Friday, 16 September 2016

PRG GOCARE RUN 2016

PRG GOCARE RUN 2016
TAMAN TASIK DATUK KERAMAT, OFF JALAN JELATEK, KUALA LUMPUR
16 OCTOBER 2016
7:15AM


Ini merupakan larian amal tidak kompetitif bagi mengutip dana bagi organisasi seperti tertera dalam gambar.


Dengan yuran yang berpatutan seperti berikut:
10km | MYR50
5km | MYR50
5km family of 3/4 | MYR100 ,

(1) Pelari berpeluang memenangi cabutan bertuah yang lumayan;
(2) Mendapat t-shirt larian, dan medal penamat selepas larian;
(3) Berlari di laluan yang baharu di Kuala Lumpur (berbanding di lokasi lazim untuk larian-larian lain).

Peserta juga boleh layari  (http://www.gocare.org.my/) untuk menderma. Dengan derma minimum MYR50, peserta adalah layak menyertai larian  PRG GoCare Run 2016.secara PERCUMA. 
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, vsila lawati  https://mro.myraceonline.com/prgr16/registrations .
Jom kita berlari dan menyumbang.





Thursday, 15 September 2016

SP Half Marathon


10 September 2016
Dataran Zero Jam Besar
Sungai Petani

1. Edisi kali ini lebih besar dan meriah (kali terakhir saya ke SP half pada edisi pertama 2012). Kali ke-5, lebih 700 orang utk kategori half marathon dan lebih 2,500 utk keseluruhan.

2. Cuaca baik. Pelari dilepaskan pada 6:17 am. Elok lepas Subuh. Laluan adalah sama dengan tahun lepas. Melalui jalan SP - Tikam Batu , u - turn di Giant, seterusnya masuk ke kawasan kampung di km12. Laluan menarik di beberapa tempat, dengan sawah pagi di tepi laluan serta panorama Gunung Jerai di kejauhan.

3. WS disediakan setiap 5km. Air mencukupi (seperti dialami saya sepanjang acara), cuma jarak WS agak jauh. Medik juga bersedia di WS. 

4. Trafik di persimpangan utama adalah terkawal. Namun di beberapa jalan seperti berhampiran pasar, agak membahayakan.

5. Ruang penamat yg gah tepi jam besar sungguh mengujakan. Aturan selepas tamat tersusun. Medal, goodies bag (lengkap roti, gula-gula, air mineral), baju penamat dibahagikan dengan selesa. Ruang lapang di kawasan penamat. Van Milo juga disediakan. Oh Milo dari van sentiasa tidak mengecewakan.

6. Prestasi saya? Tamat dengan riang ria 2:28. Gembira. 

7. Pasca larian diisi dengan aktiviti bergambar kenangan bersama rakan2, memberi sokongan kepada pelari-pelari lain menamatkan larian dan seterusnya menyaksikan sesi penyampaian hadiah dan lucky draw.

8. Keseluruhannya, pada hemat saya, SP Half kali ini dianjurkan dengan baik, dengan beberapa penambahbaikan lain di masa hadapan seperti luggage drop, km marker yg lebih banyak dan trafik dikawal menyeluruh.

9. Tahniah dan terima kasih kepada semua. Moga bersua di edisi SP Half yg akan datang.

Kota Kinabalu City International Marathon


Stadium Likas 
3:00 am
4 September 2016

1. Ini adalah edisi pertama KK City International Marathon (KKCIM). Bilangan penyertaan adalah tidak seramai Borneo International Marathon. Cuaca sepanjang marathon adalah baik dan tidak panas seperti biasa.

2. Dengan bilangan pelari FM beberapa ratus sahaja, suasana awal pagi di Stadium Likas agak sepi. Sesi warm up diadakan. Taklimat route diberikan.

3. Laluan KKCIM adalah mirip kepada laluan half marathon BIM. Bermula dari Stadium, menghala ke satu pusingan ke arah bandar KK, kemudian kembali ke stadium seterusnya sambung ke Jalan teluk Likas , dan U-turn sebelum sampai UMS. Buat 2 kali loops ini dan itulah route KKCIM.

4. WS di loop pertama cukup air. Kemudian ada pisang (walaupun mcm dh lebam). Sponge juga ada.
Namun air isotonik agak terhad (tapi di garisan penamat berbotol2 stock). WS di second loop terutamanya bagi yg akhir, air terhad, tiada cup. 
Terdapat independent support station memberikan sokongan kepada pelari dengan chilled coke, mineral dan sweeties.

5. Trafik di beberapa tempat adalah tidak memuaskan. Dengan kuasa tangan anda melintas lah dengan berhati-hati. Laluan Teluk Likas ditutup sepenuhnya beberapa km, kebetulan ada acara berbasikal juga.

6. Atmosfera pada pusingan pertama amatlah sepi. Keadaan sedikit meriah bila ramai telah u-turn pusingan kedua dan bergabung dengan pelari kategori half marathon .

7. Pacers disediakan. Walaupun beberapa ketika pacers berlari keseorangan. KM marker dia tidak consistent , kejap 10km, 17km , 800meter. Tu yang saya perasan.

