1. Pantas masa berlalu, 2015 telah meninggalkan kita. Moga 2016 terus memberi sesuatu yang bermakna. Kerana kenangan lalu adalah motivasi dan pendorong utk cabaran mendatang.
2. 33 medals from 36 events in 2015.
"It's important to know that at the end of the day it's not the medals you remember. What you remember is the process-- what you learn about yourself by challenging yourself, the experiences you share with other people, the honesty the training demands -- those are things nobody can take away from you whether you finish twelfth or you're an Olympic Champion. - Silken Laumann
3. Pada tahun 2015, saya telah mendaftar sebanyak 45 acara. Sertai 36 daripada keseluruhannya dari jarak 5km hinggalah 50km. Beberapa DNS, dan cancelled seperti BSNPNM dan SCKLM atas fakto jerebu. Walau apa juga bilangannya, yang paling penting adalah pengalaman, proses, segala ups dan downs dalam setiap acara memberikan pembelajaran yang sangat berguna. Bertuah rasanya pabila dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan pelari pada tahun 2015. Terima kasih atas segala panduan dan perkongsian pengalaman serta turut sama berjuang dalam cabaran.
4. Saya menjangkakan kurang medal/acara untuk saya sertai pada tahun 2016 kerana saya akan lebih selektif. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan seperti yuran, lokasi, prestij acara, acara baharu dan sebagainya. Namun, saya akan terus memeriahkan, serta berlari di sana dan sini. Moga kita semua dimurahkan rezeki, diberikan nikmat kelapangan serta kesihatan dan boleh terus kekal aktif. Selamat maju jaya.
5. Untuk pengalaman acara-acara tahun 2015, boleh di klik di pautan seperti berikut. Ada acara yang ok, ada yang so-so, ada yang melebihi ekspektasi.
The FMs & 50km - Gme's Major
(2) Tokyo Marathon
(8) Kuching Marathon
(11) Park Marathon
The HMs
The 10kms
The 5kms/6kms/12kms/26kms
(2) 100 Plus Outrun
(5) 9 To 5 Run
(6) Live Great Run
(7) Larian Bendang
(8) Turtle Beach Run
(10) IEM Engineer's Run
(11) Electric Run
(12) EE Run Putrajaya
(14) Malaysian Unity Run
No comments:
Post a Comment