Monday 26 May 2014

Hatyai International Marathon 2014: Run For Happiness

Hatyai International Marathon 2014
“Run For Happiness”
25 Mei 2014

Pre-race

[1] Kegembiraan untuk kembali berlari di Hatyai terasa sebaik tiba di Pudu Sentral pada 23 Mei 2014. Bertemu dengan ramai rakan pelari. Seronok. Menghampiri tengah malam, semua berlepas ke Hatyai dengan bas ekspres masing-masing.

[2] 24 Mei 2014, pagi tiba di Hatyai, bersarapan pagi bersama rakan-rakan, dan seterusnya berpecah ke hotel penginapan masing-masing, dan dijadualkan bertemu semula di REPC di Stadium, mahupun semasa pusing-pusing Hatyai.

[3] Selepas daftar masuk di Hotel, segera menapak ke Stadium, 1.5km dari Greenview Hotel. Tiba di Stadium, uruskan pendaftaran, ambil bib dan seterusnya bercuci mata dan wallet di gerai-gerai yg menjual pakaian dan kasut sukan yang ada. Diteruskan  dengan sesi bergambar dengan runners Malaysia yang lain. Cuaca agak panas tengah hari ini.

[4] Ambil tuk-tuk dari Stadium, ke restoran pokok mangga untuk menikmati makan tengah hari. Nah, meriah tuk-tuk dengan hilai ketawa riang bersama rakan-rakan. Makan tengah hari yang enak dan lazat, masakan thai asli. Kenyang makan, meneruskan aktiviti bersiar-siar di Pasar Terapung Khlong Kae.

[5] Singgah di hotel seketika untuk pick up beberapa orang lagi rakan pelari, maka, korum sekarang 9 orang. Wah, makin meriah tutk-tuk. Tiba di Pasar Terapung, teruja kerana keadaan agak berubah sedikit dari tahun lepas, jambatan besar dah siap, dan gerai-gerai makin banyak.

[6] Terus bergambar, selfie, monopod, group photo dan sebagainya. Bertemu dan beramah mesra dengan lebih ramai Malaysia runners yg ada. Menikmati pulut mangga, dan air dalam gelas tembikai yang kiut miut serta gelas buluh yg cantik. Macam-macam makanan yg sedap dijual di sini.

[7] Puas makan, perjalanan tuk-tuk diteruskan dengan kembali ke Stadium untuk Carboloading party. Sampai di Stadium makin meriah. Diserikan dengan persembahan tarian ala poco. Hadirin menjamu selera. Kami lebih kepada menghilangkan dahaga, minum air. Bergambar dengan lebih ramai runners. Meriah.

[8] Selesai ucapan selamat dengan runners yang ada, kami bergerak ke Lee Garden Plaza untuk sesi cuci mata dan membeli belah sekiranya perlu. Berpisah dengan uncle tuk-tuk, seharian bersama dengan beliau, RM10 per head untuk sepanjang hari. Not bad.

[9] Jalan-jalan sekitar kedai-kedai yang ada, menikmati kemeriahan malam di Hatyai. Puas dan penat berjalan, segera pulang ke hotel untuk rehat dan mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran larian pada hari ahad.

Race- Day

[10] Awal pagi, 2:45 pagi, bersedia untuk menapak ke Stadium. Saya memilih tema Sarong pada pagi ini. Aizat memilih tema Nusantara, Ruud memilih tema Orange, dan suhirman – maintain cool tiada tema. Hehe.

[11] Tiba di garisan permulaan sekitar 3:15 am, beramah dengan Malaysian runners yang ada, selfie kejap dan group photo is a must. Bertukar-tukar ucapan selamat berjaya. Jam 3:30 am,  Full Marathon dillepaskan.

[12] Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang. Berlari dengan pace makan angin. Mengetahui laluan Hatyai Marathon ini akan melalui kawasan Bandar dan seterusnya masuk ke laluan highway, saya bersiap awal untuk toilet break. Seawal km4, berjaya jumpa balai bomba, dan selesaikan apa yang patut. Kemudian berlari hingga ke jalan tepi pasar terapung, cuak juga bila banyak anjing. Mujur tidak dikejar. Hehe.