Prestasi saya?

8. Bermula dengan ikut belon 5 jam sehingga km16. Kemudian ikut belon 5jam30min sehingga km32. Selepas itu saya hanya berjalan kaki memandangkan mood tiada (alasan). Belon 6jam meninggalkan saya di km36. Apalah dayaku nak kejar. Haha. Bermain mathematics, saya hanya walk walk walk hingga pintu masuk stadium . Mengetahui akan over distance , maka, terus lah saya catwalk seadanya.Kemudian barulah berlari di atas trek merah. Seperti BIM, penamat dalam stadium mengujakan.

9. Tamat dengan unofficial time 6:25. Segera bersua dengan rakan2 yg menunggu di garisan penamat. Tahniah dan terima kasih semua.

Lepas FL

10. Ambil kelayakan penamat, medal dan baju. Ada pisang, air teh tin oishin. Wah, 100plus berbotol2 stock kt situ. Tapi Kat WS punya lah susah nak jumpa.

11. Menikmati Milo van selepas lari adalah suatu nikmat. Mungkin tidak ramai yg perasan van Milo itu tersorok kedudukan di luar stadium.

Penutup

12. Penganjuran KKCIM tidaklah terlalu teruk. Mungkin kena lebih promosi dan tidak syok sendiri. Dengan yuran penyertaan yang agak tinggi ( I paid MYR120 for this), KKCIM seharusnya lebih berkualiti. Tiada wow factor. Tetapi penganjuran haruslah bersifat " International".

13. Penganjuran ini boleh diperbaiki di masa akan datang ( kalau ada lagi lah, dan penganjur bersedia ambil kritikan dan pandangan membina). Sijil sepatutnya ecert sudah. Backdrop poster sepatutnya tidak menggunakan Adidas KOTR (kot), seharusnya guna identity sendiri. Lepas itu ada logo IAAF. Hmm

14. Drama REPC harus KKCIM ambil teladan. Untuk pertama kali dalam sejarah penyertaan marathon saya REPC ala-ala kaunter klinik. Kelakar pun ada. Tapi itulah pengalaman kan. Senyum.

15. Maka, episode marathon saya yg ke-40 selesai di KKCIM. Pantas masa berlalu, 40 marathon dalam kurang 4 tahun. Lain marathon Lain pengalamannya. Lain orang lain motivasinya. Kerana larian harus dinikmati.

16. Penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada semua rakan sepanjang saya berada di KK. Jumpa di lain masa.

Monday, 29 August 2016

PJ Half Marathon 2016


21 Ogos 2016
5 am
Laman MBPJ 

1. Dianggarkan lebih 5,100 peserta untuk semua kategori bagi edisi PJHalf kali ini. Meriah dan sesak. 

2. Ini kali ke-2 saya menyertai PJHalf, dan kali pertama di lokasi baharu, berbanding di Stadium Kelana Jaya. 

3. Laluan PJHalf menyeronokkan dan memberi cabaran kepada pelari termasuklah laluan jalan raya beralun, bukit-bukit landai, dan persimpangan-persimpangan utama di pelusuk Petaling Jaya. 

4. Trafik keseluruhannya baik, dan terkawal. Cuma seperti biasa di beberapa persimpangan, terdengar bunyi hon kenderaan. 

6. Air di water station adalah mencukupi. Ada yang bertanya saya kenapa lari bawa 1.5L air hari ini. Senyum dan bersahaja, sekadar persediaan ikhtibar dari insiden minggu lepas.

7. Sponge station disediakan. Surau disediakan dengan kemudian lori air untuk berwuduk. Selesa, lengkap bersejadah.

8. KM marker juga jelas. Cuma titik perpisahan 21km/10km mungkin ada yang terlepas pandang, kerana ada pelari 10km yg termasuk dalam laluan 21km dan terpaksa berpatah balik.

9. Post race arrangement juga kemas dengan pelari dialirkan ke laman MBPJ. Medal, dan post race snack di uruskan secara teratur. Medal itu comel, wajah chickaboo. Baju acara dan baju penamat 21km tidak mengecewakan.

10. Saya suka sesi zumba selepas lari tersebut. Berjaya sertai sesi zumba untuk beberapa minit, berpeluh sakan. Walaubagaimanapun, ianya agak penuh di ruang penamat depan pentas utama. Kelihatan pelari-pelari akhir agak terkesan.

11. Prestasi saya? Bermula dari barisan belakang (ya, bilangan peserta HM agak ramai) dengan lari-lari anak. Dan tidak sampai 500 meter saya sudah mula berjalan. Ambil mood, berlari dan beramah mesra dengan rakan-rakan dikenali sepanjang laluan.

12. Menggunakan strategi berlari-berjalan-berlari, tamat dengan 2;42 nett (unofficial). Gembira dengan larian, sebagai latihan dan birthday run saya. Berkesempatan bantu pelari di km 17 yang mengalami kekejangan. Harap beliau tamat dengan jayanya. 

13.Secara peribadi saya suka laluan 500m ke penamat, pelari berlari umpama di astaka utama dengan sambutan meriah di garisan penamat,.

