Sunday, 7 September 2014

Team Malaysia Fan Run 2014

7 September 2014 | Dataran Merdeka
15km | 10km | 5km
( turut diadakan serentak adalah larian Fit Malaysia) 

1. Saya memilih untuk berlari pada jarak 5km di TM Fan Run kali ini. Larian riang ria tanpa tekanan, dan semestinya keseronokan sepanjang jalan.

2. Kategori 15km dilepaskan pada jam 7 pagi. 10 km pada 7:15 pagi dan 5km dilepas pada jam 7:30 pagi. YB Menteri Belia dan Sukan melepaskan larian.

3. Laluan 5 km membawa pelari ke jalan tanglin, bukit aman, masuk persekitaran luar taman burung, taman orkid, melintasi tepi taman botani perdana, masuk ke jalan parlimen, lalu tepi padang merbok dan seterusnya ke dataran merdeka.

4. Beberapa tempat diserikan persembahan muzik dan sokongan cheer leaders. Di depan taman orkid disediakan prop team Malaysia untuk pelari berselfie/bergambar seadanya.

5. Larian saya diselang seli dengan berselfie, bergambar2 serta borak-borak dengan kenalan baru/lama sepanjang laluan. Seronok melihat pelari menikmati larian seadanya.

6. Tamat cabaran di dataran merdeka, pelari berjalan agak jauh ke belakang pentas utama untuk mendapatkan snack dan medal. 

7. Di padang dataran merdeka terdapat banyak khemah aktiviti sempena program Fit Malaysia yg dilancarkan pada hari ini.aktiviti Zumba, Body Combat dan sebagainya disediakan untuk pelari/umum menikmati aktiviti sihat di pagi ahad.

8. Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini adalah baik dan meriah. Medal berbeza dengan 2 tahun yg lalu (namun masih tiada jarak dicatatkan), jersey Team Malaysia juga cantik.

9. Seperti biasa aktivit diakhiri dengan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari dan semestinya bergambar2.

10. Sebagai rekod, TM Fan Run 2012 merupakan larian pertama saya ketika mula-mula kembali ke bidang larian. Hujan pada masa itu. Dan tetap seronok. Hari ini, di acara yang sama, di tempat yang sama, saya berjaya menamatkan acara ke-85 sepanjang menyertai larian. Pantas masa berlalu. Moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada lebih ramai rakan2 untuk menikmati larian/aktiviti sihat seumpamanya.

XOXO








Gambar2 di:

https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152429661653822.1073741894.530093821&type=3

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...