian berpatah ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang, menuju ke susur selepas tol, iaitu pusingan-U terakhir, melintasi sepenuhnya Jambatan buat kali ke-2, terus sahaja ke penamat di Queensbay.

5. Secara umumnya laluan adalah rata, mendaki di beberapa tempat iaitu ketika menaiki susur masuk Jambatan Pulau Pinang, pertengahan jambatan, kemudian di suruh selepas tol. Susur itu terasa sungguh mencabar mental berpusing sepenuhnya.

6. Pemerhatian serta ekspektasi saya adalah betul bagi PBIM, pabila saat WS (water station) pertama mereka menyediakan air dalam botol. Banyak pembaziran air di situ. Sudahnya, jarak antara WS agak jauh. Tiada penambahbaikan dari edisi sebelumnya. Penunjuk jarak juga kurang. Pisang disediakan awal di WS3, tahun ini saya berkesempatan sampai sebelum pisang habis. Alunan gendang di atas jambatan dapatlah memecahkan kesunyian atas jambatan itu. 

7. Terdapat banyak ais tahun ini. Selain air 100+ yang sejuk. Spray salonpas juga banyak kelihatan. Gel disediakan di WS10. Saya meluangkan masa seadanya berhenti di sana dan sini atas jambatan, bergambar kenangan serta rehatkan diri.

8. Saat pelari FM bergabung dengan HM tidak sesesak mana seperti tahun-tahun sudah. Begitu juga pabila pelari 10km memasuki laluan. Selaku pelari riang riana yg mensasarkan bawah 6jam di PBIM kali ini, saya selesa pabila 5km terakhir, tidak seperti tahun lepas. Sesak teruk.

9. Laluan menuju ke garisan penamat melalui 2 bulatan, di mana tidak seperti sebelum ini (2013), permulaan/penamat di jejantas Queensbay. Permulaan/Penamat kali ini selepas bulatan kedua, secara umumnya saya suka. Kerana ia betul-betul berdekatan tepi laut.

10. Tidak seperti kelaziman, PBIM kali ini tiada sarapan pagi disediakan untuk pelari FM selepas tamat cabaran. Milo, Sunquick dan cereal sedikit menceriakan. Kawasan tapak seperti biasa penuh dengan pelari. Selesai urusan ambil kelayakan seorang penamat, saya tidak meluangkan masa lama di padang tapak itu. Agak panas. Seterusnya bersantai, sambil tunggu rakan-rakan lain tamat di jalan tepi laut berdekatan penamat.

11. Saya tamat dengan 5:57, berjaya memastikan diri sampai sebelum belon pacer 6 jam sampai. Gembira dapat kembali tamat FM pertama dalam tempoh 3 bulan (selepas SCKLM & BSNPNM batal). PBIM2015 adalah ulang tahun ke-3 saya bergelar marathoner. Edisi kali ini sebenarnya saya tidak semengah mana untuk bergambar. Namun, rasanya PBIM kali ini saya banyak ber-selfie/wefie dengan rakan-rakan pelari. Yalah, aktiviti larian besar adalah umpama reunion untuk bersua bersama rakan –rakan pelari. Gembira dapat menyaksikan keceriaan rakan-rakan tamat FM (HM dan 10KM juga), terutamanya yg baru pertama kali ber FM, mahupun larian pertama masing-masing.

12. Tahniah semua. PB atau tidak, yang penting kita semua tamat dengan gembira. Mana yang tidak mencapai sasaran (DNF, beyond COT etc), jangan berputus asa, harus kita sama-sama kembali untuk cabaran akan datang. 

13. Keseluruhannya, PBIM2015 tetap tiada “wow factor”, kualiti penganjuran yang tiada peningkatan membanggakan, terdapat isu baju penamat yg kehabisan saiz walaupun tamat dalam COT. Begitu juga diberitakan tiada pemberian kelayakan penamat bagi yg tamat melebihi 8 jam. Apa-apapun  PBIM tetap menarik perhatian pelari untuk berlari di atas jambatan ikonik berkenaan. Aktiviti jalan-jalan cari makan sebelum/selepas marathon adalah suatu kemestian. 


Penafian: Pengalaman saya mungkin berbeza dengan pengalaman anda.