14. Keseluruhannya, PJHalf kali ini tidak mengecewakan saya. Dianjurkan secara baik, saya memberi rekomendasi kepada rakan-rakan untuk mencuba acara ini di masa akan datang.

15. Tahniah dan terima kasih kepada semua, walaupun apa jua peranan dan pencapaian anda semua. Kerana larian harus dinikmati. Seronok ber photothon dengan rakan-rakan hari ini.

16. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada #TeamUltron #UltronKL #MicroDry atas tajaan penyertaan saya ke dalam PJHalf kali ini. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan baharu dan lama di dalam Team Ultron. 



Kuching Marathon 2016

Standard Chartered KL Marathon 2016



Sunday, 7 August 2016

Penang Run 2016 - Seberang Perai Series


24 Julai 2016
Kompleks MPSP
Bandar Perda 

Pengenalan

1. Ini kali ketiga saya kembali ke Bandar Perda. Di sini saya menamatkan HM saya yang pertama pada tahun 2012. Hari ini hadir menamatkan half marathon saya yang ke-34.

Acara

2. Dilepaskan pada jam 5:30 pagi. Laluan adalah menuju jalan utama ke Bukit Mertajam, seterusnya laluan kampung melintasi kawasan sawah padi, UiTM, dan politeknik. Rata. Cuaca pula adalah baik.

3. Jarak pada tahun ini adalah kurang sedikit dari tahun lepas dengan sekitar 21.3km (tahun lepas dalam 22km).

4. Penganjuran adalah keseluruhannya baik dan menepati ekspetasi saya. Penggunaan cawan kertas di WS adalah bagus berbanding dengan air minuman dalam botol plastik kecil tahun lepas.

5. KM Marker adalah jelas dan disertakan dengan kata-kata motivasi.

6. Trafik adalah baik, walaupun beberapa ketika ada pelari terpaksa berhenti kerana kawalan trafik membenarkan kenderaan melintasi terlebih dahulu.

7. Post race , seperti edisi terdahulu, disediakan nasi lemak, taufu fa, air soya, ais isotonok. Free flow.

8. Lucky draw tahun ini hadiah utama peti sejuk, dan basikal serta 2XU tight. tahun lepas ada motosikal.

9. Tahun ini ada pacers, suatu yang memberikan motivasi. Pelari boleh ikuti belon pacer berdasarkan sasaran masa dna keperluan masing-masing.

Prestasi saya

10. Berlari ikut belon 2:30hr sehingga km6, berhenti solat subuh, selesaikan yang wajib. Kemudian, lari-jalan-lari sehingga sekita km 16. Mood berlari main berkurang, sekadar pastikan belon pacer 2:45 tidak potong.

11. Lari semula sehingga km19, dan nampak belok 2:30hr, namun membayangkan u-turn selepas km20 menuju ke garisan penamat, terus misi 2:30hr saya bertukar kepada tamat dengan senyuman sahaya.

12. Berjalan seadanya sehingga 300 meter ke garisan penamat, baru kembali berlari. Tamat dengan jam besar di FL 2:32 (Gun Time).

Penutup

13. Sesi diakhiri dengan bergambar sampai bosan. 

14. Tahniah kepada semua pelari, rakan-rakan, organiser dan semua.

15. Moga bersua di edisi berikutnya, Esplanade Padang Kota pada Oktober nanti.

TM Fan Run 2016


Dataran Putrajaya 
17 Julai 2016
6 am

1. Tahun ini TMFR mempunyai jarak 21km (selain 5km dan 10km). Menyokong Team Malaysia ke Sukan Olimpik 2016. Teringat tahun 2012, TMFR saya yang pertama. Walaupun selalu ke Putrajaya, ini merupakan larian rasmi saya yang pertama di sini selepas 5 bulan.

2. Dengan sambutan beribu-ribu pelari, edisi kali ini lebih besar, meriah dan menyeronokkan. Lain orang lain motivasi, walau ada yang mempunyai pandangan mengenai medal, baju dan sebagainya. 

3. Keseluruhannya, edisi kali ini juga dianjurkan dengan baik. Cuma jarak 21km kurang sedikit daripada mencukupi. WS, post race snack, isotonik, trafik adalah baik. Booth games, dan penaja, serta persembahan tidak mengecewakan.

4. Seronok bersua dengan rakan-rakan pelari baru, lama dan sebagainya. Maaf juga dipohon sekiranya ada yang terlupa nama (hehehe(. Masih dalam suasana mood raya, kelihatan ramai rakan tampil berlari dengan pakaian raya masing-masing. Win. Running Is Fun. 

5. Prestasi saya? Menikmati larian riang ria seadanya, tamat just in time under 2:30. Happy. Tahniah dan terima kasih semua. Moga jumpa di acara akan datang.

XOXO

Thursday, 16 June 2016

A Mystical Ramadan at IOI City Mall

 A Mystical Ramadan at IOI City Mall Celebrating Ramadan in a joyous Moroccan-inspired settings 


14 June 2016, Putrajaya – In the spirit of Ramadan, IOI City Mall launched its ‘A Mystical Ramadan’ celebration that are set to delight shoppers with a joyous festive celebration inspired by Moroccan mystical touches. 

