Tuesday, 16 February 2016

Putrajaya LSD 43KM

13 Februari 2016
POJ Putrajaya
7:45 am 


  • 1. Lama sudah saya tidak ber LSD di Putrajaya. Sesi pagi ini disertai oleh Hisham, Liza, Ayie, dan Nas. Teruja mengetahui ini larian pertama Nas di Putrajaya serta Ayie akan membuat jarak maraton pertama beliau hari ini.

    2. Seperti dijangka cuaca adalah panas. Larian dimulakan menuju ke arah PICC, seterusnya tepi tasik menghala ke astaka marina Putrajaya. WS pertama di sini, kerana ada water dispenser. Seterusnya menghala ke pusingan MOHE, dan melalui terowong kegemaran saya. Seperti biasa, lagu Di Pintu Syurga menjadi selingan vokal saya dalam terowong itu.

    3. Menuju ke Taman Cabaran dan u-turn di bulatan ke jalan dengkil. Berpatah balik terus ke Tanah Perkuburan, dan flyover menuju PICC. Mendaki bukit PICC, kemudian turun ke Taman Empangan. Dari situ kembali ke Core Island, separuh pulau hingga ke Taman4. bawah Wisma Putra, menuju ke Taman Wawasan.

    4. Dari MOF terus menuju ke Masjid Putra. Rehat, dan WS berikutnya. 21km selesai. Nas terpaksa beredar kerana urusan lain. Kami meneruskan laluan ke Jejak Sisir Tasik menuju ke belakang Alamanda, menaiki bukit ke Dataran Pahlawan. Lari dan jalan sekitar bulatan besar Presint 1, hingga ke laman singgah dan seterusnya CP Taman Botani. Dari Taman Botani menuju ke Taman Wetland, singgah makan tengah hari dan WS di kafe. Sedap makanan situ (boleh gitu kan). 5. Lepas lama rehat, meneruskan perjuangan di bawah terik mentari ke Laluan MUR 2015, laluan batu kerikil, melintasi bawah jambatan, silap pilih jalan pintas, berjaya tambah jarak. Laluan menuju ke jalan mati betul-betul tepi highway berdekatan IOI Resort. Trail cantik, berumput, pokok2 buluh banyak. Berjaya keluar dari "hutan" melalui bekas jalan lama (seperti dalam gambar), melintasi jalan ke Putrajaya, masuk semula ke Wetland. Terus berjalan dan kadang-kadang berlari pusing laluan tersedia hingga ke belakang Janakuasa Elektrik. Merasa hampir 7km laluan berbatu/denai rumput.

    6. Masuk ke Presint 10, mencari WS berikutnya di Lanai. Dari situ, guna laluan Presint 8,9, depan tasik berdekatan kelab tasik. Menuju ke km40 di Jambatan Seri Wawasan. Atas Jambatan, gembira sudah kerana nampak FL di POJ.

  • 7. Tiba di POJ dengan jarak 43km selepas 8:16hrs. Gembira tamat cabaran dengan berhenti sana-sini, bergambar, makan, toilet , live updates (kebanyakan tempat hentian ada free WiFi LOL). 8. Tahniah kepada rakan-rakan yg sama merentung, menikmati jarak yg dirancang. Sekurang-kurangnya berjaya sampai beberapa tempat menarik di Putrajaya untuk pertama kali.
Lebih gambar di facebook dan IG saya.





1 comment:

  1. This is a good post. This post gives truly quality information. I’m definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much. Keep up the good works.
    Buy lsd liquid online

    ReplyDelete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...