21 Ogos 2016
5 am
Laman MBPJ
1. Dianggarkan lebih 5,100 peserta untuk semua kategori bagi edisi PJHalf kali ini. Meriah dan sesak.
2. Ini kali ke-2 saya menyertai PJHalf, dan kali pertama di lokasi baharu, berbanding di Stadium Kelana Jaya.
3. Laluan PJHalf menyeronokkan dan memberi cabaran kepada pelari termasuklah laluan jalan raya beralun, bukit-bukit landai, dan persimpangan-persimpangan utama di pelusuk Petaling Jaya.
4. Trafik keseluruhannya baik, dan terkawal. Cuma seperti biasa di beberapa persimpangan, terdengar bunyi hon kenderaan.
6. Air di water station adalah mencukupi. Ada yang bertanya saya kenapa lari bawa 1.5L air hari ini. Senyum dan bersahaja, sekadar persediaan ikhtibar dari insiden minggu lepas.
7. Sponge station disediakan. Surau disediakan dengan kemudian lori air untuk berwuduk. Selesa, lengkap bersejadah.
8. KM marker juga jelas. Cuma titik perpisahan 21km/10km mungkin ada yang terlepas pandang, kerana ada pelari 10km yg termasuk dalam laluan 21km dan terpaksa berpatah balik.
9. Post race arrangement juga kemas dengan pelari dialirkan ke laman MBPJ. Medal, dan post race snack di uruskan secara teratur. Medal itu comel, wajah chickaboo. Baju acara dan baju penamat 21km tidak mengecewakan.
10. Saya suka sesi zumba selepas lari tersebut. Berjaya sertai sesi zumba untuk beberapa minit, berpeluh sakan. Walaubagaimanapun, ianya agak penuh di ruang penamat depan pentas utama. Kelihatan pelari-pelari akhir agak terkesan.
11. Prestasi saya? Bermula dari barisan belakang (ya, bilangan peserta HM agak ramai) dengan lari-lari anak. Dan tidak sampai 500 meter saya sudah mula berjalan. Ambil mood, berlari dan beramah mesra dengan rakan-rakan dikenali sepanjang laluan.
12. Menggunakan strategi berlari-berjalan-berlari, tamat dengan 2;42 nett (unofficial). Gembira dengan larian, sebagai latihan dan birthday run saya. Berkesempatan bantu pelari di km 17 yang mengalami kekejangan. Harap beliau tamat dengan jayanya.
13.Secara peribadi saya suka laluan 500m ke penamat, pelari berlari umpama di astaka utama dengan sambutan meriah di garisan penamat,.
14. Keseluruhannya, PJHalf kali ini tidak mengecewakan saya. Dianjurkan secara baik, saya memberi rekomendasi kepada rakan-rakan untuk mencuba acara ini di masa akan datang.
15. Tahniah dan terima kasih kepada semua, walaupun apa jua peranan dan pencapaian anda semua. Kerana larian harus dinikmati. Seronok ber photothon dengan rakan-rakan hari ini.
16. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada #TeamUltron #UltronKL #MicroDry atas tajaan penyertaan saya ke dalam PJHalf kali ini. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan baharu dan lama di dalam Team Ultron.
No comments:
Post a Comment