Monday 16 November 2015

MY FAV WEBSITE

Pesanan Khidmat Masyarakat :
Bagi yang mencari/berminat dengan larian/acara yang berpontensi untuk disertai, anda boleh melayari laman-laman kebiasaan seperti:
(13) laman-laman web/fb acara yg berkaitan yg selalunya berdedikasi khas kepada acara berkenaan.
Selain itu, ada bolehlah google sahaja. Selamat meneroka. Jika mahukan maklumat yang lengkap mengenai acara, silalah berhubung terus dengan penganjur seperti mana tertera dalam laman-laman berkenaan. Segala kesulitan yg dihadapi dalam perhubungan berkenaan adalah tanggungjawab sendiri.
Sekian, terima kasih.
XOXO

Sukan SEA 2017

Marilah kita sama-sama menjadi Sukarelawan SUKAN SEA 2017, KUALA LUMPUR.

Untuk maklumat lanjut, layari : www.seagames2017.com.my 


RunBoree & MTB Jamboree at Paya Indah Wetlands 2016


RunBoree & MTB Jamboree at Paya Indah Wetlands 2016





Date: 17 January 2016
Venue : Paya Indah Wetlands Park
Time : 7.00am (Cycling)
7.30am (Running)


Running : 10km | MYR60 (early bird until 1 December) | MYR70 (from 2 December 2015 onwards)

Prizes: 

#1 - #3 : - Finisher Medal- Jakroo Dry Fit
- Trophy
- "I AM TOP 100" Dry Fit

#4 - #100
- Finisher Medal
- "I AM TOP 100" Dry Fit

#101 - #200
- Finisher Medal
- "I AM TOP 200" Dry Fit

>#201
- Finisher Medal


Cycling : 46km | MYR110 (early bird) MYR120 (jersey) | MYR60 (early bird) MYR70 (drifit)

The Straco XC #Runboree and MTB #Jamboree is a Charity Run or Ride to raise funds for the National Autism Society of Malaysia (NASOM ) as part of StracoXC's Corporate Social Responsibility initiatives. StracoXC is committed to continuously improving the welfare of our community through our Corporate Social Responsibility events. We look forward to your support and participation to the Charity Runboree in aid of Nasom.


For more information & registration, please visit these links:










Nice medal :)








Fit Malaysia Selangor 2015

Fit Malaysia Selangor
Padang Dataran MBPJ
15 November 2015 
7:30 am

1. Fit Malaysia Selangor merupakan siri terakhir Fit Malaysia sesi 2015. Yuran adalah Percuma. Sambutan pelari dan riders sungguh menggalakkan.Larian 10km dilepaskan hampir 7:50 am selepas kategori basikal 30km & 10km dilepaskan. Cuaca baik & mentari meninggi.

2. Laluan ada rata, berbukit, laluan kawasan perumahan dan kawasan utama.
WS utk 10km bergabung meletups dgn WS 5km di km5.5. Meriah sesak. Ramai runners layan diri di WS. Hanya 2 WS utk 10km, dengan jarak berjauhan.

3. Beberapa simpang agak meresahkan.
Bila semua bergabung basikal, larian di sekitar km9, pergh meriah dan terkawal, walaupun risau kenderaan lalulalang di tepi.
Saya tamat 10km dengan 1:05, berhenti sana sini, jalan kaki banyak giler terutama bila bergabung zig zag.

4. Seperti biasa tamat larian, sijil,medal, roti, revive, gatorade, mineral water dan biskut serta pisang disediakan.

5.Rehat, dan bergambar dengan rakan2. 
Pusing khemah2 yg ada. Macam2 aktiviti fitness boleh dilakukan, body combat, parkour, ujian kesihatan, sampel makanan2 sihat, tadom madness, muay thai dsbnya.

6. Seperti kelaziman Fit Malaysia, YB KJ datang merasmikan. Dalam ucapan beliau, seramai 20,000 sukarelawan diperlukan utk Sukan SEA 2017, dan beliau menyeru mana2 yg berminat untuk menjadi sukarelawan dlm menjayakan Sea games nanti segera mendaftarkan minat di laman sesawang berkaitan (www.seagames2017.com.my) . Oh ya harini KJ berbasikal.

7.Saya juga sempat berzumba, lagu dangdut Bang Jali tu i suka. Haha. Penat dan berpeluh, maka, ulang alik ke khemah pisang, air, roti. Merasa unlimited gitu.

8. Keseluruhannya, acara yg dianjurkan dengan baik. Suka saya beramah mesra dengan rakan2 terutamanya pertama kali join acara larian. Saya bertemu dengan beberapa mereka harini. Keep it up the positive momentum. Tak kisah sampai lambat, cepat, yg penting berjaya melawan the person inside u.

Itulah pagi ahad saya.

