Sunday, 7 July 2013

Penang Run 2013-2014 - Series 2

Tarikh : 7 Julai 2013
Tempat: SMK Teluk Kumbar (Mula)
              SK Sungai Pinang (Tamat)
Jarak:  21km
Mula : 5.30 pagi

Untuk siri 2, aku stay di Georgetown, dan dalam jam 4.00 pagi naik cab ke Teluk Kumbar.

Seperti biasa, sekitar 4.30 pagi, perkarangan SMK Teluk Kumbar, meriah dengan kehadiran runners. Bas-bas yang bawa runners dari Sg Pinang juga telah mula tiba. Siri 2 hari ini ada dalam 900 orang runners.

Tema siri 2 adalah Mental. Ye, laluan hari ini agak mental, naik bukit, turun bukit. Dilepaskan pada 5.30 pagi, laluan membawa ke jalan utama teluk kumbar menuju ke balik pulau, melalui kawasan berbukit sekitar bukit genting, dan jambatan yang tinggi sama dengam pokok durian tu, dalam 4km juga kawasan berbukit ni. Memang mental. 
Berlari dengan pace perlahan hingga kan aku berjalan beberapa ketika kerana mengah. Di km5, azan subuh berkumandang. Lalu aku solat tepi jalan tu. Selesai tanggungjawab. 

Kemudian meneruskan larian ke pekan genting, laluan ini turun bukit pula. Dari persimpangan pekan genting, masuk jalan kampung terus ke kampung betong kemudian pusing jalan kampung perlis. Kat sini dah km11-12 kot, nampaklah gerai Laksa Janggus yang femes tu. tp tak bukak lagi. Aku melepas km12 dalam 1:33, pada masa ini aku bayangkan sudah, yang aku tak akan buat PB, maka, sasaran sekarang hanya bawah 3:00.

Laluan dari kampung pulau betong, kampung perlis hingga ke kampung sungai burung ini amatlah landai, dan kelihatan ada bendang. Tapi baru nak masuk 7.00 am, maka tidak nampak sangat bendang2 tu. Keadaan mendamaikan pagi-pagi berlari di kawasan kampung.

Seterusnya masuk ke jalan kampung sungai rusa, dan seterusnya ke Sungai Pinang. Pace aku lak seperti biasa, lari jalan lari jalan.
Menghampiri garisan penamat, jalan agak sempit dan sibuk. Maka, berlarian perlahan menuju ke padang SK Sungai Pinang. Berjaya menamatkan larian dalam 2:52 (tp catatan gun time 2:54 seperti di skrin masa tu).

Kawasan penamat kali ini lapang, dan selesa. Di padang sekolah temanya. 
Lepas tamat ambil medal, ada tembikai, air jus, 100+, nasi lemak dan semestinya milo. Semuanya cukup.

Lepas itu, seperti biasa bergambar kenangan di sekitar kawasan penamat. Jumpa beberapa muka dikenali, ucap selamat dan borak2 kejap, lepas tu aku segera bersiap untuk ke butterworth memandangkan bas nak balik KL jam 12.00.

Keseluruhannya, race kali ini best, laluan yang mental dan menarik, marshall, volunteer dan hospitaliti seperti biasa adalah baik dan memuaskan. Hingga bertemu di siri ke-3.

Catatan masa hari ini lebih kurang dengan siri 1.

Siri 2: Teluk Kumbar - Sungai Pinang
651549339A1020MOHD AZMI BIN ISA2:54:462:52:291:17:015:30:078:22:35
Siri 1: Esplanade - Teluk Kumbar

661546335A1020MOHD AZMI BIN ISA2:52:542:51:271:02:475:31:138:22:40









No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...