Unique Touches for an Unforgettable Festive Celebration

 Mystical, inspirational, artistic are just a few of the words used to describe the wonders of Morocco, a country immersed with the uniqueness of cultural and landscaping elements. This festive season, IOI City Mall transformed its Ramadan décor to reflect the striking and exquisite representations of Moroccan’s architectural prides. “Morocco is always filled with variety of elements, in which all of these elements are harmoniously blended and balanced to tell an intriguing story. Similarly, at IOI City Mall, our elements of Tastes, Trends and Adventures delivers a fulfilling and inspiring experience among our shoppers. As such, this year, the Moroccan-theme is selected to reflect the symbolic representations of both Morocco and IOI City Mall in delivering endless wonders to the world,” said Chris Chong, Complex General Manager of IOI City Mall. Constructed in the middle of Lower Ground Floor Centre Court of the mall, the Moroccan Square takes pride as the main highlight of the festive décor. Featuring an iconic wooden-handcrafted arch, the Moroccan Square is also surrounded with distinctive and vibrant Moroccan motif patterns, aesthetic appealing palm trees, pedestal fountains and camels display. ‘A Mystical Ramadan’ is set to deliver an unforgettable festive season celebration from now until 10 July 2016. 

Shopping Spree for All the Festive Must Haves 

Throughout the festive season, shoppers will be delighted with wide array of merchandises as they shop through the unique marketplace scattered at Lower Ground Centre Court, Lower Ground East Wing, Lower Ground West Wing, Ground Floor East Wing and Ground Floor West Wing of the mall. Ranging from hampers and festive delicacies by Ann’s Bahulu, Rendang Atuk, Siti Cookies and Yin Onn (KL), to traditional costumes, clothing and accessories by Airaz, Alain Delon, Alharaman, EMZN, Fareeda, Galazy Dream, John Master, Lovely Lace, Lovely Lace Baby, Orlando, T&E, TimeKeeper, Tucz, and Zurfauzie Classic, to fragrances by Gucci and Ralph Lauren, to craft items by Karyaneka, to carpets by Pak Persian Collection and books by BORDERS, all offerings are set to complete shoppers festive shopping experience this season. In addition to the marketplace, the mall is also extending its business hours until 11pm from 24 June to 3 July 2016. “We understand that there is just so much to prepare for the festive season, so we are extending our business hours, allowing shoppers to shop in convenience,” Chris commented. 

Endless Rewards with Redemptions Galore 

In partnership with HSBC, throughout the festive period, shoppers will be rewarded for shopping at IOI City Mall. With a minimum spend of RM150 (RM80 for HSBC Cardmember) in a single receipt, shoppers will receive a set of Raya green packets. Additionally, for spending of RM350 (RM250 for HSBC Cardmember) in a single receipt, shoppers can redeem either 3 sets of Raya green packets or an exclusive porcelain tableware. Redemptions are available at Ground Floor Information Counter, while stocks last and must be made on the same day of purchase. The redemptions however are not valid for transactions made at GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Currency Exchangers and any forms of bill payments.

 A New Drive for the Festive Celebration 

Sponsored by Citroën, the mall is also running the ‘Joyous Drive Contest’, where shoppers who spend a minimum of RM350 in a single receipt will stand a chance to win a brand new Citroën C4 Picasso. This contest is however not valid with transactions made at GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Currency Exchangers and any forms of bill payment. Shoppers are required to fill up and submit the contest form at Ground Floor Information Counter. Live draw and winner will be announced on 31 July 2016 (Sunday), where qualified attendees will be rewarded with F&B vouchers to dine at the stunning waterfront and al-fresco unique dining concept of The Symphony Walk, located at the ground floor of the mall. Overlooking the golf course and lush greenery, The Symphony Walk promises a refreshing dining experience as it also features dancing musical fountains and dazzling lights from Mondays to Thursday at 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.00pm and 9.30pm, whereas from Fridays to Sundays, it plays at 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.30pm and 10.00pm respectively. Whether during daytime or night-time, The Symphony Walk delivers more than just a dining experience to its patrons.

 Mesmerizing Experiences for the Senses

 The month-long campaign will also constantly dazzle patrons with various festive performances and fun-filled activities during the Public Holidays and weekends. “At IOI City Mall, we always emphasize on an environment that caters for all ages. This festive, come and celebrate with us as we bring upon exciting line-ups, such as Moroccan Dance, Riang Raya Dance Show, Arabic Dance, Traditional Malay Dance & Joget Lambak, Belly Dance, on-ground activities by Gymboree, batik and ceramic painting workshops,” Chris commented. All activities will be conducted on every weekends and Public Holidays at the Moroccan Square, Lower Ground Centre Court. 

