Sunday, 26 August 2012

Larian Hijau MPSP 2012

Tarikh: 26 Ogos 2012
Jarak: 21km
Tempat: HQ Majlis Perbandaran Seberang Perai
Masa: 5.00 pagi

Ini kali pertama aku sampai kat Bandar Perda ini. Menginap di Bukit Mertajam. Selepas ambil REP pada 25hb, aku segera ke BM mencari penginapan. Memang pekan ini agak koboi. Hahaha.
Jarak Bandar Perda dengan BM dlm 3km je.

Larian bermula jam 5.00 pagi. Bilangan peserta dalam 700 orang (seperti disebut oleh emcee). Ini larian pertama aku selepas raya dan buat pertama kalinya juga aku masuk kategori 21km.

KM1 - KM13; aku berlari dengan pace sendiri. Maintain. Dan di KM13 aku buat first walk break. Jalan sikit pastu sambung berlari.
KM14 - KM17; masih berlari dengan tempo sendiri, beberapa kali juga aku berjalan
KM17 - KM19; aku terpaksa walk-run-walk-run. Rasa kaki macam tak sefap, dan untuk elakkan cramp, maka, terpaksa jalan untuk agak lama.
KM19 - KM21: sekali semangat naka tamatkan larian ini bawah 2jam 30minit datang. Aku cekalkan diri dan berlari non-stop, walaupun dengan pace perlahan, namun, aku tetap berlari. Dan berjaya tamatkan larian dalam masa 2 jam 21minit. Dan saat menggenggam medal penamat itu sungguh indah. Memang gembira sangat2. Ini larian 21km pertama alu. Dan yang pasti lepas ini kena terus berlatih dan berlatih.

Routes: melalui kawasan kampung pinggir pekan BM dan bandar Perda. Ada kawasan takde lampu jalan, tepi ladang kelapa sawit.
Air: disediakan pada setiap 5km. Tertunggu2 juga air isotonik, sekali air mineral sahaja. Lepas sampai baru disediakan air isotonik.
Penganjur: kira ok. Kawalan keselamatan dan kecemasan juga ok. Marshall berusaha sedaya upaya huide peserta.

Keseluruhannya aku enjoy dengan larian ini. Maklumlah larian pertama lepas raya dan juga pertama kali aku sampai ke daerah ini.
Medal penamat yang pertama untuk 21km
Suasana sebelum flag-off, jam 5.00 pagi
Mula/Tamat di lobi MPSP
Lagi 2km, pulun jangan tak pulun
hasil daripada race entry pack
laluan larian, dari bandar perda, ke pinggir pekan BM dan seterusnya melalui kawasan desa
Selepas tamat larian

No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...