Bukit Berapit Old Rail Track 2.0
2 September 2018
7:00 am
Mula: SK Changkat Larut, Air Kuning
Tamat: Padang Rengas
Jarak :18km
1. Lanjutan daripada misi minggu lepas (Pengalaman seperti di:https://www.facebook.com/
Sesi kali ini turut diserikan dengan kehadiran Pak Non (Gurkha Malaya - GM).
2. Memandangan line-up pasukan kali ini kebanyakannya belum pernah merasai pengalaman berlari/berjalan melintasi keempat-empat terowong keretapi di laluan ini, maka, sesi adalah lebih berkisar kepada santai, riang ria, dan bergambar-gambar.
3. Umumnya, laluan adalah sama seperti minggu lepas, kecuali 3km terakhir, di mana bermula dari kawasan tanah merah YTL, laluan diteruskan menjejak rintis landasan yang agak jarang di lalui orang. Pada minggu lepas, kami terus ke jalan raya selepas tanah merah, tetapi tidak pada minggu ini.
4. Laluan selepas tanah merah agak lebih bersemak samun, lebih mencabar kerana seolah-olah tidak pernah dilalui untuk tempoh masa yang lama. Kedudukan landasan yang tersorok dalam hutan, dan atas rabun bukit juga memberikan cabaran kepada pasukan. Selepas 2km menjejak landasan, kumpulan membuat susur keluar terus ke kampung garpis.
5. Misi utama adalah menjejak kesan tinggalan stesen Bukit Gantang, di mana kami tidak menemuinya pada minggu lalu. Hari ini, misi berjaya menjumpai tapak, dan terima kasih kepada GM yang telah membersihkan dan memberikan penunjuk kepada stesen. Terima kasih juga atas WS di jambatan 245.
6. Di samping itu juga, misi hari ini berjaya menemui lubang asap dalam Terowong 2, berserta dengan ruang kecemasan tepi terowong.
7. Pasukan banyak juga meluangkan masa di Jambatan 245, 257 dan hentian Bukit Berapit. Keadaan terowong-terowong juga masih sama seperti minggu lepas. Aktiviti pembalakan di tepi laluan juga makin jelas kelihatan. .
8. Keseluruhannya, misi selamat dihabiskan. Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota pasukan. Semoga bersua di lain masa.
Kerana larian harus dinikmati.
Gme
Padang Rengas
2 September 2018
Gambar di : https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10156106421718822&type=3&fb_dtsg_ag=AdyZl_W1sdgbsvXVggeHjpTdnuzj43-ZAzlmnTo3isLDhw%3AAdw1PCIu_zlApAFwp9sAR3Wyhqwyg0mJ13L7mrl3ZmEaMA .
This really answered my problem, thank you! casino slots
ReplyDelete