8 May 2016
Padang MPS, Pekan Batu Arang, Selangor
7:30 pagi
1. Sesi dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Nyanyian lagu Negaraku, dan doa sebelum pelepasan.Pelari diberikan salonpas serta cereal bar sebelum memulakan cabaran.
2. Meriah dan "sesak" pekan dengan kehadiran ratusan pelari ke sini. Saya pun baru pertama kali ke pekan bersejarah perlombongan arang batu ini.
3. Laluan keseluruhannya adalah sekitar 13km, dengan bahagian awal dan akhir adalah jalan bertar, selebihnya adalah trail. Beberapa bukit di laluan memberikan cabaran kepada pelari.
4. Dengan cuaca yang baik, berkabus, pelari menikmati laluan seadanya. Beberapa tempat di laluan adalah cantik, dengan berlatar belakangkan padang rumput, berbukit, menghijau, beralun. Hujan pada hari sebelumnya menjadikan laluan di ladang kelapa sawit adalah licin, dan dan seterusnya berair di beberapa tempat. Bberapa tempat juga diserikan dengan "najis" lembu (heheh).
5. Keseluruhannya laluan adalah selesa dan menarik, cuma "sesak"di beberapa tempat, menunggu giliran untuk berlari. Beberapa water station disediakan, dan aiskrim disediakan di km9.5, sebelum mendaki bukit.
6. Cut off jam 10:00am ditetapkan di CP KM9.5 bagi memastikan semua pelari sampai sebelum 10:30am digarisan penamat. Laluan menuju ke penamat, memasuki kawasan pekan disambut dengan pancuran air oleh Bomba.
7. Tamat, pelari diberikan medal, air botol (dibuka dengan medal bertindak sebagai pembuka botol), tuala kecil, biskut tiger juga. Oh ya, saya tamat dengan 2:45hrs untuk jarak hampir 13km, menggunakan sepenuhnya COT yang disediakan. Bergambar di sana-sini, menikmati permandangan, bersorak dan sebagainya Suatu acara yang baik, dan menyeronokkan buat saya.
8. Tahniah kepada semua rakan pelari, penganjur, penyokong dan semua yang menjayakan Deuter International Trail Run 2016. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada Max7 ( http://max7official.com/ ) , atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai acara ini.
No comments:
Post a Comment