Monday, 16 November 2015

Energy Efficiency Run (EE RUN 2015)


EE Run 2015
7:30 am
14 November 2015
Bangunan Suruhanjaya Tenaga, Presint 2, Putrajaya


1. Dilepaskan pada jam 7:30 pagi, cuaca di Putrajaya sangat cerah dengan mentari sudah meninggi. Pelari bersedia menempuh larian dalam cuaca panas pagi yang menyeronokkan. Cabaran panas, serta laluan beralun Putrajaya, harus tidak dapat dielakkan.

2. Laluan 10km adalah bermula dari bangunan diamond, menuju ke presint 3, presint 4, masuk ke susur laluan tepi taman ekuestrian, menuju ke u-turn lebuh wadi ehsan, kemudian masuk semula ke presint 2, dan tamat di bangunan diamond.

3. Lama tidak masuk acara rasmi, saya berasa sangat seronok pagi ini. Bersua, beramah mesra, berlarian dengan rakan-rakan . Banyak juga saya berhenti sana-sini hari ni sebab membetulkan kain batik yg dipakai (alasan kan). Namun tetap gembira berjaya melintasi penamat 10.3km dengan 64 minit. Tema riang riana.

4. Seperti biasa lepas penamat diberi kelayakan penamat. Terdapat juga gerai informasi yang disediakan untuk menyampaikan maklumat mengenai penganjur, Suruhanjaya Tenaga dan beberapa agensi lain. Terdapat kuiz juga diselangselikan sementara penyampaian hadiah.

5. Kemeriahan tetap terasa, walaupun larian ini tidak sebesar larian lazim yang lain. Ramai nama-nama besar dalam dunia larian berada di Putrajaya pagi ini.

6. Aktiviti utama selepas larian adalah bergambar, bercerita dan bergambar lagi hingga penat. Hehe. Tahniah semua, walau apa jua jarak anda (ada kategori 6km juga), dan catatan anda kerana lain orang, lain motivasinya. 

7. Secara keseluruhannya, dengan yuran serendah MYR20 (MYR25 online), EE Run 2015 merupakan acara yang dianjurkan dengan baik. WS mencukupi air, tamat diberikan dengan pisang, roti, air mineral dan 100 plus. Medal dan event tee juga tidak mengecewakan. Kawalan trafik juga secara amnya terkawal, walau terdapat kekeliruan di simpang dekat jambatan. KM markers juga mencukupi memberi maklumat kepada pelari.


Jumpa lagi di edisi akan datang pada tahun 2017.

 ** Lebih gambar ada di dalam fb saya 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...