Joyous Celebration with the Kids 

As part of the Corporate Social Responsibility (CSR) efforts of the mall, the launch of ‘A Mystical Ramadan’ celebration also see children from Rumah Penyayang Ulin Nuha joining the event for a meaningful touch to the mall’s festive celebration. Earlier today, the children enjoyed complimentary Angry Birds movie session by Golden Screen Cinemas, followed with Hari Raya shopping at Parkson, LOL and Zurfauzie Classic. Additionally, the children also received various sponsored items by BMS Organics, Castania, Caring Pharmacy, Edibee, Yubiso, along with workshop activity by Artopanda. At the end of the launch, the kids were treated to a ‘Buka Puasa’, sponsored by Texas Chicken Malaysia. ‘This year marks our very first Hari Raya celebration and we are thankful to IOI City Mall and its generous sponsors for granting the children’s wish to celebrate the festive, just like everyone else,’’ said Puan Norjia, representative of Rumah Penyayang Ulin Nuha. ________________________________________________________________________

For more information about IOI City Mall and latest promotions, visit http://www.ioicitymall.com.my/ and https://www.facebook.com/IOICityMallPutrajaya/ .






Photoss courtesy of  IOI City Mall

Saturday, 11 June 2016

Salam Ramadan 1437H / 2016


Half Season

Jan - June

"It's important to know that at the end of the day it's not the medals you remember. What you remember is the process -- what you learn about yourself by challenging yourself, the experiences you share with other people, the honesty the training demands -- those are things nobody can take away from you whether you finish twelfth or you're an Olympic Champion."
-Silken Laumann, Canadian Olympian

18 acara:
1. 75km - WG16hrs Putrajaya 
2. 47km - UiTM Shah Alam 
Full Marathon (s) 
3. Twin City Cyberjaya 
4.Delima Langkawi 
5. Perlis
Half Marathon (s) 
6. Shah Alam 
7. Alor Setar 
8. UEM Persada Subang 
9. MHWH Night Run Penang 
10. Melaka Heritage City 
11. Muar 
12. Nilai 
10km (s) 
13. Shamrock
14. Warrior Trail 
15. Bomba KL
16. Bomba Jerai 
16km/13km
17.Deuter
18. Save Our Rain Forest 
DNS 
1. Route 68
2. Onesie Run

Seronok bersua rakan2 pelari sepanjang January - June. Moga bersua di lain masa.



Perlis Marathon 2016

Stadium Kangar 
12.01 am
29 Mei 2016

1. Edisi kali ini lebih meriah, buat pertama kali Perlis Marathon diadakan (tahun lepas ada 21km sahaja). Penyertaan tahun ini lebih ramai dari tahun lepas. 

2. Suasana malam sebelum pelepasan adalah mengujakan. Pelari dan pengunjung di hiburan dengan band, lagu-lagu dari Thai, Hindi, Gaban semua ada. 

3. Kategori FM dilepaskan pada 12.01am, di ikuti HM pada 12.30 am. 10km dan 5km dilepaskan lepas jam 7am. Cuaca pada 12am - 7am adalah baik, dan selepas 7am hujan renyai, dan lebat selepas 9am.

4. Ruang pelepasan pada tahun ini lebih kemas, banyak barricade disediakan. 

5. Laluan FM adalah dari Perkarangan Stadium menghala ke Jalan Utama Kangar Arau, u-turn di Arau, kemudian masuk semula ke Kangar, bandar , menempuh laluan lurus, dan u-turn di KM33, masuk ke Bandar dan seterusnya tamat di Perkarangan stadium (Rujuk gambar untuk rajah laluan lengkap). 

6. Kawalan trafik adalah sangat baik. Jalan ditutup sepenuhnya untuk pelari. Sangat selesa untuk berlari. 

7. Di sepanjang Jalan Kangar ke Arau, ramai masyarakat setempat hadir ke tepi jalan memberikan sokongan /menyaksikan acara Perlis Marathon. Sungguh meriah. 

8. Laluan di Arau, menarik dengan lampu hiasan. Halaman Istana Arau dibuka untuk pelari selfie /photo stops. I did stopped here. 

9. Terdapat group percussion menghiburkan pelari saat uturn km13. Hilang bosan seketika.

10. Water station adalah sangat baik. Setiap 2km, ada juga sponge di beberapa WS. Pisang dan gels disediakan. Air dan 100plus, ada. Air sirap disediakan di km30, juga laksa. Terdapat pancuran air di km35.

11. km marker disediakan, ia nya jelas dan tepat. 

12. Tamat disediakan nasi kandar, selain snack pack mngandungi roti, air kotak. Ruang penamat lebih tersusun tahun ini. Medal dan baju penamat tidak mengecewakan. 

12. Oh ya, saya tamat dengan jam besar menunjukkan 5:54. Yay dalam COT 6jam.

13. Saya tidak menyaksikan pelepasan 10km dan 5km, kerana pulang rehat dan mengantuk. Sesi lucky draw juga saya terlepas. 

14. Tahniah kepada semua, terutama beberapa rakan FMV pada pagi ini. 

15. Suatu lagi edisi Perlis Marathon yg baik penganjurannya. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur, pelari, anggota keselamatan , medik, penyokong dan semua. Jumpa lagi tahun hadapan.

