Monday, 2 June 2014

Sundown Marathon Singapore

31 Mei 2014
FM : 11:30 pm
HM : 12:30 am (1/6)
10km : 10:30 pm

(1) Berlepas dari KLIA2 awal pagi Sabtu. Bertemu dengan group di Zam-Zam Restaurant, pada petang Sabtu. Seperti biasa, sesi berkenalan dan ramah mesra dengan rakan-rakan runners, terutamanya yang hanya bertemu di fb sebelum ini. Sesi diteruskan dengan makan-makan. Kemudian, semua ke hostel penginapan masing-masing. Rehat (dan facebooking, coz ada wifi) hingga 6 petang.

(2) Jam 6:15 pm, ambil bib. Kemudian, bersiar-siar sekitar Race Village di F1 Pit Building SG. Aktiviti wajib adalah bergambar sampai penat. Hehe. Cuaca agak panas. Puas bergambar dan beramah mesra dengan mana-mana runners yang familiar, semua balik semula ke hostel untuk rehat lagi beberapa jam dan mempersiapkan diri untuk cabaran masing-masing lewat malam nanti.

(3) Sekitar 10:15 malam, kembali ke F1 Pit Building, untuk memulakan cabaran masing-masing. Bertemu dengan runners Malaysia yang lain. Bergambar-gambar dan ucapan selamat berjaya kepada masing-masing.

(4) Memasuki corral permulaan. Jam 11:30 malam, first wave dilepaskan. Sekitar 10 minit kemudian second wave dilepaskan. Saya di second wave. Untuk FM, kelihatan memang ramai beribu-ribu runners.

(5) Berlari dengan pace santai untuk 5km pertama. Jumpa Azim di km-3. Kemudian di km 7, saya lihat ramai runners short cut corner, hehe. Laluan sempit.

(6) Bertemu dengan Mohan di km8, seperti biasa beliau sentiasa memberi semangat kepada runners yg lain. Selfie. Ucapan selamat dan saya meneruskan cabaran.

(7) KM 7-8 hingga ke Marina Bay garden, seperti tahun lepas, keadaan agak gelap. Laluan ditandakan dengan lighting sticks, dan bebola lampu. Namun, saya merasakan ia masih gelap. Dari situ, lalu kawasan pembinaan dan seterusnya tepi padang golf menghala ke ECP (East Coast Park). Mula memasuki ECP di KM12, sudah kelihatan ramai runners bergerak perlahan di laluan sempit.

(8) Mood berlari saya agak pudar di ECP ini, tambahan pula mata rasa mengantuk. Berlari hingga ke km-18, dan saya berhenti di atas kerusi tepi laut bertemankan angin sepoi-sepoi. Saya tidur. Ye, saya set alarm 15 minit. Dan juga kelihatan beberapa runners lain pun berehat atau pun tidur. Hehe you're not alone. Temanya.

(9) Hujan yang turun, menyejukkan badan. Sesedar dari tidur saya rasa segar dan mood berlari untuk tamatkan larian kembali datang. Hingga ke km 22 sebelum u-turn, saya bertemu dengan Meek Soon. Dan kami ber selfie, dan meneruskan cabaran hingga ke u-turn. Kelihatan Ruud, Suhirman dan Safwan semua sudah u-turn.

(10) Lepas u-turn, meneruskan sebagian lagi cabaran di ECP. Saya berhenti hilangkan lelah di setiap WS lepas itu. Laluan di ECP keluar sekitar km 33, nah, ini bermakna hampir 21km lebih marathon ini adalah dalam ECP. Dan route nya adalah lebih kurang 2XU, mahupun StandChart SG.

(11) Berlari dan kadang-kadang fast walk hingga ke 5km terakhir. Hantar SMS kepada Ruud n geng, maklumkan yg saya masih ada lagi 5km. Bersiap untuk berlari sepenuh hati dan finish strong.

(12) Seperti tahun lepas 3 km terakhir adalah sekitar Marina Bay Sands, laluan tepi shopping complex. Meriah. Berlari hingga ke garisan penamat, dan seperti biasa memberikan senyuman kepada setiap kamera yang ada.

(13) Tiba di garisan penamat sekitar 6:54 gun time. Sangat gembira kerana berjaya tamatkan dengan decent timing. Tambahan pula rasanya 21km pertama adalah sekita 3:45 (hehe termasuk tidur time), dan 21km kedua dalam 3:00. Yang penting tamat dan berjaya menikmati larian.

(14) Segera ambil 42km runners' entitlements. Seterusnya, berjumpa dengan Ruud, Suhirman dan Juju yang sedia menanti di garisan penamat. Terima kasih kepada semua. Tahniah juga pada dorm mates Safwan yg dah tamat awal. Tahniah kepada Cruz, Tnee, Lisa, dan Hafeez. Dan tahniah kepada semua yang menamatkan cabaran masing-masing walau apa juga jarak dan masa sekalipun.

(15) Post race dimulakan dengan cooling down, minum segala macam air yg disediakan. Makan pisang. Bergambar-gambar. Ucapan tahniah saling bertukar. Kemudian, segera pulang ke hostel. Persiapkan diri. Check out. Dan brunch di Zam-zam sebelum semua berlepas pulang ke Malaysia. Seronok berkongsi pengalaman larian masing-masing kerana larian harus dinikmati bersama.

(16) Tamat marathon saya ke-19, ke-2 dalam cabaran Gme Marathon Challenge 3 in 3. Keseluruhannya, Sundown Marathon SG makin besar every year, dan bersedia untuk berlari di beberapa ruangan sempit untuk ribuan runners, WS yang mencukupi, cuma beberapa laluan agak gelap.

XOXO


Lebih gambar di:

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...