Taman Rekreasi Bukit Jalil
6:00 pagi
1. Seminggu selepas Melaka Marathon, saya kembali bermarathon di Park Marathon 2015. Ini merupakan marathon ke-34, dan yg ke-8 tahun ini. Ia juga merupakan acara penutup kalendar larian saya tahun 2015.
2. Format Park M adalah berlari sebanyak 16 pusingan taman bukit jalil, di mana satu pusingan adalah sekitar 2.7km. Cabaran adalah laluan berbukit, serta cuaca yang panas selepas jam 7 pagi.
3. Hampir 82 orang mendaftar acara ini, maka, ia umpama reunion bersama rakan-rakan marathoner. Water Station/Support station lengkap dengan air, isotonik, biskut, coke, aiskrim, gula-gula dan sebagainya. Sentiasa well stocked.
4. Saya tamat dalam 5:55, bawah cut off yang saya pilih iaitu 6:00hrs. Gembira dapat kembali menamatkan FM dalam cut off (selepas terlebih cutoff di Melaka). Yang penting tanpa kecederaan, dan meeriangkan. Seronok dan bersemangat menamatkan FM pabila rakan-rakan yang tidak sertai turut memeriahkan suasana dan memberi sokongan. Terima kasih.
5. Keseluruhannya, satu penganjuran acara yang baik. Tahniah penganjur, sukarelawan, penyokong dan semestinya semua yang tamat/tidak tamat dalam masa yang diinginkan. Yang penting pengalaman bermarathon dalam taman amatlah bermakna.
No comments:
Post a Comment