Larian Jerai Bersama Bomba

28 Mei 2016
8.00 am
Gunung Jerai, Gurun, Kedah 

1. Ini adalah acara tahunan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah sompena sambutan Hari Bomba Sedunia. 

2. Selain daripada larian, aktiviti di tapak kaki Gunung Jerai diserikan dengan pameran kebombaan , gerai penaja, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan pakai sut bomba, dan padam api. 

3. Hampir 500 peserta menyertai larian. Selepas sesi taklimat dan pemanasan badan, peserta dilepaskan selepas jam 8 pagi. 

4. Laluan adalah di atas Jalan raya menuju ke puncak Jerai. Jarak adalah sekitar 9.3km, memandangkan edisi kali ini adalah tamat di dalam Hutan Lipur Sungai Teroi, kira-kira 2km dari Regency Gunung Jerai. 

5. Dengan pendakian hampir 800 meter, laluan disediakan 4 water station, langkap dengan air dan 100plus. Peserta diberikan 2 gelang getah sebagai tanda. 

6. Laluan adalah menarik, panorama di Gunung Jerai (boleh on lagu tema Cinta Pantai Merdeka, eh, heheeh). Selain berlari, berjalan, seperti biasa saya bergambar di laluan. 

7. Selepas mendaki, peserta menuruni bukit curam ke garisan penamat di hadapan Kolam di Hutan Lipur Sungai Teroi. Cantik kawasan ini, cuaca Pagi pun nyaman. 

8. 150 orang peserta awal mendapat medal, dan 200 awal berpeluang untuk lucky draw sesi pertama. 

9. Saya sampai di kedudukan 114. Yeay. Seterusnya, bergambar, beri sokongan pada rakan-rakan dan mandi kolam, berenang segar kan badan. 

10. Selepas tamat sesi di garisan penamat, peserta dibawa turun dengan menaiki shuttle yg disediakan, memang agak lama menunggu, tetapi factor logistic dan geography laluan Gunung Jerai, maka, bertabahlah. 

11. Tiba di kawasan pelepasan, peserta diberikan snack pack dan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah diadakan. 

12. Keseluruhannya, suatu acara yang baik di anjurkan oleh JBPM Kedah. Beberapa penambahbaikan boleh di ambil untuk edisi akan datang, seperti waktu pelepasan, signage amaran ke FL, shuttle dan sebagai nya. Tahniah kepada penganjur. Tahniah juga kepada semua. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada rakan - rakan pelari Alor Setar yg banyak bantu saya di cabaran ini. 

13. Tercapai impian saya untuk pertama kali sampai ke Gunung Jerai (walaupun tidak sampai ke puncak kali ini, there is always next time). Cabaran diteruskan dengan bermarathon di Kangar pula pada tengah malam nanti. Jumpa lagi di lain masa. 

XOXO

Monday, 16 May 2016

Nilai Half Marathon 2016

Dataran Nilai 
15 Mei 2016
7:00 pagi

1. Larian dimulakan di Jalan BBN 1/3 (bersebelahan Masjid BBN) dan tamat Dataran Nilai. Dilepaskan tepat pada jam 7:00 pagi. Sebelum itu, ada sesi pemanasan badan. Pisang juga disediakan untuk pelari. 

2. Ini merupakan edisi pertama Nilai Half Marathon yang hanya menyediakan jarak 21km untuk pilihan pelari. Larian 21km melalui Persiaran Perbandaran menuju ke bulatan, seterysnya ke Persiaran ilmu, Persiaran Utama BBN, menuju ke jalan pasar besar, jalan utama Batang Benar, menuju ke Kawasan Perindustrian Nlai, dan ke Dataran Nilai melalui persimpangan lampu isyarat Tol Nilai. Laluan adalah beralun dan berbukit dibeberapa tempat. (Rujuk Gambar utk laluan Penuh)

3. Sebanyak 7 WS disediakan dengan 100 plus serta air minuman disediakan. Terdapat wet towel disediakan, bergitu juga pisang. Walau bagaimanapun tiada mobile toilet disediakan. 

4. Kawalan trafik adalah baik terutamanya di persimpangan strategik dan bulatan-bulatan utama di Nilai. Medik juga adalah baik.

5. Cuaca panas dan laluan beralun memberikan cabaran kepada pelari. Untuk ke garisan penamat, pelari perlu pusing padang dataran Nilai, dan tamat di situ. 

6. Prestasi saya: Tamat dengan jam besar menunjukan 2:44. Medal dikalungkan kepada semua penamat. Air dan 100 plus disediakan. Terdapat jamuan tengah hari disediakan selepas sesi penyampaian hadiah dan lucky draw. Sebanyak 50 cabutan bertuah disediakan.

7. Keseluruhannya, penganjuran yang baik bagi edisi pertama Nilai Half Marathon. Yuran yang berpatutan untuk HM, goodies yang tidak mengecewakan, serta pengalaman berlari di tempat baharu yang menarik. Majlis Perbandaran Nilai bersedia untuk edisi yang lebih meriah, besar dan berkualiti pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan kepada peserta, penganjur, pasukan keselamatan, penyokong dan semua yang terlibat dalam edisi pertama Nilai HM ini.

