Dataran Kemerdekaan
Shah Alam
1:30 am
1. Sebelum dilepaskan, pelari dihidangkan dengan lagu-lagu filem Dilwale mengiringi sesi pemanasan badan. Cuaca di Shah Alam malam itu adalah panas. Lebih 1,000 pelari untuk kategori half marathon, dan hampir 4,000 untuk semua kategori.
2. Laluan untuk 21km adalah beralun, dan menarik. Beberapa kawasan yang agak gelap ditandakan dengan blinker (volunteers pegang blinker, sambil tunjuk arah kepada pelari). Trafik selepas tengah malam di Shah Alam adalah terkawal memandangkan kurang kenderaan. Marshall berada di sana - sini sepanjang laluan, checking runners. Ada yang siap tawarkan air mineral.
3. Water station adalah mencukupi, lengkap dengan air, 100+ dan kopi. Sponge station juga disediakan. Terdapat juga WS disediakan oleh runners, menyediakan air ribena, gula-gula dan buah.
4. Di kala tengah-tengah malam, pelari diberi sokongan oleh kumpulan Ultras Selangor sekitar km10.5. Seronok mendengar sorakan dan sokongan mereka.
5. Untuk rekod, saya bermula dr belakang sekali, saat gate 21km hampir ditutup. Saya tamat dengan jam besar 2:28, yay, bawah 2:30 dengan berhenti sana sini, join kumpulan sorak, memeriahkan runners di tengah malam.
6. Kawasan penamat yang selesa, ditanda dengan barricade, astaka pelari memberikan sokongan. Tamat diberikan 100 plus unlimited, pisang dan juga roti.
7. Baju penamat dan medal yg tidak mengecewakan. Selepas dapatkan semua runners entitlements, seperti biasa aktiviti photothon sambil memberikan sokongan kepada pelari-pelari yang masih berjuang menamatkan cabaran.
8. Tahniah dan terima kasih penganjur atas penganjuran yg baik. Kawasan trafik yg baik. Volunteers yg sporting. Pasukan medic, keselamatan yg mencukupi. Moga penganjuran di masa akan datang akan menjadi lebih baik daripada ini, dengan terus mengekalkan kemeriahan.
9. Akhirnya kata tahniah sekali lagi krpada semua, x sempat nak selfie semua. eh. Jumpa di lain masa.
No comments:
Post a Comment