[13] Laluan di highway terdapat banyak kawasan gelap gelita, ditanda dengan nyalaan lilin. Awal pagi laluan sebelah highway ditutup sepenuhnya untuk runners. Satu yang saya suka tentang hatyai M, adalah water station dengan sirap yang sedap, air sejuk berais sedari WS 1 hingga tamat, ada buah jambu, tembikai, agar-agar, dan air coke juga di beberpa WS untuk second half of the race.

[14] U-Turn di km24, laluan u-turn memberi peluang kepada runners untuk saling ber-high 5 antara satu sama lain. Saling memberi kata-kata semangat. Beberapa ketika, saya berhenti untuk mengambil gambar dan membetulkan kain sarong daripada terlucut. Haha. Beberapa ketika juga sempat selfie dengan kawan-kawan.

[15] Lepas u-turn, perjalanan lari balik ke Bandar hatyai di bawah mentari mulai panas. Pergh, memang terasa membahang. Saya kadang-kadang terasa amat malas untuk meneruskan larian. Namun, saya perlu teruskan apa yang telah dimulakan. Maka, terpaksa menikmati cabaran terhidang. Laluan di tepi kawasan pertanian, sebelum menghampiri Masjid Central Songkla, memang jalan semata-mata, tiada pokok untuk berteduh. Fast walk, slow jog semuanya dikerahkan untuk saya sampai dari satu WS ke WS yang lain. Memang menduga mental.

[16] Laluan highway diteruskan hingga ke km40, dan simpang masuk semula ke kawasan Bandar. Beberapa ketika kaki saya terasa amat berat dan cramps. Beberapa runners yang melintasi saya memberikan semangat untuk saya menghabiskan larian.

[17] Kira-kira 150 meter ke garisan penamat, saya mulai nampak rakan-rakan yang sedia menanti di garisan penamat. Saya terpaksa berhenti dalam 50meter, untuk legakan kaki dan kembali berlari ke garisan penamat. Kerana walau apa jua yang berlaku, saya harus tampil ceria di garisan penamat. Perasaan amat terharu apabila rakan-rakan turut berpanas menantikan saya di garisan penamat. Terima kasih semua. **Mata masuk habuk.**

[18] PB or PW, yg penting saya berjaya tamatkan marathon pada hari ini. Segera diberikan medal dan baju penamat selepas tamat, terus legakan kaki dengan mencabut kasut. Seterusnya bergambar-gambar mandatori di garisan penamat bersama rakan-rakan, serta Thila, Thai runner yg famous. Bertukar-tukar ucapan tahniah.

[19] Di garisan penamat disediakan nasi, air dan sebagainya., Tak larat saya hendak makan segalanya. Minum air dengan banyaknya hilangkan dahaga. Seterusnya, segera dapatkan tuk-tuk untuk pulang berehat di hotel. Ucapan selamat berpisah juga kepada rakan-rakan yang pulang awal/lambat dari hatyai.

Post – race.

[20] Selesai berehat beberapa jam, post race diteruskan dengan makan tengah hari di restoran pokok mangga. Dan menu utama harini adalah tomyam pedas. Yeay. Bergambar-gambar dan ucapan perpisahan.

[21] Jam 7 pm, berlepas pulang ke Malaysia. Maka, tamatlah suatu lagi episode runcation yang menarik bersama rakan-rakan runners. Kerana, larian harus dinikmati bersama, happiness is meeting friends before, during and after the race. Tahniah kepada semua, PB or no PB, we are the proud finisher of Hatyai International Marathon. Tahniah, walaupun jua jarak anda semua waima 4km, 10km, 21km dan 42km.

[22] We run for happiness, fun, food and great friendship. Till we meet again, Hatyai.

XOXO

Gme.

Gambar di fb:

NM Galaxy Run Second Series : The Sarong Batik Run 10km

NM Galaxy Series 2
18 Mei 2014
Padang Merbok KL
6:30 am

1. Saya memilih tema Sarong run, bagi acara NM Galaxy ini. Tiba di garisan permulaan pada sekitar 6;35 am, dengan peserta 15km dan 10km telah dilepaskan.

2. Berlari dan berjalan perlahan selepas dilepaskan, sambil menghilangkan lelah Towerthon. Strategi untuk larian ini, adalah riang ria, sambil beramah mesra dengan runners yang ada.

3. Laluan sekitar padang merbok ini, adalah laluan yg hampir sama dengan larian-larian terdahulu di sini. Beberapa km berlari, diselang seli dengan ambil-ambil gambar, borak-borak, fast walk dan sebagainya. Menamatkan funrun 10km sekitar 1;17 hrs. 