Saturday, 14 May 2016

Muar International Twin Bridge Half Marathon 2016

Muar International Twin Bridge Half Marathon 2016
Dataran Tanjung Emas
Muar 
14 Mei 2016
6:00 pagi

1. Sebelum dilepaskan, pelari diberikan taklimat oleh pegawai petandingan. Beratur mengikut kategori sebelum ke gantri pelepasan. Bagi kategori 21km, terdapat hamir 400 pelari. Dilepaskan mengikut kategori. Saya mula melepasi garisan permulaan pada 6:41 pagi.

2. Laluan larian adalah seperti di gambar. Pelari bermula di Dataran Tanjung Emas terus ke kawasan bandar dan melintasi Jambatan Sultan Ismail seterusnya ke Jamabatan Kedua, melalui jalan Muar Bypass, masuk semula ke bandar , dan melalui 3 bulatan utama di bandar Muar, sebelum tamat di Dataran Tanjung Emas.

3. Cuaca pada awal perlumbaan adalah baik dan nyaman. Sedikit panas pabila melepasi jam 8;30 pagi.

4. Hanya 4 water station disediakan, dan 3sponge station. WS semua mempunyai air dan 2 daripanya menyediakan air sirap. Jarak antara satu sama lain dalam 5km adalah agak jauh. 

5. Kawalan trafik keseluruhannya adalah baik. Beberapa jalan utama ditutup separuh untuk memberi laluan kepada pelari. Polis, Rela, dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar berjaya mengawal lalu lintas. Tiada sebarang hon dibunyikan sepanjang tempoh menunggu oleh pengguna trafik semasa pelari melintas. 

6. Masyarakat setempat turut memberikan sokongan kepada pelari-pelari. Laluan yang menarik melintasi kawasan utama memberikan suasana meriah kepada pelari.

7. Marshal dan medik dari semasa ke semasa meronda mengawai pelari. Sweeper van disediakan untuk mengangkut pelari yang terkebelakang, dan melepasi COT di jalan kritikal. 

8. Tamat diberikan topi (first come first served,for both 10km and 21km finishers). Medal hanya disediakan untuk top-10. Snack pack disediakan. Milo, air minuman, air soya dan taufufa disediakan. Dengan yuran MYR30, ia adalah berpatutan untuk jarak 21km. Mungkin dilain masa boleh dipertimbangkan untuk menyediakan medal penamat (hari ini, ada yang bertanya pasal medal. Seperti di awal pendaftaran, tiada medal disediakan untuk bukan placing ).

9. Prestasi saya? Tamat dengan 2:58. Riang ria. Terima kasih kepada rakan-rakan yang push untuk sampai bawah 3 jam. Tahniah kepada semua rakan pada hari ini.

10. Keseluruhannya, acara ini berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang signifikan kepada Muar. Dengan laluan yang rata, melalui jambatan-jambatan ikonik, serta bandar Muar, pelari mempunyai peluang menikmati Muar seadanya. Muar juga sesuai untuk destinasi runcation, bercuti sambil makanthon, dan berlari.

11. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur, peserta, penyokong dan semua atas acara ini. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan di masa hadapan bagi memastikan acara ini menarik dan bermakna.

