Melaka River International Marathon 2014 (MRIM)
8 Jun 2014
Dataran Pahlawan, Melaka
4:20 am
[1] Datang ke Melaka pada hari Sabtu dengan menaiki bas dari TBS bersama Maggie. Tiba petang di Melaka selepas 4jam perjalanan. Jalan sesak. Cuti sekolah dan kelepasan am juga.
[2] Segera ambil bib di Dataran Pahlawan Megamall, bertemu dengan rakan-rakan runners yang lain. Sebelah petang dan malam diisi dengan makan-makan dan jalan-jalan sekitar Jonker Street.
Race Day
[3] Bergerak dari hostel sekitar jam 3:15 am. Seperti biasa, sebelum race, bergambar-gambar dengan rakan-rakan runners. Bertukar-tukar ucapan dan sebagainya.
[4] MRIM merupakan marathon ke-20 saya dan ke-3 dalam tempoh 3 hujung minggu berturutan. Sasaran kali ini adalah tamat dalam cut-off. Dilepaskan agak lewat dari jadual asal 4:00 am, laluan membawa runners ke sekitar kawasan tepi sungai Melaka, kampung Morten, Jonker Street, dapatlah merasa menikmati kawasan bersejarah Melaka di awal pagi.
[5] Seterusnya, menyusul ke Pantai Eyes of Malaysia, terus menghala ke Jalan ke pantai Klebang, masuk ke jalan Alor Gajah, dan seterusnya ke Bandar Hilir untuk menamatkan cabaran di Dataran Pahlawan.
[6] Seperti biasa, saya menjadi kelompok yg ngam-ngam kejar cut off. Terdapat beberapa water station tiada air. Namun, saya sudah bersedia awal. Singgah di kedai beli Coke sejuk. WS di MRIM ini memberikan air dalam botol kepada runners, hmm agak membazir kerana banyak air yg tak habis dalam botol.
[7] Laluan MRIM banyak melintasi simpang-simpang utama, dan kebanyakan dikawal baik trafik oleh Polis. Selain cuaca panas, dugaan cabaran MRIM ini adalah anda perlu peka memerhatikan anak panah berwarna merah. 5km terakhir saya bersama beberapa runners lain ala-ala masuk treasure hunt, kerana tiada marshal kawal laluan trafik di jalanan menghala ke dataran pahlawan. Beberapa kali di hon kenderaan yang lalu-lalang. Jenuh menghabiskan 2km terakhir yang ‘sesat’.
[8] Saya menamatkan cabaran sekitar 6:15, dan segera dapatkan runners entitlement. Panas. Bergambar dengan beberapa rakan yang masih ada di khemah atlet, bertukar ucapan tahniah dan bergambar-gambar. Keseluruhannya, MRIM boleh ditambahbaik di masa akan datang.
[9] Tahniah kepada semua rakan runners, waima apa jua jarak anda. Ucapan tahniah berganda juga kepada beberapa rakan yang FMV di MRIM yang menduga ini. Dan, keseronokan utama join event larian adalah dapat berjumpa rakan-rakan larian dan berkongsi pengalaman masing-masing.
[10] Buat saya, ulang tahun ke-2 berlari diraikan dengan menyempurnakan Marathon ke-20 di Melaka. Seronok. Gembira. What a journey from my very first marathon at PBIM 2012. Moga terus dapat ber FM di masa akan datang. Kerana larian harus dinikmati bersama. Moga terus mendapat inspirasi dan memberi inspirasi untuk terus memeriahkan dunia larian di Malaysia.
XOXO
Gme
Lebih gambar di:
No comments:
Post a Comment