4. Selepas tamat, seperti biasa, diberikan medal, dapatkan light breakfast, q for milo dan seterusnya sesi bergambar dengan kawan-kawan runners yg ada.

5. Seronok dapat bekernalan dengan runners, sama ada yang sebelum ini hanya jumpa di fb atau sebagainya. Tiba-tiba, dipanggil naik atas stage, katanya berjaya jadi runner unik, pakai batik sarong. Dapatlah lucky draw, dan berada di atas stage ala2 lama tak stage show. Hahah.

6. Selepas itu, sambung borak-borak dengan runners, berkenalan dengan kawan-kawan baru, berkongsi-kongsi cerita.

7. Sesungguhnya, edisi fun run kali ini amat meriangkan. Kerana larian harus dinikmati bersama.

8. Keseluruhannya edisi kedua NM Galaxy ini lebih baik dari edisi pertama.

Jumpa lagi di larian akan datang.
XOXO


Album di fb:


https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152192964373822.1073741875.530093821&type=3






KL Tower International Towerthon 2014

18 Mei 2014
Ahad
5:00 am : Menara KL – KL Towerthon

KL Towerthon

(1) Kali pertama join event ini. Teruja untuk mendaki tangga di Menara KL ini. Tiba di kaki menara dalam 4 pagi.

(2) Sebelum peserta dilepaskan, ada sesi senamrobik, taklimat dan seterusnya peserta dilepaskan mengikut bib masing-masing. Berjaya dapat slot pertama. Dalam 5 am, dilepaskan.

(3) Berlari perlahan mendaki hingga ke pintu masuk tangga. Masuk sahaja dalam ruangan tangga, peserta mula bersusun. Strategi saya adalah untuk menapak sahaja dan berhenti di setiap water station, dan mencari ruang untuk bernafas.

(4) Suasana dalam ruang tangga panas, dan sekali-sekala kedengaran ada peserta yang kurang selesa dan nak muntah.

(5) Bersesuaian dengan tema towerthon kaliini, 2058 steps in absolutely focus, peserta perlu fokus kepada pendakian. Menapak dan sekali-sekala dengan rentak agak laju, saya tiba di puncak penamat. Dikalungkan medal yang sangat besar, segera mencari ruang untuk bernafas dan menyelesakan badan. Berjaya tamatkan cabaran dalam masa 34;47 (rasmi). Bersedia untuk kembali pada tahun 2015 dengan catatan yang lebih baik

(6) Ambil photo seketika, segera ke lif, untuk turun ke lobi. Sampai di lobi diberikan pisang, ada 100 plus, dan Malta juga.

(7) Sambil berjalan turun, kelihatan kumpulan-kumpulan berikutnya dilepaskan. Keseluruhannya, towerthon ini sangat menarik, inilah masanya untuk peserta merasa mendaki tangga di Menara KL. Persediaan dengan latihan mendaki tangga dalam ruang tertutup amat membantu peserta. .

(8) Saya bersiap sedia untuk bergerak pantas bagi cabaran berikutnya iaitu NM Galaxy Run Series 2 di Padang Merbok. Fast walk dan kadang-kadang berlari anak, singgah di Masjid Jamek untuk subuh, dan bertukar pakaian.

Album di fb:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152192964373822.1073741875.530093821&type=3






LSD Le Sabuns : May

17 Mei 2014
Sabtu
9 Malam
POJ Putrajaya

Lama tidak turun ke LSD Le Sabuns Ultra di Putrajaya ni, yg dianjurkan oleh Team Pacat.

Seperti biasa, kesempatan diambil untuk beramah mesra dengan runners yang turun sambil menikmati konsep potluck.

Berjaya menghabiskan 10km pada malam itu. Terpaksa berhenti awal memandangkan awal pagi esoknya ada KL Tower International Towerthon di KL.

Lepas berlari, sambung makan-makan, chit-chat dengan runners yg ada, dan semestinya bergambar-gambar.

Ramai juga runners yg hadir memeriahkan suasana malam itu.


Kuantan HM : What A Drama

11 Mei 2014
6:00 pagi
Mini Zoo Teruntum, Kuantan
21.1km.

Ini adalah fun run 21km saya yang pertama di Kuantan. Dan memang saya teringin berlari di Kuantan.

Hasrat untuk bertema kan riang ria disokong dengan drama bib tidak sampai dan maklum balas mengenai penganjuran acara larian oleh Penganjur ini.

