Monday, 26 May 2014

Hatyai International Marathon 2014: Run For Happiness

Hatyai International Marathon 2014
“Run For Happiness”
25 Mei 2014

Pre-race

[1] Kegembiraan untuk kembali berlari di Hatyai terasa sebaik tiba di Pudu Sentral pada 23 Mei 2014. Bertemu dengan ramai rakan pelari. Seronok. Menghampiri tengah malam, semua berlepas ke Hatyai dengan bas ekspres masing-masing.

[2] 24 Mei 2014, pagi tiba di Hatyai, bersarapan pagi bersama rakan-rakan, dan seterusnya berpecah ke hotel penginapan masing-masing, dan dijadualkan bertemu semula di REPC di Stadium, mahupun semasa pusing-pusing Hatyai.

[3] Selepas daftar masuk di Hotel, segera menapak ke Stadium, 1.5km dari Greenview Hotel. Tiba di Stadium, uruskan pendaftaran, ambil bib dan seterusnya bercuci mata dan wallet di gerai-gerai yg menjual pakaian dan kasut sukan yang ada. Diteruskan  dengan sesi bergambar dengan runners Malaysia yang lain. Cuaca agak panas tengah hari ini.

[4] Ambil tuk-tuk dari Stadium, ke restoran pokok mangga untuk menikmati makan tengah hari. Nah, meriah tuk-tuk dengan hilai ketawa riang bersama rakan-rakan. Makan tengah hari yang enak dan lazat, masakan thai asli. Kenyang makan, meneruskan aktiviti bersiar-siar di Pasar Terapung Khlong Kae.

[5] Singgah di hotel seketika untuk pick up beberapa orang lagi rakan pelari, maka, korum sekarang 9 orang. Wah, makin meriah tutk-tuk. Tiba di Pasar Terapung, teruja kerana keadaan agak berubah sedikit dari tahun lepas, jambatan besar dah siap, dan gerai-gerai makin banyak.

[6] Terus bergambar, selfie, monopod, group photo dan sebagainya. Bertemu dan beramah mesra dengan lebih ramai Malaysia runners yg ada. Menikmati pulut mangga, dan air dalam gelas tembikai yang kiut miut serta gelas buluh yg cantik. Macam-macam makanan yg sedap dijual di sini.

[7] Puas makan, perjalanan tuk-tuk diteruskan dengan kembali ke Stadium untuk Carboloading party. Sampai di Stadium makin meriah. Diserikan dengan persembahan tarian ala poco. Hadirin menjamu selera. Kami lebih kepada menghilangkan dahaga, minum air. Bergambar dengan lebih ramai runners. Meriah.

[8] Selesai ucapan selamat dengan runners yang ada, kami bergerak ke Lee Garden Plaza untuk sesi cuci mata dan membeli belah sekiranya perlu. Berpisah dengan uncle tuk-tuk, seharian bersama dengan beliau, RM10 per head untuk sepanjang hari. Not bad.

[9] Jalan-jalan sekitar kedai-kedai yang ada, menikmati kemeriahan malam di Hatyai. Puas dan penat berjalan, segera pulang ke hotel untuk rehat dan mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran larian pada hari ahad.

Race- Day

[10] Awal pagi, 2:45 pagi, bersedia untuk menapak ke Stadium. Saya memilih tema Sarong pada pagi ini. Aizat memilih tema Nusantara, Ruud memilih tema Orange, dan suhirman – maintain cool tiada tema. Hehe.

[11] Tiba di garisan permulaan sekitar 3:15 am, beramah dengan Malaysian runners yang ada, selfie kejap dan group photo is a must. Bertukar-tukar ucapan selamat berjaya. Jam 3:30 am,  Full Marathon dillepaskan.

[12] Seperti biasa, saya bermula dari kelompok belakang. Berlari dengan pace makan angin. Mengetahui laluan Hatyai Marathon ini akan melalui kawasan Bandar dan seterusnya masuk ke laluan highway, saya bersiap awal untuk toilet break. Seawal km4, berjaya jumpa balai bomba, dan selesaikan apa yang patut. Kemudian berlari hingga ke jalan tepi pasar terapung, cuak juga bila banyak anjing. Mujur tidak dikejar. Hehe.