Xoxo


**lebih gambar dalam fb saya 

Energy Efficiency Run (EE RUN 2015)


EE Run 2015
7:30 am
14 November 2015
Bangunan Suruhanjaya Tenaga, Presint 2, Putrajaya


1. Dilepaskan pada jam 7:30 pagi, cuaca di Putrajaya sangat cerah dengan mentari sudah meninggi. Pelari bersedia menempuh larian dalam cuaca panas pagi yang menyeronokkan. Cabaran panas, serta laluan beralun Putrajaya, harus tidak dapat dielakkan.

2. Laluan 10km adalah bermula dari bangunan diamond, menuju ke presint 3, presint 4, masuk ke susur laluan tepi taman ekuestrian, menuju ke u-turn lebuh wadi ehsan, kemudian masuk semula ke presint 2, dan tamat di bangunan diamond.

3. Lama tidak masuk acara rasmi, saya berasa sangat seronok pagi ini. Bersua, beramah mesra, berlarian dengan rakan-rakan . Banyak juga saya berhenti sana-sini hari ni sebab membetulkan kain batik yg dipakai (alasan kan). Namun tetap gembira berjaya melintasi penamat 10.3km dengan 64 minit. Tema riang riana.

4. Seperti biasa lepas penamat diberi kelayakan penamat. Terdapat juga gerai informasi yang disediakan untuk menyampaikan maklumat mengenai penganjur, Suruhanjaya Tenaga dan beberapa agensi lain. Terdapat kuiz juga diselangselikan sementara penyampaian hadiah.

5. Kemeriahan tetap terasa, walaupun larian ini tidak sebesar larian lazim yang lain. Ramai nama-nama besar dalam dunia larian berada di Putrajaya pagi ini.

6. Aktiviti utama selepas larian adalah bergambar, bercerita dan bergambar lagi hingga penat. Hehe. Tahniah semua, walau apa jua jarak anda (ada kategori 6km juga), dan catatan anda kerana lain orang, lain motivasinya. 

7. Secara keseluruhannya, dengan yuran serendah MYR20 (MYR25 online), EE Run 2015 merupakan acara yang dianjurkan dengan baik. WS mencukupi air, tamat diberikan dengan pisang, roti, air mineral dan 100 plus. Medal dan event tee juga tidak mengecewakan. Kawalan trafik juga secara amnya terkawal, walau terdapat kekeliruan di simpang dekat jambatan. KM markers juga mencukupi memberi maklumat kepada pelari.


Jumpa lagi di edisi akan datang pada tahun 2017.

 ** Lebih gambar ada di dalam fb saya 

Sunday 8 November 2015

MPKJ Mizuno Road Run 2015 - The Supporter Edition

MPKJ Mizuno Run 2015
Taman Tasik Cempaka
Bandar Baru Bangi 
8 November 2015



1. Hadir bagi beri sokongan kepada rakan2, memandangkan route larian melintasi kawasan saya bermaustatin.

2. Laluan 12km yg beralun, memberi pengalaman kepada rakan2 luar BBB berlari di BBB. Saya suka laluan tu, laluan LSD saya.

3. Meluangkan masa di WS KM4.5 /12km. Gembira dpt ucap hi dan ambil gambar rakan2.

4. Seterusnya saya sambung berlari ke KM12, bagi ucap tahniah kepada rakan2 di FL pula. Meriah. Sesi bergambar berterusan.

5. Seronok dpt beramah mesra. Maaf mana yg tak sempat selfie, wefie, segala (hahaha). Tp saya seronok snap gambar rakan-rakan berlari.

6. Dianggarkan lebih 2,900 pelari memeriahkan BBB, kategori 10km dan 5km. Suatu jumlah yg membanggakan. Penganjur akan jadikan larian ini sebagai acara tahunan. Saya suka emcee tanya soalan kepada pelari apa kurang/lebih edisi yg pertama ini. Mereka bersedia untuk kembali dengan penganjuran yg lebih baik di masa akan datang.

7. Berdasarkan pemerhatian saya, acara dianjurkan dengan baik. Kawalan trafik juga baik (di sekitar km6 ke km3, di mana saya berada tadi). Keseluruhannya, rakan2 berpuas hati. Cuma kawasan SL/FL perlu dibesarkan, kerana agak sempit. Snack lepas lari juga kelihatan tidak mengecewakan. Medal juga cantik. Lucky draw pun ada. Cuma masa sesi penyampaian hadir, kawasan dh hampir kosong. 

8. Itu sahaja laporan taman tasik cempaka hari ini.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...