Maka, bila dah tetapkan objektif awal, maka, tiada tekanan untuk saya kejar PB atau sebaliknya.

Kerana larian adalah sesuatu untuk dinikmati. Maka, di Kuantan HM dapat bertemu dengan kawan-kawan runners yang awesome. Tahniah semua.

Misi kali ini adalah untuk menamatkan cabaran bersama pacee, iaitu saudari Nurul. Tahniah kerana kembali berjaya tamatkan 21km.

Sepanjang 21km, selain mengambil gambar, serta memotivasikan/mendapat motivasi daripada/kepada runners lain, saya berkesempatan memerhatikan perjalanan race secara keseluruhan (wah, banyak kau buang masa ek gme) haha.

Race course menarik, boleh menikmati panorama bandar Kuantan. Sesuai dengan tema panoramic kuantan.

Last 1km, sangat seronok, sokongan daripada runners sangat awesome.

Keseluruhan, penganjuran race ini boleh ditambahbaik dari segi bib distribution, luggage drop, medal and tee distribution, km marker, traffic control dan yang paling penting Water Station.  Dan ini adalah PW bagi HM saya 3;33, - timing is always secondary, as long as i have fun with friends.


Kerana larian seharusnya dinikmati bersama.

XOXO.


Album penuh di fb:




Photo credit : RFF



Borneo International Marathon : The Pacer Edition

Borneo International Marathon 2014
4 Mei 2014
3:00 pagi
Kompleks Sukan Likas

Pengenalan

1. Borneo International Marathon merupakan marathon yang yg ke-17, dan yang penting bakal ia menjadi marathon pertama untuk beberapa rakan FMV iaitu Lisa, Hafeez, Mizan dan Ruud. BIM 2014 akan menjadi satu run-cation yg istimewa buat saya pada tahun ini. Semestinya, selain berlari edisi JJCM diteruskan juga di Kota Kinabalu.

Pre-Race

2. Tiba di Kota Kinabalu pada hari Sabtu, 3 Mei 2014. Jumpa ramai runners seawal pagi di LCCT. Satu penerbangan dengan bakal pacee saya, iaitu Hafeez dan Lisa. Bertemu juga dengan Ridwan dalam penerbangan yang sama. Selepas mendarat segera ke Suria Sabah untuk mengambil race kit. Kelihatan ramai juga muka kebiasaan semasa mengambil bib. Maka, beramah mesra dengan runners, bergambar-gambar dan seterusnya mula merangka edisi carboloading.

3. Edisi carboloading dimulakan dengan brunch di Upperstar. Kemudian sambung makan tengah hari di Mint Karamunsing. Seterusnya, bergerak ke laluan race course untuk mendapat gambaran laluan pada hari ahad nanti. Check in hostel masing-masing, rehat.

4. Sesi diteruskan dengan beramah-mesra dengan PPTD Runners di Little Italy. Seronok berkenalan dengan kawan-kawan runners. Selepas itu, meneruskan sesi perbincangan dengan Lisa dan Hafeez mengenai perancangan FM pada Ahad nanti. Sesi malam diteruskan dengan makan-makan seafood bersama Mizan, Safwan, Ruud, Suhirman. Layan makan seafood dan berkongsi pengalaman larian masing-masing. Seronok.

5. Selesai carboloading JJCM sepanjang hari dan habiskan masa berkualiti bersama teman-teman runners, segera kembali berehat di hostel. Mempersiapkan diri bagi menghadapi FM.

Race

6. Awal pagi ahad, saya terlewat bangun, terlepas shuttle bus ke Stadium Likas. Ambil teksi ke sana. Tiba, berjumpa dengan ramai runners, bergambar-gambar, berkongsi debaran dan keterujaan untuk menghadapi FM. Jam 3:00 kategori FM dilepaskan dari luar stadium. Kelihatan bilangan peserta FM tahun ini meningkat dari tahun lepas.

7. Strategi awal adalah untuk menamatkan FM bersama pacee hari ini adalah antara 6:00 -6:30 dan akan diteliti berdasarkan persembahan setiap kilometer. Memulakan larian dengan pace selesa dari luar stadium menuju ke bandaraya KK, hingga ke km10. Kedua-dua Lisa dan Hafeez dapat menyelesakan dengan rentak masing-masing. Kami memberikan senyuman kepada setiap kamera yang ada.