[13] Laluan di highway terdapat banyak kawasan gelap gelita, ditanda dengan nyalaan lilin. Awal pagi laluan sebelah highway ditutup sepenuhnya untuk runners. Satu yang saya suka tentang hatyai M, adalah water station dengan sirap yang sedap, air sejuk berais sedari WS 1 hingga tamat, ada buah jambu, tembikai, agar-agar, dan air coke juga di beberpa WS untuk second half of the race.

[14] U-Turn di km24, laluan u-turn memberi peluang kepada runners untuk saling ber-high 5 antara satu sama lain. Saling memberi kata-kata semangat. Beberapa ketika, saya berhenti untuk mengambil gambar dan membetulkan kain sarong daripada terlucut. Haha. Beberapa ketika juga sempat selfie dengan kawan-kawan.

[15] Lepas u-turn, perjalanan lari balik ke Bandar hatyai di bawah mentari mulai panas. Pergh, memang terasa membahang. Saya kadang-kadang terasa amat malas untuk meneruskan larian. Namun, saya perlu teruskan apa yang telah dimulakan. Maka, terpaksa menikmati cabaran terhidang. Laluan di tepi kawasan pertanian, sebelum menghampiri Masjid Central Songkla, memang jalan semata-mata, tiada pokok untuk berteduh. Fast walk, slow jog semuanya dikerahkan untuk saya sampai dari satu WS ke WS yang lain. Memang menduga mental.

[16] Laluan highway diteruskan hingga ke km40, dan simpang masuk semula ke kawasan Bandar. Beberapa ketika kaki saya terasa amat berat dan cramps. Beberapa runners yang melintasi saya memberikan semangat untuk saya menghabiskan larian.

[17] Kira-kira 150 meter ke garisan penamat, saya mulai nampak rakan-rakan yang sedia menanti di garisan penamat. Saya terpaksa berhenti dalam 50meter, untuk legakan kaki dan kembali berlari ke garisan penamat. Kerana walau apa jua yang berlaku, saya harus tampil ceria di garisan penamat. Perasaan amat terharu apabila rakan-rakan turut berpanas menantikan saya di garisan penamat. Terima kasih semua. **Mata masuk habuk.**

[18] PB or PW, yg penting saya berjaya tamatkan marathon pada hari ini. Segera diberikan medal dan baju penamat selepas tamat, terus legakan kaki dengan mencabut kasut. Seterusnya bergambar-gambar mandatori di garisan penamat bersama rakan-rakan, serta Thila, Thai runner yg famous. Bertukar-tukar ucapan tahniah.

[19] Di garisan penamat disediakan nasi, air dan sebagainya., Tak larat saya hendak makan segalanya. Minum air dengan banyaknya hilangkan dahaga. Seterusnya, segera dapatkan tuk-tuk untuk pulang berehat di hotel. Ucapan selamat berpisah juga kepada rakan-rakan yang pulang awal/lambat dari hatyai.

Post – race.

[20] Selesai berehat beberapa jam, post race diteruskan dengan makan tengah hari di restoran pokok mangga. Dan menu utama harini adalah tomyam pedas. Yeay. Bergambar-gambar dan ucapan perpisahan.

[21] Jam 7 pm, berlepas pulang ke Malaysia. Maka, tamatlah suatu lagi episode runcation yang menarik bersama rakan-rakan runners. Kerana, larian harus dinikmati bersama, happiness is meeting friends before, during and after the race. Tahniah kepada semua, PB or no PB, we are the proud finisher of Hatyai International Marathon. Tahniah, walaupun jua jarak anda semua waima 4km, 10km, 21km dan 42km.

[22] We run for happiness, fun, food and great friendship. Till we meet again, Hatyai.

XOXO

Gme.

Gambar di fb:

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...