Monday, 16 November 2015

Fit Malaysia Selangor 2015

Fit Malaysia Selangor
Padang Dataran MBPJ
15 November 2015 
7:30 am

1. Fit Malaysia Selangor merupakan siri terakhir Fit Malaysia sesi 2015. Yuran adalah Percuma. Sambutan pelari dan riders sungguh menggalakkan.Larian 10km dilepaskan hampir 7:50 am selepas kategori basikal 30km & 10km dilepaskan. Cuaca baik & mentari meninggi.

2. Laluan ada rata, berbukit, laluan kawasan perumahan dan kawasan utama.
WS utk 10km bergabung meletups dgn WS 5km di km5.5. Meriah sesak. Ramai runners layan diri di WS. Hanya 2 WS utk 10km, dengan jarak berjauhan.

3. Beberapa simpang agak meresahkan.
Bila semua bergabung basikal, larian di sekitar km9, pergh meriah dan terkawal, walaupun risau kenderaan lalulalang di tepi.
Saya tamat 10km dengan 1:05, berhenti sana sini, jalan kaki banyak giler terutama bila bergabung zig zag.

4. Seperti biasa tamat larian, sijil,medal, roti, revive, gatorade, mineral water dan biskut serta pisang disediakan.

5.Rehat, dan bergambar dengan rakan2. 
Pusing khemah2 yg ada. Macam2 aktiviti fitness boleh dilakukan, body combat, parkour, ujian kesihatan, sampel makanan2 sihat, tadom madness, muay thai dsbnya.

6. Seperti kelaziman Fit Malaysia, YB KJ datang merasmikan. Dalam ucapan beliau, seramai 20,000 sukarelawan diperlukan utk Sukan SEA 2017, dan beliau menyeru mana2 yg berminat untuk menjadi sukarelawan dlm menjayakan Sea games nanti segera mendaftarkan minat di laman sesawang berkaitan (www.seagames2017.com.my) . Oh ya harini KJ berbasikal.

7.Saya juga sempat berzumba, lagu dangdut Bang Jali tu i suka. Haha. Penat dan berpeluh, maka, ulang alik ke khemah pisang, air, roti. Merasa unlimited gitu.

8. Keseluruhannya, acara yg dianjurkan dengan baik. Suka saya beramah mesra dengan rakan2 terutamanya pertama kali join acara larian. Saya bertemu dengan beberapa mereka harini. Keep it up the positive momentum. Tak kisah sampai lambat, cepat, yg penting berjaya melawan the person inside u.

Itulah pagi ahad saya.

Xoxo


**lebih gambar dalam fb saya 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...