8. Memasuki km10, menghala semula ke stadium seterusnya ke laluan teluk likas. Strategi di sini adalah kami berlari perlahan, sambil seketika slowjog/fastwalk hingga ke Shell. Di Shell, berehat seketika, solat subuh, toilet break dan seterusnya menyambung larian ke simpang UMS. Memasuki UMS, laluan berbukit, dan pada masa ini laluan mula dibanjiri dengan peserta-peserta HM juga. Meriah. Melepasi km21 dengan 3:06, dan lisa 2:50 plus, meneruskan larian ke keluar UMS.

9. Keluar dari UMS, cuaca makin cerah dan semestinya mentari makin tinggi. Sasaran berikutnya adalah layan laluan hinggan ke U-turn di sekitar km29 plus. Saya melepaskan Lisa dihadapan kerana saya yakin beliau akan dapat kekalkan pace hingga ke u-turn. Di samping itu, saya memotivasikan Hafeez agar terus keep moving walau apa cara sekali pun. Sekali sekala dalam laluan itu, saya akan snap-snap gambar untuk motivasi. Dan semestinya motivasi berlari amat tinggi ketika ini kerana kelihatan ramai kawan-kawan runners telah selamat membuat u-turn, high-5 each other dan seterusnya saya merakamkan aksi-aksi mereka. Terima kasih kerana memberikan saya pose-pose yang ceria dan menggembirakan.

10. Bertemu semula Lisa di selepas u-turn, terus keep moving hingga melepasi km 30 dengan 4;20, pada masa ini, masih yakin dengan sasaran 6:00. Sekitar sebelum km31, bertemu dengan Razinaf. Bantu meringankan beban beliau, saya tolong bawakan running belt dan water bottle beliau, sambil belian meneruskan larian hingga ke u-turn. Seterusnya, saya agak terkejut bila melihat Suhirman terbaring di atas jalan sekitar sebelum km31, beliau cramp. Dibantu juga oleh Ruud, berjaya memotivasikan Suhirman, memberikan beliau air garam, gembira beliau tidak give up. Kami berehat seketika di gerai air kelapa di km 31 plus. Cuaca makin panas, dan air kelapa pada masa ini sangat menyejukkan dan menyegarkan.

11. Ruud segera dengan pace beliau di hadapan. Sementara itu, saya kembali berlari, fast walk untuk regroup dengan Lisa dan Hafeez yang semakin di hadapan. Sekitar km36, singgah di Shell, dapatkan coke, bagi kepada Hafeez. Kelihatan ia dapat membantu menyegarkan semula beliau. Terus memotivasikan beliau hingga dapat regroup dengan Lisa. Dan laluan teluk likas bermula dari km 37 - km40 seperti selamanya untuk dihabiskan. Kelihatan ada acara memancing di kawasan berkenaan. Jalan pada masa ini agak sesak. Starategi pada masa ini adalah untuk segera sampai ke km41 simpang kompleks sukan likas. Pada masa ini 6:30 adalah jauh dari jangkauan dan sasaran penting adalah untuk menamatkan 42.195km. Seterusnya, kami fask walk dibawah mentari yg meninggi dan membahang. Dari km41 hingga ke pintu masuk stadium, saya memastikan Lisa dan Hafeez menvisualisasikan detik penamat mereka. Gunakan segala tenaga untuk berlari di balapan menuju ke garisan penamat, memberikan senyuman paling manis kepada setiap kamera yang ada.

12. Dan selepas 6:55, lisa dan hafeez berjaya melintasi garisan penamat FM untuk kali pertama. Saya merasa amat gembira dan terharu , akhirnya perjalanan 42km berjaya dihabiskan. terimas kasih atas kerjasama dan harap jangan serik. hehe.Dan melihat mereka masih tersenyum selepas itu adalah suatu yg sungguh bermakna.

13. Disambung dengan sokongan dan dorongan dengan rakan-rakan runners yg telah sedia awal menamatkan cabaran, kami mendapatkan medal penamat, baju penamat dan segera refresh dengan minuman dan makanan. Saat kegembiraan dikongsi beramai-ramai dengan pelbagai perasaan bercampur baur. Mengakhiri momen indah di Stadium, dengan bergambar-gambar kenangan dan bertukar-tukar ucapan tahniah. Di samping itu, memberikan semangat kepada runners lain yang masih meneruskan cabaran di Stadium.

14. Keseluruhannya,BIM 2014 yang mencabar dari segi cuaca. Di samping itu, penganjuran kali ini agak baik, cuma keperluan isotonik di beberapa WS perlu ditingkatkan dan kawalan trafik di simpang yang terakhir agak tiada.

15. Tahniah kepada semua yang menamatkan cabaran di BIM2014, walau apa jua kategori dan masa anda. Kerana anda adalah hero/heroin.

Post Race

16. Sesi post race di mulakan dengan makan tengah hari bersama PPTD Runners. Berkongsi-kongsi pengalaman dan cerita, seronok pertama kali jumpa kalian. Moga hubungan akrab diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih atas peluang, dorongan dan sokongan yg diberikan oleh PPTD Runners.

17. Sesi jamuan meraikan FMV-no more di adakan pada malam hari bagi meraikan kejayaan Lisa dan Hafeez serta Taufik dan kawan atas cabaran masing-masing.

18. Selamat berehat dan recovery semua. Jumpa lagi di lain larian. Tahniah sekali lagi atas kejayaan masing-masing.

19. Dan sesungguhnya edisi run-cation pada kali ini memang menyeronokkan dan saya berjaya melaksanakan misi FM-17 dengan sesuatu yang sangat indah.

Yes, WE DID IT.


Album penuh di fb:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152165802908822.1073741872.530093821&type=3













Pisang Relay : The Supporter Edition

27 April 2014
Taman Bukit Jalil.

8 pagi

Edisi memeriahkan event larian, jumpa kawan2 baru lama dan sebagainya. Ramah mesra. Meriah.
Merasa saya berlari 1 loop di taman ni. Best.
Seronok tengok ragam peserta, dengan macam-macam nama team yg kreatif. Tahniah kepada yg menamatkan cabaran, menang lucky draw, dan sebagainya.


XOXO

Album di fb:











King of Bukit Larut

20/4/2014

King of Bukit Larut
21km
Taiping
7:30 pagi

1. Ini adalah merupakan acara yang saya nantikan sekembali dari Rotterdam Marathon minggu lepas. Sebuah acara yang berlangsung dengan baik dan berkualiti.

2. Seawal pagi, perkarangan kaki bukit larut telah meriah dengan runners, organizer, volunteers dan semua yang terlibat. Kira-kira hampir 300 pelari mendaftar larian ini.

3. Strategi saya hari ini adalah enjoy, having fun walk/hiking/kutuk2 route etc. Haha. Sebelum dilepaskan sekitar jam 7:30, sesi wajib adalah bergambar serta beramah mesra dengan runners/organizer/volunteer yang ada. Meriah.

4. Dilepaskan. Saya mula mendaki perlahan tetapi riang, bergambar sana sini sambil saling memotivasikan diri sendiri dan yang lain. Berjalan hingga ke km10.5, dan seterusnya berlari turun. Itulah rencananya.

5. Sungguh cantik dan nyaman cuaca. Flora menghijau, diringi dengan derauan air terjun. Pergh, Berbaloi2 dan hilang penat.

6. Selekoh-selekoh yang banyak di laluan menghala ke bukit larut sungguh menduga fizikal dan mental. Terdapat water station yang mencukupi. Di km 10, disediakan tembikai dan kek pisang. Wow Sedap. Keadaan berkabus seketika di atas itu menambahkan dramatic suasana.

7. Laluan turun lebih mencabar, memerlukan anda mengawal brek kaki anda sewajarnya kerana tarikan gravity yg kuat. Haha. Seronok bila berlari turun, hilang penat mendaki naik. Tiba di garisan penamat dengan 3:06.

8. Post race hospitality terbaik, nasi lemak, cendol free flow, 100 plus, tembikai. Memang mengenyangkan. Lepak2 beramah mesra dengan finishers yang ada, dan seterusnya memberikan sokongan kepada King/Queen yg masih berjuang di bukit larut.

9. Keseluruhannya, acara yang menarik. Tahniah kepada anda semua yang menamatkan cabaran dan bergelar Kings/Queens of Bukit Larut 2014. Anda semua adalah hero/heroin.

10. Ucapan sekalung tahniah kepada penganjur Pacat Adventure Team serta AJK-AJK berkaitan, volunteers, pihak keselamatan dan semua yang menjayakan cabaran yang menarik ini.

Album penuh di fb:







Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...