Thursday, 12 May 2016

KENYATAAN AKHBAR: GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES

GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA PROGRAM MYBUDDIES
PUTRAJAYA, 12 Mei 2016 – Sejak tahun 2013, program myBuddies anjuran MYNIC telah berkembang mengikut trend masa kini dan pada tahun ini tumpuan lebih kepada pengamalan gaya hidup sihat. Matlamat utama adalah untung meningkatkan kesihatan dan kecergasan masyarakat umum di seluruh negara di samping menggalakkan aktiviti dalam talian di kalangan rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2016, 2 acara dilancarkan dibawah program ini iaitu myBuddies Strikers dan myBuddies Run.
myBuddies Strikers 2016
1. myBuddies Strikers akan membawakan 2 pertanding boling bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya pada 29 Mei 2016 dan 14 Ogos 2016. Membawakan elemen semangat berpasukan serta mensasarkan lebih 200 peserta terutamanya generasi muda.
2. “myBuddies Strikers mensasakan pencarian pemain remaja yang berbakat besar di Malaysia dan pada masa yang sama ia turut membuka peluang mengasah bakat para pemain melalui pendedahan kemahiran teknikal dan pengalaman permainan. Para peserta juga berpeluang membangunkan kemahiran luar bidang seperti bidang ICT, untuk membolehkan mereka memperlihatkan potensi untuk mebentuk tahap kepimpinan dalam segala bidang yang dipilih”, kata Husnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, MYNIC.
3. Boling adalah salah satu sukan yang menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan belia Malaysia selain sukan seperti futsal, badminton dan larian. Melalui populariti yang semakin meningkat, myBuddies Strikers diramal dapat menghubung dan membina satu komuniti di kalangan para peminat sukan boling.
4. myBuddies Strikers ini turut disokong oleh beberapa rakan strategik termasuklah Wangsa Bowl, Ten Senses (M) Sdn. Bhd. Dan Howei Sdn. Bhd. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM240 bagi satu kumpulan, pemain berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6,000. Setakat ini sebanyak lebih 32 kumpulan telah membuat pendaftaran dalam talian untuk menyertai program ini.
myBuddies Run 2016
5. Melalui kejayaan Larian Sehati Sejiwa dan myBuddies Run 2015, telah menjadikan program myBuddies Run 2016 sebagai salah satu acara larian yang paling dinantikan oleh masyarakat Malaysia. myBuddies Run telah menarik perhatian golongan pelari tempatan untuk mencabar diri menerokai laluan baharu yang merangkumi mercu tanda indah dan bersejarah di sekitar pinggir Cyberjaya dan Putrajaya.
6. Husnul berkata, “Acara larian ini adalah gabungan aktiviti kecergasan yang turut diterapkan elemen kemeriahan. Kami percaya myBuddies Run telah menjadi satu program gaya hidup sihat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Program kali ini bukan sahaja akan menambah bilangan peserta dan pengalaman peserta tetatpi turut mengalami evolusi penambahbaikan yang lebih inovatif terhadap penagnjuran pertandingan.”
7. Membawakan konsep larian bertopeng, ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km, dan 10km yang akan menyaksikan sejumlah 7,000 peserta akan mengambil bahagian dalm acara ini. Hadiah menarik berupa wang tunai bernilai lebih daripada RM12,000 turut ditawarkan ekpada pemenang kategori 10km.
8. myBuddies Run dianjurkan bersempenan Hari Kebangsaan 2016 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari yang penuh bersejarah di samping menyemarakkan semangat perpaduan negara. Program ini akan diadakan pada 21 Ogos 2016 dan disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
9. Semua peserta program-program myBuddies layan untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM65,000 termasuk sebuah Proton Iriz, basikal berjenama dan hadiah-hadiah lain. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang www.mybuddies.my .
10. Sebagai sebahagian daripada objektif MYNIC untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif, semua peserta program myBuddies akan menerima nama domain .MY atau antivirus. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat internet dan perniagaan dalam talian.
11. “Ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih menonjol dalam pemasaran perniagaan mereka secara dalam talian. Nama domain .MY amat bergunan untuk penjenamaan mereka dan akan membuat ia lebih mudah bagi mereka untuk memulakan aktiviti dalam talian mereka,” kata Husnul.
12. MYNIC adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastrukur ICT di Malaysia.
Gambar: ehsan MYNIC

Ehsan:MYNIC

Ehsan :MYNIC

Tuesday, 10 May 2016

Deuter International Trail Run 2016

8 May 2016

Padang MPS, Pekan Batu Arang, Selangor 
7:30 pagi

1. Sesi dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Nyanyian lagu Negaraku, dan doa sebelum pelepasan.Pelari diberikan salonpas serta cereal bar sebelum memulakan cabaran.

2. Meriah dan "sesak" pekan dengan kehadiran ratusan pelari ke sini. Saya pun baru pertama kali ke pekan bersejarah perlombongan arang batu ini.

3. Laluan keseluruhannya adalah sekitar 13km, dengan bahagian awal dan akhir adalah jalan bertar, selebihnya adalah trail. Beberapa bukit di laluan memberikan cabaran kepada pelari.

4. Dengan cuaca yang baik, berkabus, pelari menikmati laluan seadanya. Beberapa tempat di laluan adalah cantik, dengan berlatar belakangkan padang rumput, berbukit, menghijau, beralun. Hujan pada hari sebelumnya menjadikan laluan di ladang kelapa sawit adalah licin, dan dan seterusnya berair di beberapa tempat. Bberapa tempat juga diserikan dengan "najis" lembu (heheh).

5. Keseluruhannya laluan adalah selesa dan menarik, cuma "sesak"di beberapa tempat, menunggu giliran untuk berlari. Beberapa water station disediakan, dan aiskrim disediakan di km9.5, sebelum mendaki bukit.

6. Cut off jam 10:00am ditetapkan di CP KM9.5 bagi memastikan semua pelari sampai sebelum 10:30am digarisan penamat. Laluan menuju ke penamat, memasuki kawasan pekan disambut dengan pancuran air oleh Bomba.

7. Tamat, pelari diberikan medal, air botol (dibuka dengan medal bertindak sebagai pembuka botol), tuala kecil, biskut tiger juga. Oh ya, saya tamat dengan 2:45hrs untuk jarak hampir 13km, menggunakan sepenuhnya COT yang disediakan. Bergambar di sana-sini, menikmati permandangan, bersorak dan sebagainya Suatu acara yang baik, dan menyeronokkan buat saya.

8. Tahniah kepada semua rakan pelari, penganjur, penyokong dan semua yang menjayakan Deuter International Trail Run 2016. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada Max7 ( http://max7official.com/ ) , atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai acara ini.

Full Marathon 2017

Gme Marathon Challenge 2017 - My Story  1. Secara rasminya kalendar marathon saya telah tamat untuk 2017. 11 bulan, dengan tamat ...