Sunday, 16 September 2012

Half Marathon @ Taiping International Marathon 2012

Tarikh: 16.9.2012
Masa: 6.00 pagi
Jarak: 21km (21.75km GPS)

Kali ini aku ber HM di Taiping pula. Urusan pengambilan REP pada 15.9.2012, di Padang Esplanade, Taiping.
Urusan agak kelam kabut. Kelihatan petugas, ala2 bergaduh mulut sesama sendiri, lalu menyebabkan runners menunggu agak lama. Ada juga runners yang dah registered lama, tp organiser tak dapat trace nama. lorrr.

Race Day

Kalau ikut website, HM mula jam 4.00pagi, masa ambil REP diberitahu bahawa race mula 5.30pagi. Tup-tup, masa race day, diberitahu race HM akan mula jam 6.00pagi. Maka, ramailah runners yang tak puas hati, termasuklah aku. Yelah, terpaksa menapak awal2 jam 4.15pagi dari hotel ke Padang Esplanade tu.

Dummmm larian dilepaskan sekitar jam 5.55 pagi. Tapi aku mula agak lambat, baik tunaikan tanggungjawab dulu, solat kan. Senang, nanti masa race tak perlu tercari2 surau segala bagai.

Seperti biasa, aku bermula agak perlahan, dengan pace sendiri. Tiada sasaran spesifik, melainkan cuba untuk menamatkan larian tanpa cramp, dan cuba kekalkan pacing antara 6.00-7.00min/km.

Larian membawa pelari dari padang esplanade, menuju ke muzium perak, penjara, seterusnya, lalu depan kem tentera, menuju ke kamunting, masuk ke kawasan perindustrian di kamunting (kilang je kiri kanan- sungguh bosan), kemudian, terus masuk semula ke bandar taiping di persimpangan belakang hospital, menuju ke taman tasik taiping dan akhirnya tamat di kawasan padang esplanade tu.

2km terakhir memang menarik, berlari di taman tasik taiping, di bawah pohon2 angsana yang unik itu.

Keseluruhanya, ni kali pertama alu habiskan larian tanpa walk breaks, dan berjaya juga berlari-lari anak, walaupun penat yang amat, ke arah bagi menjayakan "keep moving".
Pacing aku sekitar 6.20-6.45minit/km. oklah tu kan. Kerana utk sub-2hrs, aku kena tingkatkan lagi latihan, supaya dapat maintain pace sekitar 5.00-5.45min/km.

Lari dengan nyaman rasanya, cuma di km10-11, hujan turun, terganggu seketika rentak larian.
Water station mencukupi hingga WS1 je kot. siap ada air Pop lagi (karbonat ??? instead of isotonic??), selain air mineral, sponge pun ada juga di beberapa station, kerana rasanya lepas WS2 dan ke-3, aku tgk air tu tinggal nyawa-nyawa ikan, dan tak mencukupi untuk runners lain belakang aku.

Akhirnya berjaya juga menamatkan larian pada masa 2jam 18minit (kiraan endomondon). Tertunggu juga catatan rasmi championchip tu kuar. Tapi rasanya gun time dan net time aku jauh gak lari, kerana lambat bermula.

Lepas tamat, penganjur agak kelam kabut, katanya limited medals dah abis. Lepas beberapa minit, nah, sekotak medal yg ada. Sebelum tu ramai runners kecewa kerana dimaklumkan medals untuk 100 terawal, walhal dalam website terang-terang kata medal penamat untuk sesiapa yg tamat di bawah 3jam, dan tidak tertakluk pada 100 terawal. Apa-apa pun, aku berjaya dapat medal penamat itu selepas tiba-tiba organizer bawak sekotak medals, dan dalam sekelip mata, pastu abis. Aku rasa ramai runners selepas aku tak dapat medals.

Kemudian, nah, kelam kabut nak ambil goodies bag, boleh orang kaunter tu cakap dah abis, walhal kat belakang tu ala2 berlambak lagi goodies bag. Seterusnya, nah, panjang Q untuk dapatkan milo (aku skip je Q minum milo ni dan terus dapatkan nasi lemak yang disediakan untuk runners).

Kemudian, pergi gerai isotonik yang ada bertentangan dengan Q air milo. So baik minum air ini lagi cepat.

Oh ya, kawasan menghala ke penamat agak crowded dan kelam kabut, kerana barisan yang beratur untuk dapatkaj milo, telah menghalang ramai runners lain untuk menamatkan larian. Selekoh terakhir daripada depan McD taman tasik berkenaan, pun agak kelam kabut, dengan kenderaan bebas keluar masuk, risau aku tgk kerana, ramai runners tengah berlari semahu-mahunya menghala ke garisan penamat. Yelah takut jadi apa-apa kan.

Keseluruhnya aku enjoy race ini (dari segi route yg langsung tiada KM marker yang jelassssss). Dapat tingkatkan potensi diri (walaupun sedikit peningkatan daripada SPHalf hari tu kan). Namun, ia tetap memberikan motivasi untuk aku terus gigih berlari dan berlari lagi. Ini penganjuran kali ke-2 Taiping Marathon ini oleh Kelab Rotary Taiping, mungkin mereka telah belajar daripada tahun lepas. Tapi, aku rasa TIDAK, penganjuran race ini amat lah TERUK

Hingga jumpa lagi di race akan datang.

#kali ni tak sempat nk snap pictures semasa lari, terutamanya di taman tasik- Konon nk fokus kepada larian. Hahaha :)
# dan takde mood nak bergambar sakan, bila kenangkan penganjuran race ni.
# mungkin kali terakhir join Taiping ni kot, melainkan kalau organiser baru tahun depan. Kerana Taiping ni berpotensi menjadi lokasi larian yang menarik.
# kesian aku tgk runners full marathon yang hilang arah di bandar taiping, lantaran takde petunjuk / marshall , semasa aku jalan kaki balik ke hotel.

Pros:

- bandar taiping yang permandangan yang mendamaikan
- ni je kot? coz rasanya yg lain semua Cons.

Cons:

-  air, air dan air yang tak mencukupi
-  tiada medal penamat untuk semua finisher, walaupun dalam website JELAS kata semua finisher yg tamat dalam masa spesifik akan dapat medal. Yup, pada org lain, mungkin ini hanya sekadar "metal", tapi tidak pada runners, kerana MEDAL PENAMAT adalah sesuatu yang bermakna.
- kawalan trafik di sesetengah tempat macam tiada (ke aku rasa mmg takde, even jalan pun x tutup)
- dan macam-macam lagi............(kadang2 kekecewaan x mampu ditulis lagi....)

 



pelepasan kategori FM
Taman Tasik Taiping, sentiasa mendamaikan
gambar wajib lepas race
sesi senaman lepas larian
kawasan penamat
orang beratur untuk dapatkan Milo, dan secara tidak langsung menghalang laluan ke penamat

No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...