Tuesday, 16 February 2016

Twincity Marathon 2016

24 January 2016
Persiaran Flora
Cyberjaya 
4:00 am 

1. Edisi Twincity Marathon (TCM) kali ini lebih meriah dengan bilangan pelari kategori FM yang melebihi 1,100 pelari. Seperti biasa sebelum dilepaskan, ada sesi pemanasan badan pada awal pagi Ahad.

2. Laluan TCM tahun ini hampir sama dengan edisi 2014, cuma kali ini lebih banyak terowong motosikal, di samping laluan motosikal sekitar jalan raya Cyberjaya menuju ke Putrajaya. U-turn adalah di Presint 20, Putrajaya.  Sebenarnya laluan adalah beralun dan rata di beberapa tempat.

3. WS kali ini lengkap dengan air, dan di KM31 disediakan makanan roti canai, dan teh tarik juga. Kawalan trafik agak baik, serta disediakan surau di beberapa lokasi di sepanjang laluan.

4. Saya tamat dengan 5;55 setelah mengatasi cramp dan kepanasan Cyberjaya. Tetap gembira dengan tamat bawah COT. Post race disediakan makanan seperti bihun goreng, pisang, roti, 100 plus, air, dan Milo (saya sampai sudah habis Milo nya). 

5. Keseluruhannya, TCM kali ini lebih baik daripada edisi terdahulu . Moga edisi akan datang terus baik dan meriah. Tahniah semua pelari, penganjur, crew dan semua yang